Thursday, February 28, 2013

Pulut Tanak Serunding Kelapa — mudah menanak tak pening kepala...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
28-02-2013


Saya hendak merekod di sini, pada tarikh 28-02-2013, hari terakhir saya ‘penanam anggur tidak bersijil’ selama genap 2 bulan.

Esok saya akan memulakan kerja baru di tempat baru. Walaupun kali ini adalah sangat jauh, paling jauh pernah saya kerja, tetapi mengambil kira beberapa faedah dan kelebihan saya terima sebagai satu cabaran dan keseronokan berkerjaya semula.

Tayang-tayang: – kan saya suka menayang? hahahaha!



Serunding Kelapa. Sama juga macam kita buat inti Cor Badak atau Pulut Panggang. Saya nak match dengan 5 kilo beras pulut, so beli kelapa parut sampai 5 kg. Terlajak banyak. Sepatutnya 4 kg cukup. Di Pasar Pudu kelapa parut adalah 1 kg = RM5.



Saya belajar masak Pulut Tanak dari MyBonda di kampung dulu. Tak pernah test pun depan dia, tapi lepas kahwin saya masih ingat teknik dan sentiasa praktikkan cara itu. Memang menjadi. Sebab kalu tak biasa menanak pulut, memang akan lembik. Menanak pulut tak sama dengan menanak nasi beras biasa.

Cara saya: rebus air panas sampai mendidih dulu dalam periuk (saya guna rice cooker jer, senang control). Bila air mendidih, masukkan beras pulut yang dah dibersihkan. Kena pandai agak, beras tenggelam sama paras air jangan terlebih. Don’t panik jika lihat macam air tak cukup. Biarkan ia kering sendiri (klik button ‘keep warm’). InsyaAllah lembut elok berkilat walaupun macam tak cukup air. Beras pulut ada kanji tau...



Walaupun saya selalu merapu memasak, tetapi bab presentation saya paling failed! Saya tak pandai nak hias-hias macam blog resipi orang lain. Itu bukan kelebihan saya. Takpa la, saya bukan chef blogger.



Alhamdulillah, selesai membungkus untuk kira-kira 60 orang jemaah di surau malam ini. Saya dan Toklaki mengadakan Tahlil & Bacaan Yassin di surau untuk arwah MIL, MyArwah Ayah dan 2 orang arwah abang saya.


Copy paste satu kata-kata dari rakan yang buat saya sebak tetapi terhibur:

Jangan hitung daun yang berguguran, tapi hitunglah bunga yang bermekaran setiap pagi. 

Jangan hitung hari-hari dengan air mata yang menitis di pipi, tapi hitunglah senyuman yg terlukis di wajahmu.

Jangan jalani hari dengan menghitung cubaan yang kamu alami, tapi hitunglah kehidupan dalam setiap helaan nafasmu sebagai berkat yang telah Allah sediakan dan yang telah kamu terima dalam hidupmu...

Terimakasih semua...!




 ~...kerana hanya HISYAM sejak awal dan akhir menjadi kekasih dan kepercayaan, SERI BULAN sukar hendak berkongsi kisah walaupun selingkar dengan sesiapa yang lain kerana bimbang apa yang disebut nanas bakal dianggap ganas, berkata sesuwar dianggap pula sesuai lalu biar sahaja kamus bahasa itu mereka berdua sahaja yang faham....~




Jawatan seumur hidup...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
27-02-2013



Ramai sedia maklum, bila keluarga yang besar automatic keperluan juga jadi besar. Saya sendiri bila masak, tak pernah sikit apalagi bila bebudak semua tengah kuat makan. Masak habis, masak habis. Bila kebelakangan ini bebudak semakin besar dan banyak aktiviti luar, agenda makan memang ada ketikanya, tak begitu menjadi sangat.

Haritu ALIA bawak bekal Pisang Goreng, kawan dia sampai mintak resipi tepung salutnya. Ahaaa...!

CHAK bawak Keripop makan di kantin, offer seketul untuk kawan, kawan lain yang rebut. Balik bersungguh-sungguh dia citer (sambil duduk atas riba dan si Omak bodek sambil urut rambut dia).

IKA bawak bekal Cucoq Jagung sengaja lebih untuk kongsi ramai-ramai di tempat praktikal. Then masa dia bawak Keripop minggu lepas, kawan dia “soh Mak Ika meniaga jual karipap”. Ahaaa...!




Dalam radio Sinar.fm haritu, ada kata-kata gurau “suri rumah buat kerja 24 jam tak henti, tak kering tangan. Depa patut diberi elaun RM3,000 sebulan. What say you?”

Tapi banyak yang kita jumpa, sudahlah bekerja, balik kena buat kerja rumah juga. Maklum elaun tak kelih, kena tolong lagi ada.




 ~...walau bukan tujuan asal dan niat utama untuk menjadi pelajar yang bakal dipuji lemak nasinya, enak ikan bakarnya atau sedap ketam bercilinya, tetapi diangkat menjadi pelajar kesayangan Mak Utih membuatkan SERI BULAN gumbira bagai diberi emas permata dan HISYAM sukaria bagai dapat makan Ikan Tuka Bakar saban petang...~




Lorong Melayu yang dah tak Melayu...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
27-02-2013


Semalam saya reeke jalan untuk beberapa urusan. Kerana lokasi agak jauh, saya terpaksa survey 2 kali pusing. Memang penat, tapi tabah lah juga hati. Maklum ke lokasi yang kita tak pernah sampai, kenalah memulakan langkah “membiasakan diri”.

Sambil singgah sana singgah sini, melihat pergerakan nadi kota. Mengambil masa sepuasnya, kerana tahu esok lusa, mungkin masa sebegitu susah hendak direbut lagi.


Singgah Pasar Seni untuk pinjam toilet jer, bukan nak meronda pun. Sebab saya dah mula kenal Pasar Seni sejak tahun 1988 lagi. Banyak perubahan tetapi kesal bila ramai peniaga adalah bukan lagi orang tempatan kita. Pekerja majoriti adalah pekerja asing.

Lorong Melayu?



Biasanya bila di tempat sendiri jarang kita nak ambik pot.

Dulu Central Market ni, antara tempat lepak saya juga sebab saya ada beberapa orang kawan pelukis di sini (selain pegi tengok teater DBKL kat rumah Warisan tepi Bus Stand Klang tuh). Saya suka tengok depa duduk atas kerusi kecil, sepanjang dinding melukis potret. Masa tu kedai belum banyak malah bangunan tu belum maju macam sekarang. Ntah di mana rakan-rakan pelukis dan penyajak saya...




 ~...bila hidup dirasakan terlalu banyak pilihan ramai warga Kampung Separuh Desa menjadi pelik apabila HISYAM memilih untuk berbakti di sini dan lebih meragukan kenapa pula SERI BULAN juga memilih untuk ikut serta...~




Wednesday, February 27, 2013

Kalu la saya boleh “LIKE” pada setiap komen...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
26-02-2013


Secara keseluruhannya, saya sangat berbesar hati menerima banyak respons, komen terhadap banyak tulisan  saya sepanjang saya berblogging.

Antaranya, di entri sebelum ini, tentang menulis blog syok sendiri. Saya suka dengan komen-komen pembaca. Komen jujur. Terimakasih. Kalu lah saya boleh ‘LIKE’ semua komen macam kat FB tuh... gerenti saya klik dan klik...

Saya harap selepas ini saya akan ada lebih masa lagi untuk BW dan membalas komen. Saya harap begitu, bila beberapa perkara harus diutamakan dan beberapa perubahan akan berlaku.

Kadang-kadang kita rasa kita cukup baik, cukup hebat dan yakin kita mampu, tetapi kita memerlukan masa pula untuk mendapat ruang dan peluang bagi membuktikannya.



Dah lama saya tak singgah makan di sini. Berpeluang juga singgah petang tadi, kebetulan ada urusan dan Skill Test di ‘kok lerah’ ni...



Kerana tak sempat lunch, lalu minum petang adalah menu berat dan bagai orang melepas dendam. Yee Mee Cantonese. Tembikai No Laici. Puas hati...!




 ~...menunggu saat angin menderu hingga nyaman dingin bersila di ambin sambil melayan cerita bersulam kopi panas yang cepat sejuk membuatkan SERI BULAN semakin pandai mengagak berapa gula berapa nira dan HISYAM dapat pula meneka berapa serbuk kopi berapa lama kena melobi...~




Tuesday, February 26, 2013

Menulis syok sendiri. Sapa kata salah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-02-2013


Copy paste satu komen lama seorang pembaca:

“tiap orang ada prinsip dan cara tersendiri...bukan semua orang tulis dalam blog mahu orang lain baca dan komen dan bukan semua orang suka perkara yang sama..aku pun baca blog yang aku suka bukan sebab blog itu popular sebab bukan semua blog yang popular itu menarik perhatian aku..dan aku paling benci blog yang tuanpunya blog rasa dia sahaja yang betul..kalau betul-betul mahu ejaan dan nahu yang betul, baca buku ilmiah dan berilmu..”

Semakin lama mengikuti beberapa perkembangan, semakin pula kita tahu ramai orang menulis dengan sangat ikhlas, dan jujur.

Walau terselit satu dua orang yang menulis seperti syok sendiri.

Tiada satu pun yang salah. Semua boleh. No problemo...!



Bila dah lama kahwin, dan tidak beranak lalu memilih untuk menikah satu lagi, juga tidak salah. Latipah yang ‘kenal luar dalam’ perihal Jamil pun boleh mudah saja meneka ada yang tidak kena.

Pun tidak salah. Semua boleh. Yang tak boleh, bila kena kejar dengan bini(s), jangan pernah fikir nak terjun jambatan bunuh diri. Itu salah.






 ~....walaupun laman nampak lengang, tapi HISYAM sedar ada rumput sudah panjang, ada tempurung sudah retak berlubang dan ada kasih yang masih sayang tetapi SERI BULAN masih juga ingin menyorok muka buruk di balik kain tutup tingkap yang kusam tapi tetap wangi macam Flat Seri Wangi...~




Monday, February 25, 2013

Kau tempat ku meminta, Kau beri ku bahagia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-02-2013



Ada jenis orang yang hanya mahu perkara yang baik-baik sahaja. Nak tengok benda yang dia nak tengok saja. Dan yang paling saya rimas, mereka nak dengar benda yang depa nak dengar saja.

Bila dia bekerja dia mahu kerja dia sempurna saja. Well... baguih. Bila dia bekeluarga dia hanya mahu orang nampak yang baik-baik saja. Kalu boleh mahu pujian sepanjang masa. Hanya mahu disebut yang baik-baik saja. Macam la setiap rumah takda tabir, takda langsir. Macam-macam benda boleh sorok di belakang langsir tu.

Sedangkan kita tidak boleh terlalu meminta, terlalu mengharap. Ada ketika cuaca memang mendung berminggu dan hujan sebulan. Lalu kain baju ada yang lembap berulang, kering selang-selang.

Bila matahari bersinar terik, tak bersyukur juga.

Macam Fareez yang sombong angkuh dengan isteri sendiri. Mentang-mentang pilihan orang tua. Ada girlfriend cantik, tapi angkuh juga. Kahwin terpaksa demi harta dan kedudukan.

Lalu DIA balikkan hati, sat saja. Tak sampai pun 3 bulan. Baru terbuka mata, isteri jauh lebih baik dari kekasih yang kaki clubbing.

Kalu lah hidup macam drama-drama yang indah macam rama-rama...

Tayang-tayang:


Sayur dari CH hari tu. Kasi perabis semua.





 ~...Mak Utih tiba-tiba datang angin baik hendak menurunkan semua kain tutup tingkap yang belum kusam dan SERI BULAN masih ingin berlindung di sebaliknya setiap kali HISYAM melintas petang sambil cuba membuang pandang paling tidak menjeling kerling...~




Mesyuarat Agung PIBG: jangan prasangka dengan guru...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-02-2013


Sabtu lepas, kami hadir ke Mesyuarat Agung PIBG sekolah CHAK. Kali ke-18.

Perasmian dijayakan oleh orang politik. Dan ucapan pembukaan oleh YDP pun ada sikit-sikit politik juga. Ehhh bukan sikit, rasa saya banyak juga dia dok sebut pasal pilihanraya, pasal kerajaan yang wajar kita pilih.. Hmmm...

Sepanjang bertahun-tahun 4 orang anak saya bersekolah di sini (Dak Amoi dan Ika sekolah lain, sebab masa tu sekolah ni lum siap), saya tidak pernah ada masalah dengan sekolah ini. Walaupun hubungan saya tidaklah rapat dengan mana-mana guru (sampai nak kena bagi hadiah, nak kena belanja, nak kena calling sembang bukan pasal pelajaran), tetapi setiap kali ada keperluan melibatkan guru, saya sedaya upaya beri kerjasama.

Saya memang simpan no hp setiap guru kelas anak-anak untuk dihubungi bagi keperluan tertentu. Walaupun jarang dipraktikkan, saya tidak pernah ambil mudah soal hubungan guru dan ibubapa.

Agaknya sebab saya tak begitu mesra alam dengan para guru, dalam erti kata lain “saya tak popular glamer pun” di kalangan guru, anak-anak saya TIDAK pernah seorang pun menjadi senarai ‘target’ untuk mana-mana result. Masa sekolah rendah dulu, Dak Amoi & Ika pun, tak pernah tersenarai dalam senarai pelajar harapan. Tapi alhamdulillah UPSR 5A berjaya meletakkan nama mereka dalam majalah sekolah.

Biasanya bila anak Tahun Enam, parents dijemput aktif dalam suatu komuniti khas. Banyak program dibuat utk mereka menghadapi UPSR dan memerlukan sokongan parents. Ini perkara biasa. Tahun ini saya ‘off’ sebab CHAK baru Tahun Lima.

Dalam urusan surat-menyurat dengan pihak sekolah, isi borang hantar sana sini MyToklaki rajin. Saya memang serah ke dia jer bab ni. Kalu bab kena pegi sekolah, nak duduk berjam-jam dengar itu ini, tunggu giliran ambil report card sambil sembang dengan cikgu, itu bahagian saya. Toklaki memang tak rajin.



Saya tahu ramai para bapa tak rajin nak duduk dalam bilik ceramah dengar ucapan demi ucapan. Kenapa eh?



Puan Guru Besar berucap, ada parents yang call guru komplen “kenapa masa cuti sekolah banyak sangat kerja sekolah?” Saya pun hairan kenapa sampai komplen?

Sepanjang ingatan saya, belum pernah saya terfikir nak komplen apa sahaja yang datang dari guru. Dapat buku teks koyak lunyai pun saya diam, komplen kat blog saja. Saya yakin, cikgu ada banyak benda lain nak handle, nak fikir, nak buat. Kerja guru memang tak mudah.

Mungkin saya terbiasa sekolah kampung, sekolah yang agak kekurangan lalu pembelajaran hari ini wajar sekali disyukuri. Menjadi pandai bukan hanya pada buku cantik semata tetapi biar berpada. Bandingkan sekolah yang jauh di pedalaman? Kipas siling pun takda, padang becak, sekolah buruk? Tak mustahil boleh melahirkan bijak pandai yang boleh jadi doktor? (contoh)

Yang penting, jangan prasangka dengan para guru. Walaupun saya yakin para guru sekolah anak saya tak pernah tahu pun nama saya, tapi saya sentiasa berterimakasih pada mereka.

Saya memang tak mahu jadi guru. Jujur saya kata, itu tak pernah jadi cita-cita saya. Saya rasa kerja sebegitu kurang sesuai dgn saya yang mudah bosan dan mungkin jadi garang tak bertempat. So biarlah mereka yang layak dan berjiwa lembut-tegas yang meneruskannya.




 ~...sekolah beratap rembia pun tidak pernah menjadi sangkaan SERI BULAN tetapi apabila hanya itu yang mampu dijadikan tempat bermula mengenal mana ayam jantan mana rama-rama, semangat yang walau dipinjam sesama mereka menjadikan HISYAM tak gentar bergumpal dan SERI BULAN terus berjiwa kental...~




Nasi Padang yang bukan di padang, bukan dari ladang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-02-2013


Minggu lepas, atas beberapa urusan rasmi saya ke Klang. Kami sampai menjelang rembang dan agenda mencari makan adalah sangat best sebab dipandu oleh kawan yang memang sudah menjadi orang Klang.



Singgah di kedai Nasi Padang Kampungku, di tepi jalan (hiway) dalam daerah... hmm daerah apa eh? Rantau Panjang ya? Yang pasti tidak jauh dari Kampung Haji Siraj. Nama tokey kedai ni, dipanggil Pak Long.

Sudah lupa bila kali akhir saya makan Nasi Padang. Dah lama sungguh tak makan. Pegi Bandung & Jakarta pun tak makan Nasi Padang.


Benda pertama yang saya nampak, ialah Kuali Gulai Kawah ini. Wajib cuba nih.


Juga 2 kuali besar menu ini. Apa eh, Masak Kurma? Saya tak tahu nama menu yang tepat, satu daging, satu lagi seperti hati lembu.


Tray yang panjang itu gulai Kaki Lembu, dan yang depan ni Usus. Nampak yang bulat-bulat? Ohh... nampak macam best, tapi saya tak sanggup nak cuba.


Zoom dekat sikit. Nampak tak tapak kaki lembu tuh?



Selain itu, juga barisan menu lauk lain yang sampai tak tau mana satu nak pilih. Kerana waktu sudah melepasi waktu makan tengahari (hampir jam 3.30 petang), sudah tidak ramai pelanggan yang ada.



Hanya ini saja yang saya termampu nak ambil. Kalu pilih banyak, nanti tak termakan. Gulai Kawah tu memang betul sedap. Saya tapau sebungkus bawak balik.



Terimakasih kepada mereka yang terlibat dalam ini cerita. Juga penaja yang bermurah hati.





 ~...bila tiba malam minggu yang tidak pernah sama antara Kampung Separuh Desa dengan kota yang ditinggalkan, antara meriah pasar malam Up Town dan sepi malam bersulam cengkerik dan katak-ketegar, Mak Utih dan Pak Utih sering pula menjadi penglipur lara membuka cerita termasuk kisah lucu HISYAM tidak kenal mana kuku kambing, mana ketam padi...~




Sunday, February 24, 2013

Geram tengok Jalan-Jalan-Cari-Makan...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
24-02-2013


Ahad hari lepak dan melebarkan kepak. Tapi saya lebih nak duduk rumah sebab semua bebudak ada di rumah. Acara memasak adalah sangat best.

Semalam saya ulang lagi ‘Projek K-Pop’ saya, kali ini secara besar-besaran sebab gunakan tepung 2.5 kg, kerana ada yang teringin nak makan Keripop Sardin juga. Lalu pulun sakan la kelmarin buat Keripop Kentang dan Keripop Sardin. Haaa... puas hati!

Next time saya try buat Keripop Inti Telur Rebus. Saya pernah tengok tapi tak pernah rasa lagi.



Kenal tak Ikan Gelama Masam?

Yang ini memang dibawa khas dari kampung. Dulu lagi, jika saya berpeluang balik Parit Buntar, Tanjong Piandang or Kuala Kurau, saya sering cari ikan masin pelbagai jenis bawak balik KL. Then masa tu berbagi la juga sesikit pada kengkawan.

Sehinggakan seorang maid kawan saya, berkenan sesangat dengan Ikan Gelama Masam ni, selalu tanya bila nak balik kampung lagi. Dia memang nak kirim Ikan Gelama Masin ni.

Baru-baru masa cuti CNY, MyKakak memang nak mai Jinjang. Saya kirimlah Ikan Gelama Masam ni khas utk maid kawasn saya tu.

Bagi yang tak biasa, Ikan Gelama Masam ni memang halus jer, sebesar jari jer. Cara mudah untuk goreng ialah: buang isi perut dan bersihkan. Sisik tak perlu lah buang, sebab bila goreng sisik tu akan garing dan mudah dibuang. Untuk mengelak ikan menjadi hancur, sebelum goreng celup dalam tepung dulu. Sedap!

Oh ya... saya jarang miss tengok program Jalan-Jalan Cari Makan. Geram jerrr..! Ada juga beberapa tempat makan yang ditunjuk tu saya dah pernah pegi makan. Seperti Satay Station dan Restoren Urat Keting tu.

Yang saya teringin nak rasa ialah Cendol Bakar yg popular dengan konsep Drive-Thru, di Kampung Assam Bakar, Kuala Selangor tu. Jommm...!


Ulang balik gambar lama masa mencendol di Cendol Bangi (depan kilang Hitachi). Apa yang saya nak tunjuk ialah, mangkuk cendol tu sama macam yang kat Cendol Bakar tuh...!





 ~...SERI BULAN bukanlah pandai jauh sekali hendak disebut handal memasak tetapi setiap kali HISYAM menyebut hendak makan itu minum ini dia pasti menjeling Mak Utih dengan harapan resipi segera dapat direka-bentuk dan kelas mengejut dapat dibuka segera di dapur atang dan Pak Utih bergegas mencari kayu api...! kayu api...!~




Musim kata-mengata ~ Ekor keli pun nak berebut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
24-02-2013


Geramnya. Sungguh-sungguh plan nak BW malam ni, tapi bila dah buka itu, baca ini terus berjangkit buat kerja lain pulak.

Mula-mula send mesej kepada beberapa orang friends tentang jemputan walimatulurus anak seorang sahabat. Pastu ternampak la pulak beberapa nama Friends yang ‘berganda’ (lebih dari satu akaun tapi orang yang sama) serta beberapa Friends yang saya tak kenal langsung. Lalu sibuk la meng‘unfriend’ pulak.

Then konon nak reply komen di blog, tetapi datang mood nak buat header baru untuk March pulak. Lalu ralit la ejas header ‘perasan cantik’ tu.

Masa berjalan. Lalu BW tu tertangguh la lagi. Adehhh...

*****

Sekarang ni rasa macam “musim mengata” eh? Buka tv jer, ada saja orang itu mengata orang ini. Ada saja yang tak kena, sampai ke isu agama, isu kutuk golongan sana puak sini. Aduhai lemas makcik!

Mentang-mentang la puak yang dikata-kutuk tu tak boleh langsung keluar tv. Sebab itu saya tak suka nak baca (apa lagi nak beli) akhbar-akhbar tabloid yang menjadi milik dan saluran pihak tertentu pula untuk menyalurkan maklumat atau matlamat. Or... can I say ‘manifesto’?

Dalam rumah saya sendiri pula, isu ekor Keli pun jadi bahan bertekak. Letih makcik!

Setiap kali Keli digoreng (memang goreng jer pun, takbleh buat lain dah...) bahagian ekor selalu menjadi isu. CHAK memang akan chop ekor saja. Part lain dia tak layan. Pun ALIA suka ekor. Lalu kena sediakan 2 bahagian untuk adil. Sekali sekala bila cuma tinggal satu, si Omak akan pening sebab masing-masing kata itu ekor dia. Sekali lagi, makcik lemas!



Bahagian kepala tu selalunya untuk orang yang tak memilih, belasah semua.

Okey.... nak sambung mengemas semak di kepala otak.

*Shamsiah (Kuwait), boleh saya jadi blog reader awak? Sori Berlori, saya tak tahu bila blog awak diprivatekan.






 ~...jalan denai menuju baruh semakin meninggi lalangnya tetapi HISYAM melarang ditebas kerana asyik melihat angin membuai hujung lalang yang hampir sama tinggi dengan lututnya yang pernah kena bedah dek dilanyak musuh ragbi dulu dan SERI BULAN boleh dilihat tenggelam timbul di celahan lalang yang menjulang...~




Saturday, February 23, 2013

Dalam malas-tak-malas, rajin-sikit-sikit...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
23-02-2013


Sabtu, tidak banyak agenda sebenarnya. Tapi anak-anak ada yang terlibat dengan Road-Run di sekolah.

Dalam malas-tak-malas, bercampur rajin-sikit-sikit saya gigih juga la nak pegi skulah CHAK. Ada mesorat Agung PIBG. Saya tak pernah harap untuk aktif terlibat apa pun sebab masa Alia Tahun Enam dulu saya dah pegang jawatan dan sibuk. Kemudian saya dah segan nak aktif dah.

CHAK baru Tahun 5.



Bila anak-anak semua ada di rumah, takdak chance la saya nak lepak-relax macam hari bekerja yang lain tu. Selalunya, bila semua orang keluar kerja dan skulah, saya jadi Mem Besor yang relax dan santai ikut-suka-hati-tok-nenek saja. Cuma saya tak suka berlengkor.

*Bila cuaca sedikit sejuk, saya memang pakai “kasut khas” yang lembut macam tisu tu dalam rumah. Kawan Dak AMOI beli kat China, dan hadiahkan pada dia, tapi saya yang ‘lenjan’. Abaikan kain batik usang saya itu.




 ~...menapak sendiri ke baruh sambil berkira minit matahari yang semakin menaik HISYAM masih tersenyum mengendong bekalan ketupat palas bercicah serunding hasil karya Mak Utih sambil Pak Utih menjadi ketua penjejak di hadapan dan SERI BULAN yang tersengih cemas berada di tengah seolah dikawal macam puteri raja...~




Friday, February 22, 2013

Saya baru perasan ada yang mungkin tersalah faham...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
22-02-2013


Sori Berlori sebab saya rasa mungkin ada yang tersalah faham tentang entri sebelum — yang kendian disebut pula saya tidak update blog 2 hari...!

Teguran yang saya kongsikan tentang entri jangan terlalu ‘sama’ itu hanya sebagai contoh sahaja. Dan bukanlah saya sentap pun pasal teguran itu. Saya memang tak pernah tulis pasal kucing pun. Hehehehe...

Mari kita kongsi membaca komen mereka dan jawapan saya. (yang biru adalah jawapan saya)


zonaku — February 20, 2013 at 9:09 PM
noted! sbb sy sekarang mmg terdorong ke arah ini.
~ Tidak salah untuk beralih arah

zie marziah — February 20, 2013 at 9:38 PM
Entri2 k.azie sgt menarik..x pernah mis baca walaupun kdg2 terrrmis untuk komen hehe
~ Terimakasih Zie

Nurulhuda Abdul Latip — February 20, 2013 at 9:48 PM
Saya tak bosan baca entry akak tau...penuh maksud tersirat dan bahasa yang cantik..
~ Mujur cuma bahasa saja yang cantik, tak ler risau kot orang mai mengorat! hahaha!  

mama maman aka yana — February 20, 2013 at 10:02 PM
pulak... apa yg 'sama'nya kak...??? rasanya lain2 la...
~ Teguran itu bukanlah kepada blog KakAzie, tetapi blog yang lain. Agaknya. 

diana – February 20, 2013 at 10:40 PM
sama ke??rasanya tak la..
risau nye dapat pembaca macam tu/..
saya pun selalu tulis benda yang smaa..heheh
~ Jangan risau, selera pembaca kan tidak pernah sama. 

Uncle Lee – February 20, 2013 at 11:54 PM
Hi Azieazah, I suka makan ni. Luckily we can get this at the Chinese supermarkets where I am.
Your this peria dish looks really delicious. Suaka tu chilli merah.
May I have your kind consent copy the picture? Boleh?
Bila saya naik angin post about food instead of sex, I will display it, credit you of course.
Ok, outang you teh tarek lambong tinggi.
Lee.
~  Uncle Lee, saya suka jika Uncle berminat dengan pic tersebut. Silakan...
Ayoooo utang teh tarek lambong tinggi? Berapa tinggi Uncle? Heheheh 

QueenieFebruary 21, 2013 at 12:05 AM
pahit pun tidak selamanya sis...
matinya semut kerana gula...
apa nak dikata?
~ Memang tak boleh nak kata apa dah Kak Q.

Granny Hani – February 21, 2013 at 5:53 AM
Pahit itu lah yg selalu menjadi penawar tapi yg manis bergula itu racun sebenar yg menyebabkan penyakit kronik-kencing manis..heheheeh
~ Itu la juga yang kita selalu tak sedar, Kak Hani.  

IndaMarya – February 21, 2013 at 6:12 AM
Dear Aziezah ,dah blog kita ikut suka kita la nk tulis apa kan? awat la org tu particular sgt.kan kan kan?
~ Sekali sekala saya suka juga hendak mendengar pandangan orang lain. Kalu pun tidak dapat mengikut semuanya, setidak-tidaknya saya fikirkannya. 

KamsiahFebruary 21, 2013 at 6:16 AM
yg pahit tu la penawar...takpe lah..ambil sisi positif setiap teguran tu...
~ Sebaiknya kita sama-sama melihat sudut positif, dan saling menegur.  

Ibu n Abah – February 21, 2013 at 7:47 AM
Peria goreng dengan udang hidup dan cili hidup pun sedap...
~ Ohhh lain kali saya kena boh udang hidup lah.  

Asyifa Mustaffa – February 21, 2013 at 8:15 AM
Pahit...? Walaupun pahit...ku telan jua......seperti sedapnya lauk itu....hehe....
~ Masa kecik dulu pun Kak Azie pun tak suka, skang dah tua gemar la pulak.  

nea lopah – February 21, 2013 at 8:33 AM
Blog kita kan..suka hati lah nk cite pasal apa. hahahahaha boleh gitew??? sy suke peria msk mcm ni. yummy!
~ Masak Lemak Cili Padi pun sedap kan? 

Seri Kandi Tanah Jauhar – February 21, 2013 at 8:59 AM
mak saya kalau goreng peria pun macam tulah juga gayanya... sedap!
~ Rasanya resipi goreng peria dengan telor ni memang resipi orang kampung.  

Zana – February 21, 2013 at 9:36 AM
Salam Madam Azie
Gula tu manis tapi yang manis tu penyakit. Eloklah yang pahit, pahit itu penawar. Hidup pun gitu gak kan... Manis sangat pun tak syok gak, kena lah ada banyak kaler, barulah fun hidup ini..
Saya suka peria goreng dihiris nipis. Sedap.
~ Hidup warna warni, kata orang.  

mokjadeandell – February 21, 2013 at 9:47 AM
Saya minat sgt tengok dan baca cerita kucing dari cerita handbag...kesukaan orang lain lain .Nak buat camana.You choose and pick.
Pahit peria
Ada baiknya
Manis gulaSakit jua akhirnya.
~ Yeaaa Mamason memang peminat kucing. Saya pun banyak baca blog pemelihara kucing. Meriah!

Hanis AzlaFebruary 21, 2013 at 9:55 AM
pahit akan manis akhirnya.. macam peria tu.. bila dah jadi lauk macam masakan kak azie tu, tentu jadi hilang pahitnya bila makan dengan senyuman yang manis..
~ Ahaa makan memang kena senyum, jangan muka masam di meja makan.  

Yunus Badawi– February 21, 2013 at 10:17 AM
saya kenal ke blogger tu? .... ngeeee
oh ya. Kirim salam saya kpd Hisyam .... hehehe
~ Nak kenal ker? Hehehe.. HISYAM? HISYAM?


Aziela – February 21, 2013 at 10:20 AM
Kenapa dia nak tegur entri Kak Azie? Kami setia kerana kami suka stail Kak Azie. Kami suka entri2 kat sini. Ada jer yang nak take over blog kita kan?
P/S : Saya baru sembuh dari trauma teguran di blog nie. 
~ Kak Azie tak rasa dia tegur blog Kak Azie, mungkin merujuk secara umum saja tu.  

Mon MonaLea – February 21, 2013 at 11:46 AM
peria walaupun pahit tetappi sedap...
~ Kannnn....?  

Marya Yusof – February 21, 2013 at 12:17 PM
As salam Kak Azie,
Good afternoon! :)) Peria always my favorite! Hubby yg tak mamam peria pun kena paksa & terus suka mamam...hikhik... Kat sini pun ada jual peria tau! Tapi kena beli kat tempat2 tertentu lah, mcm kat chinatown... Buat masak gulai dgn udang pun sodap! hehehehe...
Hidup sepahit & sesedap peria! Waaalahhh..
~ Betul, masak gulai dengan udang. Wahhh sekurang-kurang ada ler juga dijual di sana yer.  

atuk – February 21, 2013 at 3:31 PM
Assalamualaikum Azie
saya suka peria
~ Tak ramai orang suka, mungkin kerana pahit tu.

[PCL] – February 21, 2013 at 5:11 PM
peria...buatlah camana pon masaknya ..pahit akan tetap orang kata pahit walau terlebih gula atau garamnya *(rasa/makan dulu dengan nikmat.. baru tau !)
entri...buatlah camana pon menariknya cerita...bosan akan tetap orang kata bosan walau ceritanya menarik pada pembaca lainnya. *(baca dulu dgn ikhlas..baru tau!)
~ Sekali fikir, yang pahit itulah kesedapan sebenar peria itu. Sekali baca memang rasa bosan, tetapi jika menghayati dan faham pula maksud cerita, saya pun yakin tak terasa bosan. 

Dinas Aldi – February 21, 2013 at 5:43 PM
Mungkin orang tu rasa dia ada hak untuk menegoq. Tapi kita pun ada hak untuk mengekalkan blog kita mengikut cara kita sendiri kan :)
~ Kita pun sentiasa membuka ruang untuk orang lain memberikan pandangan dan ruang untuk diri kita pula menerima pendapat.
 kasihilmar.com – February 21, 2013 at 7:14 PM
Citarasa manusia berbeza. Kalau sama kain di kedai tak laku....hehe
~ Mempelbagaikan pilihan memberikan banyak orang dapat menepati selera dan minat pembaca.

Amie – February 21, 2013 at 9:20 PM
Pahit itu sebenarnya penawar... suka makan peria sebab peria zaman sekarang tak sepahit peria dulu he he ehh.. agaknya baja punya pasal ni.
Azie,
orang ada mulut, dia boleh kata apa nak kata... tulah pasal dah resminya manusia, kalau tak masakan orang tua2 kita ada menyebut pepatah: mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia....
~ Kalu lah ada nyiru besar, mungkin muat untuk tutup mulut tempayan tu, kan?

inche hlovate – February 22, 2013 at 4:57 PM
pahit tu la yg buat ubat
*yang kat ats ni sya panggil kambas. kalo peria yg kecik2 tu. peria katak. perhhh sedap kak kalo digoreng mcm gmbr tu
~ Kambas? Ohhh di Sabah memang disebut gitu ya? Saya baru pertama kali dengar. Menarik.

*Maaf jika ada lagi komen selepas itu yang saya tak masukkan.


******

Tayang-tayang:


Pernah tak masak Labu Manis dengan Jagung Manis? Cuba la, memang sedap!

Jagung tu jagung manis biasa, rebus dulu sampai lembut baru masukkan labu pula. Ingat, labu manis tu cepat empuk, rebus 2-3 minit jer dah lembut.






 ~...pernah suatu malam yang berbulan penuh, SERI BULAN menangis tersedu di jenang tingkap sambil membiar kain tutup tingkap berkibar lembut memukul muka dan rambut memukul pipi kerana HISYAM datang angin baik romantis memetik gitar mendendang lagu mereka...~




Wednesday, February 20, 2013

Bila hidup rasa pahit, bila hati rasa peria...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
20-02-2013


Hidup sering dikata orang penuh dugaan, ujian dan tidak lupa keindahan di sebalik kejayaan mengharungi dugaan itu. Well... dengan mudah kata: tiada laut yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Memang hujan pun setiap hari sejak Ahad. Lalu yang disebut orang hujan di hati tu lagu mana? You tell me larrr...

Izinkan saya merapu tanpa hujung tanpa pangkal, tidak dengan kepala tidak juga bertemu ekor. Izinkan juga saya mengambil sedikit masa untuk meletak mouse sedikit jauh dari jangkauan. Kenapa? Hmmm takda sebab khusus pun. Ada ketika kita tak perlukan sebab untuk mengosongkan masa buat diri sendiri. Tak gitu?



Sapa kata peria pahit,
Pahit lagi kaki tersepit,



Sapa kata ayat berkait,
Jadi mengapa hati tersanggit?


Seorang pembaca blog saya, menegur entri kita jangan terlalu "sama" setiap hari. Sama di sini bermaksud jangan asyik cerita pasal kucing sahaja sampai 3,4 entri berturut. Alangkah ruginya bila sesuatu yang sebenarnya menarik, tetapi disebut bosan.

Contoh? Rasanya semua orang tahu.




 ~...bila semakin ramai warga Kampung Separuh Desa mula bertanya siapa HISYAM di hati SERI BULAN, anak dara Pak Imam pula yang gelabah bermuka kelat-tak-boleh-tengok sehingga Mak Utih terasa hendak ketawa nyaris pula tersandung waton...~




WW: Hadiah menang Teka Gambar (Bil. 4)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
20-02-2013





*Terimakasih blogger PCL...!





 ~...menerima bungkusan wangi semerbak bak disiram talkum Amami membuatkan SERI BULAN tersenyum sengih sendiri kerana sedia maklum karenah separuh waras si Jalal lalu dia ingin pula menunjuk selendang jarang itu kepada HISYAM untuk mengendap rasa cemburu samada kuat bau atau sudah larut dibawa angin semilir...~




Tuesday, February 19, 2013

Kerana salad Chef Ju & Azian Elias...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-02-2013


Saya baca entri pasal makan-makan di blog Azian Elias tentang Salad Sayur yang nampak enak dan membuatkan saya sangat teringin nak buat.

Ini salad hasil karya mereka. Pic cilok dari entri tersebut. Terimakasih ya Yan.


Kerana Dak AMOI bawak balik banyak sayur termasuk salad dari CH tempohari, so terus saja buat salad yang konon nak sebijik serupa macam Chef JU buat tuh.


Snap guna hp saja so pic sedikit kabur kabur. Sebelum siram dressing. Cewahhh. Saya tambahkan isi ayam (patutnya grill tapi saya goreng). Sayur seperti biasa saja, ada salad, cauliflower (rebus sekejap), tomato, telur rebus. Cuma saya takda brokoli.


Siram dengan Thousand Island. Tu jer stock mayo yang ada dalam rumah.

Semangkuk besar dapat kongsi dengan 4 orang anak dara. Sedap youuuu....! Pasni boleh la buat selalu selalu. Kalu rajinnnn...




 ~...SERI BULAN bukanlah peminat sayur hijau mahupun yang kuning merah bak bendera Selangor, tetapi dek kerana HISYAM seperti gemarkan bukan hitam bukan putih lalu Mak Utih tersengih kerana Penganan Pulut Hitam terus mendapat Pujian Kelas Pertama...~




Kenapa saya mesti “Join Goggle+”?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-02-2013


Semakin banyak saya jumpa blogger yang menukar akaun mereka dari ‘blogspot’ kepada ‘Google+’ — betul ker soklan saya ni?

Boleh beritahu saya, kenapa?

Apa kelebihannya? Wajib kena tukar?



Selalu akan jumpa mesej ini di beberapa blog yang saya lawati. Saya belum berani nak respons apa-apa sebab saya memang tak tahu.



Tetapi, setengah tu akan ada mesej seperti di atas. Banyak blog tersebut tidak dapat saya masuk, tidak boleh dilawati. Adakah kerana saya belum menukar/menambah akaun ‘Google+’ itu?

Ada sesiapa boleh terangkan?

Terimakasih atas segala panduan dan perkongsian info.




 ~...memberitahu HISYAM tentang tempurung sering basah dek hujan malam tidak mematah semangat dia untuk gigih mencari tempurung baru asal surat dapat ditutup sepertimana rahsia juga boleh dikatup...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails