Thursday, July 18, 2013

Ramadan 09: Bonus Raya, kalu tak dapat jangan meroyan sebab takda sapa nak layan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
18-07-2013


Lazimnya persiapan raya setiap keluarga bermula sejak bermulanya puasa, right? Bagi yang lebih bijak, pasti dah buat persiapan lebih awal lagi. Tapi bagi perkara yang memerlukan saat akhir, terpaksalah tunggu sehingga hujung-hujung Ramadan.

Saya sendiri, dah terbiasa buat persiapan awal sebelum posa lagi. Maklum anak ramai, semuanya mesti melalui beberapa fasa, beberapa peringkat persiapan. Tapi dari tahun ke tahun, bila anak-anak semakin membesar persiapan raya wpun lebih besar tapi sudah menjadi lebih mudah.

Untuk tahun ini, bagi anak-anak yang kecil (terutama Alia & Chak) bab baju raya sudah selesai sebelum Ramadan lagi. Saya dah terbiasa beli barang depa sebelum posa, shopping pun tak penat.

Di tempat kija saya, bila tiba waktu lunch jer macam-macam versi persiapan yang saya dok dengar. Perkara biasa. Tapi kerana saya sejak awal lebih suka mengambil pendekatan ‘tidak terlalu open hal peribadi’ belum pernah saya duduk join berlonggok dengan depa utk cerita pasal berapa helai baju raya, berapa jenis kuih raya or berapa banyak bonus yang hendak dibelanjakan.

Bonus?

Ya selain kakitangan kerajaan yang tak sabar menunggu bonus Raya, di tempat kija saya pun depa dok berdebar tunggu bonus (dalam hal ini saya jer yg diam, sebab orang baru mana layak dapat bonus lagi). Apapun rata-rata depa tak risau langsung, sebab sejarah company membuktikan setelah lebih 20 tahun, belum pernah Raya depa tak dapat bonus. Dijamin gerenti ada bonus. Cuma jumlah jer berbeza setiap orang. Yang lebih best lagi, bonus diberi setahun 2 kali. Yaaa... 2 kali setahun. Sekali time Raya Puasa, sekali lagi time Chinese New Year. Wahhhh...!

Kebiasaannya juga, setiap tahun company akan uruskan tukaran not RM baru untuk setiap staf. Tetapi berbeza kali ini, tiada urusan tukaran not baru. Staf disuruh berusaha sendiri menukar not di mana-mana bank atau mula menyimpan not bermula sekarang. Bank pun galakkan sebegitu. Alaaa... tak kisah ler kalu isi sampul guna not lama, yang penting ikhlas nak bagi. Bagi bebudak pula, yang penting isi dalam.

Ulang tayang (pic koleksi peribadi):



Saya sudah terbiasa, sampul raya untuk anak-anak buah berpelekat nama masing-masing. Agar tiada yang terlepas pandang. Untuk sebelah saya dan anak buah sebelah MyToklaki sampul Raya depa harus dibezakan warnanya.

Bagi yang tak dapat bonus, bersyukur la juga. Kita tetap akan beraya. Jangan sedih ya. Pengertian Raya dan Beraya tu sangat luas dan bermakna.







 ~...kerinduan seorang HISYAM terhadap keluarganya tidak pernah terserlah di wajah sehingga ramai menyangka dia tidak punya perasaan apa-apa, tetapi seorang SERI BULAN sangat memahami riak muka bila HISYAM membisikkan, “aku tetap rindukan keluarga, tetapi aku tidak mampu memenuhi hasrat mereka untuk berkeluarga saat ini,” dan SERI BULAN hanya mampu mengangguk lesu...~




33 comments:

  1. Betul.. klu segala persiapan baju2 raya untuk diri sniri n ank dh siap dibelikan sblm puasa lg mmg elok sgt, huk2cuma teman ni jea x beli aoa2 lg.. almaklumlea.. en. Suami bz.. bila lea nk gi jln tar ni.. huk2
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh bulan posa ni kompom la Jalan TAR tu sesak tahap Gaban. Tapi Kak Azie suka gak nak tengok suasana sesak dan meriah tu. Tahun lepas kami pegi malam raya mencari sepasang baju Melayu yang dilelong murah!

      Delete
    2. Saya pernah raya sebelum ni pergi ke pekan tempat kerja. Kat situ memang banyak jual kerepek-kerepek murah. Pergi mlm raya, konon nak borong semua. Tengok-tengok tinggal tiang dgn khemah aje. Yang lain dah habis kena borong.

      Hahaha.

      Delete
  2. Persiapan raya kakcik dan keluarga belum ada satu apa pun lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, kalu ada yang boleh dipakai guna jer balik. Saya pun selalu camtu. Baju kerja yg dah pakai 4,5 kali pun saya masih boleh buat baju Raya.

      Delete
  3. persiapan raya zi memang dah buat awal2..walaupun berdua je tapi rasanya lagi senang prepare awal.nanti last minit mesti semua tempat sesak..
    bonus?rasanya kakitangan gomen dapat kot.tapi zi pun tak kisah sangat sebab en.suami mesti bagi bonus punya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la juga, sebab kalu ada pihak tak bagi bonus, En Suami boleh bagi. Nanti boleh la beli baju raya bling bling! hahaha

      Delete
  4. tempat suami saya jugak bg bonus 2 kali setahun...bulan 7 dan 12 nanti...
    yg best...depa bg ikut prestasi...ada yg dapat sebulan,2 bulan..4 bulan...

    ReplyDelete
  5. Semalam 17.7 bank bawah pejabat saya dah mula buat pertukaran not baru. Awal betul. Ikut tahun-tahun lepas lagi 2 minggu nak raya baru mula tukar.

    Tapi bila dikhabarkan pada pejabat-pejabat lain, memasing pandang sepi aje. Ye la duit lama nak tukar baru belum ada. Huhuhu sama la kami semua ni.

    Betul tu kak. Duit lama ke baru ke sama je kalau dah masuk sampul. Yang penting ikhlas, kan?

    ReplyDelete
  6. Hehe..saya pun bezakan warna utk anak sdara sblh saya..dan sblh suami. Takle confuse.

    ReplyDelete
  7. saya tak pernah tukar duit bila nak raya..rasa leceh la..lagi satu mana tau kot2 ada mak ayah yang tukar duit dengan anak.sebab anak banyak sangt duit seringgit kan..lepas tu dia beli barang ,orang cakap dia guna duit raya anak..malu la dia..hahha..entah kenapa saya selalu pikir gitu..:P

    ReplyDelete
  8. Saya pun dh setel preparation raya. Sederhana dan ala kadar jer. Bonus tu kalau dapat syukur...tak dapat nk bt cmaner kan?

    ReplyDelete
  9. Kalu ada.. alhamdulillah.. kalu xde xpe.. hehe

    ReplyDelete
  10. Tiap2 thn, ry mmg takde bonus pun. Tak sedih lah. raya jelah. Sikit lebih janji happy, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la. Kalau tetiba tahun ni dapat bonus, confirm terkujat beruk.

      Delete
  11. Saya takde bonus.
    Saya pasrah.
    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc,
      Itu third askar tu, kira bonus la tu.
      Priceless punya bonus tau.

      Tahniah ya. Tahniah for your tax deductions.

      Delete
  12. Tahun ni tak boleh berangan pasal bonus tak dibuang kerja pun dah cukup bagus tapi kalau ada rezeki lain yang lebih besar itu dikira bonus jugaklah. Rezeki insyaallah ada. Rayalah secara bersederhana.

    Persiapan raya anak-anak telah selesai sebelum puasa lagi, penat nanti hendak melayan kerenah hero dua org tu kalau dah start puasa. Tambah2 anak bujang yang dah mula pandai memilih ikut selera sendiri.

    ReplyDelete
  13. gituler jangan nak meroyankan... kita memang tak dapatpun rayani... alahai sedih... takper..

    ReplyDelete
  14. tetiap tahun mesti last minute plan nak itu nak ini.. moga tahun ni tak kelam-kabutlah hendakNYA..

    ReplyDelete
  15. sedihnya.......dah umur cam ni tak ada orang nak bagi duit raya malahan kita pula disuruh bagi bagikan...

    ReplyDelete
  16. kami tak penah dapat pun bonus raya dari kompeni..duit raya lagi lah takde..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita. Tapi dalam dapat tak dapat pun, tak pulak pernah terfikir nak cari tempat kerja lain.

      Delete
  17. fifi pon da settle semue.. lege.. sebelum puase lagi.. sebab bulan puase ni macam terkejar2 dan penat kalau nak bershopping..

    ReplyDelete
  18. duit raya bagik ala kadar ekot kemampuan memasing.. persiapan raya pon sama.. ada org terover budget sbb nak jaga status.. nak jaga air muka takot jado org paling skit bagik duit raya hehe.. terus budget kelaut.. menganggu kemeriahan hari raya.. raya ni serba serbi nak pakai duit.. nnt nk gi beraya minyak tu nak isik guna apa?? air sirap? #nanges

    ReplyDelete
  19. bonus..sedang menanti ni..khabarnya ada...
    kalau ada alhamdulillah...

    ReplyDelete
  20. bonus untuk kerja swasta dah dapat....tengah plans untuk bagi duit raya ....huhu

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum,
    Persiapan raya saya belum buat. Untuk diri sendiri tak buat apa-apapun okey aje, bukan orang taupun pakai baju kerja.

    Tapi nak kena beli jugak baju raya untuk Mek ayah & perlu cari beberapa barang untuk angkut balik kampung.

    Duit raya daku dah tukar jadi buku hu hu hu jadi anak buah akan dapat buku, bukannya duit. Duit cash tu hanya untuk warga emas sahaja hu hu hu

    ReplyDelete
  22. dok menunggu info dapat ke tak bonus raya nih...haha lazimnya mcmtulah.., nak isi sampul.., nak beraya sakan utk anak2..
    pcl dah apply cuti panjang tau..ada keja kenduri kendara lps raya nt..

    ReplyDelete
  23. persiapan untuk diri sendiri biasanya saya pun dah buat awal sebelum ramadhan, senang tak payah nak mencari2 lagi. my laki pun baju raya buat sendiri, pun tak la pening sangat. alhamdulillah bila dapat duit bonus nanti, boleh buat bayar duit kuih raya yang takla sampai 5 jenis pun, lepas tu buat tukar duit raya...kalau dapat bonusnya lebih, lebih la duit raya anak2 buah dengan makpakcik saya tahun ni kak.

    ReplyDelete
  24. saya x de bonus..
    dan raya kali ini saya kerja..
    inilah kehidupan.
    sekejap indah..
    sekejap mendung..
    sekejap hangat..
    sekejap hujan..
    huhuhu~

    first time raya kena keja..
    waaaaaaaaaaaaaa~

    ReplyDelete
  25. X kisah juga.. Klu ada..adalh.. Klu xde pun ttp raya juga kan.. Huhu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails