Thursday, May 7, 2015

Memori Bali 01: pulau yang indah hati tidak gundah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
07-05-2015

Plan bercuti ini saya confirm beberapa minggu selepas saya balik dari Bandung November lalu. Bali menjadi destinasi mampu-lawat yang saya rasa sesuai, lagipun saya belum pernah pergi Bali. Tiket MAS. Pakej trip masih di bawah company yang sama dan di bawah kendalian Zara. Tiada masalah bagi saya yang tidak cerewet asal tidak berdepan kesulitan. Bab lain saya ikut saja. Yang penting lapangkan fikiran, luaskan pandangan dan pengalaman.


Day 01:
Perjalanan selesa selama kira-kira 2 jam 40 minit. Landing di airport Nyurah Rai, dalam bandar Denpasar, Bali. Denpasar merupakan bandar utama (disebut first capital oleh orang Bali) merupakan bandar yang penuh kesenian. Menurut tour guide, Denpasar terletak dalam zone tengah dan masanya adalah sama seperti Malaysia. Tidak perlu mengubah jam tetapi peredaran waktu berbeza 1 jam. Maksud saya, Bali lebih cepat siang dan waktu solat awal 1 jam dari waktu di Malaysia. (Solat Zohor kira-kira jam 12.20 tengahari).


Hanya ini gambaran kawasan airport yang sempat saya snap. Kami disambut oleh tour guide tempatan, Pak Ida Bagus yang berpakaian tradisional lelaki Bali. Ada kain seperti sampin, kemeja batik dan tengkolok yang saya lupa nak tanya apa namanya.

Airport Nyurah Rai diambil sempena nama Nyurah Rai seorang nasionalisme Bali zaman dahulu yang gagah berjuang menentang Belanda. Ada patung besarnya di jalan besar hadapan airport, saya snap tapi goyang. Snap dari dalam van. Grup saya kali ini lebih kecil, hanya 7 orang (5 orang sefamili, saya dan seorang rakan perempuan).

Penduduk Bali agak padat mencecah hampir 5 juta orang. Seperti yang biasa kita lihat di lain-lain wilayah  Indonesia, mereka hidup sederhana dan juga golongan susah. Saya rasa majoriti mereka bekerja dalam bidang pelancungan kerana Pulau Bali memang cantik. Majoriti penduduk Bali adalah beragama Hindu jadi tidak heran melihat patung dan kuil di merata ceruk dan laman rumah. Itu adalah pemandangan biasa.


Kami tiba sekitar jam 3:30pm dan lokasi lawatan pertama adalah Uluwatu. Di mata saya ianya adalah sebuah taman rimba di tanah tinggi yang penuh dengan pokok, tangga-tangga batu dan sudah semestinya kuil sembahyang. Kami juga diingatkan tentang kehadiran monyet-monyet yang bebas berkeliaran di sini lalu harus berhati-hati dengan menjaga beg atau topi atau kamera.

Di pintu masuk jualan tiket semua pelawat diwajibkan memakai, samada kain seperti pareo ungu itu atau sekadar mengikat kain kuning di pinggang. Menurut Pak Ida, sebagai tanda hormat kerana kawasan ini dianggap suci.


Lihat lelaki yang berkasut hitam itu. Pak Ida Bagus yang berpakaian lelaki Bali.



Tidak pasti sudut mana kawasan Uluwatu ini terletak, saya rasa haruslah sebelah selatan Pulau Bali kerana dari sini menghadap Lautan Hindi dan sayup-sayup nampak Australia. Indahnyaaa...


Berapa ketinggian? Lupa nak tanya awal-awal. Kami bergerak agak berjauhan sesama kami lalu saya tidak sempat temuramah Pak Ida.


Rugi jika tak posing syok sendiri, yer tak?


“Jangan buang sampah ke jurang”.



Di hujung sana kelihatan ramai pelancung berkumpul. Ada pentas di mana persembahan tarian kechak diadakan untuk tontonan pelancung. Dengan bayaran RP100,00 (kira-kira RM30.00 – tapi saya dapat tukaran RM28.40). Pementasan akan bermula kira-kira jam 6:00 petang dan tidak sesuai untuk kami menunggu lalu kami segera beredar.


Di bawa makan malam di pesisir pantai tidak jauh dari Uluwatu. Bali Beach Cafe. Senja menghampiri dan panorama sangat indah. Sepanjang pantai saujana mata memandang deretan meja memenuhi pasir yang putih landai. Ada meja panjang untuk ramai juga ada meja kecil untuk berempat atau pasangan-pasangan bulan madu.



Di hujung sana banyak meja kecil yang saya rasa itu adalah pakej bulan madu. Di hadapan mereka ada persembahan live pemuzik pantai dengan lagu-lagu yang lembut dan indah bersulam desiran ombak. Memang indah dan damai sekali.


Hidangan kami adalah seafood (ketam, udang, siput dan ikan bakar) juga nasi putih bersama welcome drink dan bubur jagung. Sedap sambalnya.


Saya suka pemandangan garis jingga di belakang saya itu.


Di belakang deretan meja makan pula ada beberapa pentas di mana persembahan tarian tradisi Bali dihidangkan. Menarik sekali. Ini pentas yang paling hampir dengan meja kami.

Well... dah kenyang time untuk check in.




Kami menginap di Rivavi Hotel (wifi 24 jam dan laju!) di tengah bandar dan tidak jauh dari Pantai Kuta yang terkenal dan menjadi trademark Bali itu.

Nanti saya akan ceritakan juga tentang Pantai Kuta. Till next entry...




 ~...duduk bersila mengadap Pak Utih dan Mak Utih ketika SERI BULAN berpergian ke balai raya untuk ceramah kesihatan, HISYAM tahu ada banyak perkara yang hendak disoal-tanya terutama soal dia dan SERI BULAN boleh menjadi teman mesra yang setia tetapi membiarkan hubungan itu berlanjutan lama tanpa janji ikatan malah tidak melarang HISYAM berinduan dengan sekian ramai anak dara Kampung Separuh Desa...~




15 comments:

  1. Jika segalanya mengikut perancangan dan diizinkan Allah, kakcik akan sampai ke Bali pada 29/5 nanti...

    Sedikit sebanyak catatan Azie ini boleh dibuat rujukan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik saya akan sambung lagi beberapa entri pengalaman percutian ni. Mana-mana yang dirasakan sesuai dijadikan panduan bolehlah ambil pakai...

      Delete
  2. Replies
    1. Memang cantik sangat. Rasanya Pulau Bali antara pulau peranginan yang cantik di dunia...

      Delete
  3. Rindu i dgn Bali.. kalau tak i mmg pegi last March.. tp Hubby x sihat. so cancelled... Bali for me is the best so far Azie.. kalau tak, tak kan sampai 8 kali.. ye tak..heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wooooo 8 kali tuu. Btw memang tak rugi bercuti ke Bali. Tenang nyaman kurang jem sejuk dan indah...

      Delete
  4. wauuu g bali...syoknya tang mkn mengadap ke pantai tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pantai yang lebih indah lagi sebenarnya. Tapi kami kelewatan lalu tiba dah malam tak dapat nak snap gambar pantai tu.

      Delete
  5. Kak zai pun baru pergi Bali bulan March tempohari. Pergi sekeluarga seronok sangat.

    ReplyDelete
  6. Kak zai pun baru pergi Bali bulan March tempohari. Pergi sekeluarga seronok sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercuti dengan famili rehatkan badan dan fikiran. Lagioun barang2 di Bali sangat murah kan..?

      Delete
  7. Romantik tu cuti di Bali..

    Gambaq first tu patut Azie lenggok la badan ngan tangan ikut patung tu.. baru nampak real..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badan orang tua Makchaq. Dah keras tak leh nak lentok liuk dahhh.. hahahaha

      Delete
  8. cara yang betul iaitu dengan membuat perancangan awal setiap apa yang nak kita lakukan kerana pasti mendapat hasil yang berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bagi orang yg tak berapa kaya tapi gila berjalan macam Kak Azie ada beberapa cara utk dapat melancung trip murah dan sederhana. Berdikit termasuk disiplin diri dgn Projek Menabung Untuk Melancung ternyata berkesan...

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails