السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-03-2013
Di taman saya, memang pelbagai kelompok orang ada. MyToklaki memang ada geng dia yang keja “servis” atau dengan kata lain, orang yang berkhidmat dengan kementerian berunifom. Tentera, polis. Lagipun dia anak bekas polis.
Pernah suatu pagi (seperti lazimnya kami balik pasar akan sarapan di kedai), ternampak satu grup 5,6 orang lelaki duduk sarapan sambil sembang rancak. Hampir semua tu MyToklaki kenal.
“Tu semua geng polis kena buang.” Terangnya tanpa saya pinta.
“Haa kena buang?”
“Polis ni nak kena buang, hanya 2 sebab jer. Satu: RASUAH, satu lagi lepaskan orang tahanan.” (pun kira rasuah gak la.
Lepaskan orang tahanan bukan saja yang buat kesalahan jenayah, tapi juga orang-orang pendatang yang ditahan atas pelbagai sebab. Dan polis menuntut sejumlah wang dan menggunakan kuasa yang depa ada untuk membebaskan pesalah or bakal pesalah (yang belum dibiacarakan). Itu yang saya faham.
Bila jadi kes, sangkut polis yang buat keja tu akan diberi pilihan. Samada ‘fight’ balik kat mahkamah atau berhenti dari jadi polis. Dan dapatlah gelaran ‘polis kena buang’.
RASUAH adalah musuh nombor satu negara. Makan la rasuah, ambillah rasuah pastu bawak balik duit bagi anak bini makan. Bila anak jadi kurang ajar, tak pandai... marahkan anak. Bila bini tak macam isteri pun... marah. Punca?
*******
Saya sudah terjebak.. oh terjebak juga akhirnya.
Siri “I Miss You” di slot: Chamsarang. Cerita best, pelakun wanita cantik, kacak bergaya (walaupun yg lelaki udah macam rupa pompuan). Sebab tu la ramai betul yang kemarukkan siri drama Korea nih. *Siri ini sedih dan mengharukan.
~...bila laman Teratak Nyatuh terasa sangat luas kali ini, HISYAM terasa tidak larat hendak mengejar langkah gemalai SERI BULAN yang pernah disebut Mak Utih, itik mesti pulang petang, jangan pernah balik seorang kerana pernah terjadi lopak tidak nampak, lorong tidak tersorong dan lekuk tidak tertenguk...~
keje apa2 pun....klau niat x bgos....bgi anak bini mkn....mmg x baik la sngt kan....ermmm...
ReplyDeleteitu cite chanel mna tu kak....?
TV9, saluran 119. Setiap Senin & Selasa saja, 9.30pm.
Deleterasuah ada dimana2...bukan polis pun ada yg amik rasuah
ReplyDeletejauhi rasuah, hidup pasti selamat dunia akhirat
:)
Selagi ada peluang yg memberi dan menerima, tetap terjadi rasuah.
Deletekak azie.. sy pun dah ketagih nak tgk cite nih.. huh.. stress semalam tak dpt tgk.. kahkahkah.. tahap gaban dah nih.. :)
ReplyDeleteCiter tu dah semakin best. Sedih pun ada. Kesian pun ada. Aduhai... Kak Azie pun terjebak nih.
DeleteApa kerja polis yg kena buang tu sekarang? Takkan melepak aje ... huhu
ReplyDeleteDepa bawak teksi bang...
DeleteCakap/tulis/taip banyak nanti kita pulak yang 'kena'... :(
ReplyDeleteSelagi tak mention nama, takpa. Lagipun masyarakat sudah pandai menilai dan mengkritik. Kita ada hak untuk mempertikai perkara yang tidak betul.
Deletedalam fikiran kita polis dan duit tak bole dipisahkan...
ReplyDeletekenapa jadi begitu pun tak tahu...
Sebab dalam bidang kerja mereka ada peluang untuk buat.
DeleteSalam AA
ReplyDeleteOOO tu mcmkah polis kena buang...
Kenapa hero korea mcm perempuan dan semua org suka!
Suami saya kata masa dia ke korea tak nampak pulak org lawa2 ni- semua mata sepet dan tak lawa!
Tu la pasal. Pelakun Korea semuanya cun cun belaka. Yang lelaki pun cun sangat. Depa dok buat plastic surgery la Kak.
DeleteSayangnya selalu org kaitkan polis dgn rasuah. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
ReplyDeleteDalam apa kerja pun, mesti ada spesis yang negatif yang selalu menjadi nila dalam belanga susu.
Deletekehkehkeh ada lagi sebab2 lain kena buang
ReplyDeleteTentulah ada... cuma mak ni bukan polis, jadi tahu 2 saja.
DeletePolis dan apa saja jawatan, semuanya terdedah dengan dugaan amanah dan kejujuran. Tapi cerita Korea walaupun ada tak logiknya, tetap kita melekat.
ReplyDeleteSebab bila dah terbiasa buat salah, lalu jadilah penyalahgunaan kuasa pula. Rasuah tu sedap dan ketagih.
Deletetengok drama korea boleh bengkak2 mata nangis..rasuah ada dimana2..bukan polis saja..kat pejabat2 biasa juga ada rasuah..yang penting nawaitu kita dalam bekerja..=)
ReplyDeleteNiat tu menyimpang. Nak kaya mudah. Padahal kayanya cuma sekejap.
DeleteKalau cerita pasal rasuah ni, sehari semalam tak habis. Terutama di negeri yang kurang perhatian...Azie faham kot. Ckp lebih nanti ada yg kecil hati.
ReplyDeleteKalu dah terbiasa dok salahguna kuasa, di negara yang kaya pun, depa buat juga.
Deleterasuah memang byk, saya masa kejer kejap dulu pon, tengok je lah orang buat rasuah ni, gigil saya, terpaksalah berhenti kejer
ReplyDeleteKalu sanggup dan tergamak, selamba saja depa tu makan rasuah. Tak bersalah pun bawak balik bagi keluarga makan.
Deletekalau kat tempat suami saya-diberi pilihan-dibuang atau berenti keje..
ReplyDeleteBetullah. Daripada menjadi penyakit yang menyusahkan banyak pihak, elok keluar saja dari bidang tu. Taklah jadi tempias pada orang lain.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMmmmm sebab orang macam ni lah ramai dah tak respek keja orang uniform ni walaupun sangat ramai antara mereka yang jujur.
Betul. Tu belum lagi kira kes-kes salah laku polis dalam jenayah lain. Polis pun rogol orang, polis pun buli orang.
Deletenak komen citer korea je
ReplyDeletesy trsangkut dgn welcome rain to my life dan king of ambition.hehe
Kak Azie tak ada masa nak tengok siri Korea ni. Cuma anak-anak memang tak pernah miss tengok Running Man!
DeleteSebab itulah ramai yang sudah tidak suka dengan pekerjaan yang dipanggil polis.
ReplyDeleteTak suka polis dengan benci polis ada sedikit beza.
DeleteSaya pernah benci polis masa kes polis rogol dan bunuh gadis kilang nama Salbiah pada tahun 1980-an dulu. (kes di Penang)
elakkan dari mengambil rasuah agar kehidupan di masa depan tidak kelam..
ReplyDeleteKalu dah nampak duit mudah, semua mata-mata gelap jadi gelap mata.
Deletesayang..dah dapat kerja tapi tak amanah..
ReplyDeleteada sorang kenalan keje TLDM,terjebak dengan dadah.kena buang & sampai sekarang nampak macam tak tentu arah je
Polis pun manusia biasa. Bila dah kena dugaan, tewas dengan ujian lalu dadah jadi kawan. Kerja ke mana, keluarga ke mana.
Deletesalam,
ReplyDeletemy father pencen polis. jadi anak polis dugaan tak kurang hebat. persepsi masyarakat negatif bukan pada polis semata2 tapi dgn anak2nya sekali di pandang negatif. gara-gara segelintir yang tidak amanah. klu nak diikutkan org makan rasuah, pecah amanah dan mcm2 lg bersepah kat mana2, bukan dlm servis beruniform sahaja. cuma barangkali kegiatan 'under table' ini tidak kelihatan, almaklum nama pun under table. kalau orang tak nampak keburukan kita tak bermakna kita ni baik (tak buat jahat), tapi kerana Allah tutup keaiban kita.
bezanya bila yg buat kerja 'under table' ni pakai uniform dan bertugas menguatkuasakan undang2 sudah ttu terserlah ketidakamanahannya. sedih memang sedih... alangkah baiknya mereka ini sedar kesan perbuatan masing2. yang jujur dan amanah bekerja pun boleh jadi demoralised.
Kerana persepsi masyarakat juga yang dok ingat polis ni ada kuasa besar. Kuasa tahan orang, kuasa menyaman dan menahan orang yg tak ikut undang-undang. Bila berhadapan dgn yg salahguna undang-undang, terjadi la semua rasuah, sogok dsb.
DeleteYang betul-betul jujur ramai sekali, yg ikhlas dan betul pun sangat ramai tapi yang buruk juga dikata disebut orang.
Kak Azie suka hero "Han Jung Woo" sebab dia juga berlakun dalam siri drama Sungkyunkwan Scandal.
ReplyDeletesy x berani tgk citer tu walau berkali2 direkemen oleh kwn sy..... citer sedih tuuuu.... jiwa sy tgh bergelora, x kuat... bahaya kalau tgk......
ReplyDelete*lari dr tajuk... hehe*
Ohh yaa.. Kalu jiwa tengah bergelora, memang boleh rabak dibuatnya. Kak Azie sendiri tersentuh dgn drama tu. Sebab persahabatan sejak kecil terputus bertahun tahun dan bila bertemu, suasana itu sangat berbeza. Sedih!
DeleteooOOw patutla ramai polis/askar muda dah pencen/berenti awal...kebanyakkannya mengaku macamtuuuu.. tapi hakikatnya org awam seperti kami ni apa yg tau,anggukkan je lah .
ReplyDeleteBagi saya, orang awam takut nak komplen pasal perilaku salah golongan polis, sebab kononnnya polis ni penegak keadilan dan dilindungi. Maklum "Polis Diraja". Macam-macam persepsi pula.
DeleteSedihnya kalau cite psl rasuah, polislah no. 1. Haih....
ReplyDeleteAda segelintir polis yang perasan, dengan kuasa yang mereka ada, mereka bebas untuk mengguna kuasa itu ikut kehendak hati, dan buat duit...
Deleteharap harapnya polis kena buang tu, dah lama buang sikap makan duit haram
ReplyDeleteKalu dah takda kuasa camtu, mungkin la kurang buat keja. Tapi kalu dah kesedapan?
Delete