Wednesday, January 13, 2010

Pernahkah? Bolehkah?

Pernahkah....?
Kita mempunyai ramai kawan tapi bukan semua rapat. Mesra tapi tiada sorang pun yang anda izinkan mengenali anda secara mendalam. Meletak sempadan seteguh tembok konkrit dengan alasan itu tidak menyumbang pun kepada kemesraan atau kehangatan persahabatan..

Bolehkah....?
Kita mempunyai deretan kawan tetapi cuma ada sorang dua yang kita percaya dan yakini akan memahami kita. Bolehkah kita menerima dengan hati terbuka bilamana seorang kawan yang sangat telus, sangat terbuka berbicara, begitu telus mengkritik dan kita mengambil segala kata bincang dengan senyum ikhlas tanpa dendam dan buruk sangka.


Pernahkah....?
Kita berkorban suatu persahabatan untuk kawan yang ingin mengambil kawan mesra kita untuk dirinya seorang dan mengenepikan kita malah menganggap pula kita sebagai orang ketiga yang tidak diperlukan.

Bolehkah....?
Masa berlalu, mereka menyesali keadaan mereka tidak semesra yang mereka sangkakan kerana kita tiada di antara mereka. Bolehkah kita menerima mereka kembali seolah-olah lupa sebuah penyingkiran?


~...best tak kalu request handpon baru sebagai hadiah ulangtahun? Ahaks! perasann.... hakhakhak!~


14 comments:

  1. Salam Azie..

    tidak mudah untuk memahami orang lain dalam erti kata sebenarnya. Sedangkan dengan diri sendiri pun ada waktunya kita keliru. :)

    ReplyDelete
  2. salam azie....
    fuhh mendalam kata tanya tu....

    untuk pengetahuan azie...
    ustaz razali la ni dah jadi PK ko kat kawasan terung..
    org kg pak long tu..

    ReplyDelete
  3. acu 'akan' berkorban kasih demi melihat org tersayang bahagia..seperti tajuk lagu kumpulan apa ntah "MAHLIGAI MU DARI AIR MATAKU" :-(

    ReplyDelete
  4. Salam sis Azie,

    40 hari belum tentu cukup untuk mengenali seseorang. Jika saya, akan memilih insan2 kepercayaan saya sahaja untuk meluahkan rasa/masalah. Kadangkala simpan sendiri aje.

    :) sedang belajar berkorban.

    ReplyDelete
  5. Salam KAKCIK, mana ada orang yang benar-benar memahami, kan? Ada orang faham suatu bahagian saja, bahagian lain begitu payah sekali untuk difaham...

    PAKLONG > ahaa betul ler tuh. Ustaz Razali tu sekarang dah berpindah ke Grik. Yang sebenarnya dia tu abang ipar saya.. hehehe isteri dia kakak saya, guru juga...

    ReplyDelete
  6. ACU > tak kisah ler kalu pengorbanan tu berbaloi akhirnya.. Moga jodoh dimakbulkan.

    IRIS > Salam. Selamat datang. Terimakasih sudi menjengah. Jangan jemu belajar mengenali insan yang anda sayang...

    ReplyDelete
  7. Azie,
    tak mustahil semua itu boleh terjadi. Tapi kalau nak berkawan baik tu, carilah kawan baik sendiri.. jgnlah pula ambil kawan baik kawan sendiri...(mcm kes suami orang jugaklah...)
    Bukannya susah, kalau jumpa seseorang yg kita rasa macam boleh buat kawan baik, kawanlah baik-baik... jagalah hati dan perasaannya.. lama-lama jadilah baik.Cherish setiap masa bila sama-sama.. kawan baik ni, lagi lama kita simpan sebagai kawan lagi berharga macam lense kamera....

    ReplyDelete
  8. KAK MAH > benarlah. Kawan baik ni, lagi lama kita jaga dan pelihara hubungan, akan menjadi semakin antik dan berharga..

    ReplyDelete
  9. salam kakazie,

    memang mendalam soalannya, hanya empunya badan jer yg boleh jawab

    ReplyDelete
  10. ROSNANIE > persoalan biasa saja tu... Yang berlaku bila-bila, di mana-mana dan kepada siapa saja...

    ReplyDelete
  11. erkkkkk dopod tu best... mcm2 bley buat dgn dopod tu... keh3

    ReplyDelete
  12. ICE > for the 1st time, Kak Azie tak peham hang cakap apa... Dopod tu mende wehhhhh... musykil nih.

    ReplyDelete
  13. kak azie bukan ke pakai tipon dopod???? aritu nampak ada pic tipon dopod dlm ni... kui3 konpius2

    ReplyDelete
  14. Salam kak...
    Bak kata pepatah,buat bak berpada2,buat jahat jangan sekali....berkawan biar seribu,berkasih biar satu....tapi adakalanya dalam kita berhati2 dan memilih kawan yg terbaik utk kita,kita terkena juga!Moral of the story: berhati2lah ketika memilih kawan....pilihlah kawan yg boleh bersama kita tika senang mahupun susah!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails