Monday, April 13, 2015

Ministry_of_Fish Head - Kementerian yang nyaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
13-04-2015


Sekali lagi saya menerima undangan makan malam bersama rakan sukarelawan yang bertugas pada program dinner Tautan Kasih minggu lalu.

Kali ini melibatkan kumpulan kami yang lebih kecil tetapi eksklusif. Tajaan sepenuhnya dari pasangan sahabat kami yang sudah berjaya dalam bisnes tudung bawal. Mengenali mereka sejak dari kedai depa hanya kecil di lorong aked Jalan TAR. Kini mempunyai lot kedai sendiri yang sangat cantik dan eksklusif di lokasi yang sama. Bawal Exclusive.


Berbaju biru adalah En Rosli dan bertudung pink, isterinya yang kami kenali sebagai  En. Bawal dan Puteri Batrisha.

Bertempat di Glomac, Damansara di hari Sabtu malam minggu. Ministry_of_FishHead. Restoren konsep Pakistan milik orang Malaysia. Senang cari sebab di tepi jalan saja.




Roti capati yang enak dimakan panas bersama kuah kari. Salah satu kepala ikan itu adalah ikan merah. Yang satu lagi saya tak pasti. Makan saja.


Ayam kampung goreng yang dihidang 'plating' menarik. Sekadar diletakkan di atas papan cincang. Dihidang bersama sos cili yang pedas masin tapi enak. Menurut cerita Puteri Batrisha yang merupakan rakan tuan restoren MOF, ayam ini dibela di ladang mereka sendiri di N9 dan diternak secara dibiar meliar tidak dikurung.



Memilih ruang makan di tingkat 1, lebih selesa nyaman dan privacy. Setiap meja dipisahkan oleh tirai putih seperti kelambu.

Makan beramai-ramai memang seronok walaupun saya sedar, semakin berusia selera saya tidak sehebat dulu. Makan dah tak banyak. Nampak mangkuk sangat besar tapi nasi pun tak habis.

Done!

Selepas makan kami dihidangkan pula dengan Teh Masalla.


Tidak ingat bila kali akhir saya minum Teh Masalla sebegini. Saya suka. Sangat sedap. Manis berherba. Arghhhh puas rasanya. Saya sangat rekmen.


Pengakhirannya puan empunya restoren tiba-tiba belanja kami dengan pencuci mulut Halwa Suji. Bersira coklat. Saya cuma makan sesudu. Bukan kerana tak sedap tapi kerana saya bukan penggemar coklat lalu saya tidak begitu teruja.


Terimakasih banyak kepada Bawal dan Puteri Batrisha yang menaja dinner kami malam itu. Sebenarnya ada lagi jemputan lain yang juga berminat dengan kari kepala ikan MOF ni. Kita tunggu siri seterusnya.

Untuk menikmati Kari Kepala Ikan yang enak di persekitaran restoren yang nyaman sila ke:
AG-12 Menara Glomac, Jalan Damansara, KL..



*kredit: sebahagian gambar BadangPerkasa




 ~...ada ketikanya SERI BULAN malas hendak menyebut betapa dia rindu akan laman metropolitan ketika zaman sibuk membentang kertas kerja serta rajin berbalah mulut dengan HISYAM kerana tidak sependapat tetapi hari ini HISYAM kelihatannya seperti sangat selesa hanya berpelikat dan berkhurta dan menyenangkan diri di Kampung Separuh Desa...~




10 comments:

  1. perghhhh.....tersangat menyelerekan bilamana klik pada setiap gambar dan tengok pada saiz yang lebih besar. kalo saya pergi ngan wife & 2 orang anak kecik yang tak berapa nak makan sangat kalo tak di suap, berapa perlu ada dalam poket saya agak2 nya? huhuhuhu....nak kena menabung nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. lupa nak tanya penaja berapa kos sepinggan kepala ikan tu. Nanti Kak Azie tanyakan...

      Delete
  2. MOF Kementerian Kewangan tu... hihihi. sedapnya kari kepala ikan

    ReplyDelete
  3. ehh macam sedap pulak kari tu..haishh mengancam!

    ReplyDelete
  4. mengancam nye kari kepala ikan tu

    ReplyDelete
  5. Ada 'kementerian' rupa-rupanya kepala ikan ni... :)

    ReplyDelete
  6. Hebat betoi nama kedai tu Kak Azie...

    ReplyDelete
  7. Gah nya nama..
    Nak try jugak nanti ni

    ReplyDelete
  8. thanks sharing sis...nampk sedap.saya jarang ke damansara tapi manalah tau.. unik nama restoran ni.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails