Thursday, June 4, 2020

Journey AA: #09 – Puasa 6, bukan sebarang puasa...

Khamis
04-06-2020

“Ulamak Mazhab Syafie menyatakan: Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Aidil Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, (misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal) atau melewatkannya hingga ke hujung bulan, maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi) kerana ia benar-benar berniat untuk menyambung enam hari di Bulan Syawal.
Ulamak berkata: Dan amalan ini bersamaan berpuasa selama setahun kerana setiap kebaikan itu akan diganjari 10 kali ganda, maka puasa Ramadan bersamaan 10 bulan, dan 6 hari Syawal bersamaan 2 bulan.”


Saya mulakan Puasa 6 pada Syawal 4. Tiga hari sebelumnya, bermula dari Hari Raya Pertama, merupakan hari Cheat Day saya selepas melalui Detox Day selama 3 hari.

Menu saya pada Puasa 6 Day 1
Quinoa Goreng (seperti nasi goreng), bersama sayuran dan ikan mackerel grill AF.


Puasa 6 Day 2
Nasi Lemak. Saya masak bersama susu segar dan sedikit santan.
Seketul ayam masak merah, ayam bakar, telur rebus.

Puasa 6 Day 3
Nasi putih bersama kari bawal emas bersama karot dan bendi.
Asparagus goreng (dengan minyak kelapa) bersama bawang putih dan udang.
Saya suka asparagus. Rangup dan lazat.

Puasa 6 Day 4
Sup Suhuun bersama bebola ayam. Saya buat sendiri bebola ayam.

Juga buat Bergedil Quinoa. Baki quiona haritu yang saya simpan beku.

Idea bergedil quiona ni dapat dari rancangan masak-masak di channel TLC (Astro 707).
Ada mat saleh masak burger guna quinoa + kentang. Saya olah menjadikan ianya bergedil.

Bakar guna AF saja. No minyak at all.

Makan bersama Sup Suhuun, memang kenyang.

Puasa 6 Day 5
Nasi putih bersama ayam bakar. Sayur rebus & sayur mentah.
Sambal sihat (sentiasa ada stok – tumis dengan minyak kelapa + garam bukit)


 


Sebelum memulakan meal, saya mulakan iftar dengan shake dan vitamin. Ada ketikanya, saya mulakan shake sahaja dan makan berat selepas solat maghrib. Ada ketika, sekali jalan semua sekali.

Cendol itu saya olah dengan mencampurkan shake. Tidak perlu pening nak masak air gula melaka or santan segala.

Untuk bersahur, saya tak pernah ambil meal. Cukup hanya dengan shake + kurma atau kadangkala bersama rolled oats.

Alhamdulillah, Puasa 6 saya selesai dengan jayanya.

Pada hari ke-6, anak-anak belanja Ayam Goreng KFC.

Nampak tak ketamakan di situ. Pastu, makan seketul, dah mengah.

Antara perubahan yang baru saya rasai sekarang ialah, portion makanan. Bila sudah terdidik untuk Suku-Suku-Separuh, automatik rasa kenyang walaupun nasi hanya segenggam. Dan ayam goreng sebesar itu sudah cukup buat saya rasa terlalu banyak.

Alhamdulillah.

‘Sapa buat, dia dapat.’



 ~...mengharapkan HISYAM untuk belanja segala menu orang puteh memang akan menjadi suatu harapan kosong kerana dia beralasan SERI BULAN tidak cukup putih untuk melayan segala barangan import...!~



4 comments:

  1. Menu sihat yang nampak sungguh menyelerakan. Alhamdulillah.. Selesai dah puasa 6 di bulan syawal. Suka dengan ayat siapa buat dia dapat tu. Tahniah Kak Azie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ada ketika, semangat positif tu kena reka sendiri untuk diri sendiri jugak.

      Delete
  2. Dah baca, terasa lapar. Para terakhir tu boleh dicontohi.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails