Friday, April 10, 2015

Malam Tautan Kasih Sahabat KLFM 2015: tidak tahu mahu mengulas apa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
10-04-2015


Saya dijemput menjadi emcee untuk majlis makan malam Tautan kasih Sahabat KLFM sempena 11 tahun penubuhannya. Sebagai seorang sahabat radio KLFM sejak 2004 saya berbesar hati menerima.

Selepas beberapa siri perbincangan dan usaha keras AJK rasmi, malam yang dinanti akhirnya tiba.


Perbincangan di hujung minggu. Saya sempat 2 kali meeting sahaja.

04-04-2015, bertempat di Dewan Okid, Royal Hotel KL. Depan tempat keja lama saya di Walter Grenier dulu.

Kira-kira 70 orang hadir pada malam itu yang berkonsep santai. Tiada tema tertentu, tiada warna yang di-tema-kan juga...





Majlis bermula dengan bacaan doa dan Al-Fatihah untuk mereka yang telah tiada termasuk pakar IT DAPAT Vista, arwah En Azli Paat. Doa diketuai oleh tetamu khas Ustaz Zul Hamat.



Dengan bayaran RM50 seorang, setiap yang berdaftar menikmati bufet makan malam berserta goodie bag eksklusif yang istimewa ini.



Meja VIP. Mantan Pengurus KLFM, Tengku Idris yang sudi hadir bersama para DJs KLFM yang sudah menjadi seperti keluarga kepada sekian ramai para sahabat KLFM. DJ Noraini Ibnu sendiri sudah menjadi kawan rapat malah kami pernah bercuti bersama dan sebilik pula.


Puan Fadilah, balu arwah Azli Paat.

Mengenali mereka bertahun-tahun, yang lama yang baru, dari yang belum kahwin sampailah ada yang sudah beranak pinak... tetapi amat jarang berjumpa, bila dapat berkumpul ramai begitu ada yang sampai menitiskan airmata terharu. Kerana ada sahabat yang sanggup datang dari Kampar dan Ipoh.




Antara menu yang saya tayang dari barisan jenis menu malam itu. Sekian banyak makanan malam itu tapi yang terdaya oleh saya hanyalah buah dan spagheti cabonara sahaja. Hilang selera bila tumpuan harus kepada kerja dan tanggungjawab. (macamlah aku rajin sangat)




Beberapa persembahan dari Nizam kumpulan Laksamana yang turut mempromosi lagu terbaru. Ustaz Zul juga menyanyi sebuah lagu ketuhanan dari lagu asal Ramli Sarip.


Kumpulan rock popular retro, Terrarosa yang menyanyikan beberapa lagu popular mereka termasuklah lagu yang saya sebut "lagu penyengat" Bunga Angkasa.







Saya secara peribadi, mengharapkan setiap mereka yang hadir akan berpuas hati dengan setiap perkara sepanjang majlis makan malam itu. Untuk mengulangi sesuatu yang baik adalah harapan setiap orang tetapi untuk melaksanakannya, kita hanya mampu merancang.

Moga akan ada lagi siri pertemuan dan perkumpulan seperti ini. Ukhwah yang terjalin ikhlas akan menjadi kenangan sepanjang hayat....



 ~...sukarnya melepas diri dan hati dari tidak mengingati HISYAM setiap hari sehingga hampir sahaja SERI BULAN ingin menulis lagi beberapa nota halus berlipat empat untuk diletak di bawah tempurung di hujung ampaian....~




Friday, April 3, 2015

Reunion kawan skulah #01: dah tua-tua hensem pulak..!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
03-04-2015


Sudah jadi trend sekarang Whatsapp Grup menjadi medan chat paling popular sekarang. Mudah, cepat dan berkesan. Bergantung cara kita guna dengan cara tersendiri. Apatah lagi sejak 2,3 hari ini Whatsapp sudah boleh buat call pulak. Wahhh lagi la jimat.

Saya sendiri ada beberapa grup di Whatsapp yang saya ditarik masuk. Cuma ada 1,2 sahaja yang saya aktif. Paling seronok adalah grup bekas kawan-kawan sekolah menengah dulu.

Bertemu semula selepas lebih 30 tahun adalah suatu perkara yang menyeronokkan dan mengharukan. Banyak perkara dan pengalaman yang masing-masing lalui menjadi perkongsian dan topik yang menyeronokkan. Apatah lagi bila mengenang kembali saat sekelas dan sepadang. Aduhaii banyaknya kenangan manis zaman sekolah.


Jumpa tidak rasmi. Di kenduri rumah MyKakYang. Sebenarnya saya tak pernah geng pun dengan depa ni masa di sekolah dulu. Pendekata jarang sangat bercakap or sembang. Lagipun tak sekelas. Tapi bila kita bertemu di laman chat segala rasa tak nak kawan dulu dah takda. Masing-masing saling hormat.


Ini budak pengawas dulu. Antara murid terpandai. Sebab tu hari ini dia dah jadi jurutera.


Rakan lelaki yang seorang ini antara yang paling nakal dalam kelas saya dulu. Musuh ketat saya ketika saya menjadi ketua kelas. Kuat melawan. Suka usik orang. Dan dia memberikan saya satu panggilan nama yang lucu tapi catchy. Ohh Tuhan... nama itu lekat bertahun-tahun dan dibawa sehingga hari ini. Bertahun juga saya lupa akan panggilan nama itu sehinggalah kami bertemu di Grup... arghhh nama itu tidak lagi menjadi kemarahan kepada saya. Nama itu terus menjadi kemesraan depa dan saya. Terimakasih Jali...!



Jumpa kawan yang ini di Tesco Ampang, Ahad lalu. Lepak borak-borak mengingati zaman sekelas dan cerita terkini kehidupan masing-masing.

Sudah lama saya tidak join reunion sekolah. Pernah 2 kali saja. Tak berkesempatan lagipun reunion sering dianjurkan di lokasi kampung lalu saya jarang berpeluang.


Ini kisah Isnin 30 Mac lalu. Bila ada yang turun KL dari utara atas beberapa urusan rasmi, gathering kecil-kecilan diatur. Walaupun tidak ramai yang dapat hadir, depa yang ada sudah cukup menggembirakan hati saya.

Lalu makan malam kami berlangsung penuh mesra-ceria di Ampang Putra Foodcourt. Paling dekat dengan saya, maklum malam hari bekerja. Harus ada limit. Kalu malam minggu mungkin boleh lajak lagi.


Bercerita tentang masa sekolah adalah topik paling best. Menyebut nama-nama kawan sekolah dulu, yang sudah berjaya, yang hilang tidak dapat dikesan dan juga yang sudah meninggal, memberikan pelbagai perasaan. Gembira, sedih dan terharu. Mereka pernah menjadi kawan sepermainan di padang, kawan gaduh masa belajar, kawan yang saling menceriakan hari-hari persekolahan saya.... tidak terkecuali yang menjadi teman rapat ibarat bercinta bak monyet. Hahahaha!



Dalam kehidupan, kita tidak dapat mengelak dari meletakkan kawan-kawan dan sahabat sebagai sebahagian diri kita. Walau ada banyak perkara yang harus kita jaga, tutur kata dan soal-tanya yang tidak mengguris hati tetapi mereka tetap penting menceriakan hari-hari saya. Mungkin tidak sama dengan cara orang lain, sepertimana saya tidak suka orang terlalu pot hal peribadi saya, begitu juga saya cuba untuk tidak terlalu busybody or pot hal peribadi kawan-kawan. InsyaAllah alam persahabatan itu indah dan ceria.

Saya harap akan akan ada lagi pertemuan semula dengan kawan-kawan sekolah yang lain pula kelak.

Hmmm.. depa ni rata-rata masa sekolah dulu tak hensem langsung, tapi dah tua-tua ni cantik dan hensem pulak!



Aku jugak yang hitam, comot dah selekeh!




 ~...HISYAM mengaku sudah pandai mengukur kelapa tetapi santan yang diperah Mak Utih masih cair dan kurang enak lemaknya, lalu dia cuba pula mencabar SERI BULAN menunjuk handal menanak pulut tanpa sedar dia lupa SERI BULAN langsung tidak kenal mana pokok pulut mana pokok kelulut....~




Thursday, April 2, 2015

Saidah kahwin #03: hari langsung yang ramai kami tak sentuh nasi langsung

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jemaat
02-04-2015


Menghabiskan siri walimatulurus di rumah MyKakYang.


Sedih juga kerana MyAbangIpar baru 6 bulan meninggal namun jodoh pertemuan pasti berlaku. Nikah kahwin harus dilaksanakan dan diraikan.

Majlis dibuat di rumah depa sendiri di Taman Damai, Parit Buntar kerana dewan sudah habis ditempah orang. Cuti semester sekolah menjadi masa yang baik untuk hampir semua orang hadir dan pulang berkumpul.

Agenda pagi:



Sarapan dengan menu dirancang last minit. Pulut kuning hasil karya MakMenakan KL.

Gambar kemeriahan majlis serta khemah dan meja bufet saya tak snap pun. Hampir sama dengan mana-mana majlis kenduri.

Arwah bapa pengantin seorang guru besar sekolah. MyKakYang bekas juruaudit jabatan kerajaan, jadi tidak heran ramai sekali jemputan yang hadir. Termasuklah bekas kawan-kawan sekolah yang datang beramai-ramai. Hasil pakatan di Whatsapp Grup...!


Ada banyak gambar yang saya suka. Antaranya ini. Simbolik pemakaian nametag. Mengenang arwah Abah pengantin perempuan yang sentiasa pakai nametag bila pi sekolah.

Bukan hanya MykakYang yang menerima tetamu Whatsapp Grup Kawan Sekolah. Saya dan adik saya pun sama. Lagipun musim cuti ramai yang berada di kampung  dan tinggal di sekitaran.


Bekas kawan sekolah saya semasa Tingkatan Enam dulu. Datang agak awal kerana harus ke majlis yang lain pula di luar daerah PB. Kawan saya juga mengenali MyKakYang dengan baik sekali.
*Kamal yang berkahwin dengan juga rakan sekelas kami, Naemah.
Abaikan saya yang masih selekeh belum bertukar baju lawa.

Apa yang suka lagi tentang kenduri kali ini ialah menu yang sedap dan pilihan menu sampingan lain. Ada laksa, ada cendol, dadih, aiskrim goyang (lupa pulak nak snap khemah eskrim goyang nih) dan selingan pulut kuning.

Menyedari akan ramainya tetamu yang bakal datang (dah biasa sebab keluarga pengantin ni memang ramai kawan dan kami memang ramai sedara-mara) lalu saya makan laksa awal-awal beserta cendol. Betul. Cuma dapat sekali itu saja sebab dah habis.



Laman ini turut menjadi medan pertemuan semula saya dengan beberapa orang rakan sekolah menengah saya dulu. Ohhh terharunya. Sebab dah lebih 30 tahun kami tidak bersua muka, kini ibarat jejak kasih. Mujur masih dapat mengingati depa dan nama serta perangai zaman sekolah dulu.


Cantik pula goodie bag dari wrapper paper A4 itu bila tegak di situ. Cewahhh...!



Saya ingin menulis banyak tentang pertemuan dengan kawan-kawan sekolah ini, tetapi nanti di lain entri saja.

Lumrah majlis kahwin, adik beradik dan kerabat akan berpakaian sedondon mengikut tema majlis.







****

Di sebelah lelaki:





Sesungguhnya memang kenduri kendara itu memenatkan sampai sudah tidak terjamah nasi dah, tetapi itulah antara masa yang terbaik untuk kita berkumpul bermesra gurau senda sakat-manja sesama kami. Walaupun tiap kali harus berpisah tetap ada sedih, saya tahu ada masa lain kami pasti berkumpul lagi.

Next, who's turn?



 ~...jangan tanya kenapa tiada lagi siul usik dan jangan persoal kenapa tiada lagi jeling marah-manja antara SERI BULAN dan HISYAM...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails