Saturday, April 9, 2016

Entri pertama: gementar bagai cinta pandang pertama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
09-04-2016


Alhamdulillah... akhirnya saya berjaya juga menulis sesuatu sebagai permulaan entri di tahun 2016.

Sekali fikir, bila lagi mahu memulakan semula aktiviti berblogging. Semangat tidak luntur sepenuhnya kerana cerita sentiasa ada. Tulisan masih boleh diasah tajam jika mahu, cuma sekali saya berhenti sekejap, susah sekali nak mulakan balik. Nak mencari rentak ternyata tidak mudah. Sementelah saya mula melihat berblogging tidak lagi menjadi keutamaan kerana harus bersaing dengan masa dan rutin kerja.

Saya harap entri pertama ini akan menjadi perintis semula.

Cerita saya sepanjang tempoh berehat tidak dapat ditulis atau dirakam banyak. Ada beberapa program dan peristiwa yang saya sudah tidak ingat lagi. Malah lebih elok terus dilupakan saja, barangkali. Bak kata orang, barang yang dilepas jangan dikenang. Bila dikenang merosak jiwa. Aduhai...

Antara sebab lain yang membuatkan saya sukar nak aktif semula, kerana saya sudah merasakan sudah tidak ramai yang berminat nak baca. Then saya sedar semula, tulisan saya tidak memerlukan orang baca pun. Cukup sekadar saya menyimpan kenangan sebagai rekod peribadi. Mungkin itu yang terbaik buat saya.

Sejak tahun lalu, sehingga ke hari ini saya masih seperti biasa. Masih bekerja di tempat saya, bangunan sama, department sama, persekitaran sama tetapi saya semakin mengurangkan kadar hubungan dengan orang keliling. Cukup sekadar jumpa senyum, borak jika perlu, cakap ketika tugasan memerlukan percakapan...selebihnya saya tidak berapa rajin nak bercampur. Mengambil jalan sebagai orang berkecuali, menjadi suatu yang selesa buat saya. Setakat ini.

eh... ehhh tetiba macam ada banyak cerita nak tulis pulak. Hahahaha!

Okeh cukup dulu Azie.Sebagai permulaan. Warm up, kata omputih.




 ~...SERI BULAN merasakan dia tidak diperlukan di mana-mana pun, malahan melihat jeti di tepi Sungai Menghijau Lumut itu pun bagai melambai dia supaya pergi jauh dan melupakan saja setiap langkah dan setiap orang di Kampung Separuh Desa ini...~




15 comments:

  1. Wow sama macam kita tulis untuk diri sendiri. Kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekian lama menulis ada ketika jaga hati orang sangat...sekarang ni lebih nak fokus untuk tatapan sendiri jer kot...

      Delete
  2. Ye kak azie, kita tulis bkn utk org baca, tp utk kenangan diri kita, saya berazam suatu hari nnt saya akn bukukan hasil blogging saya dan mgkn lps tu terus tutup buku.

    ReplyDelete
  3. Ye kak azie, kita tulis bkn utk org baca, tp utk kenangan diri kita, saya berazam suatu hari nnt saya akn bukukan hasil blogging saya dan mgkn lps tu terus tutup buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membukukan tulisan di blog is a good idea...

      Delete
  4. Assalam. Welkem bek Azieazah.. saya umpamakan blog pengganti diari.. tapi orang boleh excess.. hehe.. supaya tak hilang memori tu.. especially untuk anak-anak kita baca bila kita dah tak de esok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Salam kenal. Terimakasih kerana sudi singgah menziarah. Alhamdulillah... saya mungkin slow slow akan aktif kembali...

      Delete
  5. Lama sungguh kita tak bertemu di laman maya dan bersua muka.
    Ada rezeki nak juga berbual dan bergurau dgn Azie semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak. Akak apa khabar...

      Insyaallah ada rezeki ada jodoh nanti kita jumpa jumpa la kat area Bangi.
      Lama tak bergurau senda...

      Delete
  6. salam kak,

    memang saya tunggu la tulisan akak...teruskab berblogging ek..dengan izin Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam QWEEN...

      terimakasih banyak ya. Walaupun tiada apa sangat kat blog ini, sangat berterimakasih dan terharu sbb ada juga yang masih menunggu.

      Delete
  7. welcome back kak.. blog bukan trending sekarang, tapi tetap di hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ZONAKU.. (sampai Kak Azie lupa nama awak)

      Yup. Blog sudah menjadi sebahagian dari kehidupan pulak...

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    waaaaaaa

    ambo pun dah lemau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lemau takpa asal saja masih ramai orang yang mau.. hehehehe

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails