Monday, June 20, 2011

“Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

Salam
19-06-2011
Ahad yang tetiba mendung petang...


Cerita semalam, Sabtu 18hb Jun.
Seperti yang aku dah rancang sendiri, dengan hasrat separa bulat.

Lepas kerja, aku pergi juga sekejap walaupun tahu mungkin agak lewat. Majlis pelancaran dijangka bermula jam 12 tengahari, tapi aku sampai dah 1.30 petang.


Ini pic dari blog dia, entri pengumuman.

Sekitar majlis yang sudah selesai di Annexe Gallery, Central Market.




Tunang sentiasa di sisi.


Sharifah Amani, artis undangan selain Shera Aiyob (tunang) dan Riz Ainuddin.



Fridge Magnet dari kertas by MIYYAH@kertas.

Booth FIXI juga ada.

Buku ROJAK versi Melayu berwarna PURPLE!


Tak sangka booth Geng Sol-Jah pun ada!

Sempat borak-borak dgn geng dari Sol-Jah, SI NAGA dan OPIE. Lama betul tak jumpa depa nih. Jumpa OPIE pun tiap kali Pesta Buku jer.


Copy & Paste dari blog Zahiril Adzim:
Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga”


AA memang sudah lama mengikut blog Zahiril Adzim, sejak dia mula berlakun dalam filem KAMI. Diperkenalkan oleh anak dara aku. Yang buat aku suka blog dia ialah, dia terlalu jarang menulis tentang karier atau kehidupan seorang pelakun/artis, tetapi banyak menulis tentang kehidupan dan perasaan dia terhadap alam sekeliling. Sekali sekala dia menulis tentang perkembangan teaternya dan pahit manis mengharungi hidup sebagai orang seni yang begitu minat dalam lakunan (aku juga selalu ikuti blog emak dia).

Yang buat aku tabik adalah, bahasa yang dia gunakan begitu baik sekali, sempurna tatabahasa dan susah nak cari bahasa “rempit”. Dia amat menjaga bahasa dalam penulisannya. Jika dia bukan pelakun terkenal sekarang pun, aku tetap akan masuk baca blog dia... Blog santai tapi menarik!











31 comments:

  1. Wahhh!! best nya.. saya tak berkesempatan nak pergi.. nak beli buku tu gak nanti =)

    ReplyDelete
  2. rasa macam pernah baca je review tentang blog dia ni .. saya cuba masuk lepas ni !

    ReplyDelete
  3. hebat ek pelakon juvana ni..
    siap hasilkan buku tu..kelazzz

    saya nk terjah la blog dia

    aikk kak..sandal baru ek..hehe

    ReplyDelete
  4. Wah....ambil gambar dengan Amani terus jadi halimunan. Siapa tu? Hehehe....



    ***ckLah memang tak boleh berkompromi dengan bahasa rempit, kerana kerja cklah adalah memang memerangi pencemaran bahasa di kalangan anak-anak muda di sekolah. Sedih, kerana murid-murid sudah terikut-ikut menggunakan bahasa rempit dalam ujian Bahasa melayu. ironinya, ada yang kata, "Ada cikgu gunakan ejaan macam tu dalam laman web. " Atau "Mak saya pun gunakan ejaan macam tu dalam blog dia!"

    Kesian anak tu...keliru dia!

    ReplyDelete
  5. Erata :
    Maaf, ejaan melayu sepatutnya Melayu. (salah papan kekunci aksara telefon bimbit yang kecik ni...hehe)

    ReplyDelete
  6. Nak terjah juga lah blog dia. Terima kasih azie, mengenalkan blog yang berbaloi untuk dibaca...

    ReplyDelete
  7. SHAHRUL:
    Antara sempat dan tak sempat. Kak Azie dah pegang azam memang nak pegi juga. Itu yang sampai juga wpun lewat.



    Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
    Saya juga pernah buat entri tentang blog dia. Saya rasa seronok sebab blog dia tidak langsung menunjukkan dia seorang public figure yang glamour!

    ReplyDelete
  8. MEK SARAH:
    Yup. Sandal baru jahit, petang tadi. hehehehe



    CKLAH:
    Zaman sekarang, cabaran hebat para guru Bahasa Melayu adalah bahasa yg digunakan oleh murid2 dicedok dari web. Teknologi juga yg disalahkan. Kesian para cikgu.



    CIKGU NORMAH:
    Saya tidaklah memuji sembarangan. Tapi jika sudah baca, nilailah sendiri. Pada saya, serasi dan sesuai dgn jiwa saya. InsyaAllah sesuai untuk orang lain juga.

    ReplyDelete
  9. kak......
    sebelum nak komen. nak komen header atas nun...
    sandal baru eik!!.. peweet.. berapa sen!!

    hahahah

    tahniah untuk zahiril.. suka dengan remaja yang ada konsep kehidupan... bab bahasa tu.. ayu mmg kagum dengan remaja yang molek tutur bahasanya

    agak2 ayu boleh dapatkan novel nie dipasaran johor tak??

    ReplyDelete
  10. siapa dia tu... elok la guna bahasa dengan betul

    ReplyDelete
  11. dah berniat nak dapatkan buku tu. tp belum berkesempatan.

    p/s: cuti cuti saya kerja dengan lecturer saya :)

    ReplyDelete
  12. AYU:
    Sandal tu main cilok jer dari kedai Pakcik Google. :) free.

    Jika masuk blog dia, boleh order thru online.



    ZINO:
    Beliau seorang blogger.



    FYZAL:
    Order melalui alamat di blog, penghantaran by pos.
    Wahhh best gak eh, kerja dgn lecturer. Anak Kak Azie ritu pun ada citer, ramai student tolong pensyarah masa cuti sem.

    ReplyDelete
  13. Benarlah - 'ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya'... Kaitannya? Azie faham rasanya. :)

    ReplyDelete
  14. hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
    i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

    ReplyDelete
  15. KAKCIK:
    Setuju. Terimakasih KAKCIK. Saya rasa saya faham.
    Sepanjang saya tahu, dia memang tidak berubah. Jati diri dia begitu merendah diri. Saya ikuti blog emak dan kakak dia, saya kagum dengan keluarga mereka.



    ANDRIK:
    Thanks.

    ReplyDelete
  16. SALAM,
    DULU2 RAJIN JUGAK KE CENTRAL MARKET

    ReplyDelete
  17. seronoknya Kak Azie dapat luangkan masa ke sana.

    Saya kena tunggu anak2 besar lah jawabnya...

    ReplyDelete
  18. menarik...& kak azie sentiasa tidak pernah terlepas dalam acara bersama dunianya...

    lepas ni aina nak terjah blog dia...hehehee...

    ReplyDelete
  19. dua bulan lepas jumpa Lan Si Naga kat Maskara Showcase.pastuh kat pesta buku baru2 ni..nnt la sol-jah buat lg maskara shorties lepas raya zie pegi lagi..ehehe

    ReplyDelete
  20. tajuk novel je dah buat rasa terpaut nak membacanya....dia ni yg belakon filem senjakala tu ke?

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Saya ingin memberi komen, tapi belum sempat nak baca entri..

    Sorry

    ReplyDelete
  22. Sallam,

    Dlam Tajuk " Bogel Menuju TUHAN" tu

    ReplyDelete
  23. LUAHFIKIRAN:
    Sama la kita. Saya pun sekarang pergi jika ada urusan sahaja.



    AZRINA:
    Kak Azie masa anak kecik dulu pun kadang2 terbabas juga curi masa. hehehe



    CEMOMOI:
    Dah tajuknya begitu... hehehehe

    ReplyDelete
  24. JUNAINA:
    Itu namanya mencuri masa walaupun kalu nak ikutkan memang sibuk selalu.



    ZIE:
    Wahhh pernah join juga persembahan Sol-Jah eh? Nanti bila-bila bolehlah jumpa di Rumah PENA bila depa buat persembahan.



    MUNNA:
    Yup. Yang berlakun filem Senjakala dan drama bersiri JUVANA.

    ReplyDelete
  25. SYA:
    Yup. Tajuknya penuh makna sekali.



    PANG5 MUDA:
    Salam. Sila, sila...



    MANAGEMENT CONSULTANT:
    Salam. Tetimakasih.

    ReplyDelete
  26. LIPISLADY:
    Betul. Tajuknya sungguh mendalam.

    ReplyDelete
  27. saya pun dah 'jatuh cinta' dgn Zahiril ni sejak menonton drama juvana lakonan dia..dn sy rasa masuk blog dia pn dr blog azie..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails