Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Wednesday, July 1, 2020

Journey #12: Dengan sengajanya, saya tulis entri ini...

RABU
01-07-2020

Yea... entri ini harus juga saya tulis pada hari, tarikh ini. Sengaja.

Kenapa?

Apa saya dapat?

Untuk permulaan, saya dapat ini:


Syukur untuk sebuah permulaan yang membahagiakan.

Saya tidak mahu mengharap terlalu banyak. Hanya yang baik-baik, dalam kerjaya, rezeki, kesihatan, kehidupan, aktiviti, minat, kawan-kawan dan apa sahaja di sekeliling saya.

Terimakasih kepada semua yang kenal saya, tahu saya, faham saya, sayang saya, kasih akan saya, rindu saya, benci saya, geram saya, meluat saya, cemburu saya. Hahahaha... jangan risau, saya tetap saya. Riuh-rendah, kekal rendah, gelak saya, lawak tak bijak saya...

Saya tidak mahu ubah apa-apa, kecuali untuk merebut kesihatan saya yang dahulu. AAminnn...

Happy Birthday Azie

Tayang-tayang menu eat clean saya:

Bawal emas memang sudah menjadi paberet saya. Grill AF sahaja. Sayur campur bersama cendawan. Ulam bawang putih.

Snacking buah naga, with Greek yogurt & chunk nuts.



 ~...ingin sekali SERI BULAN merebut cinta yang pernah dijanjikan HISYAM, biar dunia berada di penghujung, biar diri semakin kurang orang datang berkunjung, biar kasih rindu itu sudah terbiar tidak dibendung, pun dia yakin HISYAM pasti senang jika mereka tidak pernah putus berhubung...~



Wednesday, May 6, 2020

WW: Rindu

Wednesday
06-05-2020





 ~...setiap kali Jumaat tiba SERI BULAN teruja hendak melihat warna Baju Melayu yang dipakai HISYAM yang kadang cekak musang kadang leher bulat berbutang satu, walau tanpa sampin dia tetap segak, walau kadang-kadang tanpa songkok dia tetap si mantan tampan lalu Mak Utih hanya mampu senyum apabila SERI BULAN akan sering berlindung di balik kain tutup tingkap menanti HISYAM berlalu datang juga kala melintas pulang...~



Tuesday, August 4, 2015

Syawal: selepas 30 tahun...rupanya masih ada yang bujang teruna...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-08-2015


Beraya di kampung tahun ini, selain membuat Rumah Terbuka yang sentiasa meriah pada Syawal ke-3, juga istimewa tahun ini kerana saya terlibat dalam program Reunion sekolah menengah saya. Yang diadakan pada Syawal ke-4.

Memang zaman sekarang, reunion sekolah sudah menjadi fenomena. Mana-mana ceruk pun kita akan lihat reunion menjadi agenda, terutama musim Raya.

Kami mencapai sepakat sejak sebelum puasa lagi. Saya antara bekas pelajar yang dilantik menjadi Urusetia reunion yang memikul beberapa tanggungjawab bagi memastikan program akan berjalan dengan baik, lancar dan mendapat sambutan.

Walaupun bukan mudah hendak mengumpulkan sekian ramai rakan-rakan pelajar yang bersekolah menengah sejak 1980-1984, tetapi teknologi sangat membantu. Whatsapp menjadi medan paling popular dan disenangi. Dari kawan kepada kawan. Lalu mesej disampaikan dari mulut ke mulut.


Antara beberapa siri mesorat di luar medan whatsapp yang saya hadiri. Ternyata komitmen setiap Urusetia yang dilantik walaupun tidak bergaji wajar dipuji.


Buku Aturcara yang saya usahakan sendiri. Mujur sempat saya design dan hantar cetak walaupun dalam kesibukan kerja dan bulan puasa.


Duit Raya untuk anak-anak tetamu juga disediakan. Selaku Ketua bahagian sambutan, beberapa AJK di bawah saya memberikan kerjasama yang memuaskan dan saya amat berterimakasih dan menghargai usaha dan tenaga mereka.


Sehari sebelum program majlis. Sekolah menengah saya yang sudah 30 tahun saya tinggalkan. Begitu banyak perubahan yang saya lihat. Secara kebetulan baju saya sama warna dengan tembok pagar sekolah. Saya dan beberapa orang Urusetia datang menyediakan dewan. Lama sungguh tidak menjejak kaki ke sekolah ini. Sejak meninggalkannya pada tahun 1984 saya tidak pernah sekalipun datang. Masa berlalu pantas membawa saya merantau dan jauh tercampak dari kampung halaman...





Atas usaha gigih beberapa orang rakan Urusetia yang tinggal di kampung dan berdekatan kampung, kami berjaya mendapat dewan sekolah lama saya untuk dijadikan lokasi majlis. Kerjasama dan keizinan Puan Pengetua SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjong Piandang iaitu Puan Hajjah Halimah Said (yang rupanya kawan baik dan pernah serumah dengan MyKakYang) sangat kami hargai dan menggembirakan kami semua.


Dan hari yang dinanti pun tiba. Dengan kehadiran Puan Pengetua sendiri, beberapa orang mantan guru kami 30 tahun lalu, dan kira-kira 140 orang tetamu - bekas rakan sekolah Batch 1967 bersama keluarga - majlis menjadi sangat meriah dan bermakna.

Saya dilantik sebagai pengacara majlis untuk sepanjang program, jadi tidak banyak gambar yang dapat saya snap sebagai koleksi peribadi. Jurugambar khas telah dilantik bagi merakam segala pergerakan dan suasana hari itu.


Semua gambar rasmi akan dijadikan majalah khas dan sedang dalam pembikinan. Jadi saya hanya gunakan gambar-gambar dari kamera kawan-kawan yang termuat dalam whatsapp grup.




Ada acara karaoke santai lagu raya, cabutan nombor bertuah, duit raya untuk anak-anak, pelancaran Dana Surau (kami berjaya kumpulkan lebih RM6,000++ untuk binaan surau baru sekolah). Sumbangan hamper dan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah juga sangat banyak dan seronok melihat ramai rakan-rakan yang bertuah membawa pulang hadiah pada petang itu.



Ada sebahagian mereka hanya sempat bersama saya sehingga Form 3 sahaja (kemudian menyambung aliran sains di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang) tetapi mesranya kami bagaikan pernah bersama bertahun-tahun.



Sebahagian besar mereka memang masih saya ingat dan sentiasa terkenang. Walau masing-masing berada di merata tempat dengan pelbagai corak kehidupan, kerjaya dan kejayaan, tiada yang dapat menafikan rasa rindu persahabatan zaman sekolah. Sama-sama melalui suka duka zaman belajar selama 5 tahun.

Walaupun masih ada seorang dua masih bujang belum berjodoh (bujang terlajak ler tuh, kan?), rata-rata yang hadir bersama keluarga ternyata lebih memeriahkan lagi majlis dan memberikan suasana lebih telus dan harmoni. Hanya saya yang sedikit ralat tidak dapat bertegur sapa beramah mesra kerana sibuk di pentas mengelola itu dan ini.


Hanya gambar menjadi kenangan abadi.




 ~...bukanlah SERI BULAN atau HISYAM sekalipun tidak mempunyai kawan lain selain sesama mereka, tetapi HISYAM sering tidak dapat menahan rasa sangsi dan cemburu hati apabila bukan sedikit yang ingin menghimpit SERI BULAN bagaikan bulan tidak lagi dipagar bintang dan SERI BULAN terlebih-lebih lagi rasa cemburu-cemberutnya apabila HISYAM itu terlalu ramai peminatnya...~




Thursday, April 3, 2014

Saya yang rindukan kampung halaman...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
03-04-2014




Indah. Tenang.


Ketapang. Lalu saya teringat sepohon ketapang rendang yang pernah tegak di tepi titi depan rumah. Buat berteduh kami kala menunggu bas merah OmniBus.



Tali air yang melimpah bersama bayangan samar langit yang berawan corak indah. Saya pernah berenang di parit tali air sebegini masa kecik dulu.



Saya pernah bergambar di sini semasa matahari mula merendah lalu menjadi oren sebelum menjelang senja.



Nelayan. Sampan berwarna warni sepertimana kehidupan kita yang bukan hanya hitam dan putih.



Berapa banyak sajak indah dapat dihasilkan jika duduk di sini, di atas batu bersama pen dan kertas? Atau sekadar mencatat di dalam gadget? Saya rindu nak buat semua tu...


*Lokasi sebenar: Kampung Nelayan dan Ban Pecah, Kampung Sungai Bharu, Tanjong Piandang, Perak. Lokasi dalam gambar, cuma 5 minit dari rumah kampung saya.

KREDIT: Pic ihsan seorang kawan sekolah lama yang kini sudah kembali bermastautin di kampung semula. Ohh saya cemburu!




 ~...sebenarnya SERI BULAN ingin pergi jauh dari semua orang setelah banyak penghinaan yang tidak lagi tertanggung walaupun HISYAM masih setia, masih terus menjadi pendorong tetapi apalah ertinya jika suatu hari nanti dia tetap menjadi milik orang lain...~




Friday, February 8, 2013

Kenangan Mengusik Jiwa: Kami ada serimbun buluh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
08-02-2013


Minggu depan sekolah bercuti seminggu untuk Chinese New Year, huh? Ramai dah mula plan cuti-cuti, or paling kurang pun balik kampung.

Sejak kampung asal saya semakin ‘kosong’ sudah bertahun tiada agenda balik kampung sebelah saya. Jika balik pun, menginap di rumah MyKakYang, rumah semi-D di tengah bandar Parit Buntar, yang mana tak sama seperti bermalam di rumah kelahiran or bersiar di laman kampung sendiri. Kampung yang ada banyak pokok, bendang yang luas, ada parit...

Dulu ada reban ayam, ada ‘lau’ itik, kami juga ada kebun sayur kecik MyBonda tanam jagung, cili dan macam-macam...

Kami ada serimbun pokok buluh yang selalu menjadi permintaan orang kampung untuk menebang sebatang dua untuk dijadikan batang pancing, mengail puyu di parit-parit. Bersebelahan pula dengan pokok cermai yang tinggi rimbun dan sering berbuah lebat. Hogah sedahan bentang kain batik boleh dapat cermai sampai sebakul...


Gambar lama: Raya 2008.
Sebahagian belakang kampung tu sudah kami tukar menjadi tanaman kelapa sawit.

Malas nak ingat lagi. Lain kali sambung.


Tayang-tayang:


Bungkusan Pulut Kuning untuk diagih kepada jemaah surau. Semalam kami buat tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah ahli keluarga, sebelah saya dan sebelah MyToklaki.





 ~...rimbun buluh kuning emas yang sering dianggap menjadi tempat si buluh perindu sering menjadi tempat menyorok si Wahab Tiga Suku mengintai menjeling SERI BULAN melintas lalu walau pernah tersilap terka Mak Utih berlenggang sama, sehingga HISYAM pernah bertekad hendak menebang setiap ruas...~




Wednesday, January 16, 2013

Diari hitam itu ntah di mana berada...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
16-01-2013


Zaman dah berubah. Diari sudah tidak lagi menjadi suatu buku peribadi, atau satu buku yang sangat intim kepada seseorang.

Orang lebih suka menulis di tab, laptop atau dengan kata lain, menulis di gadget. Orang yang ada diari buku ni, lebih menulis hal rasmi, jadual kerja, jadual temujanji. Apa yang bersifat peribadi lebih banyak disimpan di hati atau disimpan dalam wadah yang susah diceroboh sebab ada password. Dunia teknologi, begitulah.

Saya mula pandai menulis diari seawal Form 1 rasanya. Time skulah memang seronok tulis diari. Setiap tahun ada, sehinggalah saya bekerja. Ada ketika rajin jer tulis tiap hari, then jadi makin sibuk dan well... hanyut. Sampai sekarang, saya gunakan diari macam kebanyakan orang lain, tulis bahan rasmi, minit mesorat, jadual, etc...

Mana pegi la diari-diari lama saya? Ada yang saya sempat bawa ke mana saya pindah, tapi yang lain hilang begitu saja.

Sebuah Diari Hitam

*jangan zoom sangat ya, malu. Tu tahun 1985, Form 6. 
Saya memang tulis diari guna pen merah!


Sebuah diari hitam
ingin dia buangkan jauh
mengenang segala yang tercoret
musim demi musim
menghimpun segala detik-detik
peristiwa kerinduan dan kemisterian hidup insan
 bersama debu-debu dosa yang berterbangan

 Dulu dia pernah berkata istimewanya dia
kini dia bertanya
hilangkah rasa curiga?
runtuhkah tembok pemisah?
robohkah prinsipnya?

Segalanya tidak pasti
misteri itu sendiri misteri
hampa pasti berakhir
tapi entah bila
segala tidak pasti
siapakah yang mendengar tangisan di dinihari
mengenang seseorang yang pergi
meratap yang tiada
mencari yang hilang.
*sajak, 1995.



~...setiap detik untuk setiap hari belum ada tarikh terlepas dari ingatan untuk dikira sebuah janji dimeterai antara HISYAM dan SERI BULAN kerana di dinding Teratak Nyatuh memang ada kalendar untuk ditanda-lorek lalu Mak Utih membisik kata semangat sabar akan detik waktu yang akan tiba...~








Wednesday, November 7, 2012

WW: bukan mengidam tapi teringin sangat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
07-11-2012


*pic tahun lepas.



~.~...HISYAM memang sedang berada jauh dari koordinat biasa, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan, SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA...!~..~



 




Tuesday, October 9, 2012

PMR~SRP: “Cikgu, U sangat sporting larrr...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
09-10-2012


Selamat menempuh PMR buat anak-anak para teman blogger. Semoga tenang menjawab soalan dan beroleh kejayaan cemerlang.

Zaman aku dulu SRP. Tak ingat dah, lama sangat. 28 tahun dulu rasanya...

Yang dok ingat, lepas habis exam, guru kelas aku – kelas aku dikira kelas paling meriah — cikgu lelaki, masih bujang (dan sedikit miang) buka cinema dalam kelas aku. Aku dan sorang kawan jadi tukang kutip duit masuk. 20 sen! Filem yang ditayang (video bukan CD) adalah filem hindustan QURBANI (lakunan Zeenat Aman dan Feroz Khan). Filem tu tengah meletup time tuh. Filem itu yang diulang-ulang beberapa hari.

Ramai budak masuk kelas aku nak tengok video tu. Part tuh aku ingat sangat. hehehe!

Ntah di mana Cikgu Muhamad Salleh tu sekarang. Dengan siapa agaknya dia kahwin. Sebab sampai aku selesai SPM pun, dia masih membujang (sedikit terlajak).

Cikgu... U sangat sporting larrr...!



~...walau hanya sekadar disebut sementara, mengajar di bawah bumbung rembia dan dinding separuh batu yang sama dengan HISYAM, SERI BULAN tidak pernah merasa dia sangat cerdik untuk mendidik anak orang lain menjadi lebih bijak tetapi HISYAM sentiasa berkeyakinan tinggi bahawa insan yang berguna harus datang dari ajaran orang yang berfikiran aras tinggi juga...~



 




Saturday, February 11, 2012

Bisakah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday, tak keja
11-02-2012


Bisakah

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu


Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walau kuhimpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu



~...HISYAM semakin sombong, apakah?...~







Friday, February 3, 2012

Jangan marah aku tak komen ~ kerana ~ “aku ingin jadi lebih baik dari yang terbaik”...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
03-02-2012


Dah JumAAt. Suasana di tempat kerja semalam, semakin suram dan sepi. Beberapa orang staf hanya datang sebelah pagi, lepas lunch lesap. Di Lantai 2, semalam petang aku tinggal sorang layan HotFm dan novel sorang-sorang. Hari ini pasti ramai lagi yang “lenyap” kebetulan Sabtuday tak perlu kerja lagi, and weekend ada 2 hari cuti tambahan.

Tiba-tiba rasa sedih dan sayu plak.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tapi hidup harus diteruskan, bukan? Mungkin hari ini kita sedih dan kecewa, tapi jangan lupa kita juga pernah merasa gembira sekian lama.

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Aku sendiri masih tidak dapat merangka apa yang hendak dibuat atau dirancangkan. Semua bergantung kepada keadaan dan masa nanti. Mungkin aku tidak perlu terlalu gopoh.

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Begitulah, lagu Ombak Rindu rupanya memberikan suatu perasaan yang sungguh berbeza pula..

...nanti bila-bila, luahan hati dan perkongsian akan tertulis di sini lagi.

*****

Ini kisah semalam:

*adaptasi drama Gemersik Kalbu


Kisah lain:

Lately semakin banyak blog menggunakan setting komen yang baru. Direct reply kata orang. Tapi di skrin aku (mungkin skrin aku saja), ruangan komen memang susah nak muncul. Terpaksa refresh 2,3 kali baru dapat komen. Itupun kalu internet tak slow. Kalu merangkak, memang goodbye ler nampaknya. So banyak blog sebegitu, aku hanya mampu baca saja. Sori Berlori.

Inilah yang akan muncul di ruang komen. Iklan masuk situ...
*Sekadar contoh, dari salah satu blog.




~...bila HISYAM jatuh sakit demam lambat kebah, lutut lemah muka tak berdarah, SERI BULAN terus sahaja merasa bersalah kerana pernah dulu dia berjanji andai sakit sama dikongsi, andai perit sama digerit dan andai pilu sama-sama melayan sendu kini bila melihat wajah pucat kecut lelaki itu dia terus sahaja ingin menjadi Misi bermisi...~







Tuesday, January 17, 2012

Bila Hati Kata Sayang...

Assalamualaikum
Thalatha
17-01-2012


Take me to your heart
For it’s there that I belong
And we’ll never part.
— Elvis Presley


Keegoan sering menjadi pembatas untuk lafaz kata dari seorang (terutama lelaki) menyebut...

...tidak kurang seorang insan lain bernama wanita yang masih kaya sopan santun, pemalu dan pingitan.


Novel yang dibaca dua kali, sebab best juga.
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya



~...bukan kerana malu atau kerana ego bentuk Lego yang menghalang kata kasih atau tutur cinta dari HISYAM kepada SERI BULAN, tetapi dia berharap setiap pernyataan akan dibawa oleh kapal yang singgah di jeti, datang dan pergi walau tiada satu pun sudi menumpangkannya...~










Tuesday, December 13, 2011

Bila..

Assalamulaikum
Selasa


Bila kaki sakit, hati sakit: seluruh jiwa turut sakit.

Badan sakit, minda ikut perit.

Andaian menjurus tuduhan adalah ibarat hukuman.

Lalu, percutian antara jalan penyelesaian. Ya... antara.


~...HISYAM... HISYAM...~






Wednesday, September 21, 2011

Pulanglah Perantau_02: Akhirnyaaaaaa....!!

Assalamualaikum
Rabu
21-09-2011



Akhirnya, My Adik Bongsu yang pernah AA sebut sebagai pelayar, tepat jam 3.30 petang tadi sudah berada di Malayisa, lebih tepat berada di Pulau Pinang. Berada di rumah My Adik Perempuan Bongsu (his sister) sehingga akan dibawa berjumpa MyBONDA yang berada di Prai di rumah another sister.

AA tidak dapat berkumpul bersama buat masa ini. Ntah siapa yang akan dapat snap gambar Jejak Kasih itu nanti.


Pic terkini MyBONDA masa Syawal lalu... Dia senyum!

Cerita selanjutnya akan ditulis lagi nanti.




~...SERI BULAN tidak tahu bagaimana hendak menghuraikan perasaannya apabila tiba-tiba HISYAM seperti kamcing pula dengan WAHAB yang kadang-kadang betul adakala serong, kerana selepas JALAL, SERI BULAN tahu WAHAB juga ibarat pagar reput menanti roboh...!~








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails