Thursday, April 14, 2016

Cuti kena pangkah: padan muka aku...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
12-04-2016


Saya menulis entri mengikut apa yang terlintas dan perkara yang terdekat sahaja. Untuk menulis sesuatu peristiwa besar seperti program keluarga untuk dijadikan rakaman di blog memerlukan masa yang mana...itulah yang selalu susah saya nak dapat. Masa.

Semalam, sudah ada arahan dari MyManager untuk masing-masing mengatur perancangan cuti untuk bulan hadapan. Hari Buruh 1 Mei bakal jatuh pada hari Ahad dan Senin automatik cuti umum juga. Lalu berebutlah kami menghantar borang untuk pertimbangan Manager.

Saya menghantar 2 borang berasingan kerana cuti Hari Buruh memang saya merancang untuk balik kampung. Dan cuti ke-2 dirancang pada hujung Mei adalah untuk percutian luar yang sudah saya rancang sejak awal tahun. Hmmm...

Sayang sekali, permohonan percutian saya tak lulus. MyManager wants me to choose, samada cuti awal bulan atau cuti pada hujung bulan. Of course la saya pilih cuti untuk balik kampung. Itu lebih penting.

Walaupun kami baru saja selesai bertungkus-lumus (pinjam ayat faberet OurBosBesar) selama sebulan semasa Projek Khas haritu, tapi kerja-kerja lain juga banyak lalu beberapa orang lain juga terpaksa disingkatkan cuti malah ada yang langsung tak lulus cutinya.

Huhuhuhuh tetiba tak sabar nak balik kampung bercuti...!

Tayang-tayang:



Belanja pic semasa percutian terakhir saya bulan lepas. Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat, 28 Feb-1 Mac lalu.




 ~...SERI BULAN tiada hati lagi untuk terus berada di Teratak Nyatuh. Sekian...~




6 comments:

  1. Seronoknya dapat pulang ke kampung tambahan ada yang menunggu untuk bergurau senda... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi BONDA masih ada Kakcik... sebahagian keluarga memang ramai menetap di sekitar dekat kampung, yg ada kat KL cuma abang saya saja (dan anak2 buah).

      Kakak-kakak, adik-adik semua kat sebelah kampung...

      Delete
  2. of course i pun pilih untuk balik ke kampung! ☺️☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer LIA... kali akhir balik kampung masa CNY dulu. Rasa lama sangat dah tak balik ni...

      Delete
  3. Assalam Azie...kak Zai sihat2 aje. Lama Azie mendiamkan diri.Selamat kembali berblog.Seharusnya balik ke kampong bonda setia menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Kak ZAI. Selagi BONDA masih ada, memang nak balik selalu lah...

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails