Friday, March 4, 2011

Berapa Banyak “ter” daaaa...

Salam
04-03 tengahari.


Salam Jemaat. Apa topik best hari Jumaat nih? uishhhh... takkanlah nak tulis pasal malam Jumaat.

Dari pagi tadi cuba fikir apa nak tulis. Macam ada banyak, tapi hampeh... satu pun tak menjadi. Rasanya ramai gak yang jadi camni. Sindrom apakah ini?

Takper lah.

Kita menayang jer lah.

Sarapan pagi tadi. Kes “ter”sarapan di kedai sebab “ter”awal sampai di tempat kerja. Pintu besau pun tak buka lagi, si pembawa kunci pun ntah masih sangkut jem di mana ntah (tak tau dia dok mana).

Hmmm.... “ter”duduk di sebuah gerai dalam foodcourt berhampiran tempat kerja. Hajat tak nak sarapan di luar tapi “ter”order juga ler.

Mujur “ter”habis juga. Ehhh.. mestilah habis, nak cakap tak cukup jer malu. Hahahahaaha!

Rasa-rasa AA order apa? Tak susah sebab berapa banyak pun menu cenggini?

Tak nak teka, sudah. Tak dapat hadiah (ini BUKAN contest pun).


*Kesan sampingan “ter” di atas adalah: bekal pagi terpaksa dimakan sebagai lunch!



~...memang sudah menjadi resam si HISYAM, bila melihat Pulut Panggang yang sedikit “hirang” akan membuakkan selera berbintang, mengalahkan kelaparan pekerja dari seberang...~





Thursday, March 3, 2011

Tak Baekkk Tau, Gelakkan Orang...!

Salam.
03-03, malam Jemaat.


Tadi petang, singgah pasaraya di kawasan rumah. Ye lah, balik keja nak singgah kedai mana lagi. Pasaraya besar, dekat juga, tapi kang... nak beli sabun serbuk, terbeli sabun buku... (kadang-kadang sampai 4-5 buku), nak beli Ikan terbeli Kambing 2,3 ekor plak kang... atau plan nak capai Sos Cili terambik KOTEX kotak besar kembar dua plak kanggg... hahahahaha! – melalut ke laut ni memang syiok!

Oh ya, pasaraya TZ ni memang dah dikhabarkan akan tutup, konon ritu cukup bulan Feb. Sorang pekerja kata, tuan empunya lot tu ndak ambik balik lot tu (sewa) so pasaraya tu terpaksa tutup wpun ada lagi satu branch di sekitar Ampang.

Nampak tadi satu papan notis (macam mengejut jer tulis notis tu). Terhenti sekejap aku tadi sebab bila ulang baca, macam kelakar plak. Nampak sangat orang yang tulis tu macam marah dan bengang semacam. Ekspresi terserlah melalui tulisan, kan? Cewahhhh..!



Bleh tak baca text notis tu dengan jelas? Hehehehe... bayangkan sehari berapa ramai pelanggan masuk dan tanya... tanya... tanya... Tak larat nak jawab soklan ler tuh, makanya ada 3,4 notis sebegini di beberapa sudut tadi. Tersengih aku sendirian sambil berjalan keluar tadi.

Dah ler banyak barang dah takda, beli apa yang ada saja lah. Ikan sayur memang dah seminggu langsung takda. Pekerja pun ada yang dah berhenti. Lengang semacam.

Pasni payah gak ler nak beli groceries. Bukan takda, tapi kedai runcit Acheh... mak aiii, mehai ya amat! Awat depa joi mehai sangat pun dok laku gak ha? (kalu tak faham bahasa ni, abaikan jerrr...)

TESCO memang dekat tapi tak sehala dari tempat kerja, lecehlah.


Sudahnya, hari ini dinner kami lauk Telur Goyang jer!


Selingan malam ini:

Dah lama simpan pic ni, baru kini rasa nak tunjuk.

Dari ujibakat siri Mentor 5, TV3.

pic Mentor #1

pic Mentor #2

pic Mentor #3

Sesapa yang sempat tengok sesi ujibakat ritu, pasti tergolak tengok scene pemuda ini. Dari Hulu Langat katanya.

Dia bernyanyi dan bernyanyi dan bernyanyi sepanjang sesi daftar (macam membebel pun ada gak). Siap bagi tau kat tv, seluruh orang di Hulu Langat kata dia nyanyi sedap, dan panggey dia AWIE Wings. (hehehehehe > gelak sambil tekup mulut)

Sian gak sebab dia tak berjaya, bukan saja tak berjaya ujibakat, masuk dewan uji suara pun tak lepas.

Sebab..... IC dia kaler merah!

hikhikhikhik!

Whoops! Tak baekkkk tau gelakkan orang!



~...semasa ditawarkan menjadi tenaga pengajar sementara untuk LUDIN, SERI BULAN tergamam kerana pemuda yang bakal diajar ternyata lebih kacak dari yang dibayangkan kerana di sudut Kampung Separuh Desa pemuda itu dilihat seperti ZACK dalam drama filem AZURA...!~





Memburu “Darah” Terbaik...

Salam.
03-03-2011
Lunch time.


*Lagi entri tertunda.

Pada suatu hari cuti umum, melepaskan beberapa tugasan, melupakan sejenak “tarikh mati” yang dijanji.

Pergi ke Pusat Darah Negara, dengan niat yang murni lagi tulus ikhlas... cewahhhh!




Ramai juga orang, dan kami (Me & My TOKLAKI), menunggu beberapa ketika untuk mengisi borang dan menguji darah (termasuk timbang berat — (memang berat sesuai dahhh...)

Tapi malang pula, melihat bacaan orang lain, 15.** point, tapi bila kena pada giliran aku cuma 12.8.

“Maaf Puan. Tak boleh lah. Puan datang lain kali yer. Nanti boleh cuba lagi.”

What? Aku yang sihat lagi bugar serta Boleh Tahan GEBU nih, dikatanya darah tak cukup baik? Apakehei nyerrrrr?

Ohhhh...

Rupanya darah aku tak cukup Zat Besi. Dan dinasihatkan makan banyak buah dan sayur-sayuran.

Frust! Memang frust!


Dah ler darah jenis “O” ni sangat spesel, tapi hasrat terbantut pula.

Nampaknya lepas ni kena makan seikat-ikat sayur kangkung, atau segugus anggur, atau mungkin berkilo buahan tempatan. Atau adakah mungkin kena buka kebun sayur? atau paling lekeh pun buka dusun buah? Amboiiii...!

Para blogger doktor, sila beri nasihat/consulting percuma yaaaa....:
• Dr PUAN SINGA
• Dr NAJWA
• Dr ZILA
• Dr DADDY ZIYYAD



Sesi tayangan untuk hari ini (tadi):


Durian yang dibelanja oleh seorang kawan sekerja. Layannnnn!

Apakah yang boleh menyumbang ke arah “darah” yang lebih baik? — sedangkan masa zaman Anak DARA dulu, aku memang baik dahhh...! Ahaks!



*Masih sedang berusaha menziarah rumah-rumah teman blogger, sekurang-kurang 3–4 entri setiap rumah harus cuba dilawati.


~...pengalaman mengikut HISYAM dan JALAL menjadi penunggu dusun durian, mendengar sendiri “debur” durian yang gugur di rumput yang wangi, memberikan seribu makna dan pengalaman mahal, begitu juga dengan JALAL yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menceroboh SERI BULAN...!~






Cuba Mengejar Masa, Bukan Untuk Jadi Juara...

Salam...
10.11 malam


Sedang berusaha mengejar segala yang tertinggal, ketinggalan dan ditinggalkan. Asal tiada yang meninggal.

Apa kebendanya?

AA sedang berusaha mengejar begitu banyak entri(s) dari blog-blog yang tersenarai di sebelah yang bergerak laju... Malah ada lagi beberapa lagi blogger baru yang belum sempat dimasukkan ke dalam senarai.

Sebagai menghargai sekian ramai yang sudi masuk sini meninggalkan komen, memberikan respons jujur, serta klik-klik. Masa yang ada terluang walau sedikit sehari, AA akan cuba masuk satu demi satu. Sabar yer. Bukan janji, tapi pasti > cewahhhh... macam ayat calon pilihanraya jer?



Selingan malam ini:

Nasi Goreng Masak Sendiri.

Memang sengaja, ya diulangi... sengaja diupload di sini, untuk ditayang pada seorang kenalan yang tadi petang sms, konon nak ajak makan Nasi Goreng di PJ.

Ngeh! Ngeh! Ngeh! Ngeh!

Aku masak sendiri harus lagi sedap. Sebab ada Keropok Mony...!



~...begitu lama terperangkap di persekitaran Kampung Separuh Desa, SERI BULAN tidak dapat mengelak dari belajar memasak cara asli dari Mak Utih, sehingga akhirnya HISYAM tidak lagi dapat membeza antara Lepat dengan Pengat, Ikan Lengat dengan Petai Langat...!~






Wednesday, March 2, 2011

Ilmu Itu Cahaya, Ia Tidak Akan Turun ke Hati yang Gelap!

Salam.
02-03-2011.



*Entri tertunda.

Mengikut apa yang ditulis di surat yang dibawa balik CHAK (semua murid dapat surat pemberitahuan), acara bermula jam 9.00 pagi dan bakal berakhir jam 11 pagi.

Tapi ketika aku tiba, 8.40pm, penceramah khas lagi istimewa yang dijemput sudah berada di atas pentas, menyediakan diri dan beberapa peralatan (slide, projector...etc., etc.)

Ceramah khas yang dianjurkan oleh sekolah CHAK bekerjasama dengan DUN Kawasan Cempaka, membawakan sebuah tajuk “IbuBapa [1Malaysia] Sebagai Motivator”. Modul disediakan sendiri oleh CEO Excell Training & Consultancy (M) Sdn Bhd, yg berpusat di Bandar Baru Bangi. (tahu ker siapa?)

Tajuk begitu menarik dan tidak hairan ramai sekali para ibubapa yang hadir. Aku hadir lebih awal kerana ingin merebut tempat di hadapan (ini memang dah menjadi habit), kerana sejak dulu aku sentiasa berpendapat, jika duduk di hadapan, ilmu itu kita dapat dulu. Jika duduk di belakang mungkin ada yang akan terlepas dengar. TOKLAKI lebih suka duduk di belakang, dan rata-rata aku rasa ramai para bapa suka duduk di belakang!

Memang best! Memang seronok.! Tak mengantuk langsung kerana penceramah istimewa ini memang bijak melantunkan ilmu, dengan suara yang jelas, gurauan yang membuakkan gelak tawa yang spontan. Malah rajin juga buat survey di kalangan hadirin, e.g. “angkat tangan sapa yang sempat siapkan sarapan di rumah sebelum datang dengar ceramah ini.” (Ya, yang ini AA bangga dapat angkat tangan sama).

Semasa pendaftaran, semua hadirin menerima nota-nota (termasuk salinan beberapa doa khas).

Beberapa tajuk dibincangkan bersama seperti: Anjakan Paradigma Ibu Bapa Terbilang, Cara Mencuci Hati, Petua Untuk Ibu Bapa Menjadi Motivator, Tahap Pendidikan Anak-anak, Rutin Fitrah... (ikut Fitrah untuk Cemerlang).



Sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas, dan rupanya ceramah berakhir kira-kira jam 1.10 tengahari. Walaupun semasa dijadualkan bermula jam 9, Dato’ F bermula tepat mengikut jadual kerana itu memang menjadi prinsipnya, tetapi bila dia menyebut yang kami akan berakhir jam 3 petang, aku menyangka itu adalah gurauan. Rupanya kami memang berakhir lewat.

Apapun sungguh puas mendengar ceramah, celoteh dan perkongsian ilmu dari Dato’ F yang begitu bersahaja, disulami gurauan dan contoh yang begitu dekat dengan kehidupan kita sendiri. Sungguh rugi jika tidak hadir ke majlis ilmu sebegini jika berkesempatan datang.

Antara yang dipesan Dato’ F: segala yang ingin kita lakukan, elok dilakukan di kanan. Keluar/masuk rumah baca Bismillah. Keluar dengan kaki kanan, masuk dengan kaki kiri.

Sebaik-baik sarapan adalah dengan makan pisang. Malah diajar juga (siap demonstrasi) cara-cara buang air besar/kecil yang betul — bab ini memang mengundang gelak tawa yang tidak tertahankan lagi!

Malah untuk mencuci hati disarankan supaya tidak lalai dalam solat dan doa, berzikir dan istighfar, membaca Quran, meminta dan memberi maaf, muhasabah dan refleksi diri...

Bersedekah, cuci pinggan dan tandas, menjaga makan minum, berkawan dengan ulama dan orang susah juga antara cara mencuci hati.



Yang juga menarik adalah bagaimana mengendalikan anak-anak mengikut peringkat umur mereka serta 20 petua (ada lebih lagi yang tidak tersebut...) bagaimana ibubapa untuk menjadi motivator yang baik setidak-tidak untuk anak-anak sendiri.

“Anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana” INI TERBUKTI.

“Anak tidak belajar daripada apa yang ibubapa cakap, tetapi mereka belajar dari apa yang ibubapa lakukan.”

“Jangan risau jika anak tidak mendengar cakap kita, risaulah yang anak sentiasa lihat perbuatan kita.”


Yang baik datang daripada ALLAH, yang buruk silap kita sendiri. Oleh itu, elakkan sabotaj diri sendiri.

Bagi AA, kita mungkin tidak berupaya melakukan semuanya, tetapi sekurang-kurangnya kita terus berusaha memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan kita...

*sekadar berpesan-pesan dan memanjangkan serba-sedikit ilmu yang diperolehi.
Penceramah: Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah.


~...ketika JALAL bernekad menggesa ibunya meminang SERI BULAN dan ditolak mentah dia mencabar HISYAM untuk merebut wanita itu tanpa syarat...~








Kalu Dah Memang Lawak...

Salam
02-03-2011


Kesibukan yang tidak perlu difahami.

Mencuri sedikit waktu kija, menulis tentang ini. Terbaca lewat malam tadi, pun tak sempat nak respons.



Keputusan Contest Cerita Lawak telah lama diumumkan oleh blogger ANNYS, dan alhamdulilah, AA mendapat kemenangan lagi. Kali ini tempat pertama!


Terimakasihhhh!

Tak sangka juga, cerita spontan tentang Makan Sakan-Sakan sampai tertinggal kasut menjadi cerita paling lawak lak. Adehhh!



*Ada ramai juga blogger-blogger baru yang masuk sini dan mengomen. Terimakasih. Nanti bila ada kesempatan, pasti AA akan kembali menjengah rumah anda membalas kunjungan. InsyaAllah.


~...ketika berpergian tanpa HISYAM, SERI BULAN sentiasa ingin terbang kembali kerana risau HISYAM akan mendapat teman berbuai yang baru, tetapi rupanya buaian sudah putus talinya...~




Tuesday, March 1, 2011

Make-Over yang Over...!

Salam.
01-03-2011.


Kebetulan, hari pertama promosi jenama ini di kiosk dalam kompleks yang sepelaung dari tempat kerja.

Ntah kerana memang nasib baik, atau secara kebetulan, AA menjadi orang pertama yang melintas di situ semasa 2 orang pekerja (promoter) sedang sibuk susun barang, susun kotak... dan senyum berbalas lalu senyuman manis mereka berdua tu menambat hati AA untuk berhenti seketika.

Lumrah promoter (pengalaman pernah jadi promoter, sangat faham betapa besar hati depa bila ada pelanggan yang berhenti menunjukkan minat), pasti akan seboleh-boleh mempelawa mencuba. Soal beli, tiada paksaan.

Akhirnya, jom cuba “make over”. Yeahhh... why not?


Benar, yang hendak ditunjuk adalah barangan, bukan wajah.



Mula-mula takda orang, tapi kemudian, ramai pula yang datang berkerumun. Ya betul, memang nak tengok barangan, bukan orang.

Warna biru firus tu sungguh memikat hati, kan?
Walaupun AA ada sebut, “saya tak berapa minat dia...”


The make-up artist. Yang juga seorang pelakun drama.


Dan hasilnya...


*

*


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Bukan iklan, tapi sebuah entri syok sendirik!

Bak kata sorang tokey kosmetik yang pernah aku kenal, yang pernah kata AA tak akan mampu nak pakai produk kosmetik (apatah lagi barangan kosmetik dia), so bila ada yang sudi bagi guna FREE (ada ler free gift kecik), mesti tak lepas peluang. Ye tak?

Pasni, bedak Nyonya tu simpan sekejap ler. Lepas sebulan, nanti guna balik.

Hikhikhik!



~...sejak dulu, HISYAM memang berminat pada wanita yang cantik jelita lagi indah mata memandang, tetapi bila SERI BULAN termasuk dalam senarai tentulah ramai yang cemburu kerana SERI BULAN tidak pernah cantik seperti bulan...~






Monday, February 28, 2011

Jodoh itu memang rahsia DIA...

Salam.
28-02-2011


Berdasarkan kisah benar. Tetapi nama-nama watak dan lokasi kejadian tiada kaitan dengan kita atau mana-mana insan yang membaca kisah ini.

Segalanya bagai mimpi. Mungkin boleh juga dianggap mimpi.

Kira-kira 25 tahun lalu, LUNA (bukan nama sebenar) pernah tinggal di suatu kawasan perumahan dengan menyewa sendirian. Pernah melihat seorang jejaka yang ‘sedap mata memandang’ tetapi tidak pernah diketahui namanya. Kekerapan bertembung di persekitaran kediaman, hanyalah sesuatu yang biasa. Lumrah bagi mana-mana orang pun.

Lalu masa berlangsung begitu lama. Bila LUNA sudah berumahtangga, berkeluarga dia tidak pernah ingat tentang jejaka tersebut. Langsung tidak.

Takdir Tuhan juga yang menentukan gelombang pasang surut kehidupan termasuk keadaan rumahtangga LUNA yang terpaksa berakhir. Berakhir dengan baik sekali, tanpa dendam tanpa perebutan malah LUNA sangat berterimakasih kepada bekas suami yang memahami keadaan mereka yang mana jodoh sampai di situ sahaja. Hati yang terbuka menerima takdir, memudahkan lagi hubungan mereka terpaksa diubah menjadi sekadar kawan baik sahaja.

Takdir juga menentukan, LUNA harus menerima pula sesuatu yang dianjurkan oleh orang yang paling dihormatinya. Bila anjuran dari orang tua yang lebih merupakan permintaan, jika tidak boleh dipanggil wasiat sekali pun, tentulah amat berbesar hati andai dapat dipenuhi tanpa berbelah bagi.

Atas sifatnya yang tidak diajar untuk membantah, mengingkari atau melawan, lalu LUNA dinikahkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah diketahui namanya sehingga di hari penyatuan mereka. Jejaka itu adalah yang disebutkan di atas tadi, namanya ULULA (Memang pelik nama itu, kan?).

LUNA tidak pernah menduga lelaki itu sudi menerimanya dan anak-anaknya dengan penuh ikhlas, lalu bila kali pertama mereka berhadapan selepas akad nikah, dia lalu bertanya, “Kenapa saya?” (soalan ini sebenarnya tidak memberi makna lagi kerana akad nikah mereka sudah sah).

ULULA tidak menjawab, tetapi kemudian dia membawa LUNA dan 2 orang anaknya ke sebuah premis di sekitar Pudu. Lalu LUNA bertambah hairan kerana dia masih ingat tempat itu, dan ketika itu barulah menyedari ULULA adalah benar seperti yang disangka adalah jejaka yang pernah dilihatnya 25 tahun dulu.

Semasa ULULA begitu sibuk di kedai itu berurusan seolah-olah dia berkuasa, lalu LUNA bertanya kepada seorang gadis.

“Memang dialah yang punya kedai ini, dan dia memang bos saya.” (Isu kedai ini tidak penting pun sebenarnya).

Sehari selepas pernikahan – LUNA masih di rumah lamanya dan ULULA kembali ke rumahnya, yang tidak diketahui LUNA di mana — mereka balik ke kampung LUNA untuk menjengah keluarga, sekaligus memperkenalkan ULULA.

Ternyata dalam keadaan LUNA kesamaran menjalani kehidupan baru, seluruh ahli keluarga sudah bersedia dan menerima ULULA seolah-olah lelaki itu sudah menjadi kesayangan mereka sekian lama. Pelik...

Segalanya akan berjalan mengikut takdir ALLAH, dan LUNA sentiasa yakin bahawa apapun jua yang berlaku, pasti ada hikmah dan balasan. Dia harus sentiasa positif dan yakin...

ULULA tidak menjanjikan apa-apa, tetapi LUNA melihat keikhlasannya melalui perbuatan dan kehidupannya.

ULULA pernah berkata, “Saya tidak mahu berjanji apa-apa. Tetapi saya memang menanti awak, sejak dulu. Kesilapan saya adalah kerana membiarkan masa berlalu terlalu lama sehingga awak berada semakin jauh dari saya....”

“Hari ini, saya mahu awak sentiasa dekat dengan saya kerana saya sentiasa merasa awak hadir dalam jiwa saya, bertahun-tahun lamanya. Andai awak merasa ini sebagai sebuah mimpi, teruslah bermimpi.”

Pic: EDIKA YUSOF, sekadar hiasan, tetapi lebih kurang begitulah wajah lelaki tersebut.

— segalanya begitu pantas berlaku, dalam masa yang sangat singkat. Seolah-olah seperti mimpi, dan jika pembaca yang membaca menganggap ini sebagai sebuah mimpi... ya, mungkin ini sebuah mimpi kerana bukan semua orang berpeluang mengalami keadaan seperti ini —


~...HISYAM sendiri termangu bila didedahkan kisah di atas, lalu untuk pertama kalinya dia begitu takut andai ditakdirkan menjadi orang yang terlewat seperti ULULA...~








Friday, February 25, 2011

“Hantu KAK JIJAH Balik Romah...”

Salam.
25-02-2011

Selamat bertemu kembali di persada(?) dunia blog. AA baru saja melepasi satu fasa kehidupan, yang sangat biasa lagi tidak istimewa.

Kembali ingin menulis begitu banyak perkara “yang ingin dikongsi”. Setelah “bas yang ditumpangi” tiba di perhentian yang dikehendaki dan berpatah balik ke depan romah, di sinilah AA.

Apa khabar kengkawan? Terimakasih banyak ya, masih sudi menjengah laman rumah ini, walaupun tuan rumah ntah ke mana merayau... > sengihh..

Terimakasih juga pada yang masih sudi berlepak-lepak di serambi rumah ini — nak masuk pintu tak kunci, tapi tuan rumah takda lak — dan yang masih sudi berborak-borak sembang memeriahkan halaman.

AA akan berusaha untuk menjawab segala, SEMUA komen-komen yang tertinggal di beberapa entri sebelum ini. InsyaAllah, pasti akan dibalas, walaupun mungkin tidak lagi penting pada orang, tapi sentiasa PENTING bagi saya.

...jap, jap... nak potong rumput jap. Dah panjang benau tu...


~...HISYAM pernah mengusik SERI BULAN seperti Bulan, sekejap mengambang penuh, sekejap pudar, kadangkala muncul, ada waktunya tidak kelihatan tetapi HISYAM yakin SERI BULAN sentiasa berkembang indah di taman hati lelakinya...~









Terimakasih FATT: orang Tepen rupanya...

Salam.
25-02-2011.

Memang entri ini tidak akan terlepas untuk ditulis.

Menerima bingkisan ini sewaktu tiba di rumah dari suatu tempat.
Hadiah dari blogger “backpackerbusuk.com” @ FATT kerana AA pernah menang contest terjemahan bahasa Estonia di blognya dulu.

Terimakasih tidak terhingga. I like...! I like...!


FM dan Key chain istimewa dari Australia.








Monday, February 21, 2011

“Absence Makes the Heart Grow Fonder...”

Salam.
21-02-2011.


Sekali lagi, SORI BERLORI kerana ada banyak perkara tidak sempat dikongsi, tidak juga dapat dinikmati, malah bagai suatu kerugian yang besar pula bila tidak dapat bersama-sama mengikuti perkembangan teman-teman blogger. Pasti ada beratus-ratus entri yang semakin meninggalkan AA...

Jika ada kesempatan, pasti akan kuulangi lagi jejak yang kutinggalkan, ku jengah kembali laman-laman tempat melompat, yang sering dirindui.

Terkini, terimakasih tidak terhingga kepada teman blogger KAK CIK SEROJA sekeluarga yang menghantar jemputan ke kediaman indah beliau, pada Sabtu mendatang, 26hb Feb. Nampaknya, hasrat dan niat yang pernah disebut dulu, bakal terlaksana juga.

Malah, AZIE pernah “buang cakap” nak tolong masak-masak, nak tolong carikan penaja untuk beberapa keperluan...

Kerana AA tidak pasti dengan acara sebenar yang bakal dibuat, jadi tidak banyak yang dapat AA sebutkan di sini, tapi yang pasti tentulah ada makan-makan (BBQ ada tak?).

Sebagai menunaikan janji, di sini AA pohon sesiapa yang berkesempatan, silalah sudi hadir nanti, di samping merapatkan silaturrahim, pasti ada banyak isu yang dapat diperbualkan, atau diperguraukan... hehehehe jangan bercerita tentang “blogger yang tertinggal kasut di restoren” tu yerrrrr... > sengih tunduk malu (konon).

...juga bagi yang bermurah hati, menaja beberapa keperluan yang difikirkan sesuai. Haritu terfikir jika buat BBQ, kalu ada yang dapat taja jagung setongkol dua, hotdog sebungkus dua... atau mungkin gula pasir barang sekilo dua... hehehehe.. silakan, silakan..! — udah macam tuan romah pulakkk!

Akhir sekali, semoga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar, dan baik sekali. Niat yang murni dan ikhlas, pasti diberkati dan akan berlangsung dengan baik juga.


Sampaikan salam rindu dan salam mesra seorang blogger ‘nothing special’ bernama Azie Azah ini kepada seorang dua yang mungkin kenal, atau yang pernah terbaca blog “...yang ingin kukongsi...”. Ya, please... terimakasih.

Saya cuba datang, insyaAllah (jika tidak lagi berada di luar kawasan).

Selamat bergumbira yaaa...!



~...kekecewaan sering membuatkan seseorang merasa tersingkir dan terhina lalu cuba membawa diri, tetapi penghijrahan SERI BULAN mengikut HISYAM ke Kampung Separuh Desa bukan kerana kecewa tetapi kerana dipaksa HISYAM untuk menjadi pemantau tidak tertauliah...~









Wednesday, February 16, 2011

Salam: Buat yang masih menunggu di stesen bas...

Salam.
16-02-2011.
(petang menjelang senja, masih curi time kija)


Salam MaulidurRasul.

Semoga segala sunnahnya, terus menjadi ikutan.

****

...masih adakah yang sudi terus menunggu?

di stesen bas yang bukan di Klang, bukan Bus Stand Klang.

tapi di stesen bas, tepi jalan, rumput yang panjang, bumbung zink nan sekeping, bangku pangkin nan papan sekeping.

dengan ucapan, "Sori Berlori...."


~...HISYAM meroyan meraban, tak ketahwan bila tiba di stesen bas yang hampir roboh itu, SERI BULAN sudah berada dalam bas yang berenjut perlahan, dan HISYAM cuma "makan asap"...~





Thursday, February 10, 2011

Tunggu sekejapppp....!

Salam.
10-02-2011, petang (curi time kija).


Sori berlori.


Agak kalut. Buat-buat sibuk.

Jika sanggup tunggu, harap dapat tunggu sekejapppp...


Tunggu kat stesen bas yerrr...!


~...pernah berhimpit di dalam bas lompat-lompat ketika sangat teringin hendak ke pekan dek kerinduan dan kebosanan terkurung di Kampung Separuh Desa, lalu HISYAM hanya mampu senyum simpul bila SERI BULAN mabuk kepayang...~








Wednesday, February 9, 2011

Pic Basi: Jangan Terlior....

Salam.
Rabu, 09-02-2011, pagi menjelang tengahari.


AA dah tak berani nak buat entri lawak lagi, nanti ada yang terguling jatuh kerusi kat ofis.

Atau ada yang tertahan-tahan kencing sebab gelak banyak sangat.
Padahal entri tu kisah benar sebenor-benornya. hihihihi~

Sekadar memberi idea kepada orang yang rata-rata sedang melayan lagu yang datang dari perut sendirik! Lapar time!

Tapi ini pic basi. Betul pic basi, jadi jangan terlior.

Sila lihat tarikh di sudut setiap pic.

Kok ya pun, lapor, bukak ler mata besor-besor.

Siaran tertunda, Makan Sakan-Sakan. Kerana nak ngabihkan Kupon Hotlink yang diberi anak.
Entri dulu dah citer, malas nak semak la — tak ramai orang rajin nak semak pun.

2 kupon + RM1 = 1 pizza individu. Tapi mana cukup, ye tak? Dasar makan banyakkk...:)

Carbonara


Regular Pan Pizza. Jenis yang mana ntah. Lupa plak dah...


Assam Boi Fizz, paberet aku.


*Lokasi: 1 minit dari tempat kerja. Heeeeee


~...mengharapkan HISYAM untuk belanja segala menu orang puteh memang akan menjadi suatu harapan kosong kerana dia beralasan SERI BULAN tidak cukup putih untuk melayan segala barangan import...!~







Kain Pelikat La La La La....!

Selasa.
08-02-2011, malam.


Lately, aku update blog waktu malam. Jarang waktu siang apalagi dari tempat kerja kerana kalut. Sebenarnya boleh jer nak meng-internet, tapi time management akan berterabur! Oh tidakk... risiko yang tiada orang akan tahu, tetapi sendiri bleh rasa dan sendirik gak kena handle. Better don’t!

Kerana update malam hari, susah nak tangkap sapa pengomen “nomot satu!” yang rajin nak tangkap podium juara.
NOMOT = ada gak yang tersangka itu comot, sebenarnya ia bermaksud NOMBOR, AA ni orang Utara, kena ler guna gak sekali sekala, nanti jadi lupa daratan bila dah berada di lautan. Cewaahhh!

Semalam aku baca kisah kain pelikat di entri teman blogger yang “kerek” macam aku iaitu HAZREY.com. Ada juga aku komen membuka selingkar kisah tentang jiran aku berkaitan kain pelikat.

Taktau nak kata lucu ke tidak, tapi itulah yang berlaku. Aku harap takda yang gelak guling-guling lagi, sebab aku bukan nak buat lawak pun. Cukup-cukuplah gelak pasal kes tertinggal kasut di restoren ritu, kang kembung lak perut macam KUCING OREN GEMUK yang nak gelak sampai seminggu!

Di kampung aku, yeaah... kampung aku ler, masa kecik-kecik tentulah ramai kawan seperjiranan.

Masa tu, dah ada lampu elektrik, kira-kira aku dalam Darjah 6 kot time tu. Tapi kerana orang kampung waktu tu melihat elektrik sebagai suatu nilai yang tinggi, tak suka bazir-bazir, kalu bleh, masuk bilik buka lampu kuar jer mesti off. Tidor pun off. Gelap gelemat!

Seperti kami, jiran sebelah rumah aku pun sama. Time tidor takder pasang lampu, hanya pasang lampu minyak tanah jer a.k.a. pelita. (kenapa kat PELITA Nasi Kandar tak pernah kelih pun pelita nyer? Dan bila Ramadhan jer banyak Pelita dijual, dimakan enak tapi tak pernah nampak apinya?)

Okey.. okey. Jiran aku. Anak jiran tu sama baya aku. Pompuan. Time tu tak ramai lagi kawan jantan, sbb dulu malu. Skang tak malu sangat. ehhhh...!

Suatu hari, actually, suatu malam berlakulah suatu kemalangan kecil. Iaitu kebakaran bila pelita minyak tanah tertumpah lalu menyambar tilam tempat tiduran jiran aku anak beranak. Tak ingat plak tilam apa, tilam mana, King size, ker Queen size. Gamaknyer “lembek” jer kot...

Salah sorang anak tersedar lalu terjerit. Apa lagi, si ayah dan si emak terpelanting bangun nak padamkan api yang tak berapa besar, tapi bleh jadi besar tu. Berjayalah, maklum hero keluarga, mestilah bersungguh padamkan api. Bila api dah padam, apa jadi?

Tentulah gelap, kan?

Bila dah gelap, apa nak buat? ehhhh...

Yeahh.. tentulah on suis lampu biar terangggggg.

Dan bila dah terang, anak-anak terpaku. Ehhh bukan! bukan... bukan pasal ada orang bolen. Tidak!

tapi anak-anak terperasan yang...,

Ayah pakai kain batik mak!

Mak pakai kain pelikat ayah!

Haruuu!

dan esoknya aku yang terguling tergolak!

Mujur My BONDA aku tak tanya.

Sampai hari ini, kisah tu cuma kami berdua saja yang sembang. Aku tak berani cerita kat orang, takut My BONDA cubit kata aku gatai...!


Pic kenangan: terima kiriman kain batik dari Terengganu, Jun 2006. Sampai sekarang pengirimnya masih menjadi kawan aku, sejak 2005, semasa bertugas di Klang, kena posting ke pelantar di Paka, kemudian kembali semula ke KL. Terus menjadi kawan yang jujur walau terlalu amat jarang kami berhubungan dan berjumpa.



~...kerana terlalu lama juga HISYAM pernah menjadi pemastautin negara bermusim 4, sehingga dia lupa tentang pelikat dan batik sarung, lalu bila melihat SERI BULAN terkial dengan batik lepas, tersenyum dia lalu membayangkan gadis itu berkemban di sungai belakang Teratak Nyatuh. Sah gatai...!~






Tuesday, February 8, 2011

Kalu Dah Perangai Suka Mengecek...

Isnin.
08-02-2011, pagi menjelang tengahari.


Buat kesekian kalinya aku takda stori nak kongsi.

Takda citer lawak nak kelentong.

Takda berita terkini nak hebah.

Takda gossip nak bisik.

Takda info nak bagitau.


So, jom kita layan pic tayang-tayang di bawah.

Simpan sebagai kenangan.


Purse si AMOI. Dia dapat sempena besday dia lalu dari kengkawan dia. Amboiiii... Lebih mehai dari Mak dia hat yang keja nih!

Memang nyer dia tak pernah beli purse. Tiap kali ndak purse, manjang kecek hak Mak Tarzan punyer. Bila dah lunyai, kecek hat lain plak.

Sama ler perangai dengan IKA gak... Purse kecek hat Mak punya, tudung pun kecek hat Mak gak. 

Tu pasal aku beli purse hat 10 hengget jer. hahahahaha!


~...pernah juga HISYAM membelikan tudung sutera berwarna jingga buat kenangan kepada SERI BULAN, yang kemudian berakhir menjadi kain buat mengelap si air mata...~






Makan Sakan-Sakan: Aku Puas Hati Benda Lain...

Salam.
07-02-2011, malam.


Makan Sakan-Sakan, yang menjadi acara tradisi company. Kali pertama buat AA dengan yang ini. Tapi kerana sejak bertahun, memang bermajikan bangsa Cina, acara sebegini sudah menjadi lumrah dan kebiasaan.

Tapi rasanya yang ini, tiada jemputan untuk Tarian Singa.

Layan gambar jelah, itu yang lebih memberikan seribu cerita.

Tiba pada masa yang dijanji.

Yee Shang (with Salmon, mentah)


Nampak Cincin Besau itu? Hikhikhik!


Shark Fin.

...looks so tempting, tapi Lime Citrus tu AA makan sebiji jer. Aiskrim sekecil itu tak habis. So?
cuma the square bowl (kecikkkk beno), tu adalah Kuih Bakul (melted) tu jer yang sedap!

Last part, Fortune Cookies. Aku tak makan pun. Ada nombor bertuah dalam cookies tu. Ada lain-lain menu lagi (biasalah, ada 7,8 menu tapi malas nak snap).


My Bos said: “Azie, a rose among the thorns!” Sebab dikeliling oleh “thorns”, bukan peminat tapi takda pilihan (konon!)



Ada staf hotel (door man) yang melatah, “Welcome to Nikko.” So si peramah ni pun tegur, “Ni mesti staf lama ni, kan? Masih sebut Nikko.”

Tersipu dan says, “Welcome to Intercontinental.” But, kena hukum gak. Snapkan minah yang giler nak berposing tuh!

But, ada suatu insiden yang pasti menjadi kenangan kami. Aku leh sebut as “embarrassing moment” aku hari ini.

Masa keluar dari restoren (yang berkarpet tebal kaler merah menyala), aku tak sedar aku berjalan tanpa kasut. Sebab masa makan tadi buka kasut di bawah meja. Bila terpijak simen sejuk, baru terjerit, “Eh! mana kasut aku!”

Ambik ko! Kena gelak oleh semua kengkawan, termasuk Bos yang sakit perut gelakkan aku! Ok la kan, tu tandanya karpet tu sungguh sedap dipijak oleh kaki gebu (alasan cover line). Memang perangai, suka benor buka kasut kalu duk dalam dewan — malah pernah dulu dalam satu seminar, aku bangun bercakap depan mic, berkaki ayam sebab terlupa kasut tinggal bawah meja. Aduhhh kalu dewan berkapet, memang sedap kaki ayam.

Kenangan betul! Esok gerenti ada yang ulang siar nak bercakap pasal aku tertinggal kasut dalam restoren! hahahaha... ok la kan? At least ada ler jugok bahan nak buat gelak-gelak kala tension.

Dah...! Dah...! cukup gelak tu.

Sambung meronda di KLCC yang sepelaung dari lokasi kejadian tertinggal kasut tu.

****

Meronda dulu. KLCC tak berapa merah, tapi pink!

Dari bawah aku dah dengar bunyi gendang yang meriah itu. So kerana banyak masa, sementara menanti, aku pegi cari dari mana datang bunyinya. So, seronokkkk!

...sebab dapat jugak tengok Singa Menari hari ini. Puas hati!

Pastu, masuk sini lak.

Ntah bila nak beli. Survey jer dulu, bagi hati teruja dan teringin-ingin. Kinokuniya.


Showing time! Tak sampai sejam setengah dah keluar.



Sebab dah time-up! Itupun mujur ada kawan yang temankan, kalu idak harus sambung baca buku bersantai dalam Kinokuniya tadi.





~...HISYAM peminat menu daging yang bukan merah, jadi setiap kali SERI BULAN melihat Arnab, dia ingin sekali memanggang tanpa bahang, malangnya lompatan Arnab tidak berdaya dikejar kerana bukit di belakang Kampung Separuh Desa terlalu curam untuk dijajah...~






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails