Monday, June 9, 2014

Rewang kenduri: terus teringin nak makan sup tulang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
09-06-2014


Dalam kesibukan kita, sebagai apa pun, tentulah orang sekeliling tidak wajar kita abaikan. Setidak-tidak, jiran adalah ahli masyarakat yang patut kita tegur-sapa atau ambil-tahu seadanya. Paling ketara, bab kenduri-kendara.

Rewang mungkin sudah tidak lagi sesuai bagi setengah orang. Bagi setengah tempat, tetapi percayalah, masih ada orang yang sangat suka adakan kenduri secara bergotong-royong atas beberapa alasan, meskipun akan melalui beberapa kesulitan. Paling ketara, tenaga kerja.

Berapa ramai jiran yang sanggup turun padang seawal 2,3 hari sebelum? Berapa jam jiran kita sanggup duduk nak kupas bawang berguni-guni? Kupas kentang, kisar segala cili berkilo... hmmm korang bayangkan sendiri apa persediaan untuk nak buat kenduri kahwinkan anak..

Dan seorang jiran tetangga saya begitu bersungguh nak buat walimatulurus anak sulungnya secara gotong-royong. Walaupun kelihatan macam mustahil, pasti sulit tetapi akhirnya berjaya juga. Berjaya dalam skala yang tersendiri, dalam kadar yang termampu dan dalam keadaan yang sesuai dengan bajet.

Pemandangan biasa.

Saya terus teringat, kenangan lalu. MyArwah Ayah merupakan seorang tukang masak kenduri yang handal. Merata dia pernah memasak di banyak kenduri kahwin di kampung kami dulu. Kemudian menjadi ketua tukang masak di masjid dan sekolah untuk program Rancangan Makanan Tambahan (sehinggakan kami kadang-kadang dapat makan free juga bila ada mangkuk lebih). Kemudian beberapa tahun menjaga Kantin Sekolah dengan MyBonda. Pendekata, bab kawah dan menu resipi ni di hujung jari dia jer.


Apalah sangat setakat berkongsi mengupas bawang, kentang dan lain-lain mengikut arahan tukang masak yang dilantik khas. MyToklaki lebih selesa menjaga Ayam Goreng Berempah.

Sehari sebelumnya (Sabtu) saya bekerja sehingga 6 petang, lalu tiada tenaga lagi untuk sama membantu, lalu pada hari kejadian, saya tahu saya harus tunjukkan muka dan penglibatan.

Lalu selepas balik dari pasar pada paginya (ikan disimpan di peti beku dulu, tangguh menyiang, sebab kalu saya uruskan ikan, haruslah sampai tengahari), saya turut saya menyibukkan diri. Walaupun saya bukanlah pandai mana pun, tapi apalah susahnya setakat nak tolong blend cili, potong sayur serba sikit...


...sambil belajar serba sikit cara orang lama memasak lauk kenduri. Ini periuk Nasi Beriani. Ditutup ketat dan dikejapkan tutupnya dengan paper lembab.



Hasilnya memang menakjubkan saya.

Acar Nenas. Saya tak tahu dipanggil apa di tempat lain. Tapi ada yang panggil Acar Darat. Yang penting, saya suka sebab ianya sedap!


Kumpulan Marhaban surau taman saya. Memang depa ni aktif. Saya kagum walaupun saya memang tak upaya la nak join aktiviti sebegini.

Gambar kemeriahan majlis dan pengantin tidak ada sebab masa tu saya dah balik nak siang ikan saya.

Walaupun kerjasama kenduri secara gotong royong agak sukar, tetapi apabila ianya diusahakan bersungguh, hasilnya sangatlah menggembirakan. Dengan kata, bukan selalu dapat berhimpun ketika sepanjang tahun semua orang sibuk dengan hal dan urusan masing-masing.

Masa di kampung, zaman saya kecik dulu, merewang bermula berminggu lebih awal. Dari urusan kecik (seperti buat kerisik, buat minyak) sehingga ke urusan yang lebih besar dan saat akhir. Dan malam sebelum hari langsung, dipanggil "malam berjaga" menjadi malam yang sangat meriah dan menyeronokkan bagi kanak-kanak.

Terus teringin nak makan sup tulang...!




 ~...bukan HISYAM tidak mengerti erti pandangan mata SERI BULAN ketika marhaban mula didendang, bukan dia tidak faham erti senyuman Mak Utih ketika inai mula digiling, dan bukan pula dia tidak pernah cuba memahami erti jelingan anak dara Pak Imam ketika berselisih di tepi balai kayu tempat orang bersiang daging, namun dia cuba untuk menerima bahawa bukan semua orang akan faham pula bahawa sampai bila-bila pun dia tidak mungkin membuktikan bahawa hanya SERI BULAN yang terlekat di hati...~




10 comments:

  1. Replies
    1. Sup Tulang + Sambal Belacan dan ikan masin... perhhhh

      Delete
  2. kt rumah mertua saya gotong royong untuk kenduri kawen memang masih diamalkan..tapi kat rumah saya kat perak memang tak de dah..ramai yang suka ambik khidmat katering je..

    Rumah mertua saya kenduri minggu lepas.ada saya bawak balik tulang .banyak la jugak.sampai sekarang tak berusik2 lagi ..heheh..nanti2 saya buat la sup tulang tu..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa elok tu. Masak Sup Tulang. Kalu jemu nasik, makan dengan bihun pun ok gak kan....

      Delete
  3. dikampung biasa kenduri gotong royong..jarang org kampung guna khidmat katering,kan...

    kalau kawasan perumahan...hubungan dgn jiran kiri,kanan,depan kena baik..yalah kalau pasang khemah,melibatkan kawasan rumah jiran jugak..guna dj,jiran pun terkena tempias jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak. Seronok sebenarnya gotong royong ni. Meriah dan mesra. Masa tu la nak kenal kenal dan tanya khabar.

      Delete
  4. Buat kerisik, menapai, nasik manis...kuih tumpi...amboi..rindunya zaman dolu2..asal kenduri kendara je sepakat masing2 berkumpul..syoknya..

    ReplyDelete
  5. Teringat suatu ketika dulu bila ada majlis kahwin ja ramai orang akan turun datang bawa pisau masing-masing untuk membantu apa yang patut. Tapi sekarang hidup bermasyarakat semakin dilupakan.

    ReplyDelete
  6. Mak saya masih amalkan rewang walaupun adik terakhir yang kawen pakai katering separuh. Masak secara reang untuk lauk lain tetap diteruskan. Saya tak berapa kisah duduk potong bawang, siang sayur, potong cili segala. Tapi kalau bab blend cili, basuh ayam, potong daging...saya surrender terus...hahahahaha....

    ReplyDelete
  7. Dulu lain skrg lain....rewang dulu lg best...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails