Ahad
15-01-2012
Balik dari mesorat malam tuh, selepas berfikir banyak dalam agenda tak menentu, balik dalam lapar. Bila dah melepasi waktu tidor yang sepatutnya, mata langsung terjegil tak boleh nak masuk lena.
Buka blog sana sini, sambil tune tv cari rancangan yang boleh dilayan. Ada drama ni, tapi dah start 10 minit. So part awal terlepas.
*pic Google
Tak sangka pastu ada juga Dato’ Jalaluddin Hassan berlakun, sebagai doktor pakar. Penampilan istimewa.
Drama ni sebenarnya telemovie ulangan. Tak sangka rupanya best juga. Sebab aku suka tengok budak Beto tuh. (Penampilan pertama dia masa siri dalam bulan puasa dulu, Geng Surau, dia jadi budak nama Mayat).
Copy paste dari website (lupa web apa):
Kali pertama Harith bertemu Dahlia, dia pasti wanita itulah cinta sejatinya. Namun bagi Dahlia, pertama kali dia bertemu Harith, Harith merupakan seorang yang sangat menyakitkan hati. “Selagi Masih Ada” mengisahkan cinta antara mereka, bersaksikan sekeping gambar dan kemudiannya terpaut dalam nada-nada cinta yang tidak dapat diungkapkan.
Sebuah perhubungan abadi tercipta; perkahwinan berlangsung, alam rumahtangga yang penuh bahagia dilayari, diikuti dengan kehamilan Dahlia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Dahlia disahkan menghidap Alzheimer.
Drama ini arahan Prakash Murugiah dan diterbitkan oleh Kas Pictures.
Harith seorang jurugambar, lalu banyak sekali gambar diabadikan dalam rumah mereka dan kedai foto/studio miliknya.
Ikut terharu dan sedih bila melihat Harith yang sanggup menjaga isterinya Dahlia yang semakin parah dengan penyakitnya. Sekejap lupa sekejap ingat, sehingga suatu tahap dia tak kenal suaminya, tak ingat di mana dia berada. Akhirnya Dahlia terpaksa berhenti dari kerjayanya sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej, kerana dia tidak dapat membezakan hari apa, dan kerjanya tidak lagi lancar.
Sence ni sedih. Harith terdiam membisu mendengar perbualan isterinya dengan kawannya Shasa tentang kisah seorang budak lelaki hensem di sekolah mereka yang dia minat dan nak ajak jumpa. Seolah-olah Dahlia masih berada di zaman sekolah dulu.
Ketabahan hati dan cinta mendalam seorang Harith sebenarnya banyak membantu isterinya. Macam baca kisah dalam novel-novel tentang seorang lelaki yang baik hati, lagi romantis!
BETO sangat cemerlang dalam drama ini, cuma heroinnya agak slow dan aku pun tak kenal pelakun ni. Kurang penghayatan.
Jika ada peluang ulangan drama ini, aku teringin nak tengok lagi sekali. Cara Harith mengorat Dahlia sangat kelakar, romantis tapi berkesan. Harith bawa vespa, sangat cute okeh!
Bila mereka berkahwin, dan Dahlia disahkan mengidap Alzheimer sebaik sahaja mengandung, Harith melayan isterinya, memandang dan memujuk dengan penuh kasih yang tidak berbelah bahagi.
Pada ketika-ketika Dahlia ingat, dia menulis beberapa pucuk surat untuk suaminya, juga beberapa siri surat untuk anak yang bakal lahir. Sedih wehhh...!
Pengakhiran drama tidak jelas, samada Dahlia pulih atau tidak. Atau aku yang tak faham walaupun tunggu drama ni tamat jam 2 pagi...
~...SERI BULAN sudah bersedia dengan sepasang kain songket bertekad bunga tabur untuk menjadi hantaran buat seorang lelaki istimewa, tetapi bila HISYAM terlatah menyebut dia berkenan dengan kain kurung yang dipakai oleh anak dara Pak Imam, SERI BULAN terasa kain songket itu paling sesuai menjadi kain buat mengesat si air mata...~
AA..
ReplyDeletesaya dah dua kali tenguk cerita ni..sampai mengalir air mata..memang sy minat betul dgn beto ni..sejak tenguk lakunan dia dalam cerita sejarah sarawak..(tak ingat tajuk)lakunan dia sgt bersahaja dan hidup..cuma betul kata AA pelakun wanita tu (tak silap Tengku Hanis)..pelakon baru rasanya agak kaku sikit.
babak yg paling meruntun hati masa Dahlia berbual dgn shasa..tak tahan bila shasa yg di sebelah sana sgt hiba mendengar cerita Dahlia yg kembali ke zaman sekolahnya dulu..
Tenguk cerita 'hatiku di kinabalu tak? sama juga..kisah yg hampir sama..best juga.
Permulaan cerita adalah kisah di akhir cerita...Dahlia tak pulih..cuma Harith ingin mengimbau lembali kisah cinta mereka yg diabadikan di galeri foto beliau.
belum pernah tengok ni
ReplyDeletekena search r
err salam singgah =)
IDA:
ReplyDeleteTerimakasih kerana berkongsi pendapat dan info. Drama Sarawak tu rasanya yang ada pelakun Dhira tu ya? tengok sikit juga tapi tak ingat.
CHEQNA:
Terimakasih. Salam kenal. Sila masuk.
Dari prebiu tu...rasa macam ada persamaan dengan filem korea yang kita dah tengok bertajuk 'A Moment to Remember' lakunan Son Ye Jin.
ReplyDeleteAzie,
ReplyDeleteMelalui TV apa, Azie? TV3 atau Astro? Akak sekarang selalu miss drama Melayu, asyik layan Korea aje.
Azie,
ReplyDeletemacam best jer citer ni berbanding OR...
nak cuba cari bila tayangannya...
Salam AA..
ReplyDeleteTengah giat mendonlod.. :).
dah bertahun tak bukak citra..
ReplyDeleteapa jadik pun taktau keh3...
sALAM,
ReplyDeleteLF suka lakonan DJH tu.
mmg tak ikut aliran drama tv la ni..
ReplyDeletecam best jer nih..
ReplyDeletesaya cuma sempat tengok lakonan beto dalam cerita Gemilang je dulu. Eh, kalau tak silap cerita Juvana pun dia ada belakon jugak.
ReplyDeletetapi mmg nampak le karismanya berlakon...
x sampai hati le nk tgk kak, mesti sedey... alzheimer x leh cure lagi sampai sekarang.........
ReplyDeleteFARID:
ReplyDeleteOh ya ka. I jarang sangat tengok citer Korea. Dulu minat gak, skang takda masa.
HJH NORA:
Astro Citra Kak.
Wahhh minat citer Korea juga eh?
AKAK:
Filem OR tu paling memikat adalah kerana adanya Harith @ Aaron Aziz!
DERU OMBAK:
ReplyDeleteBetul. Memang ada beberapa version drama ini yang boleh didownload. Tengok puas puas!
KAK Q:
Rugi gak kalu tak tune Citra. Sekali sekala ada juga telemovie yang best best!
DATO’ LF:
ReplyDeleteMasa Dato Jalal tu muda dulu, saya minat gak. Tapi sekarang dah kurang minat, sebab wataknya sudah tidak mencabar lagi.
DADDYLICIOUS:
Tak perlu ikut pun. Kalu nasib baik, ada yang best. Ada yang lansung tak best!
FATIN MRAZ:
ReplyDeletePada Kak Azie memang best la, sebab ada BETO.
GADISBUNGA:
Dalam Gemilang watak sebagai apa eh? Lupa plak.
Dalam Juvana dia jadi guru sekolah nakal tu, tapi dia guru yang tidak bertanggungjawab.
Suatu hari BETO ni akan dapat anugerah!
ZONAKU:
Sedih tengok ketabahan hati seorang suami bernama Harith!
kak azie...
ReplyDeletefeeeling betul tgok derama....hehehhehehe
tak dapat nak bayangkan kalau kite jadik cam dahlia tu kan...
"BETO"...xpernah dngar nama tu.....
ReplyDeletemcm best je cerita tu....
suka dgn lakonan beto.. mmg terbaek..
ReplyDeleteKak, sy pernah jumpa Dato Jalalludin Hasan ni in person... hitam manis orgnye...dlm tv xlah nampak gelap sgt...hehee
ReplyDeleteAZIAN:
ReplyDeleteBetullah. Agaknya dapatkah kita perhatian seperti yang diberikan kepada Dahlia oleh Harith, kan?
NZA:
BETO seorang pelakun yg baru meningkat naik dalam setahun dua kebelakangan ini.
Sudah banyak drama di tv sekarang.
HANIS AZLA:
ReplyDeleteWatak macam BETO tu selalu ada di dalam novel, kan? Romantis tapi nakal!
MARYA YUSOF:
Kak Azie pun pernah juga jumpa 1 kali dulu. Dia tak sombong pun.
Macam cerita Korea "A Moment to Remember" dengan cerita Jepun "Eraser in My Head". Tapi good story. Tak macam cerita Melayu tipikal.
ReplyDelete