Thursday, December 3, 2015

Belasungkawa Pak Yus...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
03-12-2015


Umum mengetahui. Seluruh negara tahu. Malah saya yakin seluruh warga hiburan negara menangisi pemergiannya. Pak Yus Jambu yang menjadi penghibur. Pelawak yang tersendiri.

Pada pagi Isnin lalu, yang menjadi hari pertama grup trio Sepahtu menjadi peneraju segmen Sinar Pagi di konti Sinar.fm, yang saya turut teruja nak dengar....dipenuhi dengan temubual dan perkembangan urusan jenazah.

Suasana sebak dan pilu apabila lepas sorang, sorang rakan-rakan arwah bercakap tentang budi baik arwah. Kenangan pahit manis bersama. Saya yang mendengar turut merasa sebaknya.

Mengenali arwah Pak Yus menerusi siaran di tv dalam sekian banyak program lawak... kita, kami turut merasai kehilangan itu. Sesungguhnya arwah memang menjadi salah seorang penghibur. Menghibur dan mengisi masa lapang kita di hujung minggu.


Membaca beberapa kisah yang ditulis berkaitan arwah, memberikan rasa sebak dan tidak sedikit keinsafan. Insan yang baik bila-bila pun pasti dikenang orang.

Mati itu pasti.

Semoga mereka yang telah pergi, akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.




 ~...bukanlah tidak pernah HISYAM berdepan dengan kematian, bukanlah dia begitu keras hati tidak pernah menangisi kematian jua, cuma apabila dikhabarkan tentang pemergian kedua ibubapanya semasa dia masih bergelut dengan buku dan kuliah di negara jauh bermusim empat, hanya SERI BULAN yang memahami betapa gentarnya dia untuk bersendirian ketika itu...~




7 comments:

  1. Pengajaran dari arwah yg saya ambil, ialah: Banyak kan menderma, tak berkira dengan kawan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... insan yang kita lihat kelakar selalu buat lawak yang tak serius, sebenarnya adalah insan yang sangat positif kehidupannya...

      Delete
  2. Arwah ikhlas, menghulur bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada ganjaran indah untuknya di sana...

      Delete
  3. turut berbela sungkawa.

    ReplyDelete
  4. selamat tinggal pak yus pelawak nan baik...

    ReplyDelete
  5. semoga semua amal serta kebaikan nya di ampuni amin.
    Watch movie online

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails