السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
10-02-2012
JumAAt
10-02-2012
Menyambung tugasan luar dari waktu kerja.
Bawa penempah lot Semungkis melawat lokasi. Lawatan tapak yang menjadi kali ke-4 buat aku (or ke-5? lupa..).
Lawatan yang menyeronokkan, kerana setiap kali kunjungan pasti ada perubahan yang dapat dilihat. Jalan semakin luas dan mampat, tanah semakin luas dibersihkan...
Bawa penempah lot Semungkis melawat lokasi. Lawatan tapak yang menjadi kali ke-4 buat aku (or ke-5? lupa..).
Lawatan yang menyeronokkan, kerana setiap kali kunjungan pasti ada perubahan yang dapat dilihat. Jalan semakin luas dan mampat, tanah semakin luas dibersihkan...

Puncak paling tinggi, Fasa 1. Berangin sampai pembeli tu berangan, bila rumah siap nanti, duduk di serambi, minum kopi dan ubi kayu rebus!

Awan semakin gelap, walau nampak cantik tapi membimbangkan. Kami segera beredar tidak mahu terperangkap dalam ujan, becak dan jalan akan licin.
*Info: lot banglo PERSADA Semungkis Fasa 1–10 semua sudah habis dijual.
~...awan walau mendung memberat, rupanya bukan sahaja hujan yang meruntuh, tetapi kilat dan petir memberikan rasa gentar bukan kepalang sehingga HISYAM terkejut terlompat nyaris kepala terhantuk di alang dan SERI BULAN hendak ketawa di ruang jenang pintu...~



7 comments:
Seronoknya kalau dapat duduk d puncak bukit yang berangin itu sambil menikmati kehijauan panorama di sekeliling (adakah lagi kehijauan itu?) :)
Teringat pulak entri Tuan Haji Al-Lavendari pasal kawasan rumah dia yg berangin kuat dulu, siap boh video lagi masa tu :)
kakakku yang selalu happy walau dalam apa jua keadaan..
tabik springlah@!!!!!!!!!!!!!
Salam,
Azie tak ambil satu lot ke?
KAKCIK:
Bagi lot tersebut, kawasan tu terpaksa lah dihilangkan hijaunya sementara waktu. Kemudian akan ditanam semula tumbuhan lanskap.
DINAS:
Rumah Tuan Haji tu, kat Lavendar Heights. Memang tinggi atas bukit. I pernah lalu situ. Kagum!
AYU:
Tabik spring? Jangan sampai berpusing pening. Heheheh
LF:
Saya belum mampu Dato’...
salammm
status persada height sekrang nie camne ek.. cam xde perubahan pub sejak feb2012..
Post a Comment