Wednesday, February 1, 2012

Site visit PERSADA lagi: Letih sungguh hari ini...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
01-02-2012


Terimakasih kata semangat di entri sebelum. Terharu sungguh membaca begitu banyak kata sokongn dan semangat diberi. AA terasa anda sekalian begitu dekat di hati.

Letih sungguh hari ini.

Cuti macam tak cuti.

Kerja luar, yang dijangka cuma sejam dua, berlarutan hingga petang. Takpa. Hati happy...!


Memantau apa yang patut di pejabat rasmi PERSADA Property Sdn Bhd.


Site visit, di luar jadual sebenarnya.
Progress di tapak PERSADA Semungkis semakin rancak.



Bawa client. Cuaca baik begitu mendorong aku dalam keterujaan yang tinggi.


Dua puncak bukit itu merupakan sempadan, laluan seterusnya ke sebelah sana adalah menuju Karak dan Janda Baik, Pahang.

*Terimakasih Encik Salleh, Pengurus Tapak Projek.



Cerita lain:

Pemain bolasepak negara SAFEE SALI, mendapat gaji bulanan RM118,000 dari kelab Pelita Jaya. Kontrak disambung, kini bernilai RM2 juta. Bertuah badan. Kat Malaysia sendiri, ingat senang nak dapat macam tu? Ada ker yang pernah dapat macam gitu sebelum nih?

So, bagi yang rasa boleh buat duit di negara luar, sementara ada pihak luar yang “celik mata” nampak bakat anda, silalah keluar. hehehehe!

Tuah manusia, nampak di kaki yang berbakat sepak bola, bukan keras macam kaki kerusi.




~...dalam satu rancangan bagi menjayakan apa yang dinamakan amal, HISYAM lebih rela menjadi pemegang bendera daripada terpaksa menjadi pengacara kerana gugupnya dia bukan kerana usik-sakat si SERI BULAN tetapi tidak tahan direnung cerlung oleh sekian ramai anak dara Kampung Separuh Desa yang bagai tak pernah tengok lelaki masuk kampung...~







11 comments:

The Red Rambutan said...

Smti- RR pernah bekerja lebih 10 tahun di luar negara dan memang betul, jauh berbeA dengan apa yang ditawarkan di tempat aendir tapi apakan daya hujan emas di negara orang hujan batu berlian di tempat sendiri.

Fyzal said...

tapak untuk projek ape tu kak azie?

azieazah said...

RED RAMBUTAN:
Kita berhak untuk memilih dan membuat perbandingan. Tetapi eleman kasih kepada negara sendiri tidak harus diketepikan, bukan?



FYZAL:
Itu tanah lot banglo eksklusif. Pembeli berhak untuk membuat apa sahaja selepas membeli. Samada nak buat rumah atau homestay, atau sekadar pondok singgahan hujung minggu.

Citarasa Rinduan said...

yesssssssssssssss
cerah mata pandang hutan..
kak.. posingmu memukau daku.. hilang winduuu
hahhaha

azieazah said...

AYU:
Yang cerah selalunya cuaca.
Yang windu selalunya si Burung Hantu.

hahahahaha

Eri-chan said...

banyak dpt gaji kat luar...malaysia kenapa tak cuba adakan jumlah tu..
erm..indonesia lagi byk amalan rasuah tp still dpt gaji yg tinggi.

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Koje2 ... kesihatan dan kerehatan diri kena jaga jugak. Take care

kakcik said...

Orang kata 'hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri - maka lebih baik negeri sendiri'.. ish boleh pakai ke?

Sementara boleh direbut hujan emas itu, eloklah direbut, kan? Kemudian bawa balik ke negara sendiri. Kerana tahu nilai hujan emas si negara oranglah, berpusu2 PATI datang ke negara ini untuk dikutip dan diangkut balik. :)

C-I-K-I-N-T-O said...

wah macam tempat nak baca berita..hahahha

zeqzeq z said...

Bulan depan masuk paper laa,,jutajuta biloner

zeqzeq z said...

Dgr citer ada paparazi sedang memukat hihikk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails