السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
28-01-2012
28-01-2012
Selesai sudah pelancaran rasmi DesaVilla, Sg Buah, Dengkil pada Sabtu 28 Januari, 2012. Suatu kawasan lot eksklusif dibuka untuk jualan. Walaupun sebelum hari pelancaran lagi, sudah lebih 30 lot ditempah melalui pelbagai cara terutama secara online.
Majlis bermula dengan doa selamat dan perasmian. Makan tengahari berlangsung sehingga petang.
Terimakasih kepada para penempah, rakan sepasukan dan terutama tentulah kepada Bos PERSADA Property Sdn Bhd.
Kerjasama menghasilkan sesuatu yang manis.
Majlis bermula dengan doa selamat dan perasmian. Makan tengahari berlangsung sehingga petang.
Terimakasih kepada para penempah, rakan sepasukan dan terutama tentulah kepada Bos PERSADA Property Sdn Bhd.
Kerjasama menghasilkan sesuatu yang manis.
Layan gambar:









Sebahagian ahli pasukan yang melibatkan CEO, arkitek, designer, project manager, site manager, & marketing team.*pic snap sendiri, tak cilok orang punya

Terimakasih semua!
Sedikit info: tanah lot banglo eksklusif berkeluasan 4,000 kp dengan harga RM96,000 (atau RM24 per kaki persegi), sudah berstatus bangunan. Geran individu selepas 50% bayaran ke atas lot. 2 jenis rekaan rumah juga ditawarkan untuk dipilih dengan harga RM103,000 dan RM159,000 (rumah banglo setingkat). Lokasi di Sg Buah, Dengkil berhampiran Bandar Mahkota dan juga Bandar Seri Putra.
~...setelah sedar rahsia main jeling mata sudah terbocor tanpa tahu siapa pembuka mulut, HISYAM tahu dia harus segera memujuk SERI BULAN setidak-tidak mengajak main kelip-kelip mata pula...~




8 comments:
nyumm. mmg menarik la lot ni. arghhh!
*akak. cerekarama malam ni best! Aku Mahu Terbang. Saya rasa best!
Alamak ada hajat nak jumpa AA, Sg Buah blah mana ya,dekat tasik? hehe mama ada tak jauh dr situ tadi...hiss lupalah...
apa2 pun topi akak memang menarik pandangan mata hitam ku, comel tau
GADIS BUNGA:
Yup I tengok malam tadi. Ada BETO jadi kapten pilot. Lakun budak Muhsin tuh hebat!
MAMA JU:
Yea... dekat dengan Tasik Idaman. Tepi jer dengan Bukit Unggul Golf.
ANN ISHAK:
Topi tu dah jadi benda wajib plak bila pegi site.
jauhnya nak beli rumah dekat dengkil..
CIK SIBUK:
Bagi kita yang bekerja di KL, memang kurang sesuai. Tapi kebanyakan yang tinggal sekitar Bangi, Putrajaya memang ramai yang berminat ni.
lokasi atas bukit ke..desa villa unggul ke..or just desa villa..coz ada pegi tgk.ada club house n kawsan cam terbiar je.
Post a Comment