Wednesday, May 20, 2015

Memori Bali 05: Kopi Luwak dan durian 6 hengget....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-05-2015


Turun dari puncak Kintamani kami dibawa melawat ladang kopi. Ramai tahu tentang Kopi Luwak yakni kopi yang dimakan musang kemudian dibuang-najiskannya then diproses menjadi serbuk. Sejauh mana ianya benar akan bersihnya, saya teruja juga hendak melihat.

Turun berjalan dan melihat-lihat kebun kopi yang bercampur pokok buah-buahan... nampak hijau sekeliling... berangin dingin nyaman sungguh menyeronokkan.


Ada banyak kebun kopi sebegini di merata Bali (but saya kira di kawasan tanah tinggi paling banyak sebab tanahnya subur dek lava gunung berapi) dan hampir semua kebun dijaga baik dan memang untuk tujuan pelancungan.


Biji kopi yang muda. Jika dah masak berwarna coklat maroon. Bagi saya yang tak pernah tengok memang la seronok. Bertahun-tahun meninggalkan tempat yang hijau begini dan bertahun-tahun tidak jejak kaki ke tempat bernama kebun.

Juga ada banyak tumbuhan lain seperti koko, serai, kunyit, ginseng (ginseng di sini juga terkenal) dan bersulam pokok rambutan, nangka, manggis dan durian.


Pokok koko pun ntah dah berapa puluh tahun saya tak jumpa.


Ini sangkar (tujuan display) yang menempatkan musang yang memakan biji kopi kemudian buang sebagai najisnya. Ada 2 ekor yang dibela di sini dan memang dikurung untuk tontonan pelancung.


Ini biji kopi yang asli, asal dari hasil musang. Sebelah itu adalah biji kopi musang yang telah dibersihkan (dikopek kulit dan dibuang beberapa lapisannya) sebelum digoreng.


Dapur kayu ini juga untuk tontonan pelancung. Menggoreng biji kopi luwak secara tradisional. Wangi baunya.



Mencuba sendiri menumbuk biji kopi yang sudah digoreng membuatkan saya teringat zaman di kampung kami gunakan lesung kayu sebegitu untuk menumbuk beras, gula dan lain-lain...


Buah-buahan dijual terus di sini. Tetapi kami semua berhajatkan durian. Penimbangnya unik.


Turun ke bawah ada beberapa pondok wakaf sebegini di kiri kanan. Pelancung boleh duduk menikmati kopi atau buah-buahan.


Beberapa jenis kopi dan teh pelbagai perisa diberi kepada kami untuk mencuba. Peminat kopi tentulah suka. Ada rasa: coklat, vanila, kelapa, pandan, teh strawberi, teh lemon, roselle... tak ingat. Banyak. Hanya Kopi Luwak sahaja tidak dihidang-cuba. Mungkin kerana ianya mahal dek kerana cara prosesnya yang rumit.

Akhirnya hajat kami hendak menikmati durian Bali tercapai. Memang ada durian dijual di sini.


Sebesar ini hanya RP20,000 (RM6.00?) sahaja. Kami beli 2 biji pun dah jenoh makan.


Ruang pameran dan jualan. Rata-rata kami hanya beli teh dan kopi berperisa yang enak dirasa tadi. Kerana Kopi Luwak dikatakan makruh, tiada seorang pun yang mencuba apalagi nak beli.

Dinner kami malam itu, Nasi Padang di Restoren Natrabu. Restoren ini juga ada banyak cawangannya di negara kita.



Dekonya cantik dan bersinar-sinar. Restoren Minang.


Sebenarnya saya kurang gemar Nasi Padang sebab ianya dimasak awal. Hanya nasi sahaja yang panas, lauk ada yang sudah sejuk. Kebetulan masih kenyang durian lalu saya makan cuma sesuap dua.


Memang Bali menjadi pulau berbulan madu.



Next entri, kami ke tengah laut mencari habitat dolphin dan merakam detik ia melompat. Seronokkk...!


 ~...sudah tiba saat untuk bersemuka...~




12 comments:

  1. dulu arwah atuk sy penanam & penjual buah kopi & koko.. kadang2 rindu kenangan menolong atuk menjemur biji koko dan memetik kopi, eiiii.. rindu giler. Masa ke Bali dulu pun ada dibawa melawat tempat kopi luwak ni tapi sy rasa kita pergi tmpat berlainan.. dan sy mmg tak sanggup nak minum bila dipelawa. Kopi (biasa) yang sy beli kat sana pun smpi skrg belum habis sbb asek teringatkan kopi luwak ni, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie beli Teh Lemon jer. Sampai sekrang belum buat lagi. Hahaha asik terlupa jer.

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Kata orang kopi lwak paling tinggi nilainya yea dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa betul. Prosesnya sangat rumit dan leceh.

      Delete
  3. Rasa dak?acam mana rasanya yee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la. Agaknya sama jer kot dgn kopi biasa. Kami tak sanggup nak rasa. Heran juga, adakah beza rasanya setelah kopi tu berada dalam perut musang dan kemudian bercampur najis?

      Delete
  4. Salam AA,
    Bali tampak bersih,damai dan nyaman... tringin kesana tapi kok banyak alasannya ! percutian AA telah tertambat hati untuk kesana Insya'Allah satu masa pasti sampai juga... kopi & durian tidak panas badan dimakan dan diminum serentak? kalu kak Ratna kena sejukkan dengan air kelapa, kalu tidak nanti kepala dan pernafasan kok pusing dan sempot !
    Sabar menanti next entry...
    Salam mesra dari kampongulu.

    ReplyDelete
  5. nk kene repeat Bali ni... aritu mmg x puas la.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak
    maaf kan saya, lama tak singgah sini
    harap akak dalam keadaan sihat sejahtera

    seronoknya dapat ke bali
    saya belum pernah sampai lagi =)

    ReplyDelete
  7. Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

    ReplyDelete
  8. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails