Tuesday, August 18, 2015

Blogger selatan dan utara bertemu di tengah kota...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-08-2015


Kisah ni dah lama. Saya dok sangka saya dah tulis dan upload. Rupanya belum.

Sebelum puasa lalu, saya menerima undangan ke majlis walimatulurus adik kepada seorang blogger tersohor di selatan. Majlis berlangsung di KL, Shah Alam. Intekma Resort (berhampiran UiTM Shah Alam).


Majlis moden bercampur tradisional. Berlangsung di tepi kolam Intekma Resort. Lihat pelamin di ujung sana.




Pengantin lelaki adalah warga Jerman. Pengantin perempuan adalah adik kepada blogger RUHAYU Citarasa Rinduan. Blogger terkenal di kalangan para blogger. Blogger yang gigih menguasahakan kedai makannya Citarasa Rinduan di Felda Sayong, KulaiJaya, Johor.


Sebenarnya saya dah kenal lama dengan Ayu ni. Sudah bertahun, tapi kami belum pernah berjumpa pun.

Kali ini ada rezeki pula kami berjumpa buat pertama kalinya di KL.


Kebetulan blogger ABAH ZINO juga mendapat undangan yang sama. Lalu kami semeja malam itu.



Hidangan utama kami malam itu ialah kambing golek. Majlis eksklusif yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja, jadi majlis nampak teratur dan tersusun.


Selain nyanyian solo dan iringan gitar (unplugged) juga ada persembahan tarian tradisional oleh pelajar UiTM.

Akhirnya dapat juga saya bertemu dengan Ayu setelah sekian lama kami masing-masing menyimpan hasrat untuk bersua muka.

Terimakasih tidak terhingga kepada Ayu dan seluruh ahli keluarganya atas jemputan dan layanan.

Apapun saya masih menyimpan hasrat untuk ke Kulaijaya. Singgah berziarah ke kedai makan Citarasa Rinduan yang terkenal di sana. Entah bila.





 ~...asal usul bukan menjadi topik bual yang digemari oleh HISYAM yang sedia dimaklumi sejak dulu oleh SERI BULAN tetapi itulah juga rupanya yang menjadi rahsia yang sering dirisik ramai warga Kampung Separuh Desa lalu akhirnya Mak Utih dipesan untuk tidak membuka info dan Pak Utih disaran mereka cerita..~




7 comments:

  1. Setakat ini saya cuma ada bertemu dengan blogger Kakcik Seroja sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada kelapangan dan kesempatan, sudi sudikan lah hadir. Benar, bukan semua blogger ada masa dan peluang. Tetapi kesempatan yang ada, amatlah seronok bila dapat dipenuhi.

      Delete
  2. Lepas ni Ayu dapat dukung la anak buah pan asian....hihihihih

    ReplyDelete
  3. Bestnya majlis..meriah..semoga pasangan pengantin bahagia hingga ke syurga,,
    Salam perkenalan..jemput datang bog saya,,

    Diet Diary: Salmon Panggang bersama Brocolli Goreng

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat kambing golek tu... hehehehe... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  5. nampak kambing golek tu terus tenggelam yang lain hahahaha

    jemput singgah tips cantik tanpa mekap

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, salam perkenalan. sedapnya kambing tu.. hehe.. jemputlah singgah blog..
    http://amysyghana.blogspot.com/

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails