Tuesday, August 5, 2014

Beraya di Kampung Saya #03: hari Raya hari yang mulia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
05-08-2014


Menyambung kisah orang kampung, yang balik kampung, beraya di kampung dan ingin terus mengekalkan tradisi kampung-kampung....dan berazam menjadikan jati diri orang kampung terus kekal dalam jiwa. “Gua orang kampung, beb!”

Suasana pagi Raya kami. Hampir la sama dengan setiap orang lain juga. Tradisi harus diteruskan. Apatah lagi kita bukan muda lagi. Seharusnya kita terus menjadi contoh yang baik kepada anak-cucu kita, kepada generasi kita.


Orang lelaki bersolat sunat Aidilfitri di masjid, tetapi kami memilih untuk bersolat sunat di rumah.

Bersambung dengan sesi mengadap orang yang lebih tua. Menghulur tangan memohon ampun dan maaf segala kesilapan dan kekasaran bahasa, juga membersihkan hati yang lemah, yang ada ketika tewas oleh rasa amarah dan cemburu... juga rasa ketidakpuasan. Lalu pagi Raya yang mulia, segala dosa sesama insan mohon diampunkan..








Bukan lakunan, segalanya spontan.



Saya suka suasana sebegini. Walaupun dalam esakan pilu dan sayu, sayalah orang yang paling suka ‘menongkah arus’ mengusik dan membawa gelak, sedangkan air mata sendiri pun belum kering.



Ni drama apa ntah...!

Memang kami jarang berjumpa, apatah lagi sejak rumah asal lama tidak didiami, tetapi peluang berhimpun bukan sahaja seronok makan beramai-ramai selepas penat bergotong-royong memasak bagai nak rak, juga seronok membuka kisah lalu juga cerita hari ini... yang kemudian akan diulang lagi pada hari-hari akan datang. Siapa yang boleh menolak kenangan?

Dan,

sapa yang balik kampung tak main bunga api... memang rugi!






Yeaaayyyy!!!





 ~....tanpa dirancang jauh sekali mengatur jadual, HISYAM kembali dari tanah leluhur sama detiknya dengan pulangnya SERI BULAN membuatkan lelaki itu merah mukanya terjemuh gadis kerinduannya di jenang pintu Teratak Nyatuh sambil mulut Mak Utih riuh bertanya itu ini mujur HISYAM tidak lagi pandai merasa rimas mungkin rindu itu yang buatkan dia hampir lemas...~...~




11 comments:

  1. selamat hari raya kak.. moment 1 ari raya mmg paling mahal..

    ReplyDelete
  2. tahun ni x meriah sgt main mercun. kami main satu malam saja, malam raya

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Azie...
    Setahun sekali yg amat berharga.. kedatangan sentiasa ditunggu.. penuh dengan tangis tawa gembira suka.. berkumpul beramai-ramai kan Azie :)

    ReplyDelete
  4. wow,ni baru raya Kak Azie. Selamat Hari Raya Kak Azie..:)

    ReplyDelete
  5. shahdunye..selamat hari raya azie..maaf zahir batin andai ada komen2 kak nah selama ini yg terlebih atau terkurang..

    ReplyDelete
  6. banyak entry raya yang saya baca dalam seminggu ni,ini lah entry yang betul2 saya suka..ini baru betul2 raya..:)

    ReplyDelete
  7. syahdu pulak tengok..saya ni ntah bila nak serius bila time bermaafan gini, asik nak ketawa je.

    ReplyDelete
  8. suka baca...selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  9. syahdunye tgk gambar k.azie ni. huhu!!!

    ReplyDelete
  10. siapa yang nak menolak kenangan? =)
    semuanya berharga tau

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails