Thursday, June 9, 2016

Ramadan ke-4: Gaji awal, duit Raya dan cuti Raya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
09-06-2016


Sebenarnya bila tiba bulan puasa, apa cerita paling best nak kongsi? Hmmm... secara normalnya, paling banyak ialah kisah menu, masak apa untuk berbuka, untuk bersahur, borong apa di pasar Ramadan... dan seumpamanya.

Selain itu, saya juga suka baca kisah pengalaman kawan-kawan yang berpeluang mengerjakan umrah di bulan Ramadan ini. Keseronokan dan keindahan itu turut memberikan rasa bahagia di hati kita, kan?

Terkini, ramai para penjawat awam gembira kerana bakal mendapat Duit Raya RM500 yang boleh mula dibelanjakan pada Isnin depan. (Dengar khabar, kerajaan negeri Selangor bagi bonus 1.5 bulan, betoi ka?)

Kisah tempat kija saya, pihak pengurusan sudah mewar-warkan perancangan cuti dan semua staf digalakkan mengambil cuti untuk sepanjang cuti Hari Raya itu. Cuti tambahan akan diluluskan mengikut budi bicara HOD masing-masing. (HOD = Head of Department).

Soal duit raya tidak dihebahkan. Tetapi tarikh gaji dipercepatkan. Yeayyyy...!

Saya memang merancang untuk bercuti panjang kali ini, kerana mengikut perkiraan kasar, kami harus beraya di Kuala Pilah tahun ini. Apapun, jika ditapis semula, tiada giliran khas pun sejak ibuayah mertua saya meninggal. MyToklaki tak berapa kisah. Jadi kebelakangan ini, kami biasanya memang beraya di rumah sendiri dulu.

Beberapa undangan majlis Raya di sekitar kampung sudah diterima. Beberapa orang rakan lama sudah mempunyai perancangan perjumpaan secara santai dan ringkas. Jika keadaan lancar, dan jadual tidak padat, saya pasti hadir.

Ramai orang akan sebut, bersederhana untuk menyambut Raya. Tapi sederhana itupun, ada level tertentu bagi setengah orang. Ada orang rasa dia beraya sederhana dengan hanya sepasang baju, orang lain pula langsung tidak menukar yang baru cukup sekadar pakai yang lama asal masih baru. Sederhana itu mengikut piawaian poket sendiri masing-masing.

 Tayang-tayang:


Kuih Lopes (beli bukan buat, tapi pic snap sendiri, tak cilok orang punya). Sentiasa menjadi idaman tekak di bulan puasa. Haiii... bila lah nak buat.




 ~...HISYAM, jikapun engkau sedang melihat, sedang memerhati usahlah terus menanti sedangkan engkau sedia tahu sedia mengerti SERI BULAN tidak pernah kisah kata-katanya tidak diendah, ayatnya sering kena patah, malah angan-angannya bagai kena belasah, namum terus juga dia setia menanti engkau duhai HISYAM dan terus berharap agar Syawal nanti lebaran bakal dirai bersama dan duit raya dapat dikongsi bersama lagi...~




14 comments:

  1. Sedapnya kuih lopez, kak....
    belum merasa kuih lagi start 1 ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pun dah lama tak buat. Asyik la takda masa.

      Delete
  2. sekali tengok macam buah melaka dh tadi.. saya insha Allah beraya di rumah sendiri juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah Melaka menjadi menu kuih wajib buat tiap kali Ramadan. Cuma sampai sekarang belum buat lagi. Minggu depan ler kot...

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah rezeki penjawat awam.. Department saya dah start reserved cuti, unfortunately gaji keluar tetap 25hb. manakala imbuhan Hari Raya masih samar-samar, huhuhu. Budget duit raya dan persiapan all done :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Lenny,

      Walaupun gaji kuar awal, bahaya juga kalu kuarkan pun awal juga. Kena jaga bajet jugak la. Nanti lepas Raya jenoh nak tunggu gaji.

      Delete
  4. Penjawat awam kena tunggu gaji 25hb..kalau dpt cepat pun bagus..hehe..saya sekarang pun pengemar kuih lopes.. dulu memang x suka..sekarang pantang jumpa

    ReplyDelete
  5. Penjawat awam kena tunggu gaji 25hb..kalau dpt cepat pun bagus..hehe..saya sekarang pun pengemar kuih lopes.. dulu memang x suka..sekarang pantang jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalu Raya, gaji memang kuar awal, kan?

      Delete
  6. pebret saya kuih lopes tu.setiap kali bulan puasa mesti mencari selain ada lagi kuih kesukaan yang dibeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu nak puas, memang kene buat sendirilah nampaknya...

      Delete
  7. seronok lah boleh cuti panjang ye Azie.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails