السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
28-12-2013
Sabtuday. juga terakhir 2013. Hari yang sepatutnya saya pegi kija seperti Sabtu lain, saya jadikan hari cuti. My off day, dan saya minta untuk tidak OT (memang untuk tidak dapat hadir OT pun kena 'minta' dan maklumkan). Ada beberapa keja yang nak dibuat termasuklah nak pegi pasar.
Kisah Buah Kundang beberapa hari lalu mengundang beberapa komen yang menarik perhatian saya. Wahhh saya jadi sedar, betapa naifnya saya tentang Buah Kundang ini. Masa kecik haruslah ada, tapi tak explore jadi saya anggap saya langsung tak tahu pasal Buah Kundang ni.
Bila kawan lama saya HASHIM515 cadangkan saya belah biji dan tunjuk warna biji Buah Kundang yang sebenarnya yang kaler Purple... oh ya betul. Saya kena belah dan tengok.
Memang warna bijinya berwarna ungu pekat. Sebab itu disebut orang, ungu biji kundang. Saya dok ingat selama ni Buah Kundang tu yang warna ungu. Hahahaha berpuluh tahun jadi naif pasal benda nih!
Buah Kundang tu ranum sangat, macam mangga yang tersangat masak. Rasa masam lebih banyak dari manis. Hmmm boleh la kot kalu nak buat gulai lemak dengan ikan nanti. Saya kena cuba. Ikan apa best?
~...sebenarnya SERI BULAN merasa sangat marah, tetapi tidak mahu menunjuk di wajah dan amarah di dalam rumah apatah lagi bila HISYAM bagai sengaja tersengih sinis sehingga jelas mata sepetnya bagi menutup semua pandangan dan mungkin juga kerana itu dia sengaja tidak melihat betapa soal anak dara Pak Imam itu sudah menjadi kisah besar...~
