Thursday, April 2, 2015

Saidah kahwin #03: hari langsung yang ramai kami tak sentuh nasi langsung

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jemaat
02-04-2015


Menghabiskan siri walimatulurus di rumah MyKakYang.


Sedih juga kerana MyAbangIpar baru 6 bulan meninggal namun jodoh pertemuan pasti berlaku. Nikah kahwin harus dilaksanakan dan diraikan.

Majlis dibuat di rumah depa sendiri di Taman Damai, Parit Buntar kerana dewan sudah habis ditempah orang. Cuti semester sekolah menjadi masa yang baik untuk hampir semua orang hadir dan pulang berkumpul.

Agenda pagi:



Sarapan dengan menu dirancang last minit. Pulut kuning hasil karya MakMenakan KL.

Gambar kemeriahan majlis serta khemah dan meja bufet saya tak snap pun. Hampir sama dengan mana-mana majlis kenduri.

Arwah bapa pengantin seorang guru besar sekolah. MyKakYang bekas juruaudit jabatan kerajaan, jadi tidak heran ramai sekali jemputan yang hadir. Termasuklah bekas kawan-kawan sekolah yang datang beramai-ramai. Hasil pakatan di Whatsapp Grup...!


Ada banyak gambar yang saya suka. Antaranya ini. Simbolik pemakaian nametag. Mengenang arwah Abah pengantin perempuan yang sentiasa pakai nametag bila pi sekolah.

Bukan hanya MykakYang yang menerima tetamu Whatsapp Grup Kawan Sekolah. Saya dan adik saya pun sama. Lagipun musim cuti ramai yang berada di kampung  dan tinggal di sekitaran.


Bekas kawan sekolah saya semasa Tingkatan Enam dulu. Datang agak awal kerana harus ke majlis yang lain pula di luar daerah PB. Kawan saya juga mengenali MyKakYang dengan baik sekali.
*Kamal yang berkahwin dengan juga rakan sekelas kami, Naemah.
Abaikan saya yang masih selekeh belum bertukar baju lawa.

Apa yang suka lagi tentang kenduri kali ini ialah menu yang sedap dan pilihan menu sampingan lain. Ada laksa, ada cendol, dadih, aiskrim goyang (lupa pulak nak snap khemah eskrim goyang nih) dan selingan pulut kuning.

Menyedari akan ramainya tetamu yang bakal datang (dah biasa sebab keluarga pengantin ni memang ramai kawan dan kami memang ramai sedara-mara) lalu saya makan laksa awal-awal beserta cendol. Betul. Cuma dapat sekali itu saja sebab dah habis.



Laman ini turut menjadi medan pertemuan semula saya dengan beberapa orang rakan sekolah menengah saya dulu. Ohhh terharunya. Sebab dah lebih 30 tahun kami tidak bersua muka, kini ibarat jejak kasih. Mujur masih dapat mengingati depa dan nama serta perangai zaman sekolah dulu.


Cantik pula goodie bag dari wrapper paper A4 itu bila tegak di situ. Cewahhh...!



Saya ingin menulis banyak tentang pertemuan dengan kawan-kawan sekolah ini, tetapi nanti di lain entri saja.

Lumrah majlis kahwin, adik beradik dan kerabat akan berpakaian sedondon mengikut tema majlis.







****

Di sebelah lelaki:





Sesungguhnya memang kenduri kendara itu memenatkan sampai sudah tidak terjamah nasi dah, tetapi itulah antara masa yang terbaik untuk kita berkumpul bermesra gurau senda sakat-manja sesama kami. Walaupun tiap kali harus berpisah tetap ada sedih, saya tahu ada masa lain kami pasti berkumpul lagi.

Next, who's turn?



 ~...jangan tanya kenapa tiada lagi siul usik dan jangan persoal kenapa tiada lagi jeling marah-manja antara SERI BULAN dan HISYAM...~




16 comments:

  1. sedapnya pulut kuning tu. kegemaran tu. seronok kan time kendurilah berkumpul dgn ahli keluarga dan boleh jumpa kawan2 lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Mona... time kenduri selain dapat makan sakan-sakan juga boleh gebang sakan sakan. Hahahaha

      Delete
  2. Bilalah saya nak merasa pulut kuning yang terkenal sedapnya tu yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Aziela... kalu ada gathering blogger insyaAllah akan diusahakan pulut kuning itu.

      Delete
  3. sama macam komen kat atas.....tang pulut kuning yang paling menyerlah dalam kepala saya. best nyer..... (sambil berdoa agar adik-adik saya yang belum berkahwin cepat bertemu jodon...Insya Allah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi setengah tempat dan kampung, pulut kuning menjadi.menu istimewa dan dibanggakan. Bagi kami dah biasa sehinggakan sarapan pulut kuning pada hari hari biasa jer...

      Delete
  4. terus lapo bile tengok pulut kuning tu la

    ReplyDelete
  5. comelnya dayang2 tu..cantik jugak bila guna kain warna kelabu nie..
    wahhh, best ler memasing pakai nametag..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna kelabu atau disebut silber grey nampak.eksklusif gitu.

      Pakai nametaq supaya tetamu kenal mana sedara mana tetamu.

      Delete
  6. cantik tema colour weeding ini ..tahniah pada pengantin

    alamak pulut,sedapnya kak ..lama tak makan

    ReplyDelete
  7. Kenduri kendara tempat kita bersua muka saudara jauh dan dekat masa tu lapar rasa kenyang letih rasa segar, adat berkenduri lepas tu baru rasa urat betis dah tegang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan betis jer tegang... pinggang pun habis sengal semua. Rasa nak sambung cuti jer tapi masa tu sekolah dah nak buka semula. So kami balik KL terus pada esoknya.

      Delete
  8. Meriah..
    Moga pasangan pengantin kekal bahagia hingga le akhir hayat..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails