Friday, June 26, 2015

Memori Bali 09: Pantai Kuta penamat siri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
26-06-2015


Akhirnya tibalah ke penghujung siri Memori Bali saya. Walaupun panjang kali ini, saya mahu menghabiskan semua rakaman gambar dan cerita sepanjang 4 hari 3 malam di Bali.

Selepas melawat Tanah Lot kami balik ke hotel. Dalam perjalanan balik kami cuba singgah di Pantai Kuta. Ingin melihat sendiri keindahan pantai yang sangat terkenal di Bali ini. Kebetulan hotel yang kami menginap memang berada dalam daerah Kuta ini.

Kerana perjalanan balik jalan sesak dan lambat, lalu kami tiba di Pantai Kuta sudah kemalaman, selepas jam 7 malam. Di sini, jam 6 lebih pun sudah gelap (waktu solat awal sejam dari kita). Lalu suasana pantai tidak dapat dinikmati sepenuhnya.


Papan tanda di pintu masuk kawasan pantai ini sangat besar tapi menarik.


Sedikit kelam.

Memikirkan tiada masa lain lagi untuk melawat pantai ini kami bersiar juga seketika di sini. Dalam samar senja masih ada pelancung yang mandi manda tetapi gambar kami sendiri pun tidak dapat dirakam.



Dalam perjalanan balik ke hotel kami singgah di restoren Sunda untuk dinner. Sekitar daerah Kuta ini masih meriah dan hidup. Banyak kompleks mewah dan moden yang menjadi tumpuan pelancung..


Restoren Pawon Pasundan. Dalam bandar Kuta. Tidak jauh dari hotel kami.


Lihatlah Puan Blog yang tak berenti-renti nak posing dengan imej Bali. Sepit rambut berbunga Kemboja. Hahaha...!



Set dinner: Nasi berbungkus dan dikukus dalam daun pisang seperti Lontong Jawa. Ayam Penyet. Ada Ikan Gurame (ikan kaloi, memang top di Indonesia, hampir semua restoren ada ikan ini). Berserta sup simple yang enak di tekak saya. Sambal kicapnya hampir menyamai sambal kicap kita. Tempe goreng tak tinggal. Rasa puas makan. Mungkin juga kerana perut yang sedia lapar.

****

Pagi terakhir di Bali. Sebelum checkout untuk pulang, kami turun membeli belah untuk penghabisan. ‘Last kocek’ kata orang. Di sepanjang jalan tempat hotel kami itu memang banyak kedai-kedai berjualan yang dibuka seawal jam 9.00 pagi. Lalu kami mengambil peluang untuk meninjau sesuatu (lagi) untuk dibawa pulang. Manakala sebahagian ahli rombongan berjalan kaki (10 minit sahaja) ke Pantai Kuta malam tadi untuk melepaskan juga hajat mandi laut.


Kebetulan hari itu, Bali merayakan Hari Saraswati (hari memperingati seorang guru yang menjadi legenda pendidikan di Bali) dan hampir semua rakyat Bali akan meraikannya dengan berpakaian tradisional mereka dan keluar bersembahyang di kuil-kuil. *Lihat sandal Bali kaler paberet saya yang saya beli dengan harga kira-kira RM7.00. “Baaarulah Bali...!”

Saya melihat sesuatu yang tidak pernah saya lihat. Wanita Indonesia yang berwajah seperti serumpun kita (wajah Melayu) tetapi beragama Hindu melakukan beberapa ritual sembahyang di tepi-tepi jalan dan juga di kuil-kuil kecil di tempat mereka berniaga.


Hampir setiap pintu kedai atau premis perniagaan termasuk hotel-hotel di sini pasti akan ada beberapa jenis bunga dan barangan lain yang berkaitan, diletakkan di muka pintu, di tengah lorong atau simpang, di laluan utama juga di tepi-tepi tiang. Seperti yang di dalam dulang di atas.


Anak-anak seluruh Bali bercuti sekolah pada hari itu dan berpakaian tradisi khas untuk dibawa bersembahyang. Peniaga kedai di sini hampir semuanya wanita tempatan, dan kami berpeluang berbual dan bertanya-tanya. Depa memang mesra dan tidak kisah pun bila saya (yang memang jenis jakun bab-bab budaya nih...) sibuk nak snap itu ini malah tak keberatan pun diajak posing sama.


Abaikan pakaian seksinya. Dia sedang melakukan beberapa acara ritual, seperti mengibaskan daun dan mengayun bunga kemboja di atas beberapa ‘barang persembahan juga makanan’.


Di mana-mana pun kita akan lihat beberapa kuil depa dirikan samada untuk public atau untuk keluarga semata. Di celahan deretan kedai di bazaar ini, di tengah-tengah terletak kuil yang agak besar. Tidak hairan juga beberapa acara sembahyang dan pemujaan dilakukan secara beramai-ramai di sini.


Part ini saya berani zoom dari jauh saja. Mana lah tahu, mereka tidak selesa pula jika saya snap pada ketika mereka melakukan acara sembahyang mereka.



Lihat betapa cantiknya wanita-wanita Bali bila depa berpakaian tradisional sebegini. Sporting pulak tu...



Tayang-tayang: Sebahagian barang cenderahati dari Bali yang sempat saya sambar. Agak murah dan berbaloi juga untuk dijadikan buah tangan kepada MyKakak-kakak dan kawan-kawan. Rantai manik berselang cengkerang tu, beli di sana dan pakai di sana saja. Balik KL dah tak reti nak pakai.



Dalam perjalanan menuju airport sempat saya snap monumen kuda yang besar ini.


Gambar kenangan bersama semua ahli rombongan saya (kami cuma bertujuh sahaja), bersama pemandu pelancung Pak Ida Bagus dan juga pemandu van sepanjang kami di sana.


Di lapangan terbang Ngurah Rai. Cantik dan berseni juga airport depa. Masa sampai dulu tak sempat nak jelajah seluruh kawasan pun.

Akhirnya selesai juga siri entri Memori Bali saya. Suatu kenangan yang menyeronokkan. Bali memang cantik dan tidak hairan ramai sekali pelancung suka ke Bali. Pantainya... pasirnya... pulau dan gunungnya. Tasik, hutan, jalan tanah tinggi. Memang sungguh indah. Saya rekmen!

Terimakasih kerana sudi membaca sekian banyak entri tentang Memori Bali saya. Sedangkan ramai lagi blogger yang menulis tentang Bali lebih baik dan lebih indah dari saya. Takpa. Mata saya turun ke hati saya... dan inilah hasilnya.



 ~...sudah setengah purnama berlalu sejak HISYAM terlepas kata hendak menyambut lebaran di tempat lain dan SERI BULAN hanya mampu mengangguk, tetapi Mak Utih merajuk tidak terpujuk, sehingga hari ini belum berani HISYAM mengulang kata yang terlepas itu, malahan sudah mengagak kali ini Pak Utih juga mungkin akan ikut sentap, makan tak pernah rasa sedap...~




No comments:

Post a Comment

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails