السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-12-2012
26-12-2012
Hari apa ntah, saya menonton program motivasi bersama penceramah Hj Hushim bertajuk Membugar Perkahwinan.
Saya juga pernah sebut, kebiasaan kita dengar perkahwinan diuji dengan dugaan besar ketika mencapai 5 tahun perkahwinan, kemudian 10 tahun seterusnya 15 tahun sebelum memasuki zon selesa.
Tiap pasangan diuji dengan ujian berbeza dan kadang-kadang sama cuma mungkin cara berlainan. Samada salah seorang jatuh sakit, atau salah seorang dibuang kerja lalu kehidupan berubah 360 darjah, atau antara dua orang itu ada orang lain di tengah-tengah. Sebab itu disebut orang ketiga.
Beberapa cara untuk membugar perkahwinan juga disebut dan lazimnya kita biasa dengar. Perkara utama ialah komunikasi. Then kejujuran. Tiada rahsia. Mengingati kebaikan pasangan lebih banyak dari keburukan yang mungkin cuma 1,2 sahaja.
Bagi yang baru kahwin, kadang-kadang tak sedar pun depa sedang diuji. Tahu-tahu ada saja yang tak kena, then gaduh, salahfaham, buruk sangka, saling menyalahkan.
Bagi saya, lagi lama usia perkahwinan lagi besar ujian dan dugaan. Bukan semua orang sedar pun.
Zaman saya dulu mana reti bab nak pegi kursus keibubapaan or seminar membugar perkahwinan ni... Kunci utama: sabar, sabar dan sabar kemudian bersedia menerima pasangan seadanya.
Saya sedih sebab ada kawan saya sudah kahwin berbelas tahun tapi memilih untuk bercerai bila dia ‘terberchenta’ dengan lelaki lain. Dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah di tangan bekas suami, dan saya melihat itu sebagai suatu cara melepas dendam! Sedih...!
Saya kahwin dia sebab dia pernah sebut “takkan kahwin jika bukan dengan saya”. Lebih baik terima orang yang sayang kita lebih dari kita sayang dia.
Yang pasti, setiap kita tidak pernah tahu sepanjang mana jodoh kita...
~...berbulan madu tak semestinya pergi kilang madu, bermadu tak semestinya kena minum madu, dimadu tak semestinya bakar sarang lebah madu, tapi memadukan diri sendiri, ibarat KUMBANG yang tamak BUNGA, sedut madu sampai tak nampak sengat sendiri, SERI BULAN rasa nak gelak biar tiada yang sedari...~
manis sekali si pengantin berbaju pink itu...
ReplyDeleteWahahaha berpuluh tahun dulu tuuuuu!
Deletesuka dengan kata kata akhir tu :D
ReplyDeleteYang mana satu? Jodoh kita, berusahalah mengekalkannya...
DeleteAzie,
ReplyDeleteAda sorang kwn Sham yg jenis "membugar perkahwinan" setiap tahun. Tinggal anak2 dgn family for a short-get-away.
Tak tahulah mcm mana respon tp yg nyata, nmpk dia sgt happy.
Masing-masing dengan cara tersendiri yang hanya mereka saja yang faham dan menerima. Yang penting, rasa selesa dan saling menerima antara satu sama lain.
Deletepengantin itu kelihatan sungguh segar bugar sekali.
ReplyDeleteah! sudah.. dah macam bina ayat dr perkataan 'bugar'
:)
Pengantin belum layu, memang la bugar Kak Ngah! ahaks!
DeleteFikiran nakal kakcik kata (bila tengok gambar kat atas tu) 'eh... Sukanya budak Azie ni dapat kawen'... Hahaha...
ReplyDeleteKakcik buat saya malu...! wuaaaaaaaaaaaaaaaa!
Deleteamboiiii..lentok ayu betul kak Azie! ekekeke
ReplyDeleteOrang tua kata, banyak makan leher ayam!
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteNak komen sebenarnya...tapi tak tau komen apa. baca ajelah ;)
Dapat juga la sebaris komen ya. hehehehe
DeleteSenyum sampai telinga kata org tua2...
ReplyDeleteTelinga tak nampak. :)
Deletemanis nya pengantin itu...
ReplyDeleteSekarang dah tawar hebeor!
Deletehhmm.. takmo diduga boleh..:)
ReplyDeleteyup.. sy pun fikir gitu.. dr tunggu bayangan baik terima yg sedia depan mata.. kikiki
Tak semua yang kita impi, kita dapat. Jadi kena bersedia menerima dgn redha.
Deletewow... M'bugar ye...tak pernah dengaq p'kataan tu...
ReplyDeleteSaya belum b'kahwin, bila dengar atau baca kisah2 pasal dugaan & cabaran alam p'kahwinan ni, ada jugak tak banyak, sket rasa takut & risau kalau2 tak berjaya bawak keluarga nanti,hmm...
Membugar (segar bugar). My first time, too.
DeleteJangan risau sangat, apa yang penting kena bersedia dan membuka hati untuk belajar.
ececece...dpt duduk sebelah sidia, manjanya...senyum sampai telinga!
ReplyDeletezon selesa?....bilalah agaknya ya...
tapi apa nak main tunggu2 zon lagi...asalkan anak2 bahagia, dah ler...
Betul Kak Q, jangan fikir teruk sangat. Kita jer tahu apa yang sebenarnya bahagia kita.
Deleteye kak .. setiap org x akan tahu sejauh mana usia perkahwinan mereka .. kita hanya perlu berusaha dan berdoa ! .. ;)
ReplyDeletesuke ayat akak yg last
aduhaiiiiiiii comel nyee akak masa mudee !
Semua orang masa mudo, memang comel. Dah tua ni pun comel gak, comel badan!
Deletemohon doa kak, tahun depan saya jadi puan....
ReplyDeleteAaminnn... semoga jodoh dimakbulkan dan kekal bahagia.
Deletesaya harap ada orang yang cintakan saya lebih dari saya cintakan dia. :)
ReplyDeletemacam akak... :)
..dan begitulah juga sebaliknya di pihak dia. Baru adil, ya tak?
DeleteAaaminnnn
Azie...
ReplyDeletebagilah tengok si baju pink sebelah pengantin pompuan yang senyum meleret tu....
Dia pemalu. Saya memang tak malu punya olang. Hahahaha!
Deletemudahan bahagia seperti kak azie juga
ReplyDeletethanks... saya tahu.. jodoh tbaik mmg dengannya..
Amiiinnn... begitulah hendaknya selamanya.
DeleteManis dan comeeeee
ReplyDeleteAlaaa pengantin semua comey...
DeleteOnly ALLAH knows..semua di tangan NYA..pd yg bercerai tu kita tak tau punca..maybe terbenchenta tu maybe sebagai penyebab..ada hikmahnya mungkin.
ReplyDeleteBanyak sebab, kan? Mungkin sebagai penguji hati dan kekuatan jiwa. Cuma kita kesal, anak-anak masih kecil.
Deleteitu aksi malu-malu kucing kah...?
ReplyDelete:)
Alaa hari tu jer. Pastu jadi rimau terus! hahaha
DeleteOMG, sian kt anak2 tu kak
ReplyDeleteSangat... sangat kesian!
DeleteAda buat sesi bergambar tukar2 10 pasang baju dari berbagai negara, tak..?
ReplyDeleteYilek! Takda. Tak mampu. Cuma sepasang pink sebelah saya, biru sebelah dia. Cukup la. Mujur tak kena pinjam samping orang! hahaha!
DeleteSalam, terpanggil jugalah rasanya disini. Kata orang 5 tahun baru kenal pasangannya, saya kata tidak juga. 10 tahun juga tidak. Alam perkahwinan orang "lama" kehidupannya pejam mata sahaja, walaupun dia tahu ada salah silap atau jalan kengkang sekalipun. Orang perempaun tak perlu bertanding dengan lelaki dan lelaki tidak perlu fikir sangat benda kecik kecik pasal perempuan. Biasalah diluar sana ada yang nampak indah dan cantik tapi sebenarnya seperti kata saya dulu dulu, ini adalah satu perkongsian yang jangan sekali kali suka dipertikaikan. Kalau mahu bertanding, pergilah bertanding memasak, kalau tidak buat bodoh ada, insyaallah berkekalan sampai ke akhir hayat
ReplyDeleteSetuju. Kita harus bersedia menerima seadanya. Benda remeh yang difikir sangat. Fokus pada benda yg lebih besar dan manfaat. Lihat kebaikan jangan senaraikan keburukan yang akan menjadi duri dalam rumahtangga.
DeleteComelnya pantin... looks soooo young and happy...
ReplyDeletesekarang ni nampak happy and wise..
Sesuatu yg berlaku memang susah nak dijangka..
selain diri kita, banyak jugak faktor luaran yg memainkan peranan
dalam kes masalah keluarga, anak2 yang lebih kerap jadi mangsa..
Ada juga orang yg kerana anak-anak, diam saja atau ketepikan rasa kecewa di hati walaupun sakit. Pengorbanan tetap menjadi agenda yang didulukan. Demi anak-anak.
Delete*Saya umur 21 tahun masa tu MakChaq!
Deletebagi saya terima seadanya pasangan kita.n yes komunikasi sangat penting.walaupun benda sekecil zarah sy tetap akan bagitau suami.biar dia tahu segala2nya apa yg kita buat,apa yg berlaku dalam kehidupan seharian kita..
ReplyDeletewah2 senyum lebar si pengantin hehehe
Itu yang disebut tiada rahsia. Letak hp merata pun tak risau.
DeleteDia hanya tengok hujung minggu. Hari lain sepenuhnya dengan bekas suami. Anak kecil belum sekolah lagi pun... kesian.
ReplyDeletePengantin baju pink tu nampak sangat hepi. Ekhem. Hehe.
ReplyDelete