Monday, July 15, 2013

Ramadan 06: Kurma Daging lauk kenduri vs Sambal Bilis Tempe kopek sendiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
15-07-2013


Ramadan pertama, MyToklaki masak Ayam Kurma. Saya pulak gatal mulut bercerita dengan sorang kawan saya tentang lauk Kurma, dalam sembang kami di waktu senggang tengahari. Rupanya, dia pun macam MyToklaki juga, peminat lauk Kurma.

Bersembang la kami tentang betapa susahnya nak cari lauk Kurma Daging macam kenduri dolu-dolu. Yang enak lazat berempah. Dengan ketulan daging besar-besar tapi lembut empuk sehingga ditolak dengan sudu pun daging boleh berderai tapi tak hancur. Mana nak cari lagi... rata-rata kenduri dah jarang masak Kurma Daging camtuh.

Then, tak pasal-pasal saya yang kena buat. Oh yeahh... sebagai memenuhi permintaan dan selera tekak orang yang kepingin nak Kurma Daging with ketulan besar-besar.

Lalu, pagi semalam saya ke pasar Pudu mencari daging segar lagi terbaik. Walaupun saya jarang beli daging sebab hanya MyToklaki jer yang gemar daging (tu pun saya tak nak beli selalu sebab dia ada gout), tapi saya tahu dari siapa yang saya boleh dapat daging terbaik. Penjual tu pun kawan Toklaki juga.

Then saya teringat nak call MyBonda, merisik resipi lauk Kurma Daging. Maklum, MyBonda dan arwah Ayah dulu tukang masak kenduri yang handal, beberapa tahun pula menjaga tender kantin sekolah. Malahan arwah Ayah sepanjang hayatnya memang terkenal di kampung sebagai salah seorang tukang masak kenduri yang dihormati lagi disegani.

Okeh, MyBonda pun bagitahu sesuatu yang saya tak pernah tahu pun sebelum ni. Rupanya ada bahan rahsia (rempah) yang saya tak pernah boh pun selama ni dalam Lauk Kurma. Okeh.. kali ini saya yakin lauk Kurma Daging kawan saya ni akan jadi sebijik macam lauk kenduri...!


Saya tak pernah masak Kurma Daging sebenarnya, selalunya Kurma Ayam jer. Sepanjang memasak ni, saya berharap sangat lauk ni menjadi. Kalu ikutkan lauk kenduri takda kentang, tapi saya sengaja boh kentang. CHAK suka kentang.

Keputusannya: Kurma Daging menjadi (mengikut piawian saya jer lah). MyToklaki makan banyak masa berbuka semalam. Saya tak makan pun.

Okeh... selain tu semalam saya juga masak Sambal Bilis Tempe. Ini memang lauk wajib ada di bulan posa. Pembuka selera sahur kami. Pun ditempah oleh kawan saya jugak, macam tahun lepas. Memang saya buat lebih kali ini, untuk sorang kawan lain pula di tempat kija. Juga sebagai bekalan IKA nak balik semula ke skulah dia esok. (Ini budak memang balik hanya untuk makan sedap-sedap jer!)


Keputusannya: Sambal Bilis Tempe memberikan aroma yang sangat enak lagi menyelerakan. Saya tak makan pun lagi.

Sewaktu kawan saya singgah mengambil semua menu di atas, saya juga sertakan Pengat Keledek (Bersagu) yang sangat enak (pada saya enak ler). No pic, saya malas dah nak snap.

Kesimpulan untuk kesemua menu di atas (melalui sms): “Beyond expectation!”

Kenapa semua lauk tu saya tak makan? Merajuk berbuka posa? Hahahaha takda makna nyerrrr....!

Sebab, saya masak Spagheti sebagai berbuka semalam. Ini kerana memenuhi permintaan dua orang anak dara saya; Dak AMOI & IKA. Hujung minggu jer la nak masak lebih special dari biasa. Sebab rakyat dalam rumah berkumpul semua.


Versi sama jer macam spagheti saya terdahulu, tapi saya snap juga gambar terkini.

Sekian cerita masak-masak dan makan sakan-sakan saya. Jangan marah eh... saya dok tayang gambar makanan jer.





 ~...semasa makan bersila dalam bulatan mengadap dulang berkilat, SERI BULAN sempat menjeling wajah HISYAM yang ternyata tak menyabar hendak menjamah lauk hasil tangan Mak Utih lalu terlupa seketika SERI BULAN hendak beramaran supaya tidak gelojoh kerana dia pernah ada sejarah tercekik tulang sembilang sampai muka merah berbelang...~




53 comments:

  1. tak marah azie he he..acik pun jarang sangat masak lauk kurma..tak kita le ayam ke daging..acik tak berapa nak suka..kalau ada permintaan juga..acik tambah cili api hijau..jadi tak merubah warna kurma tu..lepas tu memandai tambah lada hitam..lada putih..ha tu la..yang acik tak suka..sebab kurma ni lemak rempah je..pedas tak dek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik, saya pun tambah juga lada hitam untuk pedaskan sikit Lauk Kurma. Actually lauk Kurma ni muak, kalu masak jugak kena ada sambal tumis or sambal belacan. Then ada Telur Masin, baru sedap layan.

      Delete
  2. Apa rahsianya kurma daging tu k.azie? sy biasa masak kurma ayam je...
    nmpk sedap pula semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak juga tanya apa rempah rahsia tu. Tapi dah namanya pun rahsia, tak jadi la nak tanya. Hehehe.

      Hormat privasi orang lain. Kalau Kak Azie nak beritahu, confirm la dari awal lagi Kak Azie dah tulis rempah apa kan? Hehehe.

      Delete
    2. T.A.T.A pandai provoke Kak Azie yer.. hehehe tak ler rahsia pun. Sebenarnya rempah tu dah ramai orang dok boh, dok guna pun. Even kedai mamak pun itulah rempah wajib kena ada. Kak Azie jer yang tak pernah tahu tak pernah guna. Bila mak citer baru tingat, masa kat kampung dulu, depa giling jadikan bulat bulat macam pes. KAS-KAS. hehehe Kak Azie beli sikit dan boh. Satu lagi, bubuh KERISIK. Hat ni memang tak pernah cuba pun sebelum ni.

      Delete
    3. Kak Azie terlupa nak tulis dalam entri sebenarnya. Hahahaha

      Delete
  3. Salam Ramadhan kak...
    kalau di kelantan ada juga yang letak kentang dalam lauk kurma....sedappp:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya Kak Azie masak Kurma memang boh kentang, juga bawang besar dibelah empat.

      Delete
  4. Patut pun azie pandai masak kira keturunan pakar kisahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak saya tukang masak rewang di kampung. Tapi saya tak pandai masak pun. Huhuhu.

      Antara benda lain yang mak saya buat, yang orang kampung masih cari sampai sekarang adalah bahulu lapis. Saya tak reti nak buat. In fact, none of my siblings yang tahu buat. Even masa mak saya buat pun, none of us yang tolong. Emak memang tak pandai orang tolong.

      Bahulu lapis ori punya. Bakar di dapur kayu guna sabut, arang bagai. Kalau seorang tempah 5, bila dah tiba masanya confirm cuma dapat 3 aje. Sebab tak cukup. Ramai sangat yang tempah, dan emak saya tak cukup tangan nak bakar dan tak cukup masa.

      Tapi lepas operate mata, emak dah resign. Lega kami. Kalau tak, emak penat. Kesian emak.

      Delete
    2. Kak ZAKIE, sama ler kes macam si TATA tu jugak. Makpak bukan main handal memasak, tapi saya tak ler pandai mana pun. Masak untuk makan anak-beranak lepas lah.

      Masa kecik, masa anak dara rajin juga ke dapur, tengok itu ini. Pandainyer waktu tu jer. Lepas tinggalkan kampung, semua ilmu jarang dipraktik, langsung banyak lupa. Tu yang nak kena call balik tanya.

      Delete
  5. Samalah kita Kak Azie masak2 sakan2 pada hari minggu sahaja, hari2 lain belasah apa yg ada apa yg sempat ja. Menu Ahad sambal tempe+bilis+kacang ingat boleh tahan sehari dua rupanya bangun sahur tadi je sempatnya, gulai ayam dan kerabu tauge+perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal Tempe + Bilis + Kacang = paling enak membuka selera. Kak Azie jer yang tak sempat nak boh kacang, wpun tu pun paberet anak-anak jugok.

      Ahad memang hari untuk menunjuk segala skill memasak. Yang penting seluruh rakyat dalam rumah happy!

      Delete
  6. arwah Mak suka masak korma boh kentang! dapppp sangat.. can imagine the daging lembut berderai tu kak.. fuhhh... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Then kalau kuah dia masin nya cukup even ada kentang, laaagi sedap kan?

      Delete
    2. AZEEDA, bayangkan daging yang empuk tapi masih bersegi berbentuk, tapi bila ditolak dikuis dengan sudu, ianya berderai berurat tersusun. Alahai sedapppp!

      Kuah apapun, kena masin juga TATA. Kalu idak tawar tak sedap la kan?

      Delete
  7. Azie...
    Menyelerakanlaaa kurma azie tu
    Scroll bawa lg menyelerakan...
    Ptg ni dpt idea nak masak apa utk family
    Thank u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AKAK nak masak apa petang ni? Spagheti kah? hahahah sedap tuuuu

      Delete
  8. kalau kongsi rempah rahsia tu kan best hehe..saya masak kurma,pakai rempah kat kedai tu ja..rasa biasa2 ja...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pakai rempah biasa yg serbuk instant jer Kak. Tapi kalu nak tahu rahsia rempah tu, lihat jawapan komen saya di atas.

      Delete
  9. amboiiii toklaki diaa....ngajin bebebnorrrrrr...je;es ai hoccayyyy...hihihi

    selamat berpuasa kakak....xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elehhhh rajin pada hari tertentu jerrr. Rajin ada makna, kata orang. Hahahaha

      Delete
  10. pernah juga merasa makan kurma daging sebuku tu masa kenduri di perak..seksrang dah payah nak jumpa terbaekk macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, saya orang Perak. Memang kenduri kami dulu Kurma Dagingnya, seketul seketul macam orang makan Nasi Beriani.

      Perhhh memang terbaek!~

      Delete
  11. Sy dah lama tak mkn kurma daging kak. Klu sy, kurma daging tu lwn dgn sambal belacan ngan ulam timun. Pehhh!

    ReplyDelete
  12. shin pon ada terpikir nk masak spaghetti.. tp kat umah ni cuma shin sorang je mkn nnt.. lemah semangat nk wat utk setakat sorang je mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam rumah Akak pun, yang lelaki langsung tak minat Italian or Western. Semua yang lelaki nak nasik jerrr. Macam orang kampung.

      Delete
  13. sambal tu buat fifi terliur kak.. sedapnye.. nak order boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai tak payah ler order. Sendiri pun boleh buat. Bukan susah mana pun. Ntah ntah lagi sedap.

      Delete
  14. aduii... silap time la plak saya masuk sini kak!! merembes air liur nih!! uishh... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah time? alahai... kena masuk memalam ler kalu gitu.

      Delete
  15. Ooooo patutlah AA hebat masak! ada darah yg mengalir laju dr.....
    terimakasih kerana rahsia2 kurma. Mana tau satu hari mama cuba. sebelm ni memang masak kurma ayam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita, tahu masak Kurma Ayam jer. Bab daging kureng skit. Saya sebenarnya banyak belajar masak juga dengan arwah mak mertua saya.

      Delete
  16. Salam Ramadhan Azie

    mamak yg masih mengekalkan masakan cara begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Restoren mamak mesti masak kari or kurma taruh kas-kas!

      Delete
  17. Bila baca komen di atas tu, memang konpem betoi tekaan saya. Mak saya pun habaq kena guna kas kas :D

    ReplyDelete
  18. Kak Azie citer pasal tempe saya baru teringat bulan posa ni belum masak tempe lagi..esok boleh buat..tengah kering idea ni tak tau nak masak apa time berbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa.. tempe goreng celup tepung pun sedap tahu!

      Delete
  19. lauk sambil bilis tempe, mmg terbaekkk..... mesti ada stok bulan puasa ni... serunding daging pun wajib ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serunding daging tu kalu pandai dan rajin, elok buat sendiri. Sebab nak beli memang lah mahal ya amat!

      Delete
  20. yang merah merah nih memang menyelerakanlah kak. hehehe!

    ReplyDelete
  21. rindu pulak masakan kurma mama kat kampung.... dah la tahun nie tak sempat nak berpuasa kat sana sbb balik pun dah sehari sebelum raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik la awal sket, at least last posa tu dapat berbuka di kampung. Seronok tu...

      Delete
  22. sedapnyaaaaaaaa... :)
    follow sini :)

    ReplyDelete
  23. zi jarang2 masak kurma.tapi en.suami suka kurma.kalau masak pun memang zi masukkan kentang n bawang besar belah 4..memang umpph!
    kas2 tak pernah letak, boleh la try pi beli pas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa boh jugak sedikit kerisik. Memang sedap. Sila cuba tau!

      Delete
  24. betul la, susah nak cari lauk kurma yang cam tu
    saya tak pernah masak kurma, selalu makan aje kikikikikikikikiki

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails