Tuesday, April 28, 2020

Bila sirih pulang ke gagang ~ Bila sirih goreng celup tepung

Selasa
28-04-2020

Siapa sini peminat siri masakan Masterchef? Rancangan realiti masakan terbesar di dunia. Ianya bermula di USA, dan siri Masterchef US menjadi satu siri yang sangat popular, yang diinspirasikan oleh chef terkenal dunia, Gordon Ramsay.

Ianya kemudian menjadi meluas, dan banyak negara di dunia turut mengadakan reality show Masterchef mereka termasuk Malaysia.

Dah lama tiada musim baru Masterchef US. Yang ada sekarang, diulangsiar siri sebelumnya termasuk Masterchef Junior US. Biasanya jika ada siri ulangan begini, bermaksud musim baru akan muncul tidak lama lagi. Masterchef Malaysia pun dah stop. Rasanya sempat 2-3 musim sahaja. Lupa dah. Lama sangat.

Sekarang, musim terbaru yang sedang on ialah Masterchef Australia. Ini musim terbaru. Antara siri Masterchef dunia saya hanya layan US & Australia. Masterchef Malaysia pun saya tak berapa layan. India pun ada, tapi tak nampak dah musim terbarunya.

Masterchef Australia musim terbaru sudah masuk episod ke 31, semalam. Apa yang saya nak tulis ialah, siri semalam ada konsep Asia.

Daya cipta. Depa kena masak guna bahan Asia. Chef undangan, dari Vietnam. Bahan Mystery Box ada belacan. Dan daun sirih. Wahhh menariknya bila Australian gunakan bahan yang selama ini menjalar jer kat belakang rumah kita, di kampung-kampung.



Teruja nak tengok, apa yang depa nak masak dengan daun sirih nih.



Depa panggang daun sirih.


Ada ker orang Malaysia, especially Melayu yang masak daun sirih camnih?

Yang saya kagum, depa boleh buat Sirih Celup Tepung (macam bayam tu). Kagum pulak.
*abaikan cengkerik (cricket) goreng garing tu, ini menu konsep Vietnam.

Benarlah, memasak adalah seni. Memasak memerlukan kreativiti, idea dan konsep yang pelbagai. Hebat dan sedap. Sejenis terapi bagi majoriti orang.

Jadi, setiap latihan memasak adalah perlu. Sebab itu pertandingan memasak sudah wujud sejak puluhan tahun dulu lagi. Di kampung-kampung, belia selalu anjurkan pertandingan memasak (dan menggubah). Kini pertandingan memasak sudah menjadi suatu pertandingan hebat dunia dengan ganjaran jutaan ringgit. Tengok penajaan perkakasan dapur jer dah wow!

Apalah sangat setakat Masak-Pastu-Tak-Jadi. Ianya sebuah latihan untuk menjadi sempurna.



 ~...jika tidak kerana ibu garam yang dikata Mak Utih sebagai ubat penghilang pedih mata terpercik lada, SERI BULAN sampai sekarang tidak pernah tahu garam ada ibu ayah dan HISYAM mula pandai menyimpan ketawa tidak berani membuka cerita ada orang terkinja ketakutan mata buta...~



6 comments:

  1. Kakcik pun suka tengik Masterchef Autralia ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rakam siri ni. Tengok bila free, baru boleh concentrate dan skip iklan iklan.

      Delete
  2. setujuuuuu! memasak adalah seni. suka tengok skill dorang. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaum lelaki di mana-mana di dunia pun, tetap handal memasak juga. Dan depa kreatif..!

      Delete
  3. Replies
    1. Entah ya? Dia sebut betel leaf, saya rasa sirih la kot.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails