Wednesday, June 24, 2015

Memori Bali 08: Tanah Lot, temple di tengah laut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
24-06-2015


Seperti yang dirancang, saya harus menyudahkan semua siri Memori Bali saya ini. Aduhai...


Kami dibawa makan tengahari di sebuah restoren di atas tanah tinggi dalam kawasan Bedugul. Restoren besar, makan secara bufet. Penuh dengan pelancung. Apapun makan memang sedap dan menyelerakan. Sebab ada pecal. Tapi saya tak snap pun.

Restoren bersebelahan dengan Masjid Besar Al-Hidayah. Terletak di atas kawasan tinggi dan tangga batunya besar-besar. Sayup di atas. Aduhai. Bagi ahli rombongan yang sudah berusia memang tak sanggup nak panjat tangga tu, lalu mereka mencari alternatif lain. Ke surau lain di tepi tepi jalan.


Saya dan beberapa orang gigih memanjat tangga untuk naik ke ruangan masjid besar ini.


Sungguh cantik rupanya Masjid Al-Hidayah ini. Seni ukiran di dinding sebelah luar berwarna kuning keemasan dan begitu indah sekali. Cuaca sekitarnya berangin dan sejuk nyaman.



Di bahagian hadapan masjid, terbentang sebuah tasik yang luas dan berkabus. Cuaca redup dan hujan renyai menitis. Memberikan suasana yang dingin. Sudahlah air di dalam masjid sangat sejuk. Air gunung barangkali.


Di seberang jalan sana, ada beberapa gerai jualan terutama buah-buahan termasuk durian. Tak sempat pula nak meninjau ke sana. Tengok dari jauh sahaja.

****

Kami dibawa ke suatu kawasan tepi laut yang cukup terkenal di Bali. Kawasan ini memang menjadi kawasan wajib lawat. Tanah Lot.


Pintu masuk ke Tanah Lot. Sepanjang jalan juga berjualan pelbagai makanan, cenderahati dan pakaian. Dah tak lalu nak beli apa pun.


Tanah Lot merupakan kawasan tepi laut yang bertanjung. Ada beberapa batu menjulur dari daratan dan di atas daratan batu memanjang ini dibina kuil-kuil Hindu yang besar. Ketika kami sampai, air laut sedang surut. Jika air pasang, beberapa unjuran batu besar ini akan ditenggelami air laut dan kuil-kuil itu kelihatan terapung. Sayang juga tidak dapat melihat suasana sebegitu.


Ini kawasan unjuran batu yang paling besar saya rasa. Ramai orang turun sehingga ke gigi air untuk melihat kuil lebih dekat.


Beberapa orang tempatan menawarkan khidmat fotografi di sekitar kawasan Tanah Lot termasuk bergambar dengan seekor ular sawa kuning yang besar ini. Saya tidak melepaskan peluang. Sekali bergambar dengan ular itu dengan harga RP100,000 lengkap pakej gambar diambil oleh jurugambar professional mereka dan dicetak segera di atas sekeping kad besar berframe. Cantik juga. Ok laa...



Deretan kedai-kedai di sepanjang jalan keluar Tanah Lot. Biasanya kawasan sebegini, harganya memang lebih mahal dari kedai di bandar Singaraja.


Jagung merupakan makanan ringan paling popular di Bali. Jagung dari kebun mereka sendiri. Kerana Bali merupakan kawasan bertanah tinggi dan bergunung berapi, tanah pertanian sangat subur dan mereka kaya dengan sayuran dan buah-buahan.


Tak beli pun sebab masa hari pertama tiba dah merasa Jagung Bakar depa.


Melihat seorang makcik ini berjualan kuih tradisional (pulut berinti dan bersalut kelapa parut, saya rasa itu Buah Melaka) memberikan rasa simpati pula. Begitulah sebuah kehidupan di tempat orang yang memberikan keinsafan bahawa kita sangat beruntung. Tidak perlu duduk seharian di tempat terbuka sebegitu mencari rezeki dengan payah. Aduhai...

...bersambung...



 ~...HISYAM, jikapun engkau sedang melihat, sedang memerhati usahlah terus menanti sedangkan engkau sedia tahu sedia mengerti SERI BULAN tidak pernah kisah kata-katanya tidak diendah, ayatnya sering kena patah, malah angan-angannya bagai kena belasah, namum terus juga dia setia menanti engkau duhai HISYAM dan terus berharap agar Syawal nanti lebaran bakal dirai bersama dan duit raya dapat dikongsi sama lagi...~




7 comments:

  1. Kak...org kata kat sini cantik tengok sunset ke sunrise entah. Ye ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul pun. Suasana senja memang indah sekali sebab ada laut dan gunung ganang...

      Delete
  2. Kak zai pun sempat solat di Masjid Al Hidayah tu. Memang cantik pemandangannya.

    ReplyDelete
  3. Kak zai pun sempat solat di Masjid Al Hidayah tu. Memang cantik pemandangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Kak Zai. Kerana masjid ini terletak di atas kawasan tinggi, kita boleh melihat pemandangan yang luas dan jelas tasik di sekelilingnya. Memang cantk sekali.

      Delete
  4. Cantik dan indah suasana tepi laut tu..
    Tengok makcik tu berjualan menambah rasa sayu di hati..
    Parut kelapa tu mengingatkan pada arwah wan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kehidupan. Ada yang senang ada yang perit mencari rezeki. Pelbagai cara yang terdaya. Memang kesian tengok makcik tu. Ada juga pelancung yang beli untuk mencuba rasa kuih tradisi tu. Tapi sebab saya kira ianya sama seperti Buah Melaka kita, so tak beli lah.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails