Tuesday, August 4, 2015

Syawal: selepas 30 tahun...rupanya masih ada yang bujang teruna...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-08-2015


Beraya di kampung tahun ini, selain membuat Rumah Terbuka yang sentiasa meriah pada Syawal ke-3, juga istimewa tahun ini kerana saya terlibat dalam program Reunion sekolah menengah saya. Yang diadakan pada Syawal ke-4.

Memang zaman sekarang, reunion sekolah sudah menjadi fenomena. Mana-mana ceruk pun kita akan lihat reunion menjadi agenda, terutama musim Raya.

Kami mencapai sepakat sejak sebelum puasa lagi. Saya antara bekas pelajar yang dilantik menjadi Urusetia reunion yang memikul beberapa tanggungjawab bagi memastikan program akan berjalan dengan baik, lancar dan mendapat sambutan.

Walaupun bukan mudah hendak mengumpulkan sekian ramai rakan-rakan pelajar yang bersekolah menengah sejak 1980-1984, tetapi teknologi sangat membantu. Whatsapp menjadi medan paling popular dan disenangi. Dari kawan kepada kawan. Lalu mesej disampaikan dari mulut ke mulut.


Antara beberapa siri mesorat di luar medan whatsapp yang saya hadiri. Ternyata komitmen setiap Urusetia yang dilantik walaupun tidak bergaji wajar dipuji.


Buku Aturcara yang saya usahakan sendiri. Mujur sempat saya design dan hantar cetak walaupun dalam kesibukan kerja dan bulan puasa.


Duit Raya untuk anak-anak tetamu juga disediakan. Selaku Ketua bahagian sambutan, beberapa AJK di bawah saya memberikan kerjasama yang memuaskan dan saya amat berterimakasih dan menghargai usaha dan tenaga mereka.


Sehari sebelum program majlis. Sekolah menengah saya yang sudah 30 tahun saya tinggalkan. Begitu banyak perubahan yang saya lihat. Secara kebetulan baju saya sama warna dengan tembok pagar sekolah. Saya dan beberapa orang Urusetia datang menyediakan dewan. Lama sungguh tidak menjejak kaki ke sekolah ini. Sejak meninggalkannya pada tahun 1984 saya tidak pernah sekalipun datang. Masa berlalu pantas membawa saya merantau dan jauh tercampak dari kampung halaman...





Atas usaha gigih beberapa orang rakan Urusetia yang tinggal di kampung dan berdekatan kampung, kami berjaya mendapat dewan sekolah lama saya untuk dijadikan lokasi majlis. Kerjasama dan keizinan Puan Pengetua SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjong Piandang iaitu Puan Hajjah Halimah Said (yang rupanya kawan baik dan pernah serumah dengan MyKakYang) sangat kami hargai dan menggembirakan kami semua.


Dan hari yang dinanti pun tiba. Dengan kehadiran Puan Pengetua sendiri, beberapa orang mantan guru kami 30 tahun lalu, dan kira-kira 140 orang tetamu - bekas rakan sekolah Batch 1967 bersama keluarga - majlis menjadi sangat meriah dan bermakna.

Saya dilantik sebagai pengacara majlis untuk sepanjang program, jadi tidak banyak gambar yang dapat saya snap sebagai koleksi peribadi. Jurugambar khas telah dilantik bagi merakam segala pergerakan dan suasana hari itu.


Semua gambar rasmi akan dijadikan majalah khas dan sedang dalam pembikinan. Jadi saya hanya gunakan gambar-gambar dari kamera kawan-kawan yang termuat dalam whatsapp grup.




Ada acara karaoke santai lagu raya, cabutan nombor bertuah, duit raya untuk anak-anak, pelancaran Dana Surau (kami berjaya kumpulkan lebih RM6,000++ untuk binaan surau baru sekolah). Sumbangan hamper dan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah juga sangat banyak dan seronok melihat ramai rakan-rakan yang bertuah membawa pulang hadiah pada petang itu.



Ada sebahagian mereka hanya sempat bersama saya sehingga Form 3 sahaja (kemudian menyambung aliran sains di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang) tetapi mesranya kami bagaikan pernah bersama bertahun-tahun.



Sebahagian besar mereka memang masih saya ingat dan sentiasa terkenang. Walau masing-masing berada di merata tempat dengan pelbagai corak kehidupan, kerjaya dan kejayaan, tiada yang dapat menafikan rasa rindu persahabatan zaman sekolah. Sama-sama melalui suka duka zaman belajar selama 5 tahun.

Walaupun masih ada seorang dua masih bujang belum berjodoh (bujang terlajak ler tuh, kan?), rata-rata yang hadir bersama keluarga ternyata lebih memeriahkan lagi majlis dan memberikan suasana lebih telus dan harmoni. Hanya saya yang sedikit ralat tidak dapat bertegur sapa beramah mesra kerana sibuk di pentas mengelola itu dan ini.


Hanya gambar menjadi kenangan abadi.




 ~...bukanlah SERI BULAN atau HISYAM sekalipun tidak mempunyai kawan lain selain sesama mereka, tetapi HISYAM sering tidak dapat menahan rasa sangsi dan cemburu hati apabila bukan sedikit yang ingin menghimpit SERI BULAN bagaikan bulan tidak lagi dipagar bintang dan SERI BULAN terlebih-lebih lagi rasa cemburu-cemberutnya apabila HISYAM itu terlalu ramai peminatnya...~




6 comments:

  1. Assalam kak, selama ni sy silent reader je. first time nak komen hehe... bagusnya kak azie dan urusetia yg lain, mmg wajar dipuji. bagus reunion bole jmpa kwn2 dan dapat kumpul dana utk surau sekolah sekali. Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  2. Aina pun ada reunion tapi malangnya tak dapat nak join sebab saat akhir majlis pertunangan adik berubah tarikh...raya pertama depa habaq nak buat pada raya ke tiga.

    ReplyDelete
  3. Ni tempat saya mencari rezeki..... mengajar di sini 1988 till now...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. aduhaiii.. saya pun tengah sibuk merancang untuk buat reunion kawan-kawan satu dorm masa di asrama dulu.. pening kepala la kak.. macam-macam ragam.. tu belum campur yang duduk jauh-jauh, cuti tak sama, anak anak-anak kecil dan sebagainya.... aduhhh... :p

    bagi la tips kak..
    macam mana nak organize majlis reunion mcm ni... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails