السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
29-11-2012
Dah Khamis? Time flies.
Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti dan akan pergi bercuti nanti. Nikmatilah percutian anda dengan sebaiknya, kerana setiap orang berhak untuk menikmati cuti dengan berehat dari memikirkan perkara utama selama ini iaitu kerja.
Saya melupakan hal kerja bukan sahaja waktu cuti, tapi bila kuar saja dari pintu opis memang jarang saya dok ingat apa pun pasal kerja saya. Lagipun kerja saya tak memerlukan sangat saya nak fikir atau nak bawak balik ke rumah. Semua boleh tinggal di atas meja. Jarang saya terpaksa sambung buat kat rumah.
Semalam, MyManager bercakap panjang dengan saya, dalam sesi “meluah perasaan”. Tentang apa yang dia rasa, kekesalan, kekecewaan. Tidak banyak lagi kegembiraan dan keseronokan bagi dia. Saya tadah telinga, kerana saya dan dia berbeza. Saya level kuli, dia level management. Tentulah kehendak saya dan kehendak dia tak sama.
Kesimpulan, saya sebut: Jangan fikir sangat kelebihan yang dinikmati majikan. Saya sendiri tutup mata sebelah dan tutup telinga sebelah dengan kerenah bos saya yang berdua itu. Saya tidak mahu kerenah mereka itu mempengaruhi graf kerjaya saya. Balik ke rumah saya lupa pasal apa yang saya lihat dalam opis. Selagi kita membandingkan, selagi itu kita rasa geram dan kecewa.
Tayang-tayang:
Lunch saya semalam. Sekeping cukup. RM2.99
Selagi saya bergerak Lone Ranger sepanjang di area kerja, saya selesa. Saya selesa kerana kerja saya mengikut rentak saya sendiri tanpa perlu menunggu orang lain. Selaku orang matang, saya harus tahu apa yang saya perlu usahakan untuk menjadi pekerja yang baik dan mengikut kehendak semasa.
Jangan merumitkan keadaan dengan merumitkan diri sendiri. Saya tidak suka memberi peluang kepada bos saya bercerita panjang lebar tentang benda yang tiada kaitan dengan kerja. Saya tidak pernah beri ruang untuk diri saya duduk lepak dengan mereka semata-mata untuk dengar cerita dia semalam semalam dan semalam. Cerita tentang adik beradik dia. Cerita tentang rumah baru dia or sofa baru dia. Tiada kesan kepada saya pun.
Baik saya layan lagu di radio saya atau layan FB di hp saya!
~...sudah lama meninggalkan gitar tidak dipetik talinya, HISYAM mula merasakan rindu itu bukan sahaja kepada irama yang pernah tercipta tetapi juga kepada insan yang pernah ada sebutan dalam irama itu sendiri...~
saya setuju dan cuba utk mengikut gerak cara akak.. :)
ReplyDeleteIkut mana yang sesuai saja Yana. Lain orang lain cara.
DeleteKadang2 rakan sepejabat tak tahu pun kakcik ada atau tidak di pejabat kerana kakcik lebih suka duduk diam2 di meja sendiri. Tak ada kerja kalu, kakcik layan internet atau membaca...
ReplyDeleteBest jika ada peluang layan internet time takda kerja. Opis saya tak boleh. Saya boleh FB sahaja, guna hp sendiri.
Deletekalau cuti memang tak kuasa nak fikir pasal kerja..masa kualiti dengan keluarga lebih penting.
ReplyDeleteItulah yang sepatutnya pun. Biarlah kita enjoy dengan keluarga. Anak-anak berhak mendapat masa berkualiti dari kita.
DeleteKakak ada sedikit kelebihan sebab kakak seorg saja perempuan dan juga seorg saja Islam. Org lelaki bukan Melayu lagilah jarang nak bercerita hal lain dari kerja. Sebab itu bila free kakak berblog hihi...
ReplyDeleteBeruntung jika rakan sekerja bukan orang kita bila mereka jarang nak ambil pot hal kain orang lain. Orang lelaki, lagi lah tak kisah.
DeleteSalam Kak Azie sayang..
ReplyDeleteTiba2 rasa sebak lak masuk sini... teringat zaman mula2 mengenali Kak Azie.. yg paling saya ingat dan takkan lupa warna ungu ialah warna peberet Kak Azie... :)
Kadang2 saya juga teringin nak layan FB masa tengah bosan + merehatkan minda dari kerja-kerja yg memenatkan di bilik guru.. tp apakan daya ada pula pemerhati yg akan melaporkan stafnya yang melayari FB ketika waktu pejabat.. nnti bila meeting ada ada ler isu berbangkit ni.. hendak tak hendak terpaksalah juga melayan perkara-perkara yg kadangkala menyakitkan hati, telinga dan sebagainya ketika bertugas.
Salam Nida. Bertahun lamanya sudah mengenal Nida di alam blog. Sejak di NZ, sehingga dah balik Malaysia pun. Memang Kak Azie masih setia dengan warna ungu itu.
DeleteBos kdg2 memang begitu. abaikan mereka..hehe..kite ni thp kuli2 diam jek..hehe
ReplyDeleteMemang, bila bos bos bersembang, kita ni elok iyakan sahja. Angguk senyum. Jika ada peluang untuk bereder, sila blah dengan segera. Hehehe
DeleteKan? Sy tak le selalu pk privilege bos sy tp privilege bangsa2 mrk yg ketara. Mmmm....
ReplyDeleteHmmmm... lagi susah nak pikir.
DeleteDulu masa muda, rajin saya bok balik keja ke rumah. 10 tahun kebelakangan ni tidak lagi dah. Keja tinggai di tempat keja. Baibai.
ReplyDeleteElok la begitu. Kita ni makin tak muda. Takkan nak paksa diri dok buat kerja orang-orang yang muda muda. Ya dak?
Deletekalau mcm tuh segala masalah beliau, staff tahulah...
ReplyDeleteyg penting masalahnya tak ada kesan kat diri kita sudah, tolong dengar je.....
Tolong dengar pun kalu boleh elak, memang saya elak selalu. Jemu sebab dok ulang citer yg sama jer kadang-kadang.
Deletehehe...baca tajuk je dayah dah sengeh panjang...
ReplyDeleteboss dayah cam gitu la...
bukan takat dapur..bilik air , ruang tamu..sofa baru segalanya lah dia cerita..
dayah pun tak selalu layan...malas..
pandai pandai je tarik diri jauh jauh kalau boss dtg nk menyembang..
salam perkenalan..
:)
Salam kenal Dayah. Nampaknya Dayah faham situasi yang Kak azie tulis dalam entri ini. Kadang-kadang sangat bosan, kan?
DeleteAsalamualaikum,
ReplyDeleteErrrr berapa kali dia masak kat dapur dia yg berkilat tu? masak megi ke telo goreng? -----> mood lapor hu hu hu
Dia jarang masak kat rumah. Tu yng eksyen citer dapur berkilat. Kita dapur berkerak sebab kita kerap masak. hehehe
Deletebos saya nak bercuti pun dia takut nak tinggalkan rumah dia...
ReplyDeleteLaaa.. soh dia bercuti dalam rumah sendiri jer.
DeleteAssalamualaikum Azie,
ReplyDeleteLove this phrase..
"Jangan merumitkan keadaan dengan merumitkan diri sendiri"
Means a lot..
Yeahhh... terpulang dari angle mana untuk memahami ayat itu.
DeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeletekalau dia bawa ke cafe...boleh dengar lama2 kannn...he he
Takut saya la pulak yang terkulai kepala di meja tertidor.
DeleteSofa baru pun dia cerita ek?
ReplyDeleteLebih dari sofa. Cadar baru berapa harga pun dia akan citer.
Deletekita serupa.... malas ehhhh citerrr2 tah hapa2... tak dak kaitan ngan den ...
ReplyDeleteBukan menjadi apa pun, kan? Masuk tinga kanan, kasik kuar ikut tinga kiri.
Deletebelum bekerja. tapi boleh ambil iktibar dan belajar.
ReplyDeleteYa silakan. Tiada masalah. Salam, sila masuk.
Deletebelum bekerja. tapi boleh ambil iktibar dan belajar.
ReplyDeletelone ranger? kita sama nampaknya kaka. bonda juga sudah serik bercampur gaul sesama ofismate, bukan niat nak jadi kera sumbang atau perasan bagus. tapi..ini lah bonda, sekali terkena...selamanya terus terngadah..takut dah nak bersosial selain bekerja ^_^
ReplyDeleteDalam sesuatu keadaan kita masih memerlukan rakan sekerja. Tapi berpada dan minimumkan perkara-peraka yang kurang kaitan dengan kerja. Insyaallah, kita akan selesa wpun mula-mula orang mudah bersalah faham.
Deletesama la sy kak azie, very2 lone ranger. sy sorang je pmpn melayu, ada lg sorg pmpn cina dan yg lain2 semua lelaki cina n india. mmg xde lah nk cerita pasal sofa ke mangkuk pecah ke tong sampah baru ke...paling2 pun ada yg amik tahu psl pregnancy sy n advise apa bleh mkn apa xbleh mkn...lain2 biasa masing2 tekun je ngadap lappy. sy pun tgk budaya kerja cina ni bila time kerja mmg kerja betul2, klau riuh bercongceng2 pun klau kat site ada prob.kat opis sy serius, kt rumah sy serius. bila dgn husband n kwn2 rapat je baru nampak wajah sebenar sy...hew3
ReplyDeleteSeeloknya kita jadi diri kita sendiri, daripada susah payah nak berpura semata mata nak jaga hati orang. Orang akan hormat kita dengan cara kita. Kerja adalah time untuk buat kerja.
Deletela boheme sini pun ada jual pizza tu. tapi saya tak penah try.
ReplyDeletenanti nak try.
Pizza ni baru 2,3 bulan jer ada sini GB. Kalu beli set bulat penuh cuma RM15, jika 1 pcs RM2.99 (1/6 bahagian). Ada banyak choices, tapi tak semua sedap. Kena pilih.
Deletemujur lah ayu tak ada majikan
ReplyDeletekak.. pizza tu sedap tak?
Boleh tahan sedap Ayu. Tapi tetap takleh lawan pizza jahhat.
Deletemasa mula2 posting dulu kerap jugak laa bawak balik kerja ke rumah.. tapi makin lama bukan makin kurang.. makin berlambak pulak rasanya.. sampai lah satu hari tu jumpa dengan sorang cikgu yang mengajar non-stop 4 jam sehari, mengadap anak murid berusia 4-5 tahun seramai 25 orang.. dia tak pernah bawak balik kerja ke rumah.. semua dia buat di sekolah saja.. kalau kalau tak siap sambung esok.. dan jarang kerjanya tak siap...katanya kerja cikgu ni tak akan habis selagi tak pencen.. jadi Eja pun mula ikut cara dia berkerja sejak hari itu..
ReplyDelete* oh! ya dia juga seorang ibu kepada 9 orang anak yang kesemuanya gap 1-2 tahun.. :)
#eh! ni komen ke entry?? kekekeke
Tak kira lah komen ke entri. Tapi memang pengalaman orang lain biasanya akan memberikan kesan sedikit sebanyak juga kepada diri kita. Eloklah diikut mana-mana cara yang baik dan sesuai.
Deleteada kerja nak buat cuti2 ni...tapi malas lerr...
ReplyDelete***vector saya tu guna Paint Tool SAI...tak pandai guna Photoshop/ Illustrator ^_^
Memang la jadi malas, bila dalam suasana cuti orang bercuti kita kena buat kerja. Mood ke laut!
Deletebetul tu sis...bak kata pepatah kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan..
ReplyDeletezaman akak 9-5 dulu pun mmg tak suka bawak balik kerja pejabat ke rumah, mesti siapkan dulu baru balik..keluar opis kepala wajib clear. masa sekolah dulu pun, sampai jer kat umah, baling beg kat satu korner, lepas makan main teng-teng, congkak, gundu...kalau emak tanya "takder kerja sekolah ker?" akak jawab, "kerja sekolah buat kat sekolah" hahaha...
Ya betul tu. Keja sekolah buat kat sekolah. Keja pejabat buat kat pejabat la, ya tak? hahahaha! Bijak!
Deletesemua blog tunjuk makanan
ReplyDeleteSebab blog saya bukan blog artis atau blog politik. Lagipun saya kuat makan!
Deleteakak sedapnya pizza tu..nak sikit..
ReplyDeleteSedap boleh tahan, tapi pastrinya sedikit kering. Tak sama macam Hutt punya.
Deletebila baca entry ni.. saya membandingkan keadaan ai ketika ini.. agak stress terpaksa hadap kerja yang bukan milik kita..
ReplyDeletetapi bila baca sampai ke titik akhir entry ni, ai berusaha untuk menyabarkan diri dan tidak terlalu memikirkan masalah itu.. yang akan buat ai lebih geram dan sakit hati..
Dalam kerjaya ni, apalagi bila kita berstatus pekerja tidak boleh terlalu banyak mengharap. Bak kata pepatah orang Cina, “makan gaji bila pun tak boleh kaya”. Jadi kita kena melatih diri untuk berpada-pada dan tidak begitu pot pada hal remeh sebaliknya fokus pada komitmen dan effort.
DeleteBosses punya pelbagai ragam...
ReplyDeleteTu belum lagi masuk kisah kekasih gelap dan skandal depa...!
DeleteSalam. Kadang2 kita terpaksa dengar keluhan demi menjaga hati... hmm..terpaksa tahan telinga! :)
ReplyDeleteYa, betul. Sebagai pekerja kita terpaksa tadah telinga dalam erti kata hormat. Jadi jika tak suka, selepas dengar, kuarkan balik ikut telinga kiri!
Delete