السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-12-2013
Musim tengkujuh tiba lagi. Hampir sebahagian besar negara-negara di dunia, pada hujung tahun adalah bulan-bulan sejuk dingin.
Walaupun kita negara panas sepanjang tahun, tetapi musim tengkujuh sering menjadi musim yang buat orang berwaspada. Bencana alam di negara kita walaupun sangat tidak seteruk negara lain (banding dengan negara yang ada ribut taufan dan puting beliung serta banjir besar dan tsunami) kita masih dalam keadaan terkawal. Namun begitu, banjir tidak pernah menggembirakan sesiapa pun.
Saya secara peribadi, tidak pernah... ya tidak pernah langsung berhadapan dengan banjir. Kampung saya tidak pernah banjir dan saya sendiri tidak pernah pergi ke mana-mana tempat yang dilanda banjir. (wpun saya sangat ingin berkhidmat sebagai sukarelawan di tempat-tempat bencana alam seperti ini)
Musim hujan buat setengah orang jadi gelisah kerana ada beberapa perkara terpaksa ditunda atau langsung tidak dapat dilangsungkan. Dan, kesannya juga tidak terkecuali. Ramai dah merungut tentang harga barang jadi mahal. Ikan udang semua naik harga. Okeh.. kita redha. (Jangan diambil kira orang yang kahwin di musim hujan. Ahaks!)
Ini pic yang saya snap semasa balik kerja sekitar jam 6:00pm pada minggu lalu. Waktu hujan sepanjang minggu. Laluan berhampiran bulatan Semantan. Air bertakung, tapi mujur kami lepas juga.
Di tempat kerja saya, memo tentang bantuan mangsa banjir sudah beredar sejak minggu lepas lagi. Ada beberapa orang yang ditugaskan untuk mengendalikan beberapa urusan berkaitan. Dan lazimnya, bila sebut saja bantuan, ramai sekali yang suka nak derma pakaian terpakai. Ohh... kali ini pakaian terpakai tidak diterima lagi di tempat saya. Sebab kata depa, dah terlalu banyak. Ada banyak benda lain yang lebih depa perlukan. Makanan, air minuman yang bersih, diapers etc etc...
Okeh... renung sejenak andai ada sedara mara kita yang tersangkut di pusat penempatan. Terputus hubungan. Terputus bekalan makanan. Kesejukan, tidur di atas sekeping tikar nipis, makan bercatu dan kesukaran menguruskan diri (mandi, mencuci dsb). Tuhan ingin menguji mereka (dan kita semua yang ‘kering’ ini diuji dengan dugaan kesenangan pula).
Hulurkan bantuan walaupun mungkin kecil di mata orang. Walaupun tiada siapa yang tahu apa yang kita beri. Walaupun mungkin murah pada penilaian mata kasar. Tapi niat lah bahawa kita juga ingin meringankan kesengsaraan orang lain (yang kita tidak pernah kenal pun).
Kita rakyat Malaysia, kan?
~...seringkali bila hujan gerimis di tengahari, SERI BULAN mengharap hujan itu berlarutan lebat sehingga senja dan malam akan jadi sunyi selain dari bunyi cengkerik kerinduan dan katak keriangan kemudian bersama HISYAM menghadap cekodok panas yang sedikit garing bersila bersama Pak Utih mendengar cerita tentang masa lalu yang payah dan harapan masa depan yang penuh impian...~
