Saturday, May 25, 2013

Entri lama tapi jawapan baru...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
25-05-2013


Saya terjumpa semula entri lama berkaitan tagging. Dah lama blogger tak main tag tag nih. Seseorang pernah tag saya dengan beberapa soklan santai sebegini (tapi ada beberapa jawapan saya ubah mengikut masa terkini):

Apa benda penting dalam hidup korang?
Jika bukan benda; Keluarga. Keluarga. Keluarga.
Benda; telefon bimbit.

Benda terakhir yang korang beli gune duit korang?
Pagi semalam, beli topup Touch & Go.

Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Akak dah kahwin dikkkk...

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Every single days...!

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Forever ever ever, insyaAllah.

Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Di rumah, di bilik... heh heh heh

Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Novel terkini tulis Melur Jelita tajuk My Precious IRIS, tapi masih dok dalam plastik lagi. Adeh!

Apakah nama penuh korang?
Ni pehal nak tau nama penuh plak ni. Polis ker. Meh tunjuk kad kuasa dulu...!

Apa nama penuh kucing korang?
Sehingga hari ini belum lagi terbuka hati nak bela kucing.

Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Sama jer, tapi kalu nak kira, lebih rapat dengan arwah AYAH.

Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Abdul Talib Hassan, seorang novelis.

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Baju biasa guna mesin. Baju kerja basuh tangan. Tangan sendirik.

Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Makkah (selain itu teringin nak pegi Switzerland)

Pilih salah satu, peluk atau cium?
Saya mahir kedua-duanya sekali. Nak mana dulu? Hahahahaha!

Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
1) beliau blogger yang unik
2) beliau menulis begitu santai
3) seorang yang humble

Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
Telefon bimbit, handbag, kasut, koleksi novel, koleksi jamtangan, koleksi FM.

Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Lately, suka lagu Di Muara Kasih. Juga suka lagu KNIFE by Rockwell (ni lagu lama)

Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
Tak suka nak sebut, tak suka nak sambut.

Rakan Blogger yang korang nak tag:
Berapa orang mau? Ada ramai blogger tauuuu... hehehe

Saja boh gambar ni, sebab gambar ni belum pernah masuk blog lagi.


Dekat Museum TeddyBear, Namsam Park, Seoul.
Oppa Gangnam Style...!







 ~...pernah suatu ketika, SERI BULAN ingin sekali HISYAM menjadi burung yang suka bertenggek di belakang kerbau, terbang tinggi tetapi akhirnya kembali menyinggah walau tanpa pesan tanpa amaran atau mungkin menjadi sirih yang menjulang tinggi di pasak kayu, menunjuk pucuk tetapi akhirnya terpaksa kembali ke dulang hantaran walaupun berjunjung tapi masih boleh dicapai tangan....~




Friday, May 24, 2013

“Kenapa mesti bersama keyboard putih, Azie?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-05-2013


Mana-mana ruang sosial bertulis, semua update pasal cuti, pegi bercuti dan menikmati cuti. Cuti umum hari ini bersambung dengan cuti hujung minggu, digandakan lagi dengan cuti sekolah yang baru bermula... wahhh banyak plan, kan?

Kengkawan lain pun ramai yang amik cuti, tapi dalam keadaan terkawal. Yang mana minta 2,3 hari, cuma dapat lulus sehari saja. Sekarang kerja memang tengah banyak.

Di tempat keja saya, rekod cuti setiap staf sudah keluar dan dipampang di papan notis (setiap department). Berbeza dengan orang lain, saya memang takda cuti. Jika saya terpaksa ambik cuti akan dikira ‘unpaid’. Sejak cuti bercuti ke Korea ritu, sampai sekarang saya belum cuti. Takpa, kena la tunggu sampai tempoh layak itu tiba.

Yang saya geram, ada 5,6 orang staf yang masih ada banyak cuti sampai 38 hari, 121 hari dan yang paling tinggi, sorang designer senior, masih ada baki cuti sebanyak 220 hari...! Wow! rasa nak beli jer leave dia tuh!

Hari ini saya cuti sambil masak sakan-sakan. Kuey Teow Tomyam dah ready.

Tayang-tayang:


Gulai Lemak Ikan Masin + Nenas & Sayur Kelisa Goreng, bekal saya semalam. Ada orang komen tanya, kenapa saya suka snap gambar bersama dengan keyboard putih saya? Ohh ianya sekadar identiti saya sahaja. Untuk menunjukkan, keyboard putih itu ‘signature’ saya. Kunun. hehehe! And kawan-kawan saya dah mula gelak-gelak bila saya asyik ‘kemaruk’ snap gambar makanan saya. Macam biasa, ada aku K?



Saya cuma makan sesenduk lauk, tapi bawak memang boleh makan 5,6 orang. Sengaja. Sebab suka berkongsi lauk dengan kengkawan lain yang ramai. (and I know, depa sangat sukakan lauk saya, sebab masak sendiri bukan beli).

Ikan masin apa ntah. Kawan MyToklaki balik ke Sarawak dan bagi dia 2 ekor yang besar.

Oh ya, saya cuma cuti hari ini saja. Esok hari kerja saya. Wuaaaaa...!





 ~...mencuba-cuba mengisi masa senggang dengan menjadi pengiring dan peneman Pak Utih ke jeram menangkul udang rupanya memberikan suatu mimpi ngeri kepada HISYAM kerana malam pulangnya penuh dengan igauan dan raungan sepanjang malam sehingga SERI BULAN tidak lagi mengenal mana HISYAM mana jin jeram...~




Thursday, May 23, 2013

Ustaz Kazim oh Ustaz Kazim: ramai betul pembela wanita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
23-05-2013


Sabtu lepas, Harian Metro muka depan. Tajuk besar “Ustaz Kazim diugut bunuh” lalu mendorong beliau mengambil keputusan untuk berhenti terus dari berceramah bermula November nanti (mungkin sehingga bulan itu, beliau sudah ada beberapa job yang sudah dipersetujui dan tidak dapat diubah).

Kemudian menjadi sedikit bahan bahas semasa duduk-duduk sarapan sesama kami di tempat keja. Rata-rata kaum wanita memang akan sokong ‘habis’ lah Ustaz nan seorang ini. Well, ramai tahu ceramah beliau berbentuk motivasi dan agama menjurus ke arah kekeluargaan, perkahwinan dan keluarga.

Bila saya cuba provoke, “Ehhh itu yang kat tv, dah di edit. Mana tahu, ceramah bebas beliau yang lain yang tak masuk tv tu. Mungkin ada isi ceramah dia yang menjurus cenderung ke arah sesuatu parti? Kita mana tahu? Sebab tu ada pihak yang marah.”



Apatah lagi, abang beliau ialah ADUN Negeri Perak (YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin bin Elias).

Hehehehe ramai sungguh yang minat ustaz nan seorang ni. Maklumlah, bila berceramah tentang rumahtangga or nikah kahwin memanglah seronok dan ceria. Usik sakat, nyanyi nyanyi dan ceramah yang kekadang ‘kena batang hidung’ tu menjadi identiti beliau sehingga ramai yang menanti siri ceramah beliau di Astro Oasis setiap Selasa.

Saya sendiri, selepas tonton siri ceramah beliau, esok siangnya saya suka ajuk ajuk balik apa-apa perlakuan Ustaz Kazim yang lucu kemudian kami bergelak seronok. Terhibur dengan gaya Ustaz popular ni dalam berceramah. Itulah daya penariknya, sebab tu tonton tak jemu.

Sebenarnya, saya teringin nak tonton ceramah Ustaz Kazim ni secara live, duduk berdepan semasa beliau berceramah (sambil bernyanyi), kemudian bila tiba ‘part panas or punch line’ saya tingin nak tengok reaksi wajah-wajah kaum lelaki bila ada isu yang kena tang batang hidung depa!

Apapun isunya, saya yakin Ustaz Kazim lebih menjaga kebajikan dan keselamatan anak isteri beliau sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berceramah.







 ~...musim kenduri sudah semakin rancak serentak musim mengemping lalu SERI BULAN bakal meronda malam lagi dari satu rumah ke satu rumah melihat pesta mengemping berteman HISYAM sepanjang denai sambil berawas oleh Pak Utih di hujung lorong kerana bimbang gajah yang gagah bakal dengkot dipatuk ular berbisa di dalam gelap....~




Wednesday, May 22, 2013

Isu: Pen merah, pen biru. U marah, I malu...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-05-2013


Sejak dari zaman sekulah lagi, saya memang suka menulis dengan pen merah. Ntah kenapa, tapi bagi saya tulisan warna merah sangat ‘menangkap’ mata. Ianya nampak menarik dan ‘outstanding’. Malah diari harian saya pun memang saya tulis guna pen merah.


Lalu perangai suka menulis dengan pen merah terbawa-bawa sehingga ke alam kija. Banyak nota (hampir semua) saya gunakan pen merah. Ianya tidak pernah menjadi masalah kecuali untuk urusan rasmi wajib guna pen hitam or biru.

Bila di tempat kija yang baru ini, saya masih setia dengan pen merah saya, lalu pernah satu kali saya terbabas menulis laporan progress job (setiap orang mesti kena ada laporan progress project yang dihandle untuk disemak oleh supervisor, setiap hari). Seseorang ternampak lalu tegur. Supervisor ok saja, tak kisah asal job done.

Kemudian, saya guna pen merah untuk tulis rekod OT saya. Wahhh meledak isu pen merah. Ada yang kata saya ni nak marah siapa?  Okeh... saya silap kerana taksub sangat guna pen merah.

Isunya tak besar mana pun, tapi menuduh saya sebagai orang yang melawan, adalah tidak tepat. Takpa, saya akan lupakan.  Yang penting, saya nak jaga kerja saya jer.


Selain jaga kerja, saya juga jaga perut dan tekak sendiri. Hahahaha! itu yang betul. Sarapan pagi saya hari tu. Maggi goreng — beli punya.





 ~...bila hasrat bercuti dan pergi sebentar dari Kampung Separuh Desa, HISYAM menegaskan perginya bukan kerana gentar kata nista tentang surat bawah tempurung yang terapung ketika hujan, tetapi kerana ingin menguji kegigihan SERI BULAN menanti walaupun tali buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut hampir reput dihayun digoyang...~




Tuesday, May 21, 2013

I Miss You: saya pun terjebak dek kerana si Harry yang malang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-05-2013


Hero dan heroin sangat cantik dan kacak. Putih melepak gebu dan menawan. Baik yang lelaki, apatah lagi yang pompuann.

Walaupun semakin menjadi fenomena, saya tidak sampai ke tahap ketagih Gaban, tapi terjebak dan terperangkap dengan konflik cerita membuatkan saya tidak mahu tinggal walau satu episod pun. Tapi banyak sebenarnya yang saya dah tertinggal.

Irama latarnya mengharukan. Lagu temanya mendayu dan menyentuh hati. Sayu. Pilu. Sedih. Kecewa. Hampa. Merana. Pernyataan 3 jiwa yang berdepan konflik tiga segi sejak dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa. Tidak berkesudahan. Lalu saya jadi simpati.

Jika ramai orang lain mungkin lebih memihak simpati pada si hero yang menanti Lee Son Yeon selama 14 tahun, tapi saya lebih simpati kepada Harry Bolsen @ Kang Hyung-Joon (lakunan Yoo Seung-Ho).


Hero kacak ni sebenarnya seorang pembunuh, tapi pada saya sebenarnya jiwanya sendiri yang terbunuh. Saya melihat, dalam banyak keadaan, Harry ni yang sebenarnya mangsa keadaan.

Saya malas nak ulas terlalu banyak pasal siri ni. Siri ni menjadi fenomena ramai remaja sebab ceritanya memang best. Persahabatan sejak kecil ‘childhood friend’ yang membawa kepada beberapa tragedi yang mengharukan, memisahkan dua sahabat karib. Ala-ala cinta platonik.


Siri ni dah habis ditayang di Seoul. Bebudak saya dah tengok habis dah siri ni (download laa...) tapi kini ditayang di TV9.

Sejak semalam (untuk sepanjang minggu ini), saya dikerah untuk stayback sehingga 8.00 malam. Jadi dapat tengok pun dah hujung-hujung. Rasa release tension juga sebab walaupun lagunya sedih, saya tetap terhibur!

Saya pernah baca tentang ada group peminat fanatik siri ini yang anjurkan beberapa siri pertemuan @ gathering sesama mereka. Memang dahsyat juga, sebab rata-rata adalah remaja wanita.

Wpun dalam rumah saya semua yang pompuan ni kemaruk Korea, tak pulak depa tingin nak pegi join mana-mana group kelab peminat. Mujur lah...




 ~...merenung mata HISYAM yang juga sedikit sepet seperti tersenyum, selalu membuatkan SERI BULAN tertanya-tanya darah warna apakah yang ada di dalam tubuhnya sedang semasa terlibas cangkul di kaki dan darah masih berwarna merah dia tahu ada campuran lain yang menjadikan HISYAM memiliki senyum yang menawan, mata yang menikam dan perilaku yang merenyam...~




Monday, May 20, 2013

Orang ‘pandai’ makan (plus kuat makan?)...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-05-2013


Pernah dengar istilah atau gelaran ‘orang pandai makan’? Orang pandai makan tak semestinya kuat makan. Tapi orang yang pandai makan ni, dia pandai rasa mana makan yang best, suka cuba pelbagai makan dan tak takut pun nak cuba apa-apa menu walaupun pertama kali jumpa di mana pun. Itulah saya.

Ke mana pun saya pergi, jauh dekat selalunya makanan adalah tumpuan utama (termasuk saya memang kuat makan jugak laa). Apatah lagi jika saya berpergian ke tempat yang jauh dan pertama kali. Memang saya akan cuba makanan tempatan di situ, samada yang pelik atau unik apalagi yang tradisi. Amat rugi jika tidak mencuba.

Masa saya pertama kali nak try Nasi Kerabu bertahun-tahun lalu, si penjual tu sampai tegur saya sebab saya tak tahu apa set untuk Nasi Kerabu. “Belum banyak berjalan jauh ni.” Ya.. malu la time tu sebab tak reti nak makan Nasi Kerabu. Tapi sekarang, kalu bab Nasi Kerabu saya mesti pastikan setnya lengkap, such as mesti ada Daging Bakar, Budu, Solok Lada, Keropok, Telur Masin. Ikan kembung goreng tepung kira bonus la jika ada.

Baru-baru ni, kengkawan tempat kija saya mencuba seminggu order lunch dari satu restoren yang lain.  Kan saya pernah citer, restoren yang sebelum ni amat-amatlah tak sedap dan sayurnya selalu lunyai!

Seminggu depa mencuba tapi saya hanya order sekali saja sebab saya sentiasa bawak bekal. Itupun kerana saya tertarik seorang kawan order Lontong untuk lunch (boleh panaskan di pantry). Kerana citernya Lontong tu sedap dek sebab ada Serunding Kelapa, saya tertarik dan order pada esok harinya. Untuk menyedapkan lagi tekak dan selera orang pandai makan (serta kuat makan) ni, saya beli juga seketul Ayam Goreng Berempah.


Ayam dipotong (saya gunting) dan serve bersama Lontong. Perhhhh...! Kawan-kawan saya hairan, saya boleh buat camni. Ehhh depa ni, itu pun nak heran.

Sebenarnya, perangai suka campur ayam goreng ni dah lama saya buat. Dulu lagi, bila saya order Kuey Teow Kungfu atau Maggi Kari pun, saya suka order sekali ayam goreng yang dihidang bersama. Enak sangat tau...!

Ketika saya suka melayan tekak saya dengan beberapa menu barat or Itali, masih ada beberapa orang tak pernah rasa apa itu Macaroni Salad, ada yang langsung tak pernah makan hotdog. Malah bila saya bawak bekal Chicken Cabonara (& mushroom) hari tu, kecoh sekejap seolah-olah benda tu menakjubkan. Aduhai, saya pulak yang malu seolah-olah makan benda paling pelik dalam dunia. Jujur, saya tergamam dengan situasi ini, sehingga saya naik malu dengan diri sendiri kerana selalu nampak pelik. By the way, pelik ker?

Saya bimbang kepelikan di mata depa tu akan menjadi bahan bualan, yang sebenarnya... pada saya takda mender pun.





 ~...malam semalam hujan lagi dan jatuhannya menimpa zink bumbung Teratak Nyatuh memberikan iramanya yang sungguh unggul lagi menghiburkan telinga SERI BULAN lalu HISYAM dipaksa-ajak untuk menjadi peneman di ambin sambil sama-sama menikmati lagu yang sudah lama tidak mereka dengari bersulam cerita ketika bersama di kota dulu berlepak santai di kafe tepi jalan bertemankan laptop yang kini sudah menjadi pelapik buku di bilik bujang kerana tiada liputan yang hendak ditangkup...~




Hadiah Hari Ibu saya (lagi?)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Monday
20-05-2013


Sebelum ini saya dah tulis entri bertajuk yang sama. Masa tu hadiah dari Chak dan Alia. Kali ini versi kedua; dari Dak Amoi dan Ika plak.

Lalu, Sabtu lepas after OT saya lepak AEon dengan anak-anak. Ini kali pertama saya masuk sini semula selepas saya berhenti kerja di area sini tahun lepas. Dulu sinilah tempat saya meronda setiap kali lunch time, sampaikan si cashier tu pun boleh kenal saya. Malah si brother brother yang keja potong ikan dan ayam di supermarket pun boleh jadi sama peramah macam saya. Hahaha!

Kalu kuar dengan bebudak saya, tak sah kalu tak makan di restoren segera paberet depa. Kali ini McD la. Kebetulan balikk keja sekitar jam 4 dan belum lunch, saya sangat lapar.

Kemudian, shopping time!

Cari hadiah untuk Hari Ibu. Dak AMOI pilihkan saya baju dan kasut. Saya suka dengan pilihan depa.


Ini yang dipilih Dak Amoi. Ohh wedges kaler purple yang terus menawan mata. Yang penting selesa walaupun ada sale tapi jenama ini takdak diskaun pun. Jenama ni pertama kali buat saya. Sebelum ni saya banyak setia dengan Vincci & NautiFit saja.


Kemudian mata saya tertawan dengan wedges yang kaler putih bertali tuh. Takpa.. tu aim saya untuk bulan depan. Kena rebut. Tolong ingatkan saya yer jika saya terlupa. Heh heh heh!

Hadiah kasut ini ditaja oleh IKA. Dak Amoi menaja sepasang blaus kaler merah hati yang... pada saya... so ohsem!





 ~...setiap kali ujan malam dan di pagi hari laluan denai boleh membenamkan tumit kasut SERI BULAN, HISYAM akan tersengih kadang-kadang tergelak besar kelucuan tetapi tidak pernah menolak menjadi pembantu malah rela jika terpaksa mencempung SERI BULAN ke tangga sekolah...~




Saturday, May 18, 2013

Berangan gajet Samseng...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
18-05-2013


Hari ini saya tetap bekerja walaupun Sabtu minggu off saya. Saya dah tersenarai untuk handle projek yang agak rumit dan urgent. Tentulah peluang untuk sama level dengan staf lain tidak diharuskan dibuat main, kerana apa yang dipertaruhkan tentulah kemahiran dan kebolehan.

Lagipun jika bekerja di hari off, kiraan OTnya adalah lebih tinggi. Faham maknanya?

Kalu kerap gigih cenggini, ada harapan lah saya nak beli henpon baru cop Samseng tuh! hahahah

Tayang-tayang:


Saya jumpa orang berniaga Kuih Ketayap yang enak sebegini di area KD. Lalu saya borong 5 ketul terus. Puas hati...!

*****

Seorang kawan sebut semalam, “Ehhh tak menulis plak dia.” > merujuk saya tidak update entri seharian semalam. Ya, bila saya letih balik kerja, mood menulis blog memang ke laut dalam...!

Dan, saya terima pic ini di mms henpon saya. Memang saya suka gambar ini!


Lokasi di satu sudut Pulau Nami (Winter Sonata), Korea hari tu.






 ~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam, mujur tidak mengigau jatuh katil..~




Friday, May 17, 2013

Hari Guru saya dulu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
17-05-2013


Zaman sekarang, bila tiba saja Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun, berduyun la bebudak sekolah ke kedai cenderahati nak belikan sesuatu untuk cikgu masing-masing. Paling popular ialah kedai seperti Kedai Dua Ringgit or Kedai Lima Ringgit. Kan?

Tak kisah lah apa yang dibeli or berapa nilainya, yang pasti kita semua tahu bebudak tu memang nak hargai dan seronokkan hati cikgu depa. Apatah lagi kalu ada cikgu paberet masing-masing.

Semalam saya dengar di radio (apa ntah; Sinar.fm ker Hot...lupa sebab saya selalu tukar-tukar [dengar earphone di hp, sebab di ofis saya tak leh on radio secara terbuka], kadang-kadang tune Klasik Nasional), temuramah dengan seorang bekas Pengetua.

Dia kata, rata-rata guru memang tak harapkan pun hadiah apa-apa tapi tetap menerima sebagai penghargaan. Tetapi murid cemerlang itulah sebenarnya hadiah bermakna.

Dia kata, “Saya sampai naik segan sebab tiap kali Hari Guru, bonet keta saya penuh dengan hadiah”. Yaaa... memang itulah kenyataannya.

Tahun ini CHAK berikan cikgu dia hadiah mug yang dia ambil lemari gobok saya. Hadiah tu saya dapat masa kat majlis kahwin merata tempat. Recycle saja. Rasanya ramai budak lain pun merengekkan barang mak depa untuk dihadiahkan pada cikgu.

CHAK citer, kat skulah dia Cikgu Khairi dapat undian terbanyak untuk Kategori Cikgu Paling Popular. Hahaha...mentang-mentanglah Cikgu Khairi tu bujang lagi bergaya. Tapi CHAK kata dia tak suka, sebab “cikgu tu bajet control hensem!”

Ehhh memang orang yang nama Khairi ni hensem-hensem ker? Ahaks!

Zaman saya skulah dulu, Hari Guru dirai dengan persembahan jer. Ada juga yang bagi hadiah or kad, tapi saya tak pernah. Saya tak mampu.

Cuma kenangan yang saya tak lupa, waktu Form 5 saya pernah sertai grup tarian (menari lagu Sekapur Sireh, pakai baju kurung cekak musang dan bersamping songket, bersanggul dengan sekuntum bunga putih tepi telinga...cewahhh) masa persembahan di Hari Guru.

Akibatnya? Masuk kelas esoknya, 5-6 orang kami dalam grup tu kena marah sakan dek Ustaz Radzi sebab dia tak berkenan kami menari atas pentas, pastu semua pakat bukak tudung (jahil sungguh waktu tuh!) Wuaaaa....makcik ni nangis la bila kene marah tuh. Tobat weh! Beratur sekor-sekor ngadap ustaz tu minta maaf, tak buat lagi. Haahahaha!

Ada banyak kenangan masa skulah sebenarnya. Lain kali kalu teringat saya story lagi ya.

Tayang-tayang:


Bekal saya kelmarin. Bawal Masam Manis. Sayur Campur. Abaikan kuah sayur yang sedikit keruh, sebab saya tumis bawang tapi terlepa sekejap lalu bawang saya hangus! Ada aku K? Yang penting, sedap!

Ops! lupa. Selamat Hari Guru, cikgu!




 ~...sekian lama berada di tapak laman yang sama, di bawah bumbung atap yang sama, tetapi keterasingan tetap terasa bila HISYAM belum cukup berani untuk bergebang berborak dengan SERI BULAN walau ditinggal tanpa murid, sekadar jeling senyum kemudian sengih kerana nanti pasti akan ada surat di bawah tempurung di hujung ampaian...~




Thursday, May 16, 2013

Wajah saya di Kaabah dan Mekah...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jumaat
16-05-2013



Semalam adalah hari yang sangat penat buat saya. Mungkin kenana sepanjang minggu yang sangat sibuk serta tidur yang tak cukup, saya letih sangat. Tertidur sepanjang jalan balik keja.

Semalam juga saya bertembung dengan sorang jiran saya yang nak ke masjid (yaa... saya tiba rumah waktu azan Isyak). Ohh dah balik umrah rupanya. “Singgahlah ke rumah,” katanya.

Kebetulan melintasi rumahnya, saya dijemput masuk pula oleh si isteri. Perkataan pertama yang disebutnya ialah, “Saya nampak muka Kak Azie di sana 3,4 kali.”

Alhamdulillah...!

“Saya nampak orang Turki ke Arab ntah, muka macam KakAzie melintas depan saya 3,4 kali. Sungguhh...!” ceritanya lagi.

“Nanti Kak Azie sampai la sana pulak.”

Aaminnn... Aaminnn...

Mendengar cerita orang tentu saja tidak sama dengan pengalaman sendiri, kan?


Saya dihidangkan dengan air zam-zam dari set teko yang dibeli di sana, juga kekacang juga dari sana.



Cenderahati untuk saya. Inai Mekah dan set pengira zikir (yang dipakai di jari).






 ~...mengharapkan wajah itu menjadi ‘wajah kesayangan hamba’ ibarat meletak cermin di hadapan muka sendiri lalu SERI BULAN tidak mahu langsung menyimpan sebarang gambar HISYAM samada sengaja atau tidak langsung sengaja tetapi mendengar desus-desir angin membawa cerita betapa ramainya anak dara Kampung Separuh Desa yang inginkan gambar HISYAM sebagai peneman kala melelap mata, SERI BULAN akan pastikan tiada kamera dibawa masuk...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails