Friday, January 23, 2015

Apapun yang terjadi, saya sayang blog saya..!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
23-01-2015


Mula tulis blog sejak 2007. Wajar sekali ianya menjadi sebati dengan diri. Terasa diri diwakili oleh "yang ingin kukongsi". Walaupun kehangatan dan  keghairahan seperti graf turun naik dan umpama musim panas sejuk kering lembab silih berganti. Takpa lah. Asal saya masih setia. Perghhh... ayat melankolik macam nak buat lagu masuk Anugerah Juara Lagu..!

Mana ada orang hidupnya sama saja sepanjang masa. Belum dikira dugaan dan musibah yang tidak diduga. Sehingga kadang tu kita sampai terlupa mana satu ujian mana satu masalah mana satu hikmah. Terlupa.

Ada orang sibuk nak buat reunion itu ini. Saya tak pernah raikan tarikh tahunan blog saya. Malas nak fikir. Tapi saya suka semak entri lama-lama dan baca sendiri. Recall. Ada ketika sengih seronok. Tak terkecuali rasa kesal dan terus kata pada diri, "Aku tak sepatutnya tulis sebegini." Tapi saya tak akan ubah atau padam. Saya sudah dilatih oleh kawan rapat saya untuk teguh pendirian dan bersedia dengan risiko. Bertanggungjawab terhadap tulisan sendiri.

Entah sampai bila hendak jadi blogger. Tiada tarikh mati buat saya. Mungkin sampai jadi pesara. Kalu dah pencen kija, saya nak fokus menulis. Dan sambung-siapkan manuskrip novel yang tertangguh bertahun-tahun!

Rentak saya dah tak rancak. Dah makin slow macam keta lama 60Y bak kata Nabil Lawak Mega. Bunyi kuat tapi lari tak seberapa. Takpalah. Saya dah menulis lebih 2,000 entri setakat ini. Itu suatu pencapaian  yang baik juga. Ligat ketika masa bukan masalah. Tak macam sekarang. Masa untuk bukan urusan kerja beberapa jam sahaja (pi kija kul 6.30 am balik 8.00pm sampai umah sekitar 9.30pm). Seminggu 5 hari. Sabtu balik 4.30pm sampai rumah sekitar jam 6.00 pm. Boleh bayang? Masih bersyukur sebab masih balik rumah dan masih sesekali sempat duduk semak kija skulah anak or kadang-kadang spend time lepak menonton sama-sama sambil makan nasi (wpun lauk simple sangat). Anak-anak sangat memahami. MyToklaki sangat mengerti.

Lalu suasana menjadi ibarat lagu hot Bunga Cinta Lestari: "Aku Wanita Terbahagia"!

Kenapa saya sayang blog saya? Sebab saya boleh bebel panjang-panjang kat sini dan ada orang sudi baca..!

Heh heh heh!

Tayang-tayang:


Set keyboard dan mouse putih terus menjadi identiti diri di samping cincin batu besar (macam batu atas kepala juga ada duduk) yang menjadi simbol seorang saya.

Terimakasih everyone...!




 ~...sekian lama menjadi teman SERI BULAN terlupa apakah sebenarnya lambang kasih HISYAM terhadap dirinya kerana lelaki itu tidak begitu minat muzik walaupun kadang menyanyi suaranya sedap juga dan nak harapkan cincin pengikat hubungan pun masih jauh dari anganan melainkan dia pernah memberi sehelai kain selendang yang ada ketikanya SERI BULAN rasa hendak buat alas meja saja....~




12 comments:

  1. Sama-sama kasih...

    entah bila agaknya boleh lepak bersama-sama lagi...

    ReplyDelete
  2. Samalah kita kak suka baca blog sendiri!

    Kehidupan kita ada turun naik bukan setiap ketika kita ketawa berderai-derai dan bukan setiap saat juga kita menangis mengenang nasib. Adilkan?

    ReplyDelete
  3. arghh kdg-kdg rase benda yg sama...hmm..

    ReplyDelete
  4. dah lama berblogging.. memang rase sebati..

    ReplyDelete
  5. Eh sama kita pun suka cincin besar2 ni. Hehe

    ReplyDelete
  6. Selagi larat selagi mampu selagi tak lupa kata laluan, blog takkan kutinggalkan.. sebab dah sebati dengan diri..

    ReplyDelete
  7. Tahniah Kak AA... sebab berjaya aktif hingga kini. Saya berblog sejak 2006 dan belum lagi tutup. Walau update setahun sekali. Macam akak juga ... SAYA SAYANG BLOG SAYA

    ReplyDelete
  8. blog tmpt nk bebel2...apepun...dil enjoy tlisan akak..teruskn memblog...:-)

    ReplyDelete
  9. Sama ler dgn sy blog up down....nak bebel kat blog pun dah kurang

    ReplyDelete
  10. samalah Kak Azie, walaupun dah kurang menulis tapi blog sentiasa di hati...Apapun yang terjadi, saya sayang blog saya..!

    ReplyDelete
  11. keep on writing cik Azie...saya suka blogwalking yrs!!!... entry yang tak terlalu personal dan sometimes topic "terkena" juga pada yr readers..miss yr bebel semasa awk cuti2 Jkt-Bandung hari tu...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails