Monday, June 29, 2015

Ramadhan 12: entri pertama tentang puasa dan iftar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
29-06-2015


Ramadhan hari ke-12.

Baru kini saya berpeluang ada masa untuk menulis sesuatu tentang Ramadhan kami tahun ini. Secara umumnya memang tidak berbeza pun. Sama seperti orang lain juga. Sama seperti tahun-tahun lalu juga.

Beza besar hanyalah, tempat kija saya memberi pelepasan kami balik awal tanpa OT tahun ini. Secara umumnya begitu. Masa bekerja dicepatkan setengah jam jadi bagi yang boleh masuk kerja seawal 7:30am, boleh balik seawal jam 4:30pm. Tetapi saya memilih untuk masuk jam 8:00am dan balik jam 5:00pm.

Kecuali bagi kes-kes urgent yang melibatkan projek tender. Tiada kompromi. Sesapa yang terlibat sudah pasti akan bertungkus lumus di opis termasuklah berbuka di sini juga akan miss terawih.

Saya seperti tradisinya, memang masak sakan-sakan hanya pada hari cuti, yakni Sabtu dan Ahad. Masa begini, anak-anak paling happy sebab si Omak ni akan masak yang best-best.

Antaranya:


Kuih wajib buat di bulan Ramadhan. Kuih Abuk-Abuk ini. Memang menjadi kegemaran seluruh rakyat dalam rumah. Saya dah buat pada minggu pertama lagi.



Siapa yang dapat menafikan kesedapan kuih simple ini. Tidak susah-payah pun nak buat tetapi sangatlah enak lazat.

Zakat fitrah kekal RM7.00 bagi negeri Selangor. Sudah dibayar semuanya oleh MyToklaki pada hari ke-2 Ramadhan. Takut terlupa.



 ~...semalam lagi ketika Mak Utih bagaikan berleter tentang dinding bilik SERI BULAN bagaikan ada lubang ditebuk orang, HISYAM yang paling awal melompat mencari paku dan mertun sambil dia juga bagaikan ingin meleteri sama orang yang berhajat mengintai mengendap, dan SERI BULAN terus merasakan jantungnya laju menendang, dalam perut bagai ada bunga tulip berkembang dan HISYAM kemudiannya sedar pipi sahabatnya itu merah bagai ada bunga ros mewarnai...~




10 comments:

  1. Dah lama tak makan kuih abuk-abuk ni Azie..
    Nanti nak buatlah..
    Itu pun masa cuti..

    ReplyDelete
  2. saya tak penah rase kuih nie...tetibe mcm terliur sgt nak rasa kuih nie T__T

    ReplyDelete
  3. Kita pun dah dapat Sabtu lepas.. dapnya.. pueh hati dapat makan.. nenek a.k.a pengasuh lama anak2 yang buatkan.. ;)

    ReplyDelete
  4. Kakak pun masak sendiri kalau hujung minggu aje
    Tapi masih tak serajin AA juga
    Cantik membungkus:)

    Selamat berpuasa dari kakak - heee... dah 12 hari pun

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,
    Jgn tunggu hingga ke pagi hari raya baru kelam kabut nak bayar zakat.
    - contoh kes terpencil tu.

    Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak buat Azie dan keluarga juga.
    Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan lebih barakah dari tahun-tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  6. Saya hanya masak utk sahur jer. Aci tak? Pergh.....kuih abok2. Epik tau

    ReplyDelete
  7. Kuih abuk abuk tu nk buat mcmn?

    ReplyDelete
  8. Assalam k azie....ramadhan kareem...ramadhan saya pun sama je, nak cuba tingkatkan amal pun tk mampu..hu hu
    Saya tk penah buat kuih ni, penah makan tapi tk suka

    ReplyDelete
  9. Aina tak ada cerita best Ramadhan kali ni...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails