Sunday, June 7, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Sunday
07-06-2020

Entri terkini selepas mendengar perutusan terkini dari PM pada petang tadi.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diubah kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun–31 Ogos 2020.

Paling utama, seluruh rakyat menanti Rentas Negeri Dibenarkan. Nahhhh... Sudah melompat bintang semua orang tadi, kan...?

Alhamdulillah. Kita semakin hampir kepada kehidupan kita yang dahulu. Pun, seronok juga kita ada perkara baru, amalan & budaya baru untuk dijadikan rencah kehidupan.

Ahhh betapa TwentyTwenty ni sangat bersejarah.

Ramai dah mula plan, bila nak balik kampung. Entah-entah 10 Jun dah mula jem hiway utara selatan timur barat.

Kami? Rasanya tidak mahu berebut dulu. Lagipun, memo dari ofis sudah mengesahkan, semua staf yang WFH selama ini dipanggil masuk ofis semula seperti biasa bermula 10 Jun. Ada banyak projek menanti. So saya nak fokus dengan kerja-kerja ofis dulu.

InsyaAllah, kita akan semakin ok dari sehari ke sehari. Jaga diri masing-masing, yaa....

*content entri ini juga sama seperti di FB saya.



 ~...pernah berhimpit di dalam bas lompat-lompat ketika sangat teringin hendak ke pekan dek kerinduan dan kebosanan terkurung di Kampung Separuh Desa, lalu HISYAM hanya mampu senyum simpul bila SERI BULAN mabuk kepayang...~



2 comments:

  1. Zara Zakiah membantu anda untuk sambung belajar di luar negara pengajian doktor oversea serta
    hala tuju lepas spm bagi pelajar jurusan sains.

    Jom lanjutkan pengajian medic mesir anda sekarang!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails