Thursday, April 16, 2015

Book Fair 2015: beza saya dengan mereka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
15-04-2015


Begitu cepat masa berlalu tak sedar sudah pertengahan April. Kesibukan mungkin membuatkan kita tidak sedar betapa cepatnya masa bergerak lalu hari bertambah sangat cepat.

Menumpukan perhatian kepada kerja menjadi suatu perkara "escapism" buat saya yang mencintai kerja saya sejak dulu hingga hari ini. I love to work with books.

Pesta Buku just around the corner. Pelbagai persiapan dah bermula di tempat kerja saya terutama di department tertentu. Booth structure, tshirt, poster, bunting dan sebagainya diuruskan sepenuhnya oleh depa. Saya tidak pernah terlibat secara langsung kecuali sibuk mengintai peluang nak duty kat booth.

Book Fair tahun ini walaupun tidak jatuh pada cuti semester persekolahan, tetapi ada beberapa hari cuti peristiwa yang panjang. Saya hanya melihat cuma 2 hari Ahad ruang untuk saya. Tidak perlu berebut pun kerana hampir semua rakan satu lantai dengan saya mengelak. Sebenarnya yang terpilih hanya perlu duty 1 hari sahaja tetapi saya suka nak kerja lebih. Sehari lagi saya gantikan orang yang ada komitmen keluarga. Hari lain yang cuti (Wesak dan Hari Buruh) saya akan bercuti di tempat lain. Jika tak kerana cuti yang dah confirm sejak awal tahun ni, haruslah saya duty setiap hari tersebut.


Saya menjangkakan dan mengharapkan kali ini akan lebih meriah dan menyeronokkan. Itulah beza saya dan mereka. Saya sukakan kemeriahan Book Fair tetapi ramai sekali depa ni tidak pernah suka.


Staf yang menabung syiling boleh menukar tabungan berat depa untuk keperluan cashier di Book Fair. Department saya sahaja berjaya menukar syiling lebih RM1k...! So akaun department tak perlu pi bank untuk menukar syiling.

Saya tidak mahu berkempen tetapi menyeru masyarakat meluangkan masa ke Book Fair setiap tahun. Bukan sahaja ada diskaun tetapi juga ada banyak pilihan bahan bacaan yang berfaedah. Dalam fenomena ramai orang sukakan (kadang-kadang taksub) akan gadget, saya rasa memilih buku adalah juga pilihan terbaik.


Kita jumpa di Book Fair PWTC nanti....!




*saya akan bertugas pada Ahad 26 April dan Ahad 3 Mei.





 ~...tiada lagi lagu senandung buat kita?...~




11 comments:

  1. Saya akan pergi pda 30.04.2015.. Saya suka pesta buku tapi saya kurang gemar tempat yg croded dan bising... Camne tuh... :)

    ReplyDelete
  2. sabtu-ahad mesti ramai yang ke situ. dengan 2 orang hero yang tengah meningkat naik tahap "ketidakdudukdiamnya", agak sukar kami ke tempat sebegitu

    ReplyDelete
  3. Kak zai suka dgn buku itu sebabnya setiap kali ada Book Fair tak pernah lepaskan peluang.

    ReplyDelete
  4. Boleh ajak anak2 jalan2 naik komuter pi pesta buku.

    ReplyDelete
  5. boleh guna voucer buku tak?

    ReplyDelete
  6. ginjal saya bermaslah apakah anda tau Obat Gagal Ginjal paling ampuh dan aman??? tolong beri tau saya ,,,

    ReplyDelete
  7. Di MITC melaka pun ada pesta buku pada tarikh yg sama

    ReplyDelete
  8. wah..kalo pegi boleh jumpa kak azie nih, ermm kena pujuk larling ajak pegi

    ReplyDelete
  9. Insha Allah jumpa kat sana..tegurlah kalau terserempak..hehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails