Showing posts with label Hari Ibu. Show all posts
Showing posts with label Hari Ibu. Show all posts

Tuesday, May 19, 2020

Mother’s Day 2020

Thalatha
19-05-2020

Selamat Hari Ibu. Walau sudah berlepas Ahad lalu.

Semoga terus menjadi para ibu yang cemerlang sejak dulu, kini dan selamanya. Kagum dengan ramai orang yang meraikan Hari Ibu dengan cara masing-masing. Samada kecil atau besar bukan ukuran, tapi ingatan dan kasih sayang yang tidak pernah berkurang.

Bagi saya, setiap tahun Hari Ibu memang istimewa dengan cara kami. Bezanya tahun ini tiada acara dinner di luar seperti tradisinya. Masing-masing berada di rumah.

Seperti biasa juga, anak-anak akan tanya, “Mak nak hadiah apa?”

Ya, saya sudah tidak ada apa yang saya mahukan sebagai kehendak. Hanya keperluan. Lalu berkira-kira apa lagi keperluan. Bukan untuk kegunaan saya sendiri, juga boleh digunakan semula untuk sekeluarga.

Along belikan saya oven. Kerana musim PKP dan menjelang Syawal, oven adalah hadiah paling sesuai tahun ini. Order online. Alia pilih warna dan model. Rasanya dia yang akan banyak guna benda nih. Dia yang nampak berminat dalam hal baking nih.


Ika, kirim melalui runner, hantar hadiah dari tempat kerjanya. Sehelai sport legging yang cantik dan berkualiti. Lepas PKP boleh sambung joging. Beserta sebalang cookies, sekotak coklat (saya tak boleh makan pun) dan sampul duit raya eksklusif keluaran company tempat kerja dia.

Pun begitu, saya juga beli hadiah untuk diri sendiri. Reward diri kunun rajin masak, kan? Hahaha sebenarnya rambang mata tengok non-stick frying pan ni. Harga asal RM129, tapi ada offer RM39. Grab laaa...

Juga order botol air baru Herbalife. Warna gold. Sebagai penambah semangat dalam diri sendiri.


Jute bag. Order online. Pilih warna royal blue, dengan cetak nama yang eksklusif itu. Bolehlah guna untuk isi botol-botol nutrition saya nanti.

Wahh... tetiba macam banyak pulak hadiah Hari Ibu tahun ni. Gara-gara #DudukRumah semua benda nak layan. Banyak masa, kan. Kalu pegi kerja (awal pagi balik malam), mana ada masa nak explore benda ni.

Terimakasih semua. Sayang semua.




 ~...kerana hanya HISYAM sejak awal dan akhir menjadi kekasih dan kepercayaan, SERI BULAN sukar hendak berkongsi kisah walaupun hanya selingkar dengan sesiapa yang lain dek bimbang apa yang nanti disebut nanas bakal dianggap ganas, berkata sesuwar dianggap pula sesuai lalu biar sahaja kamus bahasa itu mereka berdua sahaja yang faham dalam ertikata Serasi Bersama itu lebih bernilai dari air sarsi...~



Sunday, May 10, 2020

Hari Ibu: hadiah tetap tiba seperti biasa...

Sunday
10-05-2020

Setiap Ahad pertama Mei, Hari Ibu diraikan. Dengan pelbagai cara.

Seperti biasa, anak-anak saya pasti akan belikan saya sesuatu.


Kerana PKP, seluruh masa hanya di rumah maka Alia jadi rajin nak masak dan cuba pelbagai menu. So saya request oven so that Alia boleh buat kek.


Dan, pada hari Mother’s Day, runner datang rumah hantar hadiah kiriman IKA:


Sport legging yang bermakna. Bolehlah sambung jogging lepas Raya or lepas PKP nanti.


Juga ada cookies, sampul duit Raya (produk company Ika kerja) & coklat Ferrero Rocher.

Selamat Hari Ibu, semua. Semoga terus menjadi ibu yang cemerlang dan gemilang.




 ~...berkali sudah HISYAM memesan, jangan terlalu mudah terasa hati apalagi hendak menunjuk rajuk kerana dia terlalu sibuk hendak menjaga lebih ramai lagi para gadis warga Kampung Separuh Desa sehingga lupa SERI BULAN semakin susah membuang rasa cemburu...~



Monday, May 11, 2015

Hari Ibu: pendapat orang memang tidak akan pernah sama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Isnin
11-05-2015


1st Ahad bulan Mei. Sambutan Hari Ibu. Nak kata sambutan pun tidak juga. Sebab tiada perayaan apa-apa. But ianya jatuh pada hari minggu kerana lebih bersifat kekeluargaan.

Ada pendapat menyebut ulama berkata, haram. Juga pendapat menyebut harus.

Untuk mengulas, saya bukan orangnya.

Kami tetap ingat tetap rai dengan cara tersendiri. Tiada sambutan besar pun. Bagi saya hanya 2 kali hari istimewa di mana saya terima hadiah. Hari Ibu dan Birthday. Jarang kuar makan-makan pun. Rutin harian seperti biasa. Bukan bermakna berkurang kasih sayang. Tapi cara kita tersendiri.

Hadiah dan kad sebagai menyemarakkan kasih sayang dan penghargaan. Adakah itu salah?

Tahun ini saya sibuk di Hari Ibu. Berada di luar rumah sepanjang hari hingga petang membuatkan saya excited nak balik cepat. Anak-anak dah hint ada hadiah kat rumah.


Neck pillow. Pouch. Passport holder. Cards holder. Anak-anak kongsi duit beli. Konsep seperti untuk orang yang kaki travel, kan?


Yang ini memang rare. Customade. Nama yang indah.

Tidakkah itu juga indah di hati saya?




 ~...sekian lama bermanja kasih dengan Mak Utih dan Pak Utih di bawah lindungan Teratak Nyatuh, SERI BULAN dan HISYAM bukan sahaja dianggap seperti anak, malah ibarat teman mencurah cerita juga dilihat seperti rakan kongsi yang bukan sahaja menguntungkan tetapi juga mengujakan...~




Wednesday, June 4, 2014

WW: Wordless Wednesday yang terlewat untuk dilapurkan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
04-06-2014


Tak tayang-tayang, tak sah, kan?



Cincin batu besar macam kepala saya yang ada batu besar ada duduk, yang dibeli dek Dak AMOI (sebagai hadiah Hari Ibu) semasa bercuti ke Bangkok minggu lalu. Mujur sempat balik sebelum rampasan kuasa tentera dan darurat...!




 ~...HISYAM bukan sahaja tidak sengaja, tetapi SERI BULAN yang sengaja ingin membuatkan dia rasa bersalah dan berhati luka parah...~




Wednesday, May 14, 2014

WW: Hadiah Hari Ibu saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
14-04-2014


Seperti tahun-tahun lalu juga, CHAK memang buat sendiri kad sebegini.


Bunga ada bau wangi, katanya. Walaupun plastik.


Orang lidi tu yang saya tak tahan nak gelak!


Ini hadiah dari IKA. Dibeli dari tempat kerja dia, Typo. I like!



Tayang-tayang:

Gula-gula dari Mekah, kawan sekerja baru balik dari umrah.







 ~...pucuk kelapa gading semakin mencondong ke bawah, memberikan bayang cantik kala mentari hampir terbenam lalu menghalang tupai yang ingin meloncat di julai jambu, memberikan satu panorama indah di mata SERI BULAN kala petang bersidai di ambin tidak berdinding sambil berjuntai kaki senang lenang, dan Mak Utih yang duduk di tapak tangga sebagai peneman kerana bimbang si teman teruna yang bakal tiba akan suka-suki mengusik menyakat lalu petang yang damai dibimbangi dicalar dek rajuk tak terpujuk dek HISYAM kelak...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails