Friday, April 29, 2016

Shoes Festival 2016: melepas la sayaaa....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
29-04-2016


Ohh Shoes Festival datang lagi. Kali ini di PWTC.

Saya mula terjebak dengan Shoes Festival ni sejak 2 tahun lalu. Di PWTC juga. Masa tu, saya pi sensorang jer. Malas nak susahkan kawan-kawan. Yang minat kasut sangat, adalah saya. Tak perlu nak berteman segala.

Tahun lepas, ianya diadakan di KL Convention Centre. Agak jauh ke belakang bangunan pamerannya. Jauh juga saya menapak. Minat punya pasal, saya redah. Walaupun bukan nak beli sangat pun, sekadar nak puaskan hati dan minat. Tengok rekaan yang menarik dan unik.

Boleh baca ceritanya di sini:
Kalu dah hantu kasut

Juga entri ini: Pameran kasut – Lone Ranger

Tahun ini, ianya sudah bermula hari ini. Nampak gaya, tahun ini saya takda peluang nak pergi.


Posternya menarik hati saya, tapi kerana harus berada di luar kawasan esok, tiada peluang bagi saya tahun ini.




Capal bersaiz gergasi. Semasa MISF tahun lepas di KLCC.



Replika kasut besar milik Zhang Toi ini sekali lagi dibawa ke pentas tahun ini. Ini adalah pentas semasa pelancarannya di Sungei Wang, Kuala Lumpur.


Saya juga ada kenangan bersama kasut besar itu pada tahun 2014 dulu.

Ya... saya memang peminat kasut. Ironinya, hampir kebanyakan masa saya keluar, saya lebih selesa berseliper Jepun dan tidak Jepun. Ahaks!





 ~...pertama kali warga Kampung Separuh Desa melihat SERI BULAN tiba dengan kasut bertumit setinggi 3 inci, bagai ngeri mengenangkan seandainya dia jatuh atau tersandung ke hadapan tanpa siapa yang sempat menyambut, tetapi tidak kurang juga yang berangan-angan hendak cuba memasang tumit sendiri lalu HISYAM tidak jemu cuba menyorok kasut kesayangan temannya itu agar tiada siapa bakal jatuh, tiada siapa bakal tersembam...~




5 comments:

  1. Tak dapat nak pergi.. sobsobsob..

    ReplyDelete
  2. sama la kita! sobbb... aina pun hantu kasut.
    Tahun ni tak dapat pegi... >_<

    ReplyDelete
  3. macam mana saya selalu terlepas?

    ReplyDelete
  4. Tau pasal pesta kasut pun dari blog azie..
    Makchaq x peminat kasut. Paling banyak pernah ada 3 pasang kasut. Semua flat pump/court. Tapi pakai 1 sampai koyak..pi kerja pi market pi jalan semua pakai 1 tu ja.. makchaq x pakai sliper..
    Pakchaq yg banyak kasut tapi bila jalan macam azie.. suka pakai sliper.

    ReplyDelete
  5. suka gak gi pameran2 macam ni.. heee

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails