Wednesday, December 9, 2015

Kenapa nak dengki? — entri geram manja...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-12-2015


Dulu, saya jangka kotornya politik itu tidaklah seteruk ini.

Dulu, saya yakin saya boleh laluinya dengan lancar.

Dulu, saya juga yakin saya boleh kendali setiap cabaran dengan jaya.

Rupanya, memang sangat mencabar walaupun belum sampai goyah lagi kekentalan hati dan semangat saya. Belum menipis keyakinan diri yang saya bina sejak bertahun lamanya. Belum tergoncang kekuatan jiwa saya. InsyaAllah belum.

Tetapi itu bukan bermakna saya tidak memerhati. Tidak berhati-hati. Saya sentiasa bersedia.

Jadi, kalu sesuatu yang depa panggil sebagai “keistimewaan” itu saya miliki kerana diri saya sendiri, korang sakit kat mana?

Bukankah kita diseru untuk sama-sama perbaiki diri dan bersaing sihat untuk memajukan diri dalam kerja. Kerja untuk orang, hasilnya adalah untuk semua. Untuk kita.

Jangan risau tentang lebihnya orang lain dapat, kerana apa yang kita dapat hari ini or mungkin akan datang, wajar disyukuri kerana kita tak pernah rampas hak orang lain.

Kenapa nak dengki?


Tayang-tayang:


Imej saya sebagai diri saya. Cincin besar menggambarkan hati saya yang besar juga badan besar.

Semoga terus tabah!




 ~...jika bukan kerana HISYAM yang senantiasa menjadi pemangkin semangat pendorong kekuatan dan tiang bersandar kala hampir tumbang – walau dia bukan kuat mana pun – tetapi selagi berada di bawah bumbung Teratak Nyatuh yang diyakini kukuh, SERI BULAN tidak akan mungkin menoleh ke arah sungai yang berjeti hampir reput itu di mana mereka pernah tiba kali pertama...~




13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Spesis begitu ada di mana2. Neraka atau syurga sebenarnya atas pilihan kita, kan?

    Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...

    Berdoa agar terus diberikanNya kekuatan.

    ReplyDelete
  3. Bertabah lah Azie..
    Dimana-mana kita bekerja..
    Kita akan menghadapinya..
    Akak pun dah merasainya..
    Redha dan sabar penawarnya..
    Sebab rezeki itu datang dari NYA..

    ReplyDelete
  4. Leganya dah berhenti kerja. Saya takdelah orang dengki dulu2. Biasa2 je. Tapi paling memyampah bab mengumpat la..kita terjerumus sekali. Now lega dah tak masuk sekali dalam group tu.

    ReplyDelete
  5. terdengki kut tu... hahaha. biasa bila orang dengki tu sebab dia teringin nak jadi macam kita. takpun sebab kehidupan kita lebih baik daripada dia

    ReplyDelete
  6. buat tak tau je kak azie, jika dilayan lagi kita sakit hati.

    ReplyDelete
  7. lama tak jengah sini..

    susah hidup sebagai pedengki.

    ReplyDelete
  8. Wujudnya pendengki utk menguji keimanan kita..apa boleh buat..sabooo je lah kak Azie. :)

    ReplyDelete
  9. semoga terus kuat dan tabah kak.
    orang hebat sentiasa diuji..... semat itu saja dalam hati. :)

    ReplyDelete
  10. dengki xelok..tp doa org teraniaya makbul kan kak..bersabarla..

    ReplyDelete
  11. ye semoga terus tabah...dengki ni tengok mata cincin yang besar

    ReplyDelete
  12. denki tu sifat yg paling buruk, tak baik tu
    mau share ya streaming film gratis

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails