Aku rasa bertuah. Ada keluarga besar. Ada ramai saudara mara.
Juga ada ramai kenalan. Walaupun sebahagian besar mereka tidak pernah aku temui (kerana aku selalu terfikir yang orang pun tak terfikir nak jumpa aku).
Tetapi semua kawan-kawan aku orang baik. Baik-baik belaka. Baik hati. Pemurah. Peramah. Malah tidak lokek mendoakan yang baik-baik untuk aku. Tidak lokek berkongsi info dan pelbagai peristiwa.
2,3 hari lepas aku menerima cenderahati berhuruf “AA” dari kawan blogger IXORA_ROXI. Sebenarnya kami berkawan dah lama. Dah bertahun-tahun pun. Pastu sama-sama jadi blogger.


Cantik sangat hp chain yg dibuat sendiri oleh anak daranya yang baru berusia 12 tahun. Kreatif..
Pastu, aku terima hadiah Krismas maya dari teman blogger UNCLE LEE yang menetap di Toronto, Canada, bersama text ini:
To my gorgeous friend, Che Azieazah,....

Shoes by Valentino.
Hello Che Azieazah, here's a present for you. Looks nice when you wear your sarong batik. Happy Holidays.
Macam tahu plak dia, aku memang minat kasut. Hehehe. Pertama kali dulu jengah blog dia, aku tertarik kerana ada banyakkkk... banyakkk sekali gambar-gambar yang menarik, unik dan cantik. Tak terfikir aku bleh jumpa gambar sebegitu di tempat lain, means di web mana pun. Walaupun letih baca entri (sebab tiada yang pendek) tapi aku tetap suka blog dia. Thanks UNCLE LEE..
Tetapi, ketahuilah... bukan hadiah yang menjadi ukuran atau jaminan perhubungan. TIDAK sama sekali. Semua kawan ~ kenalan ~ sahabat yang aku kenali, sangat baik. Sentiasa baik dengan aku. Dan aku menghargai semua.. SEMUA yang mengenali aku, menjadi sahabat aku, kenalan maya aku. Yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan (walau hanya secebis doa). Terimakasih.. (walau hampir semuanya tidak pernah aku temui secara realiti..)
Semoga tahun mendatang, lebih mengukuhkan silaturahim...
*~Sabtu lalu, aku berpeluang tonton drama “Kerana Lidahnya”. Bagus mesejnya. Mengenepikan segala kata cerita di belakang kita, walaupun tidak mustahil akan sampai jua ke telinga, lebih baik dari menyimpannya di dalam kepala. Lebih baik untuk jalan menonong saja ke depan. Anggap saja yang bercerita itu belum pandai menilai antara fitnah dan bebel. Berbaik sangka pun bukan rugi apa-apa...~







.jpg)
.jpg)





















