Tuesday, December 10, 2013

Banjir: sekali air bah, sekali bandar rebah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-12-2013


Musim tengkujuh tiba lagi. Hampir sebahagian besar negara-negara di dunia, pada hujung tahun adalah bulan-bulan sejuk dingin.

Walaupun kita negara panas sepanjang tahun, tetapi musim tengkujuh sering menjadi musim yang buat orang berwaspada. Bencana alam di negara kita walaupun sangat tidak seteruk negara lain (banding dengan negara yang ada ribut taufan dan puting beliung serta banjir besar dan tsunami) kita masih dalam keadaan terkawal. Namun begitu, banjir tidak pernah menggembirakan sesiapa pun.

Saya secara peribadi, tidak pernah... ya tidak pernah langsung berhadapan dengan banjir. Kampung saya tidak pernah banjir dan saya sendiri tidak pernah pergi ke mana-mana tempat yang dilanda banjir. (wpun saya sangat ingin berkhidmat sebagai sukarelawan di tempat-tempat bencana alam seperti ini)

Musim hujan buat setengah orang jadi gelisah kerana ada beberapa perkara terpaksa ditunda atau langsung tidak dapat dilangsungkan. Dan, kesannya juga tidak terkecuali. Ramai dah merungut tentang harga barang jadi mahal. Ikan udang semua naik harga. Okeh.. kita redha. (Jangan diambil kira orang yang kahwin di musim hujan. Ahaks!)


Ini pic yang saya snap semasa balik kerja sekitar jam 6:00pm pada minggu lalu. Waktu hujan sepanjang minggu. Laluan berhampiran bulatan Semantan. Air bertakung, tapi mujur kami lepas juga.



Di tempat kerja saya, memo tentang bantuan mangsa banjir sudah beredar sejak minggu lepas lagi. Ada beberapa orang yang ditugaskan untuk mengendalikan beberapa urusan berkaitan. Dan lazimnya, bila sebut saja bantuan, ramai sekali yang suka nak derma pakaian terpakai. Ohh... kali ini pakaian terpakai tidak diterima lagi di tempat saya. Sebab kata depa, dah terlalu banyak. Ada banyak benda lain yang lebih depa perlukan. Makanan, air minuman yang bersih, diapers etc etc...



Okeh... renung sejenak andai ada sedara mara kita yang tersangkut di pusat penempatan. Terputus hubungan. Terputus bekalan makanan. Kesejukan, tidur di atas sekeping tikar nipis, makan bercatu dan kesukaran menguruskan diri (mandi, mencuci dsb). Tuhan ingin menguji mereka (dan kita semua yang ‘kering’ ini diuji dengan dugaan kesenangan pula).

Hulurkan bantuan walaupun mungkin kecil di mata orang. Walaupun tiada siapa yang tahu apa yang kita beri. Walaupun mungkin murah pada penilaian mata kasar. Tapi niat lah bahawa kita juga ingin meringankan kesengsaraan orang lain (yang kita tidak pernah kenal pun).

Kita rakyat Malaysia, kan?





 ~...seringkali bila hujan gerimis di tengahari, SERI BULAN mengharap hujan itu berlarutan lebat sehingga senja dan malam akan jadi sunyi selain dari bunyi cengkerik kerinduan dan katak keriangan kemudian bersama HISYAM menghadap cekodok panas yang sedikit garing bersila bersama Pak Utih mendengar cerita tentang masa lalu yang payah dan harapan masa depan yang penuh impian...~




14 comments:

  1. masa kecik dulu merasa lar...nasib rumah tinggi...x perlu pindah..tapi hzab lar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh... tentu semua tu menjadi suatu pengalaman yang mahal dikenang...

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    kami di negeri paling miskin itu sentiasa je banjir...esok lusa cheq siarkan entri pasal banjir di kg kami ya (Opsssss! promosi sebelum terbit entri...mcm penulis tersohor wat iklan buku bakal terbit)

    naum, banjir dulu dan kini sangat berbeza terutama kejernihan airnya ;)

    ReplyDelete
  3. betul tu kak.. hulurlah apa yang mampu..

    ReplyDelete
  4. Banjir... pernah alami beberapa kali, itu pun air naik 1/2 kaki je... masuk dalam rumah. Kelam kabut dibuatnya, mana nak angkat soga, nak selamatkan barang-barang yang lain (pindahkan ke tempat tinggi), kereta pun nak kena pindahkan juga takut 'berenang' sama. Ikan-ikan peliharaan dalam kolam taman habis melepaskan diri masuk longkang. Bila banjir surut... aduhai... berlumpur pulak dalam dan luar rumah... bau semacam! Allahu Akbar... memang itu dugaan kecil... sangat kecil berbanding mangsa banjir sebenar yang hanya mampu selamatkan diri sehelai sepinggang!

    ReplyDelete
  5. Saya pernah rasa, mangsa di rumah (tak kritikal) dan di tempat kerja (sangat kritikal air paras peha) bekalan elektrik diputuskan,dan juga jadik sukarelawan untuk mangsa banjir..Saya sangat memahami kepayahannya dan keadaan yang tak selesa..

    ReplyDelete
  6. kat negeri sendiri banjir sekarang..harap semua kembali pulih kan..aminnn

    ReplyDelete
  7. saya baru sahaja memberikan bantuan kepada mangsa banjir dengan menyalurkan sumbangan kepada gerakan belia 4B Kota Melaka ahad yang lepas, walaupun sumbangannya sedikit tapi puas hati,,....ini sahaja yang dapat diberikan buat mangsa-mangsa banjir.......

    ReplyDelete
  8. Marilah kita sama2 memberi sumbangan x kira kecik ke besar.

    ReplyDelete
  9. inshaAllah, semoga dengan bantuan kita nanti...walau sekecil2 anak bak katanya tapi mampu membuat mereka tersenyum gembira menerimanya

    ReplyDelete
  10. Sepanjang hayat saya,hanya sekali merasa keadaan banjir yang teruk. Moga keadaan segera pulih dan mereka yang menjadi mangsa dapat hidup kembali seperti sediakala.

    ReplyDelete
  11. Moga keadaan cepat pulih dan moga semua mangsa tabah dalam menghadapi dugaan dan sihat hendakNYA.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah saya pun tak pernah rasa rumah banjir. Masa saya belum lahir emak ada cakap paling tinggi banjir tahap pinggang. Tapi sepanjang saya duduk situ banjir paling tinggi takat betis aje. Itu pun macam orang perak aje. Bila hujan dah berhenti pakat ramai-ramai pi main banjir. Excited gile.

    Yup, saya pun teringin sangat nak join depa pi hulurkan bantuan kat sana. Semalam borak dengan abang tu dia kata ada konvoi Hilux dari tempat kami ni dah bergerak waktu pagi. Konvoi kedua sebelah petang. Alamak, kekangan masa pula. Kerja maa.

    Hulurkan doa sahaja yang saya mampu.

    ReplyDelete
  13. Kat opis Aina pun kami jalankan kutipan derma untuk mangsa banjir, minggu lepas kutipan derma untuk tea lady di Pajabat Kerteh yang rumahnya terbakar. Memberilah sedikit tetapi sangat bererti buat mereka yg memerlukan.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails