Saturday, January 26, 2013

Seronoknya menongkah arus ~ Sambal Sotong Kak QUEENIE...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-01-2013


Masa zaman bekerja dulu, masa untuk shopping adalah hari cuti. Pergi Pasar Pudu pun hari Sabtu atau Ahad. Kadang-kadang saya pergi jugak pada hari bekerja jika terpaksa, tapi seawal 7.30 dan mesti balik sebelum 8.30 pagi sebab saya masuk kerja jam 9.00 pagi.

Sejak dah tak kerja ni, saya ke pasar pada hari apa yang saya suka. Dah tak pergi hari Ahad dah sebab lazimnya hari Sabtu/Ahad ni kompom la ramai orang dan harga kekadang jadi mahal. Saya pergi pasar pada hari biasa di mana orang keluar bekerja dan saya pun melenggang kangkung ke pasar tanpa perlu berhimpit-himpit di celah lorong ikan. Best jerrr...! Kalu nak sembang-sembang or gossip-gossip dengan peniaga ikan tu barang sebabak dua pun sempat lagi. Hahaha tak kuasa...!

Hari ini bebudak sekolah juga. Sekolah CHAK selesai awal sebab ada sambutan Maulidur Rasul dan terus cuti.. Jadi petang saya angkut dia pegi pasaraya beli barang.

Best jer pegi shopping time orang bekerja. Lengang dan selesa nak memilih. Troli pun tak berebut.


Barang pun tak bersepah dipilih orang. Saya bebas mencari yang segar dan terbaik. Cewahhh...!


CHAK jumpa “ikan kuih bakul” yang unik ini. Tapi suasana Tahun Baru Cina belum terasa lagi di sini. Belum banyak barangan untuk perayaan itu. No limau, no tanglung... Sebelum tu nampak ada sekumpulan penari Tarian Singa di ruang legar. Sedang bersiap-siap, tapi malas nak tunggu. Bila selesai beli dan belah, grup tu dah tak kelih...!


Kaunter nak bayar pun selesa. Kalu tidak tu, berlengkar-lengkar orang beratur nak membayar.

Dan antara hasil buruan saya petang tadi sudah diadaptasi menjadi menu dinner:


Sambal Sotong Rendam. Kali ini memang saya cari Sotong Rendam sebab saya nak masak ikut teknik blogger Kak QUEENIE, yang masak sotong ini dengan cara mencelur terlebih dahulu.  Emtri bertajuk Cerita Ahad Lepas. Memang betul, saya ikut teknik Kak Q, sotong jadi lembut elok! Terimakasih Kak Q..!



Sayur campur ni sepatutnya ada karot, tapi saya terlupa beli karot. Buncis goreng campur bunga kobis. Saya goreng dan masukkan sebiji telur. Ni macam menu goreng sayur orang kampung.

Jemput makan semua...!



 ~...mencari sesuatu yang biasa bukan bermakna bakal mendapat sesuatu yang rutin di mata orang tetapi sebenarnya HISYAM tidak pernah berdayung sampan lalu untuk berkolek menungkah arus adalah sesuatu yang unggul untuk dipelajarinya....~




22 comments:

  1. alhamdulillah, dah makan ptg td..itu sotong mamaD selalu buat..emang jd febret kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama D pun masak Sambal Sotong? Wahhh... kenyang nya dia.

      Delete
  2. ~...mencari sesuatu yang biasa bukan bermakna bakal mendapat sesuatu yang rutin di mata orang..emaa suka ayat ni =)

    ReplyDelete
  3. Sedap..nya kacang buncis...kruppkrup bila makan kan...
    Tu la yg best bila g mmbeli time wekdays ni...tak pyh nk berebut kan..tak tension...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang buncis (or kacang panjang) memang sedap goreng mengkal-mengkal. Sedap rapuh rapuh gitu kan?
      Saya jarang shopping time weekdays ni. Seronok kan, relax jer tak berebut-rebut.

      Delete
  4. celur dulu eh...ok, saya pon nak tiru. heheh.

    saya pun suka shopping time weekdays. bercuti pun sama. masa weekdays jugak. tak ramai orang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang shopping time weekdays ni, nasib baik kita dapat harga normal. Ada masanya, hujung minggu or cuti-cuti tu harga jadi naik tanpa kita sedar.

      Delete
  5. ekekeke...terbayang2 awak punya lenggang kangkung sis! kalau pi hari minggu lenggang kailan agaknya ek? hehehe...

    Alhamdulillah, sambal sotong awak menjadi...tu kalau makan ngan lontong tu foooooooh....chak panggil pun tak perasan! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Q, kalu lenggang kailan tu dah macam orang kawad kaki jer. Hahahaha
      Memang la, kalu dapat lontong, mau seperiuk tu saya sorang jer. Tapi saya tak mahir sangat buat Kuah Lontong ni. Harus saya belajar lagi dari blog Kak Q tu. Kuah Kacang dah ok, saya rasa saya terer!

      Delete
  6. buncis goreng telo mmg feveret anak2 saya, masak hari2 pun takpe. ermmm sedapnya sambal sotong rendam tu, sy tgk kat tesco aritu byk, tapi tak beli pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie cari di pasar basah Pudu hari tu, sotong rendamnya kecik dan tak berapa cantik. Kak Azie beli di Tesco la jugak. Boleh pilih extra janggut. RM13 per kilo. Boleh tahan tu.

      Delete
  7. Amboi..buat org terliurr jer! salam singgah! nk resepi sotong tu kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama saja seperti buat sambal tumis yang lain. Cuma bezanya, sotong tu dicelur kira-kira 15 minit. Klik link Kak Q tu, ada cara lebih jelas. Selamat mencuba!

      Delete
  8. Saya dah lihat GA itu. Terimakasih mengundang. Tapi terlalu ramai yang sudah menyertai, dan hadiah GA tu hanya 1 + 1. Memang takda harapan la saya nak dapat pun, kan?

    Terimakasih, saya sedia beri peluang orang lain untuk merebut hadiah tersebut. Lain kali saya join ya.

    ReplyDelete
  9. bilala wak nk rasa mee bandung mak pulakk.. ehhHee

    ReplyDelete
  10. Mcm teringin plak mkn sotong tu....:-)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails