Thursday, February 11, 2010

OBLONGrillous..

Memang 2,3 hari lalu aku berniat nak menulis sesuatu tentang menu ini, dan kebetulan pagi tadi membaca di blog AZRUL HISHAM juga menulis tentangnya.

OBLONG. Memang aku pun sama cam dia, pertama kali dengar sampai sebut pun salah. 2,3 malam lepas, aku ikut TOKLAKI jumpa orang di Kajang. Dekat dengan ofis YPN, tempat aku selalu melepak.

Di hadapan parking keta, ada gerai di mana 2 orang budak remaja berniaga menu ni. Macam burger. So aku singgah menjenguk sebab terbaca banner bertulis OBLONGrillous. Tak tau apa benda.

So, macam wartawan takda permit (ada ek?), seolah-olah pemberita nak buat lintas langsung lak, aku pun berborak (menemubual) remaja lelaki yang berdua orang itu.

Mereka adalah pelajar kolej di siang hari, dan malam hari berniaga. Bahan mentah utama adalah daging (frozen) yang dibuat sendiri oleh makcik mereka kerana yang dijual di pasaraya sangat mahal katanya.

Sambil borak, aku pun snap beberapa gambar, tp guna Hp Cap Itik, standard ler hasilnya. :) Sekali pandang memang macam Prosperity Burger.

Dijual pada harga RM3.50 yang biasa. Bagi yang spesel — ada telur (macam benjo) + 1 keping cheese = RM4.50.




Kepingan daging dimasak 2 peringkat, dengan api yang perlahan tidak mengejut kerana nanti daging tak masak (sebab tu tunggu lama = 20 minit) dan kemudian daging dipindahkan ke pembakar yang menggunakan arang khas hmmm... apa nama ek? Lupa plak, tapi dia kata batu tu dari batu gunung berapi dan hanya bertahan sebulan lebih sahaja, kemudian diganti batu yang baru. Batu ini mengimbangkan suhu dalam pembakar dan daging tidak akan berbau gas.


Kemudian daging yang dah masak akan dicelup ke dalam sos (Black Pepper Sauce) yang sedappppp... Diletak di atas roti yang telah dipanggang sekejap (saiz besar sikit dari roti hotdog), diletakkan pula kepingan nenas (nenas ini dipotong dadu dan kemudian distim). Tiada lagi sos tambahan lain kecuali kalu nak tambah mayonis. Wahhh.. memang lain dari yang lain.


Rasanya? Sangat sedapppp...! Satu OBLONG tu cukup kenyang, nak perabih pun jenuhhhh.. Aku beli satu, makan kongsi dengan anak — tak ler aku kuat sangat makan, kan? > ayat tak bleh blahhh..!

Apapun, aku tetap tabik dengan usaha remaja berdua itu. Berniaga kecil-kecilan mencari duit poket lebih baik dari melepak membuang masa. Melihat mereka bersungguh-sungguh, berpeluh, mengajar mereka berdikari dan menghargai ringgit yang diperolehi. Apatah lagi kedua-dua mereka sangatlah bersopan dan begitu hormat kepada setiap pembeli. Hmmm anak sapalah tuuu.... :)


~...Monday depan, jika ada jodoh bertemu, ada mini gathering dengan blogger yang datang dari jauh (Kemaman). AZIE cuba adjust jadual di hari tersebut, insyaAllah....~



34 comments:

  1. err.saya pun baru tau ade oblong ni.
    huhu kawan ckp mcm prospereti beger tu.
    huhuhu.
    tak pernah try lagi.
    ni first tyme tgk pic die:D
    nti ada masa nak try =)

    ReplyDelete
  2. bg tekak ila lagi sedap dagingnya dr prosperity Mcd(masing2 punya tekak hehehe)kalau RM3.50 murah la tuh..kat kwsan rumah kita biasa jer RM4.Dagingnya kenyal2 tu yg buat dia sedap.Baru ni si botak beli yg mentah se beg RM 15 bg 10pcs...

    cara masaknya 2 peringkat tu pun mcm best jer...

    ReplyDelete
  3. azie,
    tengah akak posa hari ni, keluarlah pulak oblong segala...
    owang bawu nak buat cucuq udang..
    mana lak nak cari tempat jual oblong ni?.
    azie,
    kajang kat mana?...

    ReplyDelete
  4. EJAA > Kak Azie pun dapat agak ramai yang belum kenal pasal Oblong ni dan menu ni macam baru saja. Kategori burger juga lah ni..


    KAK ZIE > Bagi yg nak tukar2 selera, bleh cuba la. Yang McD tu resipi dia lain skit lar, pun sedap jugak..

    ReplyDelete
  5. AKAK > Selamat berbuka puasa nanti.. Sabarrrr..
    Rasanya ada banyak juga orang jual ni. Tapi yg Azie pegi tu di Taman Mesra, Kajang. (ikut jalan lama Ceras—Kajang, selepas Sekamat sebelum SAAS)

    Taman Mesra ni tempat Azie selalu pergi untuk aktiviti sukarelawan YPN di situ. Gerai budak2 ni betul2 depan Restoran Maulana, tapi hanya berniaga waktu malam...:) harap maklum..

    ReplyDelete
  6. AZRUL > memang sedap. Tapi kalu makan selalu, bleh jemu gak ni..

    ReplyDelete
  7. Azieeeeeeee... kakcik saaaayanggggg Azie tauuuuu (buat sore ngada2... hehehe..)

    nantikannnnnnnnn.. masa mini gathering tuuuuu.. Azie buat la dua jenis masakan ek??? (sambil lentok2 leher pulak..)..

    kakcik sekarang tak leh diri lama2 la.... huhuhu...

    ReplyDelete
  8. azie,
    manja nyer kakcik kita ari ni....
    azie kena penuhi jugak permintaan kakcik tu sebab dia dah lentok2 leher...
    ngeh..ngeh..ngeh...
    tq azie,
    nanti akak cuba jalan2 kat taman mesra tu...

    ReplyDelete
  9. KAKCIKKKK.. oh Kak CIKK... nanti bagitau jer masa dan tempat. Azie cuba untuk adjust dan usahakan sesuatu. Kalu tak pengsan, insyaAllah boleh kot. (sebab Ahad malam tu dijangka balik dari Johor...)



    AKAK > sedang memikir sesuatu juga ni. Btw, Taman Mesra tu tepi jalan jer. Situ area shop lot mudah dilihat dari jalan besar (selepas SHELL). Azie selalu ada di ofis situ (Tingkat 3, Yayasan Pembangunan Nurhikmah). Maulana tu tempat kitaorang mengeteh jer tuh.. pagi petang siang malam...:)

    ReplyDelete
  10. emmm.... belum rasa dah tahu akan kesedapan OBLONG tu. dari azie cakap jer ct dah berkali2 telan airliuq ni haaa. first time gak tengok gambo dan first time gak dengar nama oblong ni.

    Apa pun ct nak ucap tr kasih banyak2 atas info kat pulau pinang tu. kalau ada kesempatan bole lah cari tempat2 yang azie cakapkan tu. thanks ya azie muahhhh!

    ReplyDelete
  11. CT > terimakasih menyinggah. Kita pun selalu baca blog awak dan dapur awak. Pandai masak ek..? Tabikkkk...
    OBLONG ni, kalu sapa suka yg pedas baik ler makan Prosperity tu sbb itu lagi pedas...

    Selamat bercuti sambil bergumbira SITI.. Jangan lupa boh gambar banyak2 tauuu...!

    ReplyDelete
  12. Oblong dah semakin popular sekarang...sayang nye, saya sendiri tk pernah cuba. Nampak sedap la kak azie..kalau kak azie abiskan sendiri sekalipun, tkde sapa nak cakap ape2..hihi...thanx for sharing, ni baru le tau mcm mana rupa nya oblong nih...

    ReplyDelete
  13. kat klang dah ramai yang jual burger oblong ni... macam2 style diorang buat tapi ingredient utama tetap guna black pepper sauce... keh3 kalo kak azie nak lagi pedas, kak azie pakai je cili padi ganti sos dia... hak3 mau berapi tekak kak azie tu nanti

    ReplyDelete
  14. emmm! tak jauh dari rumah! nanti nak cuba macam sedap saja!. oblong! dari mana datangnya nama ini.

    ReplyDelete
  15. SITI > dah agak memang ramai yg belum tahu tentang Oblong ni. Takper sama-sama kita mengenalinya.. Kalu Kak Azie mengaku makan banyak tu orang tak heran sama sekali...:)



    ICE > Ko dok Klang? heeeee.. Kak Azie tak berapa sangat minat benda segera cam ni. Tekak orang kampung ni nak makan nasik jerrrr...

    ReplyDelete
  16. Bang IDAN > Memang tak jauh dari Jenaris. Taman Mesra, tepi jalan jer, berdepan dgn Restoran Maulana 24 jam tu.

    Saya pun pelik dari mana datang perkataan ni. Kalu guna lebih keMelayuan mungkin orang tak minat kot....

    ReplyDelete
  17. Murah jugak tu..ishhh kecur dibuatnya..Nak kena pergi carik gak ni (berkobar2 mengalahkan orang pregnant jer zureen ni..he3)

    ReplyDelete
  18. oblong..1st time aku dgr.nmpk mcm sedap kan :)

    amboi dah berkira nak buat menantu ke??siap puji melambung lagik :p

    ReplyDelete
  19. Errr... Remaja dua orang tu lelaki ke perempuan?

    ReplyDelete
  20. Salam!
    Agaknya oblongrillous dtg dr perkataan medulla oblongata iaitu sebahagian komponen otak manusia. Tak mengapalah mmg skrg ni trend org suka makan otak kempas, otak udang atau otak or...

    ReplyDelete
  21. alamak....best nyer. ada kat mana² gerai berger ker? nak cuba la..........mlm nti nk gi usha

    ReplyDelete
  22. uwaaaaaaa....... sampainya hati letak gambar yg begini.. hatiku meronta nak balik, nak minta Kak Azie belanja itu Oblong... tapi kenapa namanya Oblong ek?

    ReplyDelete
  23. ZUREEN > harganya sepadan dengan benda. Kenyang juga ler...



    ECHAH > Aku ni memang kuat berangan COMBI oooiii..

    ReplyDelete
  24. DATIN NORASHIKIN > KL belum nampak lagi tang mana orang jual...


    KHAYALKHAYAL > BRO, remaja tu lelaki. Harap maklum...:)

    ReplyDelete
  25. TAJNUR > Bang, saya pun suka makan otak-otak bang...



    EELOBOR > cuba ler cari kot kat gerai-gerai burger ada jual. Tak pasti ler pulok...

    ReplyDelete
  26. NIDA > nak balik ker? hehehe.. Kak Azie tunggu di airport leh? Tak tau lah pasai apa depa boh nama OBLONG.. dok heran jugak...

    ReplyDelete
  27. mcd punya prosperity lagi sedap,

    salamm,

    ReplyDelete
  28. elok gak usahawan muda kita tu marketkan untuk saingi prosperity lain macam orang filipina buat burger sendiri sampai boleh eksport kat asia tenggara

    ReplyDelete
  29. TUNBEGIA > Salam. Benar. Bagi sesapa yang ingin lebih perisa dan lebih pedas Black Pepper, memang Prosperity McD lebih sedap.


    CEMOMOI > Barang apa pun, kalu betul cara bisnesnya pasti boleh maju...

    ReplyDelete
  30. CALUK > MokYang ambik gambar tu gerai yg berniaga di Taman Mesra, Kajang.. Kat tempat lain, taktau ler ada ke idak.. tapi kata ICE tadi, kat Klang dah ramai orang berniaga Oblong nih...

    ReplyDelete
  31. burger oblong ade ler, tp binatang (err betulke kata nama nie ha ha) x jumpa lagi lak

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails