Tuesday, January 10, 2012

Lepak Deryan di Dangau nan Unggul...

Assalamualaikum
Thalatha
10-01-2012
*scheduled post


Sebelum berleter tentang Lepak Durian, aku nak menjawab soalan di entri sebelum tentang tapak projek PERSADA Heights:


Lokasi projek adalah di Batu 14, Kg Sg Semungkis kira-kira 2 kilometer dari Agrotek Resort, Ulu Langat.

Selepas kami keluar dari pejabat PERSADA Property di Batu 12, kami merayau mencari durian. Memang sudah menjadi plan awal untuk kami melawat tapak kemudian nak kenduri durian.



Kerana kami seawal jam 11 pagi, lori pun belum turunkan hasil jualan lagi. Pilih terus di atas lori gak yang best!




“Bos” as si tukang bayar, offer pilih apa yang kami suka. Sehingga setiap orang dapat cempedak sorang sebiji besar!


Manggis segar, tapi rambutan macam dipetik pada hari sebelum.


Kulit rambutan sudah layu, tapi manis! Durian kampung tiada satu pun yang rosak. Hampir kesemuanya adalah aku yang pilih. Cewahhh!


Bahasa orang aku kata, “Mengebat!”




Lepak Durian, di bangsal (sebenarnya pondok sementara pengawal tapak), di laluan masuk utama ke lokasi lot PERSADA Heights.



Pondok itu nampak jauh dari sempurna, tetapi merupakan port lepak paling unggul untuk menikmati musim buah. Tanpa sebarang perkakas lengkap, kami tetap gembira berehat sambil berborak dan berbincang.





~...HISYAM memang sedia dimakluminya seorang lelaki pemurah walau bukan sangat peramah, tetapi bila dia mencadangkan temujanji setiap malam Selasa berhampiran buaian bertali reput di pinggir Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN segera menyanggah kerana sebenarnya plan itu adalah sebuah idea mengarut...!~









10 comments:

kakchik@ella said...

hai kak. lain kali ajak la saya. saya mmg peminat doyan. hihi.

kakcik said...

MasyaAllah... geramnya tengok isi durian tu. :)

JunAina said...

Menikmati buah-buahan di temani alam...HEBAT!

Daddy Ziyyad said...

hebat kak azie mengebat! haha

Farid said...

Thumps up for Azie...semalam taukeh perumahan...ari ni dah tukar jadi taukeh durian...hihihi...sorry gurau je.

Nida said...

Kak Azie.... rasa macam nak nangis tengok entri ni... uwaaaaaaaa

ajak said...

asalam ...salam kenal ... saya new bie ... dah jadik follower ... sudilah kiranya menjadik folloower saya plak ..tq.

PUTUBAMBU said...

ish...ish..
buah2an feveret saya..especially deghoyan tu...!

hebat nama tempat tu yek? lepak durian...

KhaiRin - anies said...

kalu sy ada la..mau berkubur kt kebun tu sbb telan byk bau... hehe

C-I-K-I-N-T-O said...

deroyan tu mmg buat hati tak tenang la..adeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails