Wednesday, January 19, 2011

“Lagi Ko Suruh, Lagi Aku Tak Ndak...!”

Salam.

Selamat bercuti bagi yang berpeluang bercuti esok. Sempena Thaipusam, yang diraikan oleh kaum beragama Hindu. Suatu upacara agama (ritual itu yang menarik perhatian pelancung) yang besar bagi mereka dan telah menjadi juga acara besar di negara kita, sehingga menarik ramai pelancung luar untuk datang melihat lebih dekat perayaan keagamaan ini. (awat pelik jer ayat aku nih, kalu cikgu BM baca, gerenti aku dapat 5 markah jerrr...)

Semasa sekolah dulu (Form 1 dah pun masa tu...) AA memang takut melihat perayaan ini depan mata. Mengigau-ngigau sebab ngeri tengok orang cucuk badan dan mengangkat “kavadi” yang besar dan berwarna-warni. Ye lah.. dulu tak paham.

Pernah sekali, balik sekolah (dalam bas sekolah) berselisih dengan perarakan itu. Balik rumah terus nangis sebab takut. Padahal bukan kena kejar atau apa pun... > Sengih malu.

Sekarang dah tua bangka, aku merasakan betapa uniknya negara kita. Berbilang kaum berpeluang pula kita melihat kaum lain meraikan apa juga acara keagamaan masing-masing. Tentulah wajar sekali kita menghormati sebagaimana orang lain/bangsa lain menghormati pegangan kita, kan?

Esok cuti. Ambillah peluang bercuti. Mungkin ada yang tambah cuti Jumaat so leh dapat sampai ujung minggu. Jangan asyik nak ingat tidor jerrrr... — macam mengata diri sendirik plak!

Pic: sekadar hiasan.

**

Oh ya, sebelum terlupa, memang aku kena sebut juga benda ini. Lately, aku bengang dan agak rimas bila ada komen yang masuk sini semata-mata nak sebut ini: “I follow U, please la follow I balik yerrr.”

Oh please.! Part yang paling aku tak suka. Lagi dia suruh lagi aku tak ndak.! Hahahaha. Jangan paksa bleh tak?

Aku cuba study pergerakan dia, rupanya dia memang masuk banyak blog guna ayat yang sama (siap ada emoticon) dan ulang dalam banyak blog sebegitu. Tapi dalam entri lain tak komen plak. Obviously, masuk hanya utk paste ayat tu jer?

Nak gelak pun ada. Kebetulan pula, KAK KUJIE buat entri yang seakan-akan sama (macam tahu gerak hati lak...). Dilabel sombong tu agak keterlaluan, tapi... yeah, sabar jelah. Tak kenal maka tak cinta, tapi kalu dah kenal jangan plak ajak bercinta yaaaa...! > sengih sambey goyang jari.

Lagi satu, tentang Gathering Blogger yang dicadangkan pada 12-02 itu, memang AA tidak komen di entri “pengesahan kehadiran” itu, sebab AA memang tidak dapat join. Ada banyak urusan rasmi/tidak rasmi dengan keluarga dan juga keluarga mertua. Next time la nampaknya. Tapi jika nak soh promote, no hal...!

Wow! panjangnya entri merapu niiii. Sebenarnya hari ini agak letih. Tak cukup kuat dah nak meronda-ronda blog, lutut pun macam tak tegap lagi dah nak merempit. Yeahhh... dah tua.

Kita sambung siang hari la ya...



~...bila tiada kelas untuk diajar, SERI BULAN sering dipaksa mengemas bilik darjah, menyapu lantai malah pernah diugut diancam segala bagai oleh HISYAM semata-mata dia berlagak nak jadi Guru Besar tak bertauliah. Baling duster baru tau!...~





59 comments:

  1. walau ayat dan citer kak azie banyak nak syer..ayu tetap syok baca...

    selamat bercuti kak azie...ayu still niaga...

    bab follower tu..samalah.ayu pun tak suka gak..benci...

    ReplyDelete
  2. AYU:
    hehehe kamu ni, dari dulu suka benor memuji. Tak elok tau. :)
    Cuti sehari jer AYU. Nak lipat kain.

    ReplyDelete
  3. kak azie--
    bukan suka memuji..tapi kenyataan lah...heheh..bak 20sen..naik tolong lipatkan kain baju tu....heheheh..upah sehelai baju yer..

    ReplyDelete
  4. AYU:
    Hikhikhik! AYU, kamu tahan ker nak melipat kain baju Kak Azie? Besar besarrrrr tauuu...!

    ReplyDelete
  5. kak azie..
    12/02 tu gathering kat mana pulak? yg kat melaka tu ke?

    ReplyDelete
  6. hahahhaha...dah biasa bab besor....20 sen okeylah..kalau 20 helai???

    wah makcik kayo......
    hehehhe...kak azie ayu kerja tau esok..kak jgn tidur jer tau...hahaha

    ReplyDelete
  7. saya x sombong, saya ok..hehe :)


    Jom guling-guling disini pula:

    Azrul Hisham -My Real Life

    ReplyDelete
  8. Salam, kak azie.

    Dulu masa baru-baru berblogging, pernah jugak buat macam tu (mengaku lah pulak) tapi bukan selalu, saya rasa ada sekali dua sahaja.

    Tapi bila fikir-2 balik, buat apa hendak buat macam tu, paksa-2 orang follow kita. Lagipun, orang yg follow kita itupun belum tentu suka dengan blog kita dan niat berblog bukan hendak meramaikan follower.

    Sampai la ni, tidak pernah lagi buat macam tu (taubat dah).

    Sekarang pun bila tengok orang buat macam tu, saya pergi blog dia, dan mungkin follow tapi kalau tidak berminat dengan entri dia, saya tak kunjung lagi kot.

    ReplyDelete
  9. SITI MURNI:
    Ya, 12-02 tu yang dirancang di Pengkalan Balak.


    AZRUL:
    sombong sebenarnya merugikan diri sendiri.

    ReplyDelete
  10. PEMERHATI DUNIA:
    Mesti dah banyak yang diperhatikan, kan? :)
    Salam kenal, sila masuk.

    terimakasih berkongsi-kongsi pengalaman dan membuat pengakuan yang begitu tulus...

    ReplyDelete
  11. alamak, ada ka yang macam tu? Eh bila AA nak jalan-jalan lagi...tunggu uncle punya entry after 25th nanti....kat mana la pulak uncle nak pergi?

    ReplyDelete
  12. u follow i, i follow u..... kekadang tu naik rimas juga

    ReplyDelete
  13. ngeh3x ... ayat jangan ajak bercinta yg tak tahannnnn tu

    ReplyDelete
  14. UNCLE:
    bulan lepas saya pi Penang jer. Buat masa ni tak pi mana lagi lar..
    UNCLE kalu berjalan, wpun dekat, ceritanya tetap hebat. Jangan lupa tulis ya.


    IBU INTAN:
    saya lemas la dengan ajakan ajakan sebegitu...

    ReplyDelete
  15. CEMOMOI:
    Yea laar... bila kenal sekali tu, ada gak kes yang ajak berchenta. Heeee


    AZMASK:
    Selamat bercuti juga utk awak...

    ReplyDelete
  16. 12/02 pun tak pergi, ada program lain yang lebih penting - sambung seminar hari tu

    hehehe...orang selalu cop orang lain sombong bila apa yg dia nak tak dipenuhi.

    ReplyDelete
  17. kak Azie..
    entri panjang tapi best takpe..
    yang tak tahan tu..senyum tersengih..setahu saya..kak Azie ni tak pernahnya tersengih..terus tergelak..
    yang i follow u, u follow me..rasanya terlalu byk pakai bedak follow me kot..
    macam sy, sy baca blog yg sy suka n minat, terutama perkembangan kawan2 dan info2 berguna..
    yang penting kak azie nye blog, sy follow n sy baca..lepaskan kerinduan sbb lama tak berjumpa..*alamak! panjang lak komen*

    ReplyDelete
  18. Salam,
    Ish! anti betul benda2 yang bersyarat macam tu...

    ReplyDelete
  19. salam...

    dulu syira masa awal2 berblog, follower 12 org je, hampir setahun lebih... g follow org tapi tak pandai ccakpa, just komen je... mmg org tak folow la kan..tapi kita diam je..

    tapi syira pernah kena, awak follow saya follow awak, masa tu follower 26 orang, follow jelah..tak kisah...

    cuma sekarang, bila dah lama disini agak terasa bila ada yang ckp mcm tu..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. akak dh fofuler xnak followw kannns.. ihihi

    ReplyDelete
  22. betul betul, siapa nak follow, dialu-alukan, siapa tak nak, tak apa... "apa ada pada nombor follower?" (jangan salah anggap saya kerek)

    yang benar,
    juga tidak suka dipaksa :)

    ReplyDelete
  23. pernah buat mcam tu sekali dua tapi rasa malu sangat² macam memaksa orang...terus teringat niat menulis blog..bukan nak ramai followers, cuma jadi tempat macam diary keluarga..dapat kawan baru adalah bonus.

    ReplyDelete
  24. Azie
    Nihhaa cikgu BM bidan terjun dah mari ... "ramai pelancung luar". I tambah lagi 2 markah kalau you tak guna 'luar' (sevav pelawat dlm negara sendiwi tak dipanggil pelancung, kan Azie kan?).
    .
    .
    Ehh ye ke? Niway, jom nyanyi "I will follow you .. "

    ReplyDelete
  25. ingat zaman budak-budak biasanya lagi dilarang lagi nak buat...hahahaa...
    pengabisnya kalau memanjat disuruh lagi panjat dah jatuh baru tahu kenapa mak tak bagi panjat! Sakit weyyy...

    ReplyDelete
  26. kak AA, saya dah delete Shout box. saya rasa macam kurang selesa juga dengan keadaan macam tu.

    dan saya pun sekarang suam-suam kuku untuk join GA - cara terbaik untuk menambah follower dan kenalan..

    :)

    ReplyDelete
  27. selamat bercuti kepada mereka yang bercuti sebab saya terpaksa kerja.

    pernah gak dapat komen2 sama cam gitu, biasalah kan.

    ReplyDelete
  28. ayya kalai vanakkam cantiknya nama kujie hi hi hi hi hi

    ReplyDelete
  29. selamat bercuti kak azie
    ambo keje nih..hehe

    saya pom dpt pengomen gtu..diselit gak utk suh kita folo..

    ReplyDelete
  30. Selamat bercuti K.Azie - Semoga riang-ria melipat baju sambil gelak2 dgn keluarga...

    "I follooowwww...!" pinjam ungkapan Salleh Yaakob

    ReplyDelete
  31. korang cuti hari ini tapi aku kerja. Jalan kat sana tak jem lah.. Ok je.. sape nak melompat sama pun boleh

    ReplyDelete
  32. Sebenarnya, saya sendiri tak paham untuk apa ada benda Follower tu...hihihi.. kalau satu follower memberikan kita 10 sen setiap hari, maka rasa memang berbaloi lah mengejar bilangan follower, kan? Saya letak benda alah follower tu pun, sebab suka2 saja.

    Konsepnya sama sahaja dgn bilangan Friends dalam FB. Ada sesetengah org memang obses nak ramai friends, samalah mcm dlm blog, nak ramai followers..hahahhaa..

    Tapi bila mengomen tak ikhlas mcm tu, dan demand org lain follow, itu mmg patut kena pelangkong....:)

    ReplyDelete
  33. masa study kat Skudai dulu,acu selalu ke kuil di depan Plaza Kotaray JB semata-mata nak tengok perarakan Thaipusam nie...

    terlintas juga nak ke kuil di Batu Cave tu tapi memikirkan pasal jam,tak sanggup rasa nya nak bersesak dalam lautan manusia tu..

    emm...bercakap pasal komen "i folo u nanti u folo back ye" selalu jugak acu dapat...ada yg acu folo if blog dia best..ada jugak yg acu tak folo sebab tak minat...

    ReplyDelete
  34. KAK KUJIE:
    Saya ada baca, mungkin MAZIDUL batalkan gathering itu jika kurang sambutan.


    DR RODZILA:
    Lama tak gunakan bedak FollowMe. hehehe

    ReplyDelete
  35. ANYSS:
    Syarat nak meminang pun tak susah camtu. Hahahaha...


    SYIRA:
    Sama-sama lah kita belajar dan memahami erti berblogging. Mengikut kesesuaian dan keselesaan masing2.

    ReplyDelete
  36. EN_ME:
    Fofuler? Dapat duit ke kalu popular ni? Kalu dapat, ndak ler juga. :)


    KUCING OREN yang gerenti tak gemok:
    Kerek macam Kak Azie juga ler ya?

    ReplyDelete
  37. ZAKIYAH:
    Takpa, belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. I suka baca kisah si kembar tu.


    SOM:
    Ye laaarrr... Terimakasih CIKGU, wpun cikgu tambah 2 markah jer. Awat tak bagi 20 markah terus..?
    “I will follow youuuuuuu....!”

    ReplyDelete
  38. JUNAINA:
    Ada rasa serik tak? Kalu tak, jom panjat tangga Batu Caves!


    EFFA:
    Kak Azie tak pernah ada Shout Box or Chat Box or whatever-name-is tu.. Sebab memang takda masa nak pantau.

    ReplyDelete
  39. EELOBOR:
    Selamat bertugas. Best juga kerja di hari cuti umum. Triple pay youuuu...!


    SARAH:
    Keja ker? Laaa seronok tu.
    Komen sebegitu, jika aktif dlm entri2 lain ok lagi, tapi masuk semata-mata itu, buat kita rimas.

    ReplyDelete
  40. PN LIZA:
    “I followwwww...!” tiap pagi dok dengar SY gak.


    PANG5 MUDA:
    Nak join melompat gak laarr..

    ReplyDelete
  41. DADDY ZIYYAD:
    Bagi saya, saya pun tak pasti dengan jelas function sebenar followers tu, cuma rasanya ia menunjukkan blog kita dijengah dan di“link”. Agaknya.
    Pelangkong? Tak baik tauuuuu...



    ACU:
    Wahhh tengok sendiri perarakan tu, suatu pengalaman yang best.

    ReplyDelete
  42. ms mula2 blogging dulu penah wat perangai cam ni..wat malu jek..hehehe..suka hati orglah,kan?

    ReplyDelete
  43. kak azie..tahniah! & terima kasih sbb sudi capture nombor tu..nnti emailkan address akak pd saya ye :)

    ReplyDelete
  44. selamat bercuti, minggu depan lagi masyuk cutieee

    ReplyDelete
  45. HAMIZAH:
    Heheheheh... tumpang gelak sama.


    MAKDARA:
    Terimakasih. Kak Azie ler yang menang yer? :)


    MIZZYN:
    Minggu depan harus ada orang cuti sampai seminggu.

    ReplyDelete
  46. buat semua..
    kalau nak follow satu2 blog tu,pastikan anda berminat dengannya..ok?? and please..letaklah komen sikit so si penulis x adalah terasa sangat.. :)

    ReplyDelete
  47. MIMI JAZMAN:
    Terimakasih. Berita faham.:)

    Tapi sampai hari ini Kak Azie tak jumpa blog awak lagi.

    ReplyDelete
  48. salam singgah akak..

    diorg yg nk sgt naik traffic tu sbb nk duit nuffnang le tu..

    kalo kena kat sy, sy memang rimasssss...maen pakse2 pehal pulak kan..

    ReplyDelete
  49. salam,
    first time komen ni..harini ramai gak ye yg tulis entry pasal ni..psl isu blogwalking ni. erm, tp betul le sis, sy penah gak kena dgn blogger camni..dah paksa kita follow dia 1 hal, bila kita cuba nak being frenly, komen kat entry2 dia, haram dia tak pun return us favour. sy ni suka blogger yg ikut sama respon, takat parking nama je bek takyah la follow kan..tak suka baca takyah follow. what im trying to say is, ko nak orang folo ko, tapi ko taknak build dan maintain relationship dgn blogger lain tu pehal? bukan susah pun. masa mintak org follow bukan main lagi. so i stop follow dia sbb i rasa dia agak eksen dan tamak kejar follower. and sorry to say, entry2 dia byk yg self-obsession, boring baca. i kadang2 ni pelik la, ramai follower ni dapat apa sbnrnya? i kenal sorg blogger ni, dia sgt humble, dia pegi singgah sume blog yg dia follow dan leave comment. bukan takat shoutbox aje..sy respek dia bcoz dia jaga relationship dgn follower2 dia. just my 2 cents.

    ReplyDelete
  50. ZIE:
    Salam kenal. Sila masuk, jangan segan.
    Siapa pun pasti rimas jika dipaksa-paksa kecuali dia pun jenis memaksa juga....:)

    ReplyDelete
  51. FAT:
    Salam kenal, sila masuk.
    Ada banyak pendapat pro kontra tentang isu follower ni. Tapi rata-rata memang tidak suka dipaksa.

    Begitu juga dengan komen, kita pun tak leh paksa orang utk respons komen kita. Kerana ada blogger tak respons di situ tetapi masuk blog si pengomen dan tinggal jejak.

    Kak Azie seboleh2 buat dua-dua sekali.

    Apapun terimakasih FATT, kerana berkongsi pengalaman.

    Do come again, yaaa...

    ReplyDelete
  52. Akak ada juga jumpa blogger yang macam tu..cuba nak penuhi permintaannya tapi akak tak faham bahasa gossip yang digunakan dalam setiap n3 dia..jadi, KIV dululah..

    ReplyDelete
  53. agaknya kalau ada follower ramai kira popular habih laa kot.. ntah tak paham laa..

    pada Eja, nak ikut (follow) ikut je la.. tak yah laa nak mintak org ikut kita.. elok2 org nak masuk n baca blog kita silap2 langsung tak singgah dah..

    ReplyDelete
  54. KAK ARIZAKIAH:
    Saya pernah buang beberapa list blog kerana saya tak faham apa yang mereka tulis.



    EJA:
    Itulah yang juga Kak Azie rasa.

    ReplyDelete
  55. KAK ARIZAKIAH:
    Saya pernah buang beberapa list blog kerana saya tak faham apa yang mereka tulis.



    EJA:
    Itulah yang juga Kak Azie rasa.

    ReplyDelete
  56. AA - i will follow you, but don't follow me Sri Bulan, takut Hisham marah! koh koh koh!

    ReplyDelete
  57. ABG RAMBUTAN:
    Kalu kena musim rambutan, harus gak nak followww...!

    ReplyDelete
  58. ahahahhaha...kak, mintak izin share...(joking)...kuikuikui... den pon bole sawan kalo dengo ayat tuh....geliii makkk!!!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails