Monday, April 13, 2020

Work From Home – PM kata, this is New Normal...

Monday
13-04-2020


Ya, dari sehari ke sehari, banyak perubahan yang kita lihat sepanjang PKP. Terutama ekonomi. 90% pejabat dan pusat perniagaan tidak lagi dibenarkan beroperasi. Harga minyak semakin menurun tapi kereta tak bergerak jauh pun.

Tempat kerja saya, untuk bahagian yang boleh membawa pulang segala keperluan kerja – samada komputer atau sekadar manuskrip – semuanya bekerja dari rumah.

Untuk bahagian lain (terutama pembungkusan yang menggunakan mesin besar sepenuhnya), saya tidak pasti. Tak sempat pun nak tanya. Ya, bilangan pekerja yang ramai (melebihi 400 orang), jarang berurusan, tidak banyak terlibat dengan bahagian tertentu, saya tidak pasti bagaimana mereka meneruskan hari bekerja mereka.

Kami, dari hari pertama PKP, bahagian IT sudah set-up server dan beberapa access tertentu supaya setiap kami boleh meneruskan kerja dari rumah setiap Isnin–Jumaat. Produktiviti harus ada dan tetap harus disiapkan mengikut dateline dan harus dilapurkan juga. Dalam hal ini, yang ketara berubah or terjejas (jika boleh disebut terjejas), ialah tiada lagi OT. Bagi kami yang memang kerja ada waktu lebih itu, hampir setiap hari, pendapatan melalui OT sangat-sangat membantu. Untuk menampung minyak kereta, memang berbaloi.

Peringkat awal, yeaa... semuanya huru-hara. Menjelang minggu kedua, semakin teratur dan saya sendiri mengubah bilik belajar anak untuk dijadikan pejabat sementara saya. Mujur juga tiada lagi anak yang bersekolah, dan meja belajar memang sedia kosong.


Berbeza sekali keadaannya sekarang. WFH, flexible hour. Rasa penat boleh rehat layan tv dulu. Malam pun boleh sambung.

Itulah pengalaman baru bagi setiap orang yang berada dalam keadaan seperti ini. Kena terima, kena hadam. Hidup harus diteruskan.

Bayangkan mereka yang terpaksa berhenti, dipaksa berhenti dan amatlah sukar bila harus menjadi penganggur dalam keadaan dunia dan negara kita sebegini. Kusut.

Maka, bersyukurlah kita walau berada di mana sahaja.

Tayang-tayang AAEatClean:







WRAP. Saya guna Wrap wholegrain.
Isi dalam: isi ayam yang diperap herbs, udang, cendawan, brokoli, cauliflower, capsicum. Satu gulung isian padat, sudah cukup mengenyangkan.



 ~...rupanya malam semalam hujan lebat sebelah hilir, lalu air Sungai Menghijau Lumut seakan melimpah dan jeti dikhuatiri bakal tenggelam sekerat tiang, memaksa HISYAM membatal niat untuk berdayung menjaring udang dan SERI BULAN merasa itu keputusan terbaik kerana sudah lama dia tidak menunjuk pandai membuat kopi kosong sambil depa bergebang di serambi tidak berdinding Teratak Nyatuh, bercerita tentang kisah dulu semasa kalut membina pejabat berdinding kaca di kota raya yang kini terpaksa dilepaskan dengan berat hati...~



6 comments:

  1. Sebelum PKP, asyik nak bercuti. Terima menunggu hujung minggu. Semarang, rindu tempat kerja. Cemuih dok rumah terlalu lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. apapun org mcm saya kerja biasa2,perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. kemungkinan yg menyedihkan..:(

      Delete
  2. Dalam keadaan sekarang, perubahan hampir 360°. Kita harus bersedia sebarang kemungkinan. Apapun tenang-tenang saja ya... Stay Safe at Home...

    ReplyDelete
  3. The New Normal yang akan jadi biasa

    ReplyDelete
  4. stay at home, kebanyakkan masa duk mengadap pc, nak kekalkan aura kerja kt office.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Pun, tak boleh sama dengan aura berada dalam ofis sebenar. Rindu nak balik ofis!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails