Tuesday, November 30, 2010

Tanggang Leste Lagi: Aku Musykil Kebolehannya...

Kerana aku hampir seminggu bekerja secara kumpulan, tentulah persekitaran sedikit berbeza. Maklum kalu dah duduk dalam kumpulan ni, suara lebih dari 5, telinga lebih dari 20.. Hmmm... cerita bertambah dari satu ke satu. Kalu karang boleh jadi Hikayat 1001 Malam.

Tidak terlepas tentulah perkembangan selanjutnya tentang CINDY LAUPAR (CL), si Tanggang versi Leste yang semakin hari semakin hebat dan semakin menyengat.

Alkisahnya, sejak balik dari bercuti di kampung, CL semakin ranggi dan semakin berani. Pandai membuat alasan untuk tidak buat kerja rutinnya. Malah ada department yang tidak lagi disapu sekerap dulu atau dimop lantainya seperti dulu seminggu 2,3 kali. Kini, nak tengok seminggu 1 kali pun payah. Hmmmm... sapa berani mengadu bila Lady Boss @ LB terlalu percaya kepada CL seperti “anak emas” yang lahir dalam dulang emas...!

Peliknya, LB ni tiap hari ada saja yang dia mengadu tentang anak emasnya, tapi bila berhadapan, cair...! Ramai pelik kenapa boleh jadi begitu.

Hari minggu lalu, mereka keluar ke kompleks, beli barang. CINDY LAUPAR tarik muka masam konon merasa terpaksa diheret sama. Sedangkan dia ingin sekali bersendirian di rumah, dengan niat mungkin dapat ciluk keluar berjumpa kengkawan untuk bersosial.

Bila dah kena ikut tu, muka tak pernahnya nak manis, masam manjang. So si LB yang baik hati lagi baik budi pun tanya, kenapa marah-marah. CL merungut nanti penat, nanti tak cukup masa nak iron baju, nak iron bedsheet, iron sarung bantal (BOS pompuan sorang ni memang semua kain nak yang gosok punya), nak kemas rumah.. bla bla..

So, apa LB cakap untuk pujuk, “Takper, nanti Mummy hantar dobi saja. Tak perlu risau.”

Amboi, pampered nyaaaa...!

Kalu dah semua hantar dobi, apa tujuannya ambil seorang gadis yang sihat walafiat, masih kuat kerja, datang dari jauh susah-susah naik kapaiterobang...?

Begitulah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia. Hang Tuah pun mungkin tak seberTUAH itu, sebab itu tak dapat kahwin dengan Tun Teja...!



~...ketika HISYAM dijemput bertandang di Teratak Nyatuh meneman Pak Utih makan tengahari, tiba-tiba SERI BULAN kekok sekali menumbuk sambal belacan...!~


Selingan: Label Family

Selingan untuk simpan kenangan:




Hasil kerja seorang budak perempuan berumur 8 tahun setengah.
Tahun depan bakal naik Tahun 3.


Pic hari minggu:


Ntah cemana, dia leh tersepak benda tak pasti samada kaki meja atau topi keledar di tepi kaki meja.

Tahu-tahu si betis GEBU sudah dapat satu tanda.

Ambikkkk...! Hadiah untuk budak tak reti duduk diam...


~...seperti pernah ditulis sebelum ini, HISYAM dibelasah teruk semasa merentas denai di malam tak berBINTANG, semata-mata SERI BULAN memaksa ke kedai membeli getah pemadam, sungguh tidak berbaloi...~



Monday, November 29, 2010

Sarcastic di FB: Akhirnya Aku Kena Maki...!

Mula-mula aku baca, aku sudah duga yang komen itu sangat pelik...

Permintaan itu sangat tidak masuk akal dan tidak wajar dibuat secara terbuka kalaupun dia kenal dengan empunya wall (DJ @ Pengacara @ Penerbit, Puan Noraini Ibnu) kami panggey Kak ANOY. Tapi, TIADA seorang pun kawan-kawan aku termasuk Kak Anoy sendiri, yang kenal dengan si penghantar komen @ peminta duit itu...

So, sebelum Kak ANOY perasan, aku sudah buat soalan “lurus bendul” bernada sarcastic Itu adalah Jumaat lalu.


Hari ini, aku dikhabarkan aku kena maki, kena carut. Hahahahaha...!

Itulah nak sangat jadi pembela, tak pasal-pasal kena tembak kat page orang, kerana cuba halang “bisnes” orang.

Tapi tembak pun tak kena tepat..!
Kena sipi-sipi, bahu aku jer. Sempat aku ketis, kelepuk jatuh kena muka Director Ahmad Nisfu!

wakakakakaka!

Apa aku rasa? Tak rasa apapun, selain kesian pada si pemaki hamun itu. Kesian sungguh...!

Jap... nak sambung gelak.


Kenangan Sekolah 03: Belangkas yang Terpisah...

SEMALAM...
Aku menerima “suara” seorang kawan lama, orang jauh tetapi suatu ketika dulu pernah dekat di hati. Heeee... lama sungguh tidak mendengar suaranya, apa lagi melihat wajahnya. Lebihkurang 24 tahun, terpisah oleh aliran waktu, laluan takdir masing-masing.

Dulu memang aku dan dia macam belangkas walaupun cuma lebihkurang 6 bulan sahaja. Alam remaja yang menakal, alam persekolahan yang tidak satu pun pahit buatku. Kerana aku jenis sukar melihat kepahitan sebagai irama hidupku. Sejak dulu seboleh mungkin mencari kegembiraan, membuat kegembiraan dan berkongsi kegembiraan. Segalanya manissss...

Mungkin hari ini, bual bicara bukan lagi ayat-ayat dulu, bukan lagi cerita tentang sekolah, kerja rumah atau cikgu mana yang tak suka, cikgu mana baik... Borak sembang hari ini, lebih matang, lebih serius walaupun sudah tentu aku tak henti-henti gelak dan menyakatnya.

Siapa yang boleh lupa alam persekolahan? 2 tahun di Tingkatan 6 sukar sungguh melupakan segalanya. Bangunan sekolah, jalan masuk, beriring pagi petang... Kantin sekolah, pokok rimbun tempat berteduh melepak sambil bergurau menyepak kaki teman.. Makan ABC di gerai kegemaran, library berebut buku.... Aduh!

Memang zaman Tingkatan 6 paling best. Aku kenal dia masa itu. Di sekolah baru, kawan-kawan baru. Dia dikira baru bagiku, tetapi ramai kenal dia paling jahat. Dan yang jahat itulah menjadi sebaik-baik pelajar kepadaku. Alahaiii.. perangainya ibarat budak sekolah yang langsung tak makan ajar, entah apa yang membuatkan aku begitu rapat dengannya. Aku sudah lupa, lupa bagaimana ia bermula...


2 bulan sahaja kami sekelas. Aku berpindah sekali lagi ke daerah lain, sekolah lain, kawan-kawan lain. Tapi tetap juga aku mengulangi jalan-jalan lama, pekan yang lama, asrama mereka yang lama. Seminggu sekali, pasti aku muncul seolah-olah tidak boleh berpisah. Bercinta? Malu sungguh nak mengaku waktu itu. Ada rasa sayang? Rasanya tidak kot, tapi pasti nak jumpa dia. Renungan matanya, usikannya, perhatiannya, cerita-ceritanya. Huuuuu... perasaan remaja. Tak perlu dihurai kerana semua orang tahu.

Malangnya, antara kami waktu itu, cool sangat. Tak perlu nak guna ayat bunga-bunga. Bahasa walau kasar, gurau walau tahap “loklak” habis, tapi persahabatan kami terkawal cukup baik. Malah seingatku, tidak pernah dia mengucap kata sayang, atau aku mengakui sesuatu perasaan. Tidak pernah langsung. Tapi aku yakin dia juga tahu apa yang aku rasa... Waktu itu, dia sekali sekala seperti mengelak ku, mungkin merasa tidak wajar pada istilah “intim” tetapi aku tidak pernah menyalahkannya. Sebagai perempuan, aku tidak pernah mendesak apa-apa. Budak sekolah la katakan. Diam jer, mana berani nak lebih-lebih. Bersurat cinta pun tak pandai, ada tak ada pun, aku rasa kad raya jer.. Hahaha! Mana mampu nak bersurat guna pos pun....

Dan, kami terpisah oleh masa. Masa yang begitu panjang... Peringkat awal, setahun dua, aku pernah cuba mengutus. Beberapa kali. Malangnya dia langsung tidak membalas. Tidak sekali pun. Aku tidak merasa marah, kerana kami tidak pernah berjanji apa-apa. Sekurang-kurangnya tiada siapa pun akan rasa bersalah atau dipersalahkan.

Sesekali pulang ke kampung, melintasi laman rumahnya, terdetik juga hati, menyoal “di mana dia saat ini?”

DAN..
Hari ini, suaranya ku dengar lagi...
Dalam nada yang cukup berbeza...
Kerana antara kami tidak pernah lupa...
Takdir hidup sebegini rupa...
Tidak mungkin mengulangi kisah lama...
Kerana tiada janji yang dikota...

LALU...
Aku mensyukuri apa yang kuterima. Persahabatan kami tidak pernah tercalar oleh apa pun jua. Ku bawa rasa hormat itu hingga ke hari ini. Semoga perasaan itu kekal sampai bila-bila...


~...semasa mengajar sambilan di sekolah yang bertiang buluh, sungguh malu SERI BULAN kerana kasut tertinggal di becak bila tumit terbenam, memaksa HISYAM mengendong ke kelas kerana gadisnya ketakutan lumpur...~


Sunday, November 28, 2010

Kenapa Nak Jadi “Stalker”?

Banyak kes jenayah terutama yang melibatkan gadis/wanita seperti rogol, bermula dengan intai-hendap; “stalker”.

Dulu-dulu kita dengar orang yang suka mengendap ni adalah orang-orang yang minat seseorang gadis/janda (ada juga bini orang). Minat yang teramat. Biasa perkara begini berlaku di kampung-kampung. Kat town susah skit nak ngendap, follow bolehlah. Maklum rumah di bandar, susah nak cari lubang untuk skodeng....!

Tiba-tiba teringat filem “Perempuan, Isteri dan ...” di mana pelakun Zaidi Omar (belum top lagi masa tu) mengendap janda Zaleha lakunan Sofea Jane. Sanggup panjat tingkap dan sebut, “Nakkkk...!” hehehehe

Itu antara beberapa kisah tentang orang yang mengendap. Dalam skop yang lebih luas, sebenarnya pengendap or “stalker” ni ada di mana saja.

Kalu kita berjalan dalam gelap, sendirian pasti terasa bimbang andai ada orang follow, kan? So dalam erti kata lain, “stalker” tidak pernah memberikan sebarang definasi atau gambaran yang baik, semuanya adalah buruk dan membimbangkan.

Jadi, “stalker” di alam maya? Bahaya tak? Terpulang kepada blogger masing-masing.

Aku sendiri sejak awal menjadi blogger sudah ada “stalker” yang masuk secara diam-diam, silent reader. Jika masuk tu boleh silent ok lah juga, tapi kemudian membawa isi entri ke luar dengan menokok nambah cerita kepada orang lain. Sehinggakan lama-lama ada lak yang kesian pada aku dan membuka cerita. (Itulah sebab utama kenapa aku privatekan blog pertama aku selama 2 tahun dulu...)

Kemudian aku terfikir, kenapa mesti takut? Kini blog aku terbuka kepada public. Dan “stalker” tetap juga masuk baca, tapi kini, “ada aku kisah?”

“Stalker” bukan sahaja intai-ngendap di blog, di FB pun ada. Baru-baru ini, seorang kawan sekolah aku citer, ada orang selalu mesej dia dengan ayat pelik-pelik. Lama-lama dia perasan yang mesej dia itu adalah orang terapat dia yang nyamar.

Kenapa begitu? Kenapa nak nyamar? Entah...!

Kenapa nak kacau orang dengan cara begitu? Seronok kah? Kenapa tak boleh masuk secara diri sendiri dan bergaul seperti manusia normal?

Selingan:

Terimakasih AYU CITARASA RINDUAN, atas award ini. Cute... I like!



~...ketika JAN ditangkap kerana cuba mengendap SERI BULAN, ramai sekali termasuk Tok Ketua terkejut kerana HISYAM yang lebih dulu melompat hendak mencekiknya, tak pasal-pasal kantoi kerana tiada yang menduga siapa selama ini pengirim surat bawah tempurung di ujung ampaian...~

GADISBUNGA: Dah Lama Tak Kena Tag, Kini Jawab Sungguh-sungguh...!

Seorang lagi blogger yang aku rasa perlu dihargai dan disokong adalah GADISBUNGA, yang tak pernah miss masuk rumah aku, melompat-lompat di laman rumput – jangan sampai terpijak katak lagi yerrrr...

Katanya: “Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it’s because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!”

25 jer? Kenapa tak 50 ker... 250 kerrr... hahahahaha! (Aku ulang sebahagian dari tag yang pernah kena dulu).


1. Aku suka warna PURPLE. Walaupun juga minat HITAM, tapi PURPLE tetap dari dulu sehingga kini.

2. Aku seorang yang sangat peramah, suka buat lawak, yang paling ketara, suka GELAK, sampai masa kat skulah dulu, ada cikgu nak jahit mulut aku — pertama sebab gelak, kedua sebab aku kuat latah. Tapi bila dah lama-lama, latah tu makin kurang, dan kadang-kadang langsung tak latah pun wpun terkejut. Terror tak aku? Hikhikhik!

3. Aku suka membaca. Suka sangat, tahap GABAN. Surat khabar bungkus nasik lemak pun aku nak baca wpun mungkin setakat satu perenggan. Buku-buku terlalu banyak, menjadi milik peribadi yang sangat disayangi (Penulis yang paling aku suka, AL-TAHA).

4. Juga suka menulis, mengarang, berkarya tetapi harus diakui, aku bukan seorang penulis yang baik. Walaupun sajak pernah tersiar di majalah, tetapi kekangan waktu membuatkan sajak aku lambat bertambah. Sekarang ni sebagai mengekalkan minat, aku menjadikan acara malam puisi bulanan di Rumah PENA sebagai rutin. Pernah terpilih ke final Puisi Merdeka di Rumah PENA juga. Kemudian pernah berpuisi satu pentas dengan A. Samad Said sempena Merdeka, majlis terbitan RTM, (masuk muka dalam berita tv, tapi tak sempat tengok pun).

5. Pernah beberapa kali menjadi MC (pengacara @ Master of Ceremony) untuk beberapa majlis kecil anjuran beberapa kelab kengkawan dan majlis konvo tadika adik aku.

Program Apresiasi Novelis (PAsiNo) anjuran Kelab Peminat Novel 21 (Alaf21 FC)... 28 Julai, 2007 Rumah PENA.


Mengacara “Malam Perempuan-Perempuan” – Program MASKARA anjuran Geng SOL-Jah.


Ketika mengacara Program Pertemuan Geng Jurnal VII, 29 Dis 2007.
Program MASKARA memenangi Anugerah Projek Luar Forum Terbaik, dlm Majlis Perdana Geng Jurnal 2007 ini.


Majlis tahunan di Pulau Pinang.
Aku mengacara untuk Majlis Konvo 3 buah tadika milik adik aku.

6. Tak suka sangat berkawan dengan wanita. Opps! Jangan salahkan diri anda, tetapi jika anda menjadi kawan aku, kira bertuah sangat ler tuh. Sebab sejak sekolah lagi, aku lebih selesa berkawan dengan kaum lelaki sahaja. Kenapa...? Rasanya tidak perlulah aku bercerita panjang lebar. Nanti tak adil untuk kawan-kawan wanita aku, kan? Hehehehe!

7. Keluarga dan anak-anak adalah keutamaan. Top priority..! So aku tidak boleh berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan kesejahteraan keluarga.

8. Aku rapat dan mesra dengan anak-anak aku, macam kengkawan. Boleh sembang apa saja, boleh gelak sesama dan boleh bercerita banyak perkara. Dengan anak-anak menakan aku pun aku macam kengkawan juga, sebab tu depa mesra dengan aku sebab aku “boleh ngam” dengan depa.

9. Hidup sederhana. Kerana sejak dulu, aku percaya kesederhanaan adalah yang terbaik dalam segala aspek. Walaupun mungkin akan dinilai dengan pelbagai penilaian di mata orang, aku tidak pernah menjadikan itu sebagai suatu yang harus aku fikirkan. Banyak keje lain lagi lah, selain dok ambik pot apa orang nak kata pasal aku...

10. Suka masak tapi mungkin pelik kerana aku tak pernah buat kuih raya. Mengakui mungkin boleh juga dikata tak pandai, sebab sejak kahwin tak pernah buat kerana sibuk kerja. Konon...!

11. Aku suka suasana kampung, kehijauan, laut dan pantai, sawah bendang ataupun kebun getah sekalipun. Mungkin kerana agak lama tinggal di KL, aku selalu merindukan suasana nyaman seperti kampung halamanku sendiri. Malah aku juga suka main hujan... tapi payah ler sekarang nak main hujan....

12. Aku bukan seorang yang pendendam. Sentiasa belajar dan mengajar diri untuk sentiasa memaafkan orang lain. Setiap kali aku merasa kecewa dengan apa saja sikap orang terhadap aku, aku akan berkata pada diri, “lebih perit dan pedih dari ini pun aku boleh maafkan, kenapa kali ini tidak?”

13. Minat kasut sejak mula bekerja. Walaupun murah sekali pun, jika warna itu menarik minat, pasti usahakan juga nak beli. So, ada banyak koleksi. Tetapi dalam masa yang sama, aku lebih selesa berselipar Jepun sahaja. Juga minat cincin besar, sebab jari aku pun besar...!

14. Seorang yang sangat prihatin. Dalam banyak bidang, keprihatinan aku sering menjadi keutamaan, cuma kadang-kadang tidak terlihat atau tidak perlu diperlihatkan...

15. Suka juga melancung berjalan-jalan makan angin especially tempat yang ada laut, ombak. Tak suka shopping tetapi suka mencuba pelbagai makanan di tempat yang dilawati.

16. Masa zaman sekolah aku pernah masuk Talentime (sekadar nak penuhkan peserta) nyanyi lagu Noor Kumalasari (Form 3 kot masa tu), masuk persembahan tarian Sekapur Sirih semasa Tingkatan 5 di Hari Guru. Tapi bila masuk kelas, kena perli dengan Ustaz Radzi sampai menangis...!

17. Aku juga boleh bawa motor. Belajar sendiri dengan kengkawan.



18. Suka aktiviti lasak tapi tak banyak yang dapat disertai. Pernah teringin nak buat bungy jumping...! (Aku juga seorang sukarelawan sebuah organisasi sejak 2005 sehingga hari ini).

19. Aku tak cerewet tentang makan, sebab aku boleh makan apa saja. Malah budu, cencalok pun aku boleh makan. Aku suka Nasi Kerabu dan segala macam laksa.

20. Dalam hidup, pernah kena ragut 1 kali. Dan accident kereta 1 kali. Pengsan tapi takda yang patah, cuma leher luka tercekik safety belt. Nak pegi openhouse konon, kawan yang drive langgar van kat depan. Aku dok sebelah dia yang paling teruk. Lama dah kisah niii...

21. Dulu pernah jadi kaki wayang selama beberapa tahun, tapi 5,6 tahun kebelakangan ni dah ilang minat. Pernah tonton filem Speed (2 kali), Kekasih Awal dan Akhir (5 kali). Tapi tv tetap minat nak tonton. Rindu nak tonton filem AZURA yang asal lak.

22. Mula tulis blog sejak Disember, 2007. Ada pengkritik tetap dan juga 2,3 orang kawan rapat yang monitor supaya aku tidak terbabas menulis entri yang sensitif. Dan setiap entri aku, seboleh mungkin pasti ada gambar sebagai penyeri.

23. Tak minat mana-mana artis secara fanatik, semuanya lebih kurang sama rata sahaja. Aku tak pernah punya idola dari kalangan artis. Tapi tetap minat muzik sekadar hiburan.

24. Sudah 3 tahun berturut menjadi Promoter di booth CESB setiap kali Pesta Buku Antarabangsa.

Pesta Buku 2008
Align Center
2009

2010
Tahun 2011? Jika ada yang sudi offer, why not?

25. Last; segala kisah SERI BULAN ~ HISYAM, aku menjadi pemegang amanah untuk tidak menulis lebih dari 100 patah perkataan...!


Semoga GADISBUNGA happy, walaupun aku tidak berhasrat untuk men“tag” sesiapa. Tapi tidak salah untuk menulis perkara yang sama sebagai suatu entri anda...!


Saturday, November 27, 2010

Tanggang Leste lagi: Tak Perlu Bra untuk Jadi Moden?

Sehari ini, aku terlibat dalam kerja kumpulan, so bekerja lebih dari seorang tentulah tidak dapat mengelak dari berbual dan walaupun tidak ingin membuka mulut menjadi peramah yang tidak kena tempat, telinga tidak upaya ditutup.

Cerita yang tidak ditapis lagi, kerana terus masuk ke telinga ku (yang “pekak badak” sebelah kiri) bila Si IBU Lady Bos (LB) yang menjaga CINDY LAUPAR (CL) selama ini membuka kisah. Semalam mereka pergi membeli baju baru untuk CL, sehelai gaun berbunga kecil ala English, yang bertali halus “spaghetti strap dress”.

So pagi tadi, semasa bersiap nak datang kerja, LB menegur kerana CL pakai dress bersama bra dan tentulah tali bra kelihatan. So LB berkata, “Tak perlu pakai bra lah. Barulah moden!” Itulah yang diajar.



Dipadankan dengan boot hitam. Pic GOOGLE: tapi 90% sama.


Hari ini kami simpan gelak sendiri kerana CL kelihatan kekok kerana berbaju dress tanpa bra. Sekejap-sekejap letak tangan kat dada, nampak kelakar. Hahahahaha! Amikk..! nak moden sangat, kan?!

Jadi, bila suatu hari nanti CL akan mula terbiasa sebegitu, bekerja bersama-sama dengan Bos Lelaki, kadang-kadang di dapur memasak bersama (kerana yang lelaki tu suka masak), jangan terkejut lak kalu tetiba ada terjadi sumbang mahram kat dapur. Uishhh...!

Jadi, siapakah yang memberi ruang dan laluan untuk seorang yang naif menjadi begitu moden dalam kelasnya yang tersendiri? Sehingga lupa jati diri dan tidak lagi kenal mana Tempe mana Ubi Kayu...


~...kerana Si Posmenita tiba-tiba jatuh hati pada HISYAM, surat terpaksa diletak di bawah tempurung di ujung ampaian, sehingga lenjun dek ujan malam lalu SERI BULAN menangis hampa kerana tak nampak tulisan lagi...!


REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI

Sekadar suatu sokongan antara sesama blogger. Sapa lagi nak sokong blogger jika bukan blogger?

Segmen terkini dari BRO BEN. I like statement: “Sama sama untung sama sama rugi... OK la kan?”

CARA:
Buat satu entri;
* Tulis tajuk REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI , kemudian linkkan ke entri ini agar mereka yang nak join nanti tau mana nak cari .. — DONE

* Sila redah blog BEN ASHAARI dan cari 5 ENTRI yang korang rasa korang sukakannya dan tulis kesemua entri tu termasuk linknya sekali:
1: Kenapa kau ni tak cantik eh ?
2: Kepayahan mengajar erti kedewasaan
3: Aku buat kerja giler
4: Aku kata camni.. dia jawab gitu.. kiamat la baru abis ..
5: REDAH AKU DAN KAU PUNYA !


*Kemudian , sila beri 5 entri milik blog korang sendiri yang korang rasa berbaloi dibaca oleh pengunjung blog korang nanti ... Caranya pon sama gak .. Tulis tajuk dan linkkan sekali:–

1: Rumah PENA: “Memerdekakan Sejarah”, NATRAHlah yang Membangkitkan Beribu Kita...
2: LUNA Bercerita: “Aku Memang Orang Kampung”, Cemburu Biar Berbaloi...
3: UNJUL Nak Jadi Orang...
4: KLBIF 2010: Bukan Pesta Aku, Bukan Juga Milik Aku kerana Aku Bukan Siapa-siapa...
5: Gathering Blogger: Edisi Penuh...

Tinggalkan url entri ini di entri BEN.

Terima kasih.


FILEM 2 ALAM: Ulasan yang Adilkah Ini?

Aku copy bulat-bulat dan tampal leper-leper dari email Yahoo Group yang aku terima hari ini. Pengirimnya: “misada”

Saya telah berpeluang menonton Filem 2 ALAM Keluaran Dr. Rozmey.... Memang rasa kecewa sangat dengan filem yang digembar-gemburkan akan mencapai kutipan angka RM 40 Juta.
Berikut Adalah Kesimpulan/Penilaian Yang Boleh Dibuat Setelah Menonton Filem 2 ALAM : -

1) Hanya Memakan Masa Tayangan 1 Jam 10 Minit. (Kalau Drama Kat TV Pun akan Memakan masa 1 jam 30 Minit + Iklan Jadi 2 Jam.

2) Filem ini Hanya Sesuai Untuk Tayangan Di TV je..
3) Filem 2 ALAM lebih mirip Siri Drama ' HIDAYAH ' dari Indonesia Yang Pernah Ditayangkan Di ASTRO. Malah Drama " Hidayah " adalah lebih Baik Dan Berkesan dari Filem 2 Alam.
4) Pada Permulaan Cerita, Penonton Dipaksa Membaca Falsafah-falsafah yang tertera Di Layar Hampir 5 Minit (Membosankan).
5) Penonton sebenarnya tidak tau siapa sebenarnya yang mati (Lelaki Atau Perempuan)
sebab Wajah Si Mati Tidak Ditunjuk dengan Jelas. Yang Mandikan Pak Imam dan Orang2 Masjid Sedangkan Si Mati Berambut Panjang.
6) Latarbelakang MUZIK amat membosankan sebab lebih kuat dari Dialog Pelakon2. Kadang2 penonton Tidak Dapat Mendengar dengan jelas dialog2 pelakon.
7) Penonton Jadi Keliru untuk fokus jalan cerita, sebab setiap scene ditukar2 sekejap Kisah Mandikan Mayat dari Rumah Sampai lah Ke Kubur yang banyak mengalami Rintangan. Memang tak logik langsung..mengusung mayat dari tengahari sampai ke tengah malam tak sampai2. Satu lagi scene yang diselangselikan dengan kisah hidup Si Mati (ADAM - Lelaki yang Menukar Jantina menjadi perempuan dan Penyanyi/Pelacur bernama AMY. Mayatnya tidak diterima Bumi sebab Dia Murtad berkahwin dengan Mat Salleh Di luar Negara.
8) Terlampau banyak adegan2 SEX antara Amy dan Pasangan2nya. Kes Dia Dirogol Bergilir-gilir di dalam Kebun. Dan Perkataan2 lucah " MAIN Dengan Amy " dan juga aksi2 lucah yang meloya, menjijik dan memalukan. Filem ini sepatutnya diletakkan tanda (18sx). Tidak Sesuai Untuk Bawa Keluarga terutama kanak-kanak.
9) Keseluruhannya filem ni dikatakan Kurang berjaya menarik semua penonton-penonton. Sudah tentu kutipan yang dijangkakan tidak akan sampai RM 40 juta. Mungkin setakat RM 4 juta sahaja (Itu pun belum tentu lagi)
10) Ramai Penonton2 mungkin akan terdiri dari sahabat handai, saudara mara, kenalan atau pelanggan2 BODY SLIMMING di bawah Naungan Dr. Rozmey.

Synopsis Filem 2 ALAM

Seorang lelaki bernama Adam asal kampung telah berhijrah ke luar negara. Masa kecil dia pandai mengaji Qur'an dan berkawan Baik dengan Ustadz (Aaron Aziz). Ustadz sambung belajar di Mesir sedangkan ADAM berhijrah ke Eropah. Bertukar Jantina melalui pembedahan menjadi seorang perempuan yang cantik. menukar nama dari Adam jadi Amy. Menjadi Penyanyi Terkenal di Kelab Malam. Sering berbuat Maksiat dengan jantan2 yang dia suka. termasuk Bangsa Mat Salleh.

Disebbkan terlalu menyintai Mat Salleh ini Adam/Amy telah sanggup menukar agama menjadi Murtad. Mereka Berkahwin Di Gereja (Entah Di mana?). Maka Mereka berfoya2 tiap2 malam dan mabuk2. 1 Malam mereka berdua telah diugut oleh 3 samseng2. Mat Salleh ni dipukul, Adam/Amy telah dirogol bergilir-gilir hingga Pengsan.


Keesokannya Mat Salleh ni buat laporan Polis menyatakan dia di belasah samseng dan teman wanitanya (Adam/Amy) telah dirogol. Berita masuk suratkbar dan diketahui umum hinggalah sampai ke kampungnya.


Adam/Amy amat kecewa dengan sikap Mat Salleh Ni.Mereka bergaduh sakan hingga membawa Adam/Amy ' Membunuh Diri". Mayatnya dibawa balik ke kampung untuk disemadikan di Perkuburan Islam. Tapi berbagai halangan dan masalah yang dihadapi semasa hendak menghantar mayat dari rumah ke kubur. Scene2 halangan dan balasan Allah kepada Mayat begini seringkali dah ditunjukkan di dalam Drama-drama Di TV. Tidak ada apa-apa keistimewaan yang dapat kita lihat dalam filem ini. Malah scene2 yang ditayangkan di dalam drama-drama di TV adalah lebih menakutkan dan boleh mnginsafkan seseorang.


Diakhir cerita mayat selamat sampai di tanah perkuburan waktu tengahamalam di mana emak dan ayah si mati dah sedia menunggu di tepi kubur. Hairan juga mereka lebih cepat sampai ke kubur sedangkan ayah si mati lumpuh duduk di atas kerusi roda.


Diakhir cerita berkumandang lagu AMY Search menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman.


Semua Penonton terpinga2 kesudahan cerita 2 ALAM ni. Tiba2 je dah habis sebaik sahaja AMY SEARCH menamatkan nyanyiannya.


Sekian Sedikit Komen/Penilaian Saya Tentang Filem 2 ALAM. Sesiapa Yang teringin Sangat Nak Menonton Filem Teristmewa Ni... Silakan dan Bolehlah Buat Penilaian Sendiri.

p/s Dr. Rozmey Jangan Marah Ye Ini Penilaian Ikhlas Dari Penonton Yang Suka Menonton Filem-filem Melayu. Kena buat Filem2 Yang Betul2 Boleh Menarik Penonton Datang Ke PAWAGAM...


Aku tak mahu komen dulu, sebab aku pun tak berhasrat nak tengok. Tunggulah, mesti masuk tv tak lama lagi tu...


Friday, November 26, 2010

Penat Berbaloi: Tak Lena Tidor Kerana Tart Nenas?

Letihnya semalam, sampai time lunch paksakan diri tidor sekejap setengah jam. Ntah apa yang diletihkan? Sepatutnya tidak, sebab dalam minda dah set lama yang aku seorang yang agresif lagi ganaz...



Keja tak banyak, lebih kepada tolong keja orang (satu department tiba-tiba overloaded). Kemudian sorang client datang nak edit skit job. Dah 2,3 kali datang asyik buat benda yang sama ulang-ulang. Ubah sana ubah sini. (Adakah dia sengaja datang nak duduk sebelah aku? Ahaks! soalan budak tak cukup umur... Abaikan)

Malam tadi selepas ujan berenti (kalu pegi time ujan pun best gak...), aku dan TOKLAKI hantar order Tart Nenas Tersohor di sebuah butik kawan di Carrefour Ampang.

Selalunya itulah meeting point kami pun. Orang lain yang order, Tokey Butik tu yang jadi tukang simpan. (meeting point yang mudah bagi si penghantar dan si pengorder)





Tokey Butik, TENGKU MANJA sedang offer Thai Silk dengan potongan harga menakjubkan!

Thanks IXORAROXI. Sekarang makin maju dengan SABUN AJAIB dan produk yang sungguh berkesan untuk masalah kulit. Lihat testimoni di blog dia > SINI.

Sejak Raya Puasa dulu, dialah yang selalu order paling banyak Tart Nenas Tersohor dari aku. Raya Hari lalu, aku ingat dah malas nak ambil order, sebab kalut macam tak sempat. So aku diam jer, tapi dia jugalah yang tanya sebab ramai yang hendak. Terpaksa juga beberapa hari sebelum Raya Haji tu, malam-malam aku berkejar pada supplier utk dapatkan dia 15 pek...!

Kerana kami berdua dan juga si Tokey Butik tu dah berkenal-berkawan lebih dari 5 tahun, so soal bisnes kecil-kecil ni memang we’re support each other. Bukan susah pun.

Kelakar bila dia citer malam tadi, sorang kawan pejabat dia dulu masa pertama kali rasa Tart Nenas Tersohor tu, hanya rasa dari orang lain yang order. Esok paginya, dia kata malam tak lena tidor sebab teringatkan Tart Nenas tuh...!


Yeahh.. memang Tart Nenas Tersohor ni boleh dapat sepanjang tahun tak perlu tunggu musim raya pun.


Ada yang order semata-mata nak buat Hantaran Kahwin.

Di tempat lama aku dulu, time Deepavali pun ramai yang order, Tahun Baru China, juga time Krismas.

Yang nak balik kampung pun order 1,2 pek buat buah tangan.



~...mengenang masa berlalu semakin pantas, seperti arus di hulu Sungai Menghijau Lumut, menjadikan semakin SERI BULAN tidak lagi lena tidur pagi-petang-malam-siangnya kerana HISYAM belum lagi masuk meminang...!~


Thursday, November 25, 2010

Kisah Tanggang versi Leste Terus jadi Misteri...

Mungkin ada yang masih ingat tentang maid @ pembantu rumah/pejabat di tempat kerja aku yang aku berikan namanya yang begitu glamour; CINDY LAUPAR (CL). Jika lupa pun takper, takda masalah. Ini bukan soal nak ambik exam SPM.

Seorang pegawai tinggi (I can say tertinggi), di tempat kerja aku (kerana dia ada kuasa) agak mesra dengan aku — mungkin kerana keramahan aku kot? — dan sekali sekala kami berbincang tentang kerja bersama-sama. CIK HEIDI KLAM – bukan nama sebenar.

Di beberapa ketika yang terselit masa, rajin juga dia bercerita (I can say “mengadu”) tentang kesihatan dirinya yang sudah hampir setahun asyik tidak menentu. Sekejap panas, sekejap macam demam tapi tak demam, sekejap gastrik, kemudian macam sakit dada, dan 2,3 sakit lagi yang ringan tapi pelik.

Kerana dia “level bos” tentulah dia mampu untuk jumpa pakar, macam2 jenis. Dari pakar jantung, pakar gynae, pakar tulang... semata-mata dan pulihkan sakit yang “macam-macam” tapi tak tau mana satu betul.

Macam-macam ubat, pil, herba. Kerana dia memang tidak pernah percaya bomoh, tentu sekali dia tidak sekali-kali akan berubat dengan cara sebegitu. Seorang client yang (katanya) merupakan saudara rapat dengan Ustaz Harun Din (Darul Syifa’) pun rekmen untuk berubat di sana dan sanggup dapatkan tarikh untuk bertemu terus dengan Ustaz Harun Din. Tetapi CIK HK tetap menangguhkan kerana masih belum yakin.

Dalam pada itu suatu hari dia memanggil seorang lelaki “ustaz” untuk satu pertolongan berkenaan satu program. Tetapi tanpa diduga, Ustaz itu berkata, “Saya rasa CIK HK ni sedang sakit, ada satu angin hitam dalam badan.” Terperanjatlah dia, lalu berkata, “Jika betul, ubatkanlah saya.” Konon sekadar hanya menduga, tapi Ustaz berkenaan benar-benar menolong memulihkan dia.

Cara dengan membawa ayat suci AlQuran, diberi minum air selama beberapa kali, CIK HK kembali segar, malah kesihatannya tiba-tiba beransur pulih lebih baik dari beberapa bulan dulu. Walaupun masih dalam proses rawatan, tetapi dia sendiri pelik kerana dirinya sungguh berbeza, tidak lagi lemah, tidak lagi lesu dan boleh tidor lena. (ada beberapa lagi cerita tambahan tentang perawatan itu)

Bila ditanya punca dan dari mana, Ustaz itu tidak mahu memberitahu kerana itu akan menjadikan perkara baik yang bakal dibuat akan menjurus kepada dendam dan syak wasangka. Yang penting adalah pulih.

Aku yang mendengar kisah dia, turut berasa insaf dan berhati-hati. Memang setengah orang tidak pernah berubat cara tradisi, langsung tidak percaya pada bomoh (melainkan ke doktor moden sahaja) tetapi adakala, yang kita elak itu rupanya laluan yang ditakdirkan oleh NYA untuk kita tempuhi. Hanya pastikan itu adalah yang betul dan tidak MENYIMPANG SESAT.

Gambar hiasan semata: Jangan sampai terpesong. Syirik!

Lalu....
apa yang terlintas di fikirannya, dan apa yang terdetik di benak aku MUNGKIN sama tetapi kami sama-sama tidak menyebutnya. Tidak akan sama sekali.

Hanya...
mata dan otak melihat dan berfikir. Menilai mengikut waras dalam posisi yang selamat dan tidak berisiko.

Sejak...
balik kembali semula ke Malaysia, CL semakin ceria, glamour, ranggi dan begitu yakin sekali.

Sehingga...
di hari dia mendarat di KLIA, sepatutnya staf sudah menerima gaji tetapi Mummy menangguh dengan alasan, “Tiada mood. Tunggu CL balik sini dulu...”

Dan...
aku terus terkedu dan tidak terluah pertanyaan, “Siapa CL tu kepada dia sehingga dia boleh mengenepikan kerja utamanya?”

Bak kata NABIL Raja Lawak yang sudah tidak raja lagi kerana lawaknya semakin hambar, “Lu fikirlah sendiri...!”




~...sungguh panik bila tiba-tiba punggur rembia jatuh menimpa bahu HISYAM sehingga dia separuh pengsan, tetapi bila di bawa ke pelantar Teratak Nyatuh lebih panik bila SERI BULAN pula yang pengsan di tangga...~




Kenangan Sekolah 02: Pemandu Bas Sekolah yang Hensem...!


2,3 hari lepas, aku pernah bercerita tentang zaman sekolah rendah (ENTRI sini), di mana aku memang berjalan kaki ke sekolah, dan sekali sekala sahaja naik basikal dihantar arwah AYAH dengan basikal tuanya. Pelantar besar ok.. Duduk celapak di belakang, kaki tergantung. Hahahaha!

Bila menjejak ke sekolah menengah, kami adik-beradik naik bas sekolah khas yang dibayar bulanan oleh arwah AYAH.

Zaman persekolahan aku memang cepat berubah, berbanding zaman kakak-kakak dan abang-abang aku. Abang-abang tidak pernah berulang alik, semua mereka tinggal di asrama.

Pergi ke sekolah dengan bas ada juga pahit manisnya. Berebut tempat tetapi ada setengah kawan-kawan aku suka berdiri, bergurau senda, malah yang paling kelakar suka sangat bersidai di tepi pemandu (sebab pemandu muda yang agak hensem rajin melayan budak sekolah), juga suka berdiri di tangga. Dulu, tak pernah terfikir pun tentang soal jatuh tangga, atau soal akta melarang murid berdiri di tangga (macam sekarang), atau mewajibkan setiap bas ada konduktor (tapi tak kutip tambang). Apatah lagi terfikir nak cabul murid sekolah...! Langsung tak ada.

Jarak yang jauh berbatu-batu, aku terpaksa keluar seawal 6.00 pagi menunggu di tepi jalan. Andai terlepas masa, terpaksa menunggu bas sekolah tersebut berpatah balik selepas mengangkut murid-murid lain yang lebih jauh. Dan jika naik sewaktu pusingan kedua, alamatnya kena berdiri, melepas bangku kegemaran. Waktu itu, seperti ada undang-undang tidak terumum, murid lelaki menguasai 2 baris kerusi belakang, (murid lelaki lebih ramai berbasikal, atau tinggal di asrama) dan perempuan di kerusi-kerusi hadapan. Aku suka duduk kerusi akhir untuk perempuan. Hahahaha...! (ada ler sebabnyerrrr... Ahaks!)

Beg-beg sekolah pula dilonggok di hadapan, tempat khas (sebenarnya tempat enjin) di tepi pemandu. Tak pernah risau pun soal hilang, malah lebih mudah kerana tidak perlu berhimpit-himpit dengan beg sandang atau buku-buku tebal di tangan. Yang kelakarnya, beg atau buku siapa di bawah sekali, akan dapat “beg panas suam” macam baru keluar dari oven. Kahkahkah!

Waktu itu memang ada klik tertentu. Aku ngam dengan 3 kawan lain (seorang darinya masih menjadi sahabat hingga hari ini, yang lain entah lesap ke mana), kami rapat sejak Form 1 lagi hingga SPM. Suasana dalam bas sekolah seperti dalam rumah sendiri, bergurau dengan semua, kerana itu lah juga muka yang dilihat setiap hari (berbanding sekarang murid sekolah bercampur dengan orang awam). Jadi kami sangat mesra walau kadang-kadang bermasam muka juga.


Pic hiasan: tapi lebihkurang beginilah bas sekolah aku dulu.

Selalu kami menakal, bila tiba di rumah masing-masing, kami jerit “Tak ada!”, dan bas akan terus ke jarak yang lebih jauh. Kami tahu bas akan berpatah balik “kosong” kerana depot bas dekat dengan pekan. Jadi kami mengambil peluang untuk turun sewaktu pusingan, makanya dipanggil “makan angin”. Seronok macam anak-anak kecil dibawa meronda dengan kereta. Pemandu yang sporting tak pernah marah walaupun selalu juga membebel-bebel tetapi anak-anak remaja perempuan memang tak makan saman... Hahaha! (Boleh tahan gak hensem, bujang pulak tu..)

Form 6, 2 tahun di Bagan Serai, aku tinggal dengan arwah Abang Ngah, dan kembali berjalan kaki ke sekolah yang jarak begitu dekat (sekolah sebelah taman perumahan), loceng berbunyi pun boleh dengar dari rumah, dan aku bergerak 5–10 minit sebelum loceng. Kalau boleh balik waktu rehat, pasti aku balik tetapi mana ada undang-undang sekolah, murid boleh keluar pagar waktu persekolahan. Sudah dekat dengan sekolah, mudah pula aku berulang alik ke padang, library atau aktiviti persatuan sekolah di sebelah petang.

Dapat rehat dan makan di rumah dulu, tidak penat sangat, malah lebih happy kerana tidak perlu tergesa-gesa mengejar bas sebelah petang. Malah sempat pula kami lepak di gerai ABC kegemaran atau meronda pasar malam sebelum bergerak ke rumah menjelang senja. Tentulah kami bergerak dalam “klik” kami tertentu, maklum kalau dah Tingkatan 6, “ranggi dan power” tu pasti ada sikit sebanyak, kan? Heheheheh....

Entah di manalah kawan-kawan SMAI sekarang?
Tiada ramai yang dapat aku hubungi hingga ke hari ini... (mujur ada FB)
Semoga mereka semua menjadi orang yang berjaya, sukses dalam kehidupan masing-masing.

Benih yang baik...
jatuh ke laut menjadi pulau...
campak ke darat menjadi bukit...



~...setiap kali berulang ke jeti, melintasi laman Teratak Nyatuh, kerlingan HISYAM jelas terlihat di mata SERI BULAN, yang seperti sudah mengira waktu menanti, lalu mengintai di celahan kain tutup tingkap yang pudar tetapi tidak kusam...~



Wednesday, November 24, 2010

Senyum...!

Yesterday, dua orang kakak aku datang dari Perak. Sejak 3,4 tahun kebelakangan ni, depa berdua rajin turun naik KL. Selain urusan tengok anak-anak yang ramai belajar di uni KL, kemudian ada yang sudah kahwin dan menetap di KL, juga ada beberapa urusan rasmi lain.

Bila depa berdua semakin “establish” dan ada masa lapang, makin mudah nak turun naik KL, wpun berdua saja, dan kadang-kadang drive sendiri saja.

Aku hanya ada 2 orang kakak (ada lagi sorang kakak paling sulung dari EMAK yang lain, tapi tak rapat sangat). Compare aku dengan adik-adik perempuan, aku lebih rapat dengan kakak yang berdua ini.


Sorang, bekas Juru Audit yang handal kira duit, tekan kalkulator tak payah tengok pun.
Sorang, yang belakang seorang guru.

Kerana depa sampai KL pada hari bekerja, masa untuk jumpa sangatlah terhad, sementelah depa memang tak tidor rumah aku.

Jumpa di restoren dekat tempat kerja aku, kemudian menyambung borak-borak lagi di rumah aku, macam tak abih-abih cerita yang nak disembang. Yeahhh... begitulah kalu aku balik kampung sekalipun, mesti sembang dan sembang dan sembang....

Tak puas jumpa tapi kerana urusan di Subang Jaya sedang menanti, terpaksa bergerak juga dalam renyai petang semalam.

Cerita hari ini:

Bikin kerja yang actually bukan bidang kerja aku, dan langsung bukan kemahiran aku. Tapi tidak salah untuk membantu, mendalami pengalaman baru dan merasai sendiri kerja orang lain. No hal lah..!


Dinner kami:

Ayam Masak Merah. Ada Keli Goreng atas permintaan CHAK.

Kemudian:

Inti karipap.


Dulu masa anak dara sunti tak pernah nyer pandai buat kuih, sehingga dah kahwin pun tak reti. Tapi tak ingat bila aku belajar buat karipap ni, sehingga sampai dah buat jualan dan menerima tempahan (sehinggalah sekarang).

Senyummmm...!

CHAK’s creativity.


~...melihat air di hulu Sungai Menghijau Lumut, menggoda HISYAM untuk terjun tiruk tapi risau skill sudah berkarat, dan pengalaman seluar disorok SERI BULAN berulang kembali...!~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails