Monday, January 18, 2010

Tak perlu ubat pun...

Aku jarang bercerita pasal keluarga dan anak-anak kat sini, kan? MALU sebenarnya nak berkisah, cukup sekadar orang tahu aku memang dah berkeluarga.. Hehehe..

Jumaat lepas memanglah aku demam. Tapi taklah teruk manapun, saja demam mengada kot. Mood pun merudum sakan, sampaikan aku terlelap di kerusi di ofis. Punyalah takda mood.



Malamnya bersambung pula dengan beberapa taklimat dan mesyuarat ringkas. Taklah penat sangat tapi, memang dah mula me“layu” macam sayur kobis kena jemur di pasar. (cuba beli time kul 1 tengahari... kecut semacam jer kan?)





Sebelum tu, dinner dulu. Punyalah lapar, jarang aku lapar sampai pedih perut macam tu, so makan nasi la. Nasi Goreng + Telur Mata. Sorang kawan makan Roti Arab.

Ahad semalam, atas permintaan, aku masak Nasi Lemak. Kalu aku masak sendiri nasi lemak, anak-anak memang makan banyak, sebab depa serasi dengan sambal yang aku masak. Sedap. Depa ler kata. Aku lak tiap kali makan beramai-ramai tu, mesti nak tanya, “Sedap tak?” Semua orang aku tanya. Hehehehe, samada bosan dengan soalan yang sama atau saja nak amik hati si tukang masak, semua orang akan jawab “sedappp...” (padahal masa jawab tu mata kat tv...)


~...Dan demam aku teruih baik petang Sabtu tu, sebab dapat berjalan lebih 10 round kat padang. Seronok dapat kuarkan peluh. Pengubat demam...~



Menginsafi....

Menginsafi apa yang berlaku...

dan mensyukuri apa yang telah kita lalui.. Penuh kemakmuran, keindahan dan kebahagiaan..

Semoga apa yang dilihat, didengar dan dibaca memberi secebis keinsafan kepada kita..

Gempa bumi kuat pada skala Richter 7.0 telah melanda Haiti pada 12 Januari 2010 yang terjadi pada pukul 4.53 petang (5.53 pagi waktu Malaysia). Gempa bumi ini kemudiannya diikuti dengan lebih daripada 10 gegaran susulan yang melebihi magnitud 5.






Banyak bangunan dan binaan yang runtuh akibat daripada gempa bumi ini. Mangsa meningkat kepada 200,000 orang.

Anak aku bertanya, kenapa mereka kena gempa? Ada banyak sebab, selain faktor geografi semata.. kan?


*...demam aku dah kebah, sebab 2 hari berturut pegi joging, kuarkan peluh...~



Friday, January 15, 2010

Otak pun bergolak sama...

Dah 2 malam aku demam malam. Demam malam? Ya, aku demam waktu malam saja. Kul 8pm aku akan mula dedar-dedar (“dedor” = kata orang Perak, “dedau” = kata orang Melaka). Pastu tekak sakit skit, then badan sakit-sakit skit. Mujur kepala tak sakit, tapi rasa tak semangat la. Semalam siang dah ok, tapi hari ni tak berapa nak ok, dedar tu masih ada sampai ke siang...

Kenapa? ada kaitan dengan mengidam tak?

Ehhh tak lahhh..! Aku rasa mungkin kerana aku terlalu stress, tertekan dengan pergolakan (kerja-kerja luar aku) dan pelbagai kemelut yang sedang melanda. Atas rasa tanggungjawab, aku sangat memikirkannya dan tidak pernah hilang dari fikiran aku sejak seminggu ni. Aduhhh... Sangat besar harapan aku, segala kemelut dapat diselesaikan tanpa mengambil kira kepentingan peribadi dan meletakkan keEGOan jauh dari meja perbincangan.


Hari ni ulang tahun kelahiran kawan blogger aku yang juga kawan aku sepanjang aku bertugas di Pesta Buku (2 tahun berturut). Novelis NAJWA AIMAN tuan punya Blog KHAYALKHAYAL.








Semoga sejahtera selamanya, murah rezeki (dan boleh belanjaaaa....)

Juga aku nak ambil kesempatan memanjang link ni untuk kengkawan yang sudi membaca. Khas dari rakan blogger DJ EPOI. Ada sesuatu yang sangat menarik di sana...!


~...ada harapan tak dapat makan SATE malam ni, sebab aku menang teka Juara AJL haritu? :D Aku dah kata, AIZAT tu memang the best among the bestttt....~
*...aku tengok gambar sup di blog SITI MURNI, so dapat idea, semalam aku pun masak yang hampir sama, boh sayur + fishball banyak-banyak. Sedap wehhhh...~



Thursday, January 14, 2010

Keropok Binjai...

Tempat kerja aku memang tak diberi special hour untuk minum petang. Sebab time kerja adalah dari 8.30–6.30 pm dengan lunch hour cuma sejam (12.30–1.30pm) walaupun hari Jumaat. (No Malay male staf)

So, kalu nak minum petang, curi-curi masa sendiri jer. Tapi aku sangat jarang buat air utk minum petang. Selalunya minum air kosong jer. Air ni leh minum tak kira masa.

Tadi penuh bekas tu...

Sekarang sedang menikmati Keropok Binjai. Memang aku suka keropok ni, walaupun pahit sedikit tapi aku selalu taburkan sedikit garam halus, so ia akan rasa lebih lemak dan enak. Memang sejak dulu lagi, aku selalu beli keropok ni, tiap minggu mesti ada stok kat rumah. Enak di makan dengan nasi goreng, pastu ratah depan tv. Berebut dengan askar. Perhhhh...

Hari ni bawa 1 bekas ke ofis. Ratah lerrr.. Layan.!

Aku tak tau cemana orang buat keropok binjai ni. Buah dia pun aku tak pernah tengok.

Pic ni aku copy dari Google.

Sedikit info dari website: BicaraMuslim.com:
Kerepek binjai merujuk kepada kerepek yang dihasilkan dari buah binjai. Buah binjai yang dikopek akan ditumbuk bagi menghasilkan kepingan dan dikeringkan. Sekiranya buah binjai yang digunakan itu kecil, beberapa biji buah akan dikapuh menjadi satu dan ditumbuk untuk membentuk sekeping kerepek.

Kerepek binjai yang telah dikeringkan akan digoreng sebelum dihidangkan. Kerepek binjai goreng mempunyai rasa sedikit pahit yang mungkin tidak berapa digemari oleh mereka yang tidak biasa memakannya, tetapi bagi mereka yang biasa memakannya, rasa itu yang menyebabkan mereka menggemarinya.

Terdapat juga kerepek binjai yang digoreng dan disira dengan air gula bagi menghasilkan kerepek binjai sira. Kerepek binjai dan kerepek binjai sira amat digemari oleh penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu.


~...sebenarnya perangai meratah keropok ni bila aku rasa tertekan dengan sesuatu, samada kerana job atau kerana sikap orang...!

ADDITIONAL:
makan keropok sambil layan Dikir Barat dari blog EELOBOR... bestttt!

Demo jange jual mahal
Loni tino blana koknar
Muroh rego buleh tawar
Ikey gelamo limo seriyal
Dey tuo tak dok rego
kulit terik jadi kendor
Jange tunggu lamo-lamo
Takut jadi bini mudo
lalalalallaalallalalal.....pecoh pun tok guno

hahahahaha...!


Entri Berekor...

Ada beberapa soalan dan bual bicara dalam beberapa komen yang perlukan penjelasan dan lanjutan cerita. Saja ler aku masukkan dalam entri lain. Jawab di komen, dah terlalu ke bawah sangat.

ICE sebut tentang “dopod” yang bagi aku yg naif ni, dok tanya amenda. Rupanya hanpon. Adakah hanpon jenis ini, ICE?

Handphone model zaman tok kaduk, Nokia 6680.




Dan ini adalah Mee Kolok yang aku makan semasa AidilFitri tahun lalu di rumah terbuka seorang kawan. Dan Kak ROSKALAS (pink dalam bahasa Sarawak) yang buatkan Mee Kolok ni bawa satu bekas besar dari rumah. Kami berkonvoi beberapa kereta untuk beraya jauh di Ulu Chuchoh, Sepang. Memang sedappppp....


~...Selamat berangkat ke Sarawak untuk Kak CIK SEROJA. Moga selamat pergi dan selamat kembali. Kalau ada ingatan di hati, belikan Azie sekeping FM (Fridge Magnet) yerrrrr....:D~



Wednesday, January 13, 2010

Mengidammmm.....!

Lupakan jer pasal Lawaksss mengarut Suami yang kantoi dengan maidnya itu..

Sekarang ni aku rasa teringin @ mengidam (tahap GABAN) nak makan Mee Kolok Sarawak. Dulu aku selalu dengar pasal Mee Kolok ni, dan akhirnya masa Raya Puasa tahun lalu dapat ler aku makan sekali. Pertama kali. Sorang kawan anak jati Sarawak yang buat.

Perhhhh ternyata memang sedap. So, aku tak peduli malu, tambah 2x. Hingga hari ini teringat-ingat.


tengok gambar jer dahhh.. ahh terliorr..! terliorr! Dengan supnya, dengan sos kicapnya, sayur segarnya... Mee nya yang lain dari yang lain.. Ohhhhh!

Hmmm kat mana lah aku nak cari Mee Kolok Sarawak di area KL ni. Kakak tu tinggal jauh juga dari umah, so tak memadai nak pi terjah semata-mata nak makan semangkuk dua.

Well, mungkin aku bleh tempah dari dia kot... > hmmm.. jap garu dagu berfikir...


~...kalu dah memang pandai makan, sebut apa pun semua nak ngap..!~



Lawaksssss....!

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh besar dengan maid Indonesianya. 

Maka si suami dengan hati yang suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka bertanyalah si suami dengan suara yg lembut pada isterinya..

“Apa hal ni!!!!! Yang... . kenapa bising2 ni?”...

...jawap si isteri dgn nada marah... “Ni hah!!!!! seluar dalam I hilang, tentu si Tuti (nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci I yg mahal yg I beli kat Beijing tuhh!!!”

Disambut pulak oleh si suami .... “alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah, nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi...”

Berkata lagi si isteri... “Tapi bang, kalu sehelai I tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau... ... 10 helai!!!” (sambil tunjuk jari sepuluhnya)

Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini. Berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi... dgn suara yg lebih lembut lagi, si suami bertanya... . “Betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ? Ingat... .kamu mesti bercakap benar!!!”

Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah. “Tapi... tapi... tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!!”


~...aku copy (dan paste kali ke 2) dari salah satu ruangan di CALUK CORNER. Hahahahaha...! jom gelak golek-golek...!~

*Dan aku semakin bersemangat nak pegi melancung ke Beijing... Ahaks!





Pernahkah? Bolehkah?

Pernahkah....?
Kita mempunyai ramai kawan tapi bukan semua rapat. Mesra tapi tiada sorang pun yang anda izinkan mengenali anda secara mendalam. Meletak sempadan seteguh tembok konkrit dengan alasan itu tidak menyumbang pun kepada kemesraan atau kehangatan persahabatan..

Bolehkah....?
Kita mempunyai deretan kawan tetapi cuma ada sorang dua yang kita percaya dan yakini akan memahami kita. Bolehkah kita menerima dengan hati terbuka bilamana seorang kawan yang sangat telus, sangat terbuka berbicara, begitu telus mengkritik dan kita mengambil segala kata bincang dengan senyum ikhlas tanpa dendam dan buruk sangka.


Pernahkah....?
Kita berkorban suatu persahabatan untuk kawan yang ingin mengambil kawan mesra kita untuk dirinya seorang dan mengenepikan kita malah menganggap pula kita sebagai orang ketiga yang tidak diperlukan.

Bolehkah....?
Masa berlalu, mereka menyesali keadaan mereka tidak semesra yang mereka sangkakan kerana kita tiada di antara mereka. Bolehkah kita menerima mereka kembali seolah-olah lupa sebuah penyingkiran?


~...best tak kalu request handpon baru sebagai hadiah ulangtahun? Ahaks! perasann.... hakhakhak!~


Tuesday, January 12, 2010

Rindu Pertemuan...

Sekadar memenuhi permintaan beberapa orang teman blogger, aku masukkan sajak “Rindu Pertemuan” di sini. Tiada niat menunjuk atau perasan bagus, tapi aku merasa dihargai.

Rindu Pertemuan

Saat mengenang
bayangan yang bakal berdiri jelas
tidak lagi mengekori
lantaran aku tidak lagi berlari

Gema keliling terasa sunyi, sepi
seperti menghormati
atau kami yang tuli
tidak ingin mengerti apa yang kelak terjadi
di kanan dan kiri
terasa basah di hujung mata
jelas ku rasa pipi merah menyala
pernyataan tidak ketara
kata-kata tidak lagi tersusun irama

Pertemuan, terjadi jua
antara rela dan terpaksa
atau desakan getaran dada
melonjak, mendesak

Penghujung cerita bersulam tawa
tafsirannya hanya di mata
suka duka ingin dikongsi rata
cuma mendamba suasana berbeza

Kasihnya, sayangnya, sejati lelaki
mengharap cinta akibatnya tak terperi
lalu terus menanti
agar bayang terus mengekori
mengiringi, menyiul bunyi menghakis sepi hati
yang tidak ingin bersemadi di sanubari
moga terus hakiki
menjadi milikku abadi.

Sajak ini aku tulis pada 10 January 2006, semasa menghayati kisah seorang lelaki yang hidup dalam kesunyian. Kawan aku juga.

Terimakasih atas ucapan dan dorongan. Sangat ingin aku belajar lagi dari insan-insan penyair hebat di luar sana. Rumah PENA pun sudah 2,3 bulan tidak dijengah kerana terlalu sibuk. Rutin bulanan yang semakin tercicir dari diari. Aduhhh...



Tersiar lagi....

Tak ingat bila hantar. Langsung tak ingat. Malas nak semak email.

Dulu-dulu hantar guna pos, sekarang guna email. Ntah mana yang tersiar tak berbayar pun ada agaknya. Agaknyer lahhh...

Alhamdulillah, dengan yang satu ini, memang sentiasa ada ganjarannya. Tak pernah miss. Memang tak banyak. Tapi tetap menjadi suatu yang manis buat aku. Secara peribadi, aku rasa seronok, rasa bangga.

Sebelum ini tajuk “Dengus Nafas” (lebih kurang ler, aku lupa. Cisss...!) tersiar. Taktau pun sbb aku dah lama berenti beli majalah tu. Lama dah berenti beli. Pastu sorang DJ (yang juga minat sajak) bacakan on air. Kelam-kabut pi cari kat kedai suratkhabar. Pastu, tahun lepas, “Rumah BONDA”. Pun tak tau gak bila kuar, tahu-tahu sampai surat kat umah. Memang dah tak leh cari sebab dah lama sangat.

Mujur berpeluang kerja di Pesta Buku tahun lalu, sempat cari di booth Utusan Karya (dapat harga lelong RM1 jerrr...). Semata-mata nak tengok karya sendiri. Perasan sungguh masa tu. Tapi malu nak citer kat orang, simpan jer majalah tu kat ofis. Kawan-kawan ofis pun tak tau.

Dan,
...semalam satu lagi voucher sampai. Untuk yang bertajuk “Rindu Pertemuan”. Yang memang tak ingat bila aku sent. Apapun, terimakasih kerana menyiarkannya dan menghargai secebis bakat. Tapi nampaknya majalah tu tak ada jual lagi, sebab tersiar bulan Nov tahun lalu. Mana lah nak cari lagi...


~...BEB..! saya masih menyimpan hasrat dan cabaran awak. Jika tersiar di Mingguan Malaysia, pasti melompat tinggi. Jika sehingga hari ini belum tersiar, itu bermakna saya belum cukup berusaha...~



Monday, January 11, 2010

Dulu aku minat dia...

Ya, dulu lagi aku minat dia, sejak sekolah menengah. Sebab dia cute, cute sangat. Sejak dari awal dia menjadi artis, aku suka tengok cara dia yang cute walaupun aku bukan pandai sangat pun bab dressing or melawa. Tapi dia sentiasa nampak cute.

Masa mula muncul, dia muda sangat lagi. Belasan tahun rasanya. Muncul sebagai perintis lagu rentak jazz (aku pun tak reti rentak ni apa, masa tu...) dan terus popular.

Aku suka sekali pada dia adalah fesyen rambut dia. Mesti yang se-umur-an dengan aku ingat lagi style rambut dia.

Semalam aku tonton ALI SETAN. Filem OGY dan AZMIL yang meletup. Shooting di USM, Minden. Dia pun berlakun juga, watak pembantu, jadi Latifah.

Comel betul dia masa tu, walaupun berlakun memang kaku betul. Dan dia sendiri pernah mengakui, itu terakhir untuk berlakun kerana itu bukan kelebihannya. (Aku tidak ingat, ada lagi tak filem lakunannya selepas itu).

“Jangan main todoh-todoh!” Arwah IZI YAHYA. Filem pertama dia rasanya ni, pastu dia terus berlakun, kebanyakannya watak crook. Paling best dalam filem EMBUN, jadi Jepun yang kejam.

Masa ni kena ugut oleh ayahnya...

Aku snap terus dari skrin tv. Malangnya part dia sebut “Tipah tertipu bang.. Tipah tertipu!” aku tak sempat nak snap sbb bateri weak dan hp pun padam.. Uishhhh.!

Tapi bila masa beredar dan kurang minat nak ikuti seribu ragam artis di Malaysia, aku hanya layan lagu-lagunya yang album jarang muncul tapi lagu sering meletup... Kisah peribadi hanya tahu luaran.


Apapun, dia memang legenda yang hebat dalam kelasnya yang tersendiri...


~...aku terbuai semalam bukan kerana lagu-lagu bertanding semalam, tapi kerana ada JAYJAY dengan Rindu Bayangan, dan juga AMY dengan Fantasia Bulan Madu... Perrrhhhh!...~


Thursday, January 7, 2010

Few Updates...

Aku sibuk + busy + kalut + gelut = .... what-ever-it-is, aku akan cuba menjengah blog kengkawan semua..

Just nak simpan sini beberapa updates:
1. Stand calendar aku dah dapat. Thanks fren,
2. Kulit blog tidak upaya ditukar dalam tempoh terdekat
3. Tag dari BRO KHAYALKHAYAL pun tidak dapat diusahakan
4. Beberapa pelawaan “dating” tidak dapat ditunaikan. 
SORI BERLORI... > ampunnnn....

Mesorat tiap bulan (yaaa.. aku KIDAL). 
Stok kopi pun dah abihhh... 
Takyah aku bancuh kopi kat depa lagi. 
Minum ayaq mineral dlm botol jerrr...

FM dari Australia. 
Thanks Mr MARK yang bercuti ke sana minggu lepas. 
I likeeee...



Wednesday, January 6, 2010

Letihhh kerana cuai...

Siang tadi, first day kerja di tahun 2010. Sibuk lerrr... Ada new project. Tapi client punya Project Manager, orang baru. Aduhhh letih ler... 3,4 kali sent sample untuk approval pun masih tak bleh nak confirm lagi.

Minggu lepas lagi dasat, aku dah buat hampir 60% (in about 175 pages), tetiba bleh call lak kata job tu salah spec (specification). Means what? Kena buat semula balik... wuaaaa...! Aku rasa nak lempar jer job masuk bakul sampah. Saborrr... ini bukan pertama kali.

New spec? Totally different..! So kalut tak hengga dah aku pun...

Mujur sempat gak aku edit dan print minit mesyuarat untuk meeting sebelah malam.

Letih berkejar dalam ujan lewat senja, berbaloi mengubat lapar yang ditahan sejak tengahari (sebab kalut meronda Low Yat cari USB Bluetooth), dengan makan Kuew Teow Kungfu yang diidam sejak minggu lepas lagi. Sedap... sedap! Thanks Dato'.

Balik meeting tadi dah dekat kul 11pm. Sempat prepare baju ALONG yang nak ditukar saiz (jenuh cari kedai alteration), takut esok pagi terkejar lagi. Bab paling tak suka ialah, masa tu nak barang, masa tu baru nak cari.. Pagi lak tu. Memang sori lerrrr..

Kemas beg, baru perasan, minit mesyuarat yang baru tadi plak tertinggal di ofis. Alahaiii... letihhh. Cuai sungguh aku ni...

Dan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat my fren, CALUK@CENCALUK semalam, moga sejahtera selamanya, murah rezeki... Sori Berlori, MokYang bz lately, lama tak jengah korang kat Corner... Kalu rasa nak makan lagi di kerusi kayu, U know where tu find me...



~...aku berhajat nak tukar kulit blog aku yang memang tak lawa ni, cari template baru di Pyzam.com dah hari tu, tapi tak sempat pun lagi nak tukar....~




Monday, January 4, 2010

Baju tidur merah...

Baju tidur merah ni sebenarnya milik ALONG, anak aku yang sulung. Tak ingat dah beli kat mana. Beli 2 helai masa tu, satu merah untuk ALONG dan satu kuning untuk anak kedua, IKA.

Sedar tak sedar baju tu turun-temurun diwarisi plak oleh CHAK yang sekarang berumur 8 tahun dan ALONG dah pun 19 tahun. Kira-kira 14-15 tahun dah usia baju tidur merah ni. Lama tuuu... Yang kuning ada, tapi CHAK tak berapa nak pakai.

Punca beli? (hmmm nak beli baju pun ada punca?) Sebab ALONG teringin nak baju tidur ada ropol-ropol macam cousin dia (anak adik aku). Adik aku ni pandai menjahit dan anak pompuan cuma sorang. Jadi anak dia tu, merasalah macam-macam fesyen baju termasuklah gaun-gaun yang macam-macam renda, bertali di belakang dan macam-macam lagilah.

Kerana aku ni jenis keras tangan tak reti menjahit (melainkan jahit kain batik koyak dan jahit lencana skulah -- itupun jenis yg jahit, kalu jenis gam?) maka anak-anak pompuan aku tak merasa ler nak pakai gaun cenggitu, melainkan yang beli. Itupun berapa lai ler sangat...

Dan itulah satu-satunya gaun tidur ropol untuk ALONG dan IKA sejak dulu hingga hari ini. Lagipun budak-budak sekarang tak minat lagi dengan gaun, melainkan seluar panjang.

Sebab tu bila ada gathering keluarga, aku paling tak suka bila ada yang "jenis" @ "spesis" suka menunjuk-nunjuk. Samada melalui dirinya, apa yang dipakai or fabric yang disarung ke badan, atau menggunakan anak-anak. Aduhhh... letihhh..

Balik kampung, cukup ler pakai tshirt or trek suit jer untuk buat kerja rumah, or bersarung or kaftan jer untuk tidur. Ada ker orang nak tengok? Or memang sengaja nak bagi orang tengok?

Sebab tu kalu kita balik kampung beraya, pakai baju kerja yang dah lanyak 10 kali pun orang tak tau... (Hehehehe aku ler tuhhh...)


~...aku tak tau bila dapat scan gambar-gambar lama especially gambar kahwin bagi menjawab tag dari BRO NAJWA AIMAN. Harap-harap dia terlupa dek kerana usia semakin meningkat dan tidak menuntut. Ahaks!..~



Tanda sokongan DELIAGARDEN...

Sebagai sokongan kepada insan yang menyambut Ulangtahun Kelahiran hari ini, aku buat entri khas buat dia...

Dalam pada tu, mana tau ada rezeki bleh dapat apa yang dipaparkan di blog nya yang sangat cantik kerana dia ni pandai menjahit... Wow! Klik untuk melihat giveaway dan hasil kreatifnya...



Bagi aku yang memang keras tangan tak pandai menjahit, memang ler sangat kagum melihat orang pandai menjahit dengan begitu kreatif sekali...

Apapun Selamat menyambut Ulangtahun Kelahiran LYDIA. Moga sejahtera selamanya...



Sunday, January 3, 2010

Takkan lahhhh... oh tidakk!

Bermula 2010, aku langsung takda idea nak buat entri baru. Macam kosong jer. Bukan takda barang nak stori tapi macam tak best jerrr.> arghhh... hantuk kepala..!

Selasa 5hb baru start kerja semula. Takkan lah baru hari ke 3, dah mula blur kot. Atau semangat belum "masuk"? Hmmmm mana lah hantu semangat aku bertapa, tak mari-mari? oh tidakkkk....!



~...start keja nanti, aku berhasrat nak makan Roti Sardin Garing for my breakfast... and Meat Ball Bolognese SR for my lunch... cewahhhh!~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails